TIDAK tahu apa yang hendak dibuat. Sudah
semalaman Noah tidak pulang ke rumah. Dan pagi ini, Soffiyya duduk diruang
tamu. Asyik termenung. Hari bahagia bertukar menjadi tragedi buruk dalam
hidupnya. Dia tak tahu ke mana Noah menghilangkan diri. Puan Syafarina
merancang untuk buat laporan polis tentang kehilangan Noah. Siapa tak risau.
Telefon tak angkat, itu tak angkat, ini tak angkat.
Dalam fikiran Puan Syafarina dah
terbayang benda-benda yang buruk berlaku kepada Noah. Nak kata Noah kena culik?
Perkara itu sangat mustahil. Nak kata kena belasah pun entah la. semuanya
berlegar dalam kepala Puan Syafarina. Soffiyya apa kurangnya. Jane cuba
menyedapkan hati mereka sekeluarga yang risau akan kehilangan Noah secara
tiba-tiba.
Hilang tanpa khabar berita.
“Soffiyya. Sudah..sudah laa tu.. in shaa Allah Noah akan pulang..”
Nasihat Jane kepada Soffiyya.
Soffiyya diam saja. Air mata laju saja
turun membasahi pipinya.
“Betul cakap Jane tu, sayang... Noah akan pulang.. he will be okay...”
Soffiyya tetap tidak memberi respon.
Entah kenapa hatinya berasa sedih yang teramat. Sesak dadanya memikirkan hal
tu. Hari ini, dia dapat ingat sedikit sebanyak tentang dia dan Noah.
Persahabatan yang terjalin diantara dia dan Noah.
Tiitt.. titt...titt...titt.
Telefon bimbit milik Soffiyya berdering
menandakan ada mesej baru masuk. Namun tidak dipedulikan oleh Soffiyya. Jane
yang membukanya.
“From Noahh??”
Soffiyya mengangkat wajahnya. Air mata
diseka. “Noahh. Mana diaa? Mana diaa?”
Jane menyerahkan telefon kepada
Soffiyya. Soffiyya membukanya.
<Don’t find me anymore.. My family
have taking me away and i really glad to see them. I don’t need you and your
family’s pity anymore. Thanks for everything.>
Serta merta telefon bimbit itu terjatuh.
Soffiyya seperti tidak berdaya memegang dan menggenggam telefon tersebut.
Adakah semua ini mimpi? Bisik hati Soffiyya bagai tidak percaya yang menghantar
mesej itu adalah Noah.
“Kenapa ni Fiyya?” Soal Puan Syafarina. Jane mengutip telefon bimbit
milik Soffiyya yang terjatuh menghempas ke lantai marmar. Jane membacanya. Dia
hanya mampu menekup mulut terkejut.
“Soffiyya.. sabar..” itu je yang keluar dari mulut Jane. Jane sendiri
tidak tahu apa yang harus dia katakan. Puan Syafarina pula membaca mesej tersebut.
terkejut bukan kepalang.
“What’s do he want?”
Soffiyya menggeleng. Air mata merembes
keluar dari pipi. Kesedihan tidak dapat dibendung.
DIA membuka telefonnya yang telah
kehabisan bateri. Di saat ini, Noah sudah pun berada di dalam pesawat. Noah
mengeluh perlahan. Dia berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan pulang
ke Malaysia semula jika berkesempatan. Kalau takde pun, dia tetap akan cuba
cari. Dia akan pulang ke Malaysia bersama duitnya sendiri. air mata tidak dapat
ditahan. Noah membuang pandangannya ke luar tingkap. Terasa awan begitu
dekatnya. Dekat dihatinya. Jam ditangan menunjukkan tepat 12 tengahari. Dia
berlepas dari KLIA tadi tepat jam sepuluh pagi. Ini bermakna dua jam telah
berlalu.
