ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Saturday, 2 February 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #22 (update new)




SOFFIYYA tertidur didalam kereta semasa perjalanan pulang dari hospital. Puan Syafarina membawa Soffiyya membuat pemeriksaan ke atas diri Soffiyya untuk tahu keadaan sebenarnya. Puan Syafarina lega kerana Soffiyya sudah mula bercakap walaupun dia tidak kenal siapa Puan Syafarina.

     “Hmm. Alhamdulillah dah sampai..” Puan Syafarina masuk ke perkarangan rumah dan memarkir kereta di porch kereta. Rumah setingkat yang luas lamannya itu adalah rumah milik Puan Syafarina.

     “Hmm. Fira.. tolong ibu ambil ubