CUTI panjang bermula. Tak lama lagi,
mereka sekeluarga akan ke Cardiff menanti salji disana. Soffiyya mendengar je
nama salji dia rasa semangat dan seronok lain macam. Noah faham perasaan
Soffiyya dan gembira melihat Soffiyya begitu. Tak sabar rasanya hendak
memberitahu Soffiyya tentang tempat mereka mula berjumpa.
Soffiyya duduk dilaman rumahnya seperti
biasa. Waktu itu Noah sedang membaca komik diruang tamu. Dia tidak mahu
mengganggu Soffiyya yang memerlukan ruang untuk diri sendiri itu.
Sedang khusyuk membaca buku dilaman
rumahnya, benda yang seolah-olah satu slide yang bermain dimindanya dari awal
sampai habis. Soffiyya terkejut. serta merta buku yang dipegangnya itu terjatuh
dari ribanya. Soffiyya terkejut. semuanya terlalu pantas bermain dimindanya. Satu
persatu berlayar dimindanya. Termasuklah lelaki yang menolaknya ke tengah jalan
hingga menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan walaupun tak kesemua dia
ingat. Ia bagai satu lintasan pintas.“Noah... No.. tak.. tak mungkin diaa...
Argghhhh!!”
Noah yang mendengar jeritan dari luar tu
terus menerpa keluar mendapatkan Soffiyya yang sudah terjatuh dari kerusi
rodanya. Noah mendapatkan Soffiyya yang sudah terduduk diatas rumput.
“Yuki.. awak okay ke tak ni?”
Soffiyya memegang kepalanya sambil
menggeleng. “Noo!”
“Yuki... awak okey ke tak niiii?!”
“Awakk! Noah... You! You’re the one yang tolak saya! Awak yang
menyebabkan saya jadi begini!!” Soffiyya menolak kuat tubuh Noah sehingga Noah
terduduk.
“Yuki... you can remember everything?”
“Whyyy??!! Awak jahatt!!!! Awak jahat!! Pergi saya tak nak tengok muka
awakkk!! Go awayyy!!!!!” Soffiyya meraun seperti orang hilang arah sambil
memegang kepalanya yang berdenyut. Denyutan semakin kuat. Memori itu datang
sekali gus menyebabkan Soffiyya terkejut. tubuh Noah terus dipukul sekuat hati
oleh Soffiyya. Noah hanya membiarkan. Dia nampak ada air mata yang terbit dari
tubir mata Soffiyya dan meleleh membasahi pipi soffiyya.
“I’m sorry...”
Selepas ucapan I’m sorry, Soffiyya terus
terjatuh. Soffiyya tidak sedarkan diri. Noah panik.
“Yuki.. get your sense
back.. Yuki.. bangun.. awak..”
Soffiyya tetap tidak menyedarkan
dirinya.
SEMUA orang menunggu diruangan menunggu.
Puan Syafarina berjalan mundar mandir dihadapan bilik pemeriksaan. Sebaik sahaja
doktor keluar dari bilik tempat Soffiyya dirawat, Puan Syafarina terus menerpa
ke arah doktor tersebut.
“Macam mana dengan anak saya?”
“Dia baik-baik saja... siapa orang yang terakhir berjumpa dengan
Soffiyya?”
“Noah.. Noahh?” Puan Syafarina mencari Noah. Noah yang duduk dan berdiam
diri itu berdiri dan mendekati dua orang wanita itu.
“Ye.. saya orang terakhir yang berada bersama dengan Yuki..”
Doktor itu mengangguk. “tidak mengapa..
tapi sewaktu, dia takde apa-apa kan?”
Noah menggeleng. “Yeah.. it’s nothing...
nothing happen.. Cuma ia secara mengejut.”
Noah rasa lega mendengarnya walaupun tak
ke semuanya. Dia yakin Soffiyya akan membencinya selepas ini. Ingatan Soffiyya
tidak kesemuanya. Mungkin dia tak nampak sebelum kejadian itu berlaku.
SOFFIYYA sudah bangun. Dia memandang
keadaan sekelilingnya. Ke semua yang ada disekelilingnya itu adalah orang
asing. Dia tidak mengenali mereka semua. “Siapaa korang semua nii?” Soal
Soffiyya kasar.
“Ni ibu sayang...” Balas Puan Syafarina lembut.
“Ahh? Ibu... kau pulak siapa?” Soal Soffiyya kepada Noah.
Noah sentap dan pelik. “Takkan awak tak
ingat saya?”
“Yeah. Aku tak ingat siapa kauu! Buat apa kau disini??!”
“Fiyya.. tak baik cakap dengan Noahh macam tuu.”