I’m sorry.. i don’t know how this thing
happens to us.. saya tak nak this thing will be the titik permulaan
persahabatan kita hancur... saya tak nak... Ya Allah... Bisik hati Noah yang
sayu. Dia dalam dilema. Noah sedar sim kad telefonnya sudah diambil dan
dikepak. Dan dia yakin, dia tak mampu menggunakannya. Dia dilarikan dalam
keadaan sehelai sepinggang. Hanya baju dan seluar dibeli oleh dua orang manusia
yang tidak dia kenali. Kenapa sekarang dia tak mampu menghalang segalanya? Noah
memarahi dirinya sendiri. dia rasa bersalah yang teramat. Terbayang wajah
Soffiyya yang ditimpa hujan disaat dia ditangkap.
Barulah Noah tahu kemewahan tidak
menjaminkan apa-apa jika hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Baginya, itulah
sikap yang ada pada walidnya sekarang. Naik pusing fikiran dan kepalanya
memikirkan apa yang berlaku. Berkali-kali persoalan “apa salah aku?” menerpa ke
benak otaknya. Soalan pendek tapi tiada jawapan. Tiada penyudahnya.
Hari ni, penerbangan penumpang tak ramai
sangat. tambah-tambah Noah berada dibahgian VIP. Entah la apa benda yang cuba
dilakukan oleh walidnya. Apa-apa pun, Soffiyya tetap dalam ingatannya. Noah
kemudiannya, membawa keluar sesuatu dari poketnya. Dompet dia je pun. Dia
membuka. Ya, ada gambarnya bersama Soffiyya dicompartment depan. Bibir Noah
mengukirkan senyuman. “Persahabatan indah bersama awak, takkan saya lupakan...
Tunggu sampai suatu masa dan suatu saat, saya akan cari awak balik...” Noah
seolah-olah berkata kepada gambar yang berada dibahagian depan walletnya.
***
SETELAH beberapa jam dalam perjalanan
yang menyebabkan dia berasa lenguh satu badan walaupun tidak buat apa-apa, dia
sampai ke destinasi yang sangat dia kenali. Destinasi yang pernah berada dalam
ingatannya sebelum dia dibuang ke Malaysia. Noah dikawal oleh dua orang lelaki
tersebut. Dua orang lelaki yang diupah oleh walidnya tu selalunya saja
mengawalnya walaupun dia hendak ke tandas. Kawalan ketat terhadap dirinya
membuatkan dia berasa seperti hidup dalam tahanan.
“Ermm. Jom cepat, budak.”
“Hmmm...?”
“Kau lapar eh?”
Noah tidak menjawab. Dia sibuk mendengar
lagu. Headphone melekap pada telinganya. Bukan dia tidak dengar, tapi malas
menjawab. Sungguh waktu ni sememangnya dia tiada mood untuk berbicara dengan
sesiapa pun. dah la culik aku, then bajet baik! Blah laaa! Bisik hati Noah yang
tiba-tiba naik angin tak tentu pasal. Cuaca sejuk menyucuk hingga ke tulang
hitamnya. Tapi Noah tidak peduli. Dia biasa dengan cuaca sebegini. Bukan hari
ni dia pertama kali menjejak kaki ke bumi Cardiff tapi dah banyak kali. Siap
menetap lagi. tambahan pula Cardiff adalah tempat dia dilahirkan.
Wajah Noah yang hensem tapi lekang
dengan senyuman itu mendapat perhatian gadis-gadis di situ. Noah tidak peduli.
Dia tak mahu layan sesiapa pun ketika ini. Damn! Ingat aku takde perasaan ke?
Di bawak larik waktu aku nak celebrate birthday Yuki.. then, walid sendiri yang
buang aku. Why nak ambik aku balik bila aku dah selesa dengan family baru aku.
Haaahhhh!!! Bisik hati Noah. Semuanya hanya terluah dihati. Tidak mampu dimulut
kerana terasa berat hendak membuka mulutnya.