“Arrghhh. Huhh!! Noah? Siapa Noah. Dia ni?” Sinis saja pandangan
Soffiyya. Sungguh dia
memang tak ingat apa-apa.
Noah betul-betul merasakan dia adalah
orang asing. “Takpe laa ibu. Noah mintak diri dulu..”
Puan Syafarina pula yang rasa bersalah.
Tersepit ditengah-tengah. Dia terpaksa membiarkan Noah berlalu.
Noah terus ke bilik doktor. Dia ingin
tahu perkembangan sahabatnya itu. bukankah tadi Soffiyya dapat mengingati
semuanya? Tapi kenapa semuanya hilang secara tiba-tiba?
Tokk!! Tokk!!
Masuk!
Apabila mendengar arahan masuk, barulah
Noah masuk.
Doktor yang merawat soffiyya mengangkat
wajah. Dia tersenyum apabila melihat Noah. “Noah right? Have a sit...”
“Hmm... ada apa Noah” Soal doktor kepada anak muda bermata biru
kehijauan itu.
Noah memaksa bibirnya untuk senyum.
“Ermm... apa yang sebenarnya berlaku kepada Yuki?”
“Maksud Noah?”
“Sebelum dia jatuh pengsan, saya yakin dia ingat semuanya. Dia sempat
belasah saya, but after that.. dia pengsan... Then, bila dia sedar dari
pengsan... dia tak ingat siapa-siapa... Adakah ni satu lakonan atau memang
faktornya begitu?”
Doktor itu tersenyum. “Hmm.. yeah... itu
memang kebiasaan. Mungkin memori lalu yang datang sekali gus mengejutkan
pesakit. Ia boleh menyebabkan ingatan yang dia ingat dan dia simpan sama ada
sekarang dan lama akan hilang.. tapi itu untuk sementara. In shaa Allah dia
akan ingat semula.. Cuma dia perlukan masa... semua tu terlalu mengejut bagi
pesakit macam Soffiyya.. mungkin ada perkara yang dia tak boleh terima... benda
yang menyakitkan yang dia tak nak ingat...”
Noah mengangguk faham. “Adakah dia akan
membenci saya?”
Terkejut doktor itu dengan soalan Noah.
“Eh.. kenapa pulak? Selama ni kamu yang jaga Soffiyya.”
“Yeahh.. tapi saya yang menyebabkan dia jadi macam tu... saya yakin dia
akan membenci dia sepanjang hidup dia... yeah...”
“Awak dan dia terlalu muda.. tak lama lagi nak masuk tujuh belas
tahun... tak mungkin.. and kalau ia pun terjadi, masa masih ada.... bersabar
laahh Noah. Tak semestinya begitu.. mungkin yang sebelum kejadian itu berlaku
dia tak ingat... dia tak ingat perbualan... pasti ada yang tertinggal dalam
setiap memori yang dia ingat... sekarang ni, Noah kena ingatkan dia apa yang
dia tertinggal. Kalau separuh je, contoh pasal kemalangan tu... Saya rasa dia
tak ingat habis.... selalunya begitu... bila jadi macam tu, dia judge something
based on apa yang dia ingat... sabar ye..”
Sekali lagi Noah mengangguk. “Thanks
doktor..”
“You’re the most welcome.”
Senang hati doktor itu melihat Noah.
Susah nak jadi anak muda seperti Noah. Mungkin ada, tapi susah hendak dicari.
Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Puan Syafarina tentang Noah, kisah yang
sangat menyedihkan. Tak semua orang dapat menghadapinya. Noah adalah orang yang
terpilih untuk menerima ujian sebegitu.
***
Hari ni merupakan hari lahir Soffiyya.
Soffiyya sendiri tidak ingat akan hari lahirnya. Dan Noah bercita-cita ingin
menjadi orang pertama yang mengucapkan hari lahir kepada Soffiyya. Tiba-tiba
dia rasa nak buat awal. Soffiyya kembali seperti biasa. Dia dapat ingat
sikit-sikit tentang memori persahabatannya dengan Noah. Dia bahagia. Senang
hati. Itulah yang dia rasakan disaat itu. Tapi dia tak ingat dimanakah
pertemuan kali pertama antara dia dan Noah. Kata Noah, tempat itu spesial
sangat.
Soffiyya bersikap dingin hanya untuk
beberapa hari. Namun selepas tu, dia dapat ingat kembali walaupun tidak ke
semuanya.
“Yuki..”
“Ye....” Balas Soffiyya sambil tersenyum.
“Takde apa-apa... Ermm. Kejap ye..”
Noah mendekati Puan Syafarina. Soffiyya
tidak perasan akan hal tu. dia kembali menonton televisyen.
“Ibu.. you know kan this day birthday girl kita tu...”
Puan Syafarina tersenyum. “Of course..”
“Before that, Noah ada nak buat surprise kat diaa.. ibu boleh tak tolong
Noah?”
“Amboii... nak bawak anak ibu tu ke mana ni?”
“Taman je heehhe.”
Puan Syafarina mengangguk faham. Dia
kemudian mendekati anaknya. “Fiyya.. sini ikut ibu..”
Soffiyya hanya mengangguk. Kalau dia
bantah pun apa dia boleh buat. Dia hanya mampu duduk diatas kerusi roda. Noah
sudah tersenyum. Noah sudah siapkan hadiah untuk diberikan kepada Soffiyya.
Sekejap saja, Soffiyya muncul dengan
baju yang sudah bertukar. Soffiyya memakai blouse warna krim labuh hingga ke
lutut dan seluar slat jeans panjang. Selendang terlilit elok dikepala Soffiyya.
Noah terpegun seketika sebelum tersedar dan berpijak dibumi yang nyata.
Cantiknya sahabatku. Bisik hati Noah.
Soffiyya lagak biasa walaupun malu-malu.
Pelik bila dia dipakaikan seperti itu. hendak ke mana entahlah. “Ermm. Cantik
tak saya?” soffiyya sendiri yang mengangkat bakul sendiri.
“The best!” Noah angkat thumbs up kepada Soffiyya sambil tersenyum.
“Kita bawak kamera. Ehehehe.”
Noah menunjukkan kamera DSLR yang
tergantung dilehernya. Soffiyya tersengih. “Macam ada event penting je?
Sudahlah Noah tak dapat menghadirkan diri ke majlis jamuan akhir tahun sekolah
mereka. Takpe. asalkan dia dapat Soffiyya itu sudah memadai baginya.
SOFFIYYA menepuk dahi. Punyalah dress
cantik-cantik, rupa-rupanya lepak kat taman permainan.
“Err.. petang-petang ni awak ajak saya ke sini?”
“Ha’aaa.... heehehehe.”
“Ermm...” Soffiyya tak tahu nak cakap apa. Dia hanya tersenyum. Noah
terlupa bahawa dia terlupa hendak membawa hadiah tu sekali sewaktu dia keluar
dari biliknya.
“Yuki.. awak boleh tunggu disini sekejap tak?”
“Kenapa?”
“Ada laa.. nak ambik kat rumah jap. Ada sesuatu tertinggal.”
Soffiyya mengangguk. “Jangan lama-lama
sangat tau.. ni pegang kejap kamera ni. tapi sebelum snap picture together..
hehehe.”
Soffiyya ketawa saja. Noah meminta orang
mengambil gambar dia bersama Soffiyya. Selepas itu, barulah Noah meminta diri
untuk pulang ke rumah seketika. Petang tu, tak ramai sangat orang yang lepak
dekat taman permainan. Soffiyya menunggu. Dia memandang buai dihadapannya. Dia
seperti ingat sesuatu.
“This place... tonight... time malam tu.. Noah pujuk aku.. yeahhh! He
sing a song...” Soffiyya dapat mengingat kembali. Dia tersenyum.
MEMANG mereka berdua memerhatikan gerak
geri Noah sejak Noah kelaur dari rumah Soffiyya. Memang matlamat mereka jelas.
Hari ni orang tak ramai sangat. ini masanya untuk diaorang meneruskan tugasan
yang diberikan.
Mereka nampak Noah yang berjalan kaki
dengan senang hati hendak kembali ke rumah tersebut.
Noah terasa dirinya diekori. Dia
memandang ke belakang. Ada sebuah alphard yang mengikutinya. Noah rasa pelik.
lain macam je kereta kedabak ni. dok follow aku. maaf bang.gua tak dak duit.
Bisik hati Noah. Dalam hatinya tidak lupa untuk mendoakan keselamatan untuk
dirinya sendiri.
Pupp!! Saluran pernafasannya ditutup
ecara mengejut. Noah menronta untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya.
Penculik terlalu tangkas. Pandangan Noah kelam. Dia tak nampak apa-apa. Kecuali
waktu itu awan petang itu yang cerah menjadi mendung. Dia teringat Soffiyya
yang masih menunggunya ditaman permainan. Noah akhirnya pengsan dan tidak
sedarkan diri.
“Hah. Senang rupanya nak tangkap budak ni.. harap je tinggi lampaii..” Yusri
bersuara selepas mengikat tubuh Noah. Noah langsung tidak sedarkan diri.