Satu jam perjalanan, Noah sudah sampai
dihadapan rumahnya. Terasa cepat masa berlalu. sekejap saja dia kembali ke
rumahnya yang dahulu. Kenangan lama bermain dimindanya. Noah jadi sayu. Wajah
arwah Ameer kembali menghiasi ingatannya. Keseronokan bersama Ayesha membuatkan
dadanya sesak. Saat dibelai oleh ibu kandung sendiri membuatkan hati bersama
ngilu dan sayu. Pilu hatinya mengenangkan segalanya telah hilang sebaik saja
arwah Ameer meninggal dunia.
“Kau turun dulu. Before that,
bak sini passport kau.”
Noah terkejut. kenapa pulak passport aku
yang dia nakk? Bisik hati Noah. “What’s for?”
“Bagi je laa. bukan kitaorang nak makan pun. Cepat!”
Noah mengangguk dan menyerahkan passport
kepada salah seorang lelaki yang berada dibahagian depan tempat sebelah
pemandu.
“Ni duit. Kau tahu kan rumah kau sendiri? kalau kau lapar makanan ada.
Tapi kalau kau nak beli apa-apa guna duit nii.”
Noah pelik. kenapa perlu bagi duit ni
dekat dia? bukankah bonda dan yang lain ada didalam rumah tersebut? Noah
kehilangan kata. Berat mulut untuk bertanya, dia mengangguk saja dan menerima
duit tu.
Noah melangkah keluar dari kereta.
Headphone dikepalanya diturunkan dan tersangkut dilehernya. Baju jaket sejuk
yang dipakainya dibetulkan.
“Woii budakk! Kau tertinggal nii. Kunciii!”
Noah lagi bertambah pelik. takde orang
ke dalam rumah ni? Kepulangan aku ni disambut ke? Atauu... Arrgghhh. I don’t
need to think about that kind of situation. Surely, they do not accept me....
or thought me as their son either. Bisik hati Noah.
Dia menerima kunci itu dan terus
melangkah menuju ke pintu rumahnya. Dia memandang kereta dibelakang. Ya, memang
takde. Hilang. Mereka meninggalkannya dia disitu berseorangan. Noah tidak
peduli. Waktu solat asar sudah masuk, jadi dia harus menyegerakannya terlebih
dahulu. Dia ketepikan semua hal dalam kepalanya.
“That’s right... memang takde sorang pun dalam rumah ni... zero...
tinggal perabot yang tutup dengan kain warna putih... Rumah ni dah ditinggalkan
lamaaa....?” Timbul seribu satu rasa sayu dalam hatinya.
Apa-apa pun dia melangkah masuk kerana
kalau dia berdiri lebih lama di hadapan pintu, konfem-konfem dia mati kesejukan
disitu. Noah menuju ke biliknya terlebih dahulu. Dia tersenyum melihat biliknya
yang tidak pernah berubah sejak dulu. Perabot-perabot tetap dalam keadaan
seperti sebelum dia meninggalkan bilik itu. Ya, agak berhabuk. How come aku nak
tinggal dalam rumah besar ni? Noah memandang bilik yang besar. “Ya Allah.
solat...” Baru Noah teringat. Dia terleka sekejap. Dia terus membuang jaketnya
dan menuju ke bilik air.
***
SOFFIYA terjaga dari tidurnya tepat jam
dua setengah pagi. Dia menggosokkan matanya. “Malaikat gerakkan aku ke?” Soal
Soffiyya. Dia mengesot perlahan-lahan di atas katil ke hujung katil dimana
kerusi roda. Masuk hari ni, sudah dua minggu Noah tiada dirumah. Walaupun
jiwanya pedih mengenangkan apa yang berlaku tapi dia cuba untuk reda dengan
segalanya. Masih jelas kenangan bersama sahabatnya yang seorang itu. ia
benar-benar membuatkan hatinya sayu. Tersangkut-sangkut nafasnya apabila
mengenangkan Noah sudah tidak lagi berada disebelahnya.
Tiba-tiba kenangan dipantai dekat Pulau
Pangkor terlayar dimindanya. Noah pernah berkata.
“Yuki.. andai sesuatu terjadi kepada saya, saya harap awak boleh jaga
diri dan jangan pernah lupakan saya.”
Mengingatkan perkara tersebut, hatinya
bertambah sayu. Pernah juga Noah mengatakan semasa mereka makan malam
dirumahnya. Ayat yang sama juga diulang sehingga hari Noah hilang. Air mata
yang mengalir diseka. “No. Aku kena kuat! Aku tak boleh macam nii. Tanpa dia
pun, aku boleh hidup laa. Ingat Yuki.. No! Soffiyya. Itu masa lalu akuu! Dia
hanya dalam masa lalu akuu! Titik!”
Dan waktu itu jugalah situasi ketika dia
kemalangan itu terbayang di layar mindanya. Kali ini lebih jelas! Jelas
sangat-sangat. Soffiyya menutup wajahnya dengan tangan sambil menggeleng.
Keadaan yang sama berlaku iaitu dia menggigil ketakutan. Dia menurunkan
tangannya tapi matanya tetap tertutup rapat. “Ahhh! Ya Allah....” Soffiyya
segera beristighfar. “Noahh.... awak yang buat saya jadi macam ni?? Adakah saya
jadi macam ni, sahabat awak jadik macam ni sebab tu awak tinggalkan saya? Awak
rasa bersalah and awak tak sanggup jaga saya? Takpe...... takpee....”
Soffiyya menarik nafas panjang. “Saya
tak harap belas ehsan dari awak... So that, saya akan lupakan awak... Tapi awak
sahabat saya. Awak tahu berdosa kalau cuba memutuskan persaudaraan dan hubungan
ukhuwah yang terjalin between you and me....? Ya Allah...” Sekali lagi air
matanya mengalir.
Hampir setiap malam, Soffiyya mimpikan
Noah. Soffiyya terus menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia menangis. Dia tak nak
ingat apa-apa. Hatinya benar-benar sebal dengan Noah. Hatinya sakit bagai
dicucuk apabila mengetahui apa yang berlaku. Patutlah Noah tak pernah bagitau
apa-apa tentang kemalangan tersebut. ibunya juga tidak pernah sekali pun sebut
tentang kemalangan itu dihadapannya. Termasuklah Jane dan adik beradiknya yang
lain. Kenapa semua orang menyebelahi orang yang tak kenang budi macam Noah?
Bukan niat dihati ni nak mengungkit tapiii Noah dah keterlaluan. Bisik hati
Soffiyya. Soffiyya akhirnya tertidur dalam tangisan. Letih kerana menangis. Dia
tak nak ingat apa-apa. Biarlah ingatannya begini.
Pasal dia teringat keadaan bagaimana dia
dipukul ayahnya juga dia tak nak ingat. Waktu kecil-kecil dia dipukul sebegitu
teruk hingga separuh mati. Mujur ada ibunya yang menolongnya ketika itu.
Bagaimana keadaan dia dikeji, dihina, dimaki oleh orang lain dan teman-temannya
pun dia tak mahu ingat. Kisah silam yang terlampau menakutkannya. Dia jadi
trauma setiap kali kenangan tersebut terimbau diingatannya. Itu yang dia ingat.
Ketika dia bersama Noah, hanya sedikit saja yang mampu dia ingat. Dia dah tekad
tidak mahu cuba atau teringin pun nak ingat pasal Noah. Kalau ingat perkara
tersebut, hanya membuatkan dia bazir air mata dan hatinya sayu. Dia kesihan
dengan mata dan hatinya. Letih menangis dan berasa sayu kerana orang yang tak
pernah menghargai nilai sebuah persahabatan.