“Kau ni pun.. kalau serang hendap boleh laa. Cuma kau serang depan-depan
tengok. tak mustahil kau yang lari nanti.” Zul membalas kata-kata Yusri.
“Elehh. Takde punya. Tengok badan laa. kalau tak..”
“Kalau tak... takde laa kau angkat budak seberat tu sampai aku kena
turun tolong.. hello. Bandingkan badan kau dengan badan anak Dr. amirul ni..
siapa lagi tegap. Kau tu sekeping cicak kobeng je tauu.”
“Bla..blaa..blaaa.. old witch betul kau ni.. aku bagi penendang jarak
jauh baru kau tahu kotttt..”
“Amboi kejamnya diaa.. ingat janji kita.. jangan cederakan budak tak
bersalah ni.. aku tak sanggup. Dah laa kita culik dia secara mengejut...” Zul
yang sedang memandu simpati dengan keadaan yang dilalui oleh budak yang menjadi
target mereka.
Yusri mengiakan kata-kata sahabatnya.
“Betul tuu.. sokong.. hmm. Kesian kat kau budak.. aku faham..... tapi kau kena
faham kita orang jugak.. bapak kau takpe laa. kaya gilaa bapak. Kita orang ni,
nak cari seciput makanan pun merangkak lagi...” Yusri menepuk pipi Noah.
“Hensem kauu.... hidung mancung.. kening tebal... parut kauu. Perghh.
Perfect...” Sambung yusri lagi.
“Sudah... sudahla tuu Yus... kalau kau tak hensem, jangan jeles dekat
budak hensem macam diaa tu. nama pun budak kacukan.. hohohho.”
Mereka berdua ketawa bersama. Sedangkan
ada yang terluka ditaman permainan.
SUDAH lebih dari setengah jam Soffiyya
menunggu. Noah tidak juga sampai-sampai. Namun dia tetap sabar menunggu Noah
kerana dia yakin Noah akan kembali. Soffiyya menghiasi bibirnya dengan
senyuman. Dia ingin kongsi benda yang sudah dia ingat bersama dengan Noah.
Bosan menunggu, Soffiyya memandang langit yang mendung. Ada tanda-tanda hendak
hujan.
“Datang.... tak datang... datang... tak datang.... datang. Tak
datang...” Berulang kali Soffiyya mengulangi ayat itu hingga cukup satu jam.
Noah masih juga tidak muncul. “Noah.. where are you?” Soal Soffiyya sendirian.
Dia tetap yakin bahawa Noah akan datang.
Noah tak mungkin tinggalkan dia sendirian di sini. Beberapa kali Noah ulang
ayat “I’ll take care of you for the rest of my life....”. ayat itu yang
dipegang Soffiyya. Tak mungkin Noah mengkhianati kata-katanya sendiri.
Seperti yang dijangka. Hujan mula
rintik-rintik. Ramai orang yang bermain ditaman permainan itu berlari pulang.
Hanya soffiyya saja yang tinggal. “Datang.. tak datang. Datang. Tak datang.
Datang.... tak datang..... Hmm... Noah..” Soffiyya menyuakan tangannya pada
hujan yang turun renyai-renyai. Dia menadah hujan dengan tangan.
Semakin lama semakin lebat. Soffiyya
tetap juga berada disitu walaupun disaat tu, taman permainan sudah kosong
dengan manusia. Cuma gerai-gerai berdekatan saja. “Noah... saya yakin awak akan
datang.. awak suruh saya tunggu... hmm.. Datang.. Tak datang.. Datang.. tak
datang..” Soffiyya tetap mengulangi ayat tersebut. tabiat lamanya kembali.
Pakaian yang tersarung pada tubuh
sekepingg Soffiyya sudah lencun. Tapi Soffiyya tidak mempedulikannya. Dia tetap
menunggu. “I’ll wait for you.” Sudah dua setengah jam. Kali ni Soffiyya cuba
untuk berfikiran positif tentang Noah namun hatinya kuat mengatakan bahawa Noah
tidak akan datang. Dah lebih dari dua jam dia menunggu. Kelibat Noah langsung
tidak kelihatan. Kamera DSLR yang dipegangnya juga turut basah namun ditutupi
oleh beg sandang yang ditinggalkan Noah kepadanya.
Air mata tidak dapat ditahan lagi. Hati
Soffiyya rasa sebak kerana Noah sanggup membiarkan dia ditimpa hujan. Apa
maksud Noah buat begini kepadanya... Semua tiada jawapan. Air mata laju
membasahi pipinya seiring dengan air hujan yang turun dari langit Ilahi. “Noah..
why are being like this? kenapa awak buat macam ni kat sayaaa?
Noahhhhhhhh.....................” Soffiyya menjerit nama Noah namun tiada
sahutan.
Jane yang melalui jalan tersebut
memberhetikan skuternya. “Ehh. Tu bukan Soffiyya ke?” Jane membuka payung,
turun dari skuternya dan berlari ke arah Soffiyya. Dia yakin itu adalah
Soffiyya.
Soffiyya terasa dirinya dipayungi. Dia
berharap orang itu adalah Noah tapi hampa. Itu adalah Jane.
“Ya Allah. fiyya.. kau buat apa kat siniii?” Soal Jane yang memayungi
Soffiyya dengan payung. Bibir Soffiyya pucat. Tubuh soffiyya menggigil
kesejukan.
“Noah.. aku tunggu Noah..”
“Noah? Kenapa? Siapa yang bawak kau ke sinii??”
“Noahh.. dia suruh aku tunggu.. tapi sampai sekarang dia tak
muncul-muncul..”
Jane terdiam seketika. “Ya Allah.. kalau
ye pun, sanggup dia biarkan kau dalam hujan macam ni.. Noah niii!” Jane mula
berang.
“Aku tak tahu... dah dua jam lebih aku tunggu kat sini...”
“Lailahaillallah..”
Air mata Soffiyya berterusan mengalir.
Dia sedih dengan apa yang berlak sekarang. dia sangat kecewa dengan Noah.
Hatinya terguris. Noah mengkhianti kata-kata itu. “Dia penipu.. dia penipu...”
Jane terus memeluk tubuh Soffiyya. Soffiyya menangis teresak-esak dibahu Jane.
Semuanya bagai mimpi disiang hari. Noah
yang baik macam tu sanggup khianti kata-katanya sendiri. apakah?
Disebalik itu, mereka tidak tahu apa
yang terjadi kepada Noah.
NOAH tersedar setelah beberapa jam tidak
sedarkan diri. Dia sedar apabila dia berasa sejuk. Noah memandang keadaan
sekelilingnya. Macam hotel. Bisik hati Noah. Dia pelik bagaimana dia boleh ada
disitu. “Ya Allah. Yuki....?” Noah sedar hujan turun lebat diluar. Dia baru
hendak turun dari katil itu terhenti perbuatannya. Dia baru sedar dirinya
diikat ketat. Dari dada hingga ke kaki dia diikat. Macam dugong. “Ya Allah.
Yuki.. apa yang aku dah buat nii? Aku kat mana nii? Hotel apaaa ni? apa yang
berlaku??”
Di saat Noah sedang menyoal dirinya
sendiri, pintu bilik terbuka. Dua orang lelaki yang tidak dikenali masuk ke
dalam bilik lalu mendekatinya.
“Kau dah sedar? Nak minum? Makan?”
“Aku kat maaannnaaaaa?”
“Ermm. Hotel. Esok penerbangan kau ke
Cardiff.”
Noah teringat kembali kata-kata Jane
yang pernah menyuruhnya berhati-hati dan bersedia untuk kemungkinan yang bakal
berlaku. jadi inilah kemungkinannya. Noah istighfar panjang.
“Ke Cardifff?? For serious?”
Salah seorang lelaki itu mengangguk.
“Hmm.. pakaian kau kitaorang dah beli. Sorry terpaksa tinggalkan seurat benang
kat badan kau... nak ambik saiz..”
“No! Aku takkan balik Cardiff!”
“Memang kitaorang tak nak bawak kau balik Cardiff.. tapi ni arahan bapak
kauuu.”
“Walid?”
“Hmm... yeah...”
“Tapi kenapa?”
“aku pun tak fahammmm!” Balas salah seorang lelaki itu.
Noah mengeluh perlahan. Dia tak faham
dengan apa yang berlaku. kenapa semuanya dirasakan mimpi? Noah tergamam dengan
apa yang berlaku. untuk seketika, dia meminta dunia dan masa untuk berhenti
berputar. Dia ingin ke tempat taman permainan. Soffiyya pasti kecewa dengannya.
dia melihat jam ditangannya. Sungguh. Nak dekat maghrib. Noah meminta dirinya dilepaskan
untuk dia menunaikan solat maghrib.
Dia baru hendak mengambil peluang
tersebut untuk melepaskan diri sendiri tapi dia dikawal ketat oleh dua orang
lelaki muda yang tidak dikenalinya.
Assalamualaikum . hey girl . i like this stories . keep on writing okay . :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Thanks for reading :) In shaa Allah :D
Delete