***
PAGI-PAGI Dr. Amirul sudah keluar. Dr. Narsha
juga begitu. keluar awal kerana sebagai doktor, mereka ada komitmen yang tinggi
terhadap kerjaya mereka yang menyelamat dan merawat pesakit. Ayesha selalu
sendiri. namun itu hanya diluahkan kepada pembantu rumahnya, Lena. Lena ibarat
seperti ibunya yang kedua. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan Lena
berbanding bondanya yang sering sibuk dengan pekerjaan. Dia faham tapi kalau
bondanya cuti, bondanya ingin berehat. Hal itu menyebabkan dia rasa sunyi.
Sunyi yang teramat. Mujurlah ada Lena. Balik-balik Sis Lena juga.
“Hmm.. what’s wrong Ayesha? You looks so bored.”
Ayesha mengjongketkan keningnya. “Yeah..
i need someone to play with.”
“Ohh.. so lets play with mee.. Come..”
“No.. i don’t want.” Ayesha menggeleng dan menarik tangannya kembali.
“Do you want to eat?”
Perbuatan yang sama dilakukan oleh
Ayesha. Ayesha sebenarnya, jauh disudut hati begitu merindui Noah. Tapi nama
Noah Hayyan telah diharamkan dirumahnya. Takde seorang pun boleh membangkitkan
nama Noah kerana itu akan menimbulkan kemarahan Dr. Amirul. Sehinggakan Ayesha
yang kecik pun dimarahi teruk. Hampir tangan Dr. Amirul naik ke mukanya.
“So, what do you want actually?” Soal Lena tanpa rasa jemu melayan
kerenah Ayesha yang sangat menghiburkan itu. budak comel tu selalu
membuatkannya terhibur.
“Hmm... I want akhii!”
Dup! Tersedak Lena yang sedang meneguk
minuman. “Ahh? Syhhh. Don’t you ever mentioned about akhi. Your walid might
angry about this. Did you remember that you almost got slap by your own walid?”
Ayesha terdiam. Serta merta air mata Ayesha
mengalir membasahi pipi gebunya. “Ehh. Ayeshaa.. don’t cry my dear.. come to
mee... here..” Ayesha turun dari kerusinya lalu menuju ke arah Lena dan
memeluknya. Ayesha menangis dalam pelukan Lena. Teresak-esak dia dibahu Lena.
Lena pula menggosok belakang Ayesha. Dia faham perasaan Ayesha. Dia tahu apa
yang Ayesha rasa. Dia jugak berasa sedih. Walaupun layanan Noah tidak seberapa
baik dengannya, tapi budak tu baginya ada sebab-sebab yang tertentu dan apa
yang lakukan oleh Dr. Amirul tidak wajar.
“Ayeshaa... i know your akhi will be back...”
“Kalau dia balik sini pun, macam dia tahu je kita ada kat mana. rumah tu
kosong... kita dah pindahh.”
Lena mengangguk faham. “Ye..ye.. in shaa
Allah one day...” Ayesha mengiakan kata-kata Lena. Hati yang dibebani rindu
terhadap abang kesayangan tidak dapat dipadam dengan senang. Sudah
bertimbun-timbun rasa rindu itu dipendam begitu saja. Tak siapa yang tahu
melainkan Lena dan yang di Atas.
SELESAI mengemas rumahnya, hari sudah
pun mengadap ke tengahari tapi cuaca tetap sejuk. Hampir dua minggu setengah sudah dia berada dibumi Cardiff. Rumahnya nampak berseri
kembali berbanding semasa dia melangkah pada hari mula dia masuk ke rumah tersebut. Ya, mengambil
masa yang agak lama juga untuk dia habiskan kemas rumah. Dia tersenyum melihat
hasil kerjanya. “Alhamdulillah ya Allah...” Ucap Noah. Laptopnya tiada, DSLRnya
tiada, semua gadget miliknya tertinggal di rumah Soffiyya kecuali telefon
bimbit yang ada bersamanya.
Sekarang ni, Noah memikirkan
persekolahnya. Dia kena ada pelajaran untuk dia teruskan hidup. Tanpa
pengetahuan dan pelajaran, macam mana dia nak hidup? Itu persoalannya sekarang.
Barang-barang didapur belum lengkap. Duit yang diberikan oleh dua orang lelaki
yang diupah oleh walidnya itu boleh tahan banyaknya. Cukup untuk dia hidup
sebulan. Noah bercadang hendak ke luar rumah membali barang-barang dapur.
Dia naik ke biliknya ditingkat atas
untuk bersiap dan kemudiannya dia turun untuk ke luar. Baru hendak keluar,
pintu utama terbuka luas. Wajah salah seorang lelaki yang membawanya ke
rumahnya semula itu terjengul dihadapan pintu. Berdiri elok sambil memeluk
tubuh dengan angkuh.
“Hmm. Kau nak ke mana?” Soal lelaki itu senada.
“Going out.”
“Buat apa?”
“Beli apa-apa yang sepatutnya. Baju pun takde, seluar takde. Baik beli.
Kalau tak, nak pakai apa.. barang kat dapur pun dah habis.” Balas Noah senada
juga. Nada yang mendatar seperti malas hendak menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan dan ditanya kepadanya.
“Err..... hmmm... Okay. Jom laa aku hantar.”
Noah mengiakan saja.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta.
Setelah kereta berjalan, lelaki itu memulakan bicaranya. “Erm... actually, aku
ni takde laa jahat sangat.”
“Ah? then what’s your name?”
“Why? Nak report polis?”
“Waste my time..”
“Fine. panggil je aku Zul..”
“Ouhh.. yang lagi sorang tu siapa?”
“Tu Yusri. Dia yang libatkan aku dalam hal ni. Firstly, i’m sorry sebab
buat kau terpisah dengan member kauu.”
Noah membuang pandangan ke luar tingkap
kereta. “Ermm.. penting sangat ke dia tu kat kau.. ermm Noah?”
Noah memandang Zul yang sedang memandu.
“Of course. Siapa lagi yang dengar masalah aku selain dia? siapa yang tolong
waktu aku terjatuh? Ha.. and i know that Soffiyya adalah manusia yang
dikirimkan oleh Allah untuk bantu aku... Allah tu Maha Penyayang...”
“Err. aku tahuu... kenapa? Family kau memang tak ambik berat pasal kau
ke?”
Noah tersenyum sinis. “Aku sendiri tak
tahu. Bro Zul . you know my walid right? So, just go and ask him by yourself..
tanya dia.. sebab even aku sendiri tak tahu kenapa dia buat aku macam
sampah....”
Zul tu mengangguk. Ada terbit rasa
simpati dalam diri Zul. “Hmm.. sekarang ni, kau jangan risau okey.. aku back up
kauu. Just... i need a time.. i feel sorry with you.”
“I don’t need your sorry. I just want to meet my soffiyya. The best
friend ever after arwah Ameer.”
Dengar cerita pasal Ameer, Zul
mengangguk. Dia tahu siapa Ameer. Ameer adalah saudara kembar Noah. Tu je laa
yang dia tahu. tak banyak yang dia tahu.
Akhirnya mereka sampai juga ke pasar
raya. Noah terkejut. Dia berjumpa dengan manusia sebijik muka macam Soffiyya.
“Yuki....” Nama itu terucap juga dibibirnya. Tanpa berfikir panjang, Noah terus berlari ke arah gadis yang disangka Soffiyya.
"Yukii!" Noah terus berlari dan berdiri dihadapan gadis tersebut bagi menghalang gadis itu daripada terus berjalan.
"Eh.." Gadis itu terkejut.
Berharap itu adalah Soffiyya namun harapannya hampa.
"Sorry. sorry. I was wrong.. i thougt that you're my friend... hmm."
Gadis itu mengangguk dan berlalu meninggalkan Noah. Noah sebal dan hatinya bertambah pilu. Dia tidak faham mengapa dia diuji dengan ujian seprti tu. Noah mengatur langkah longlai membeli barang yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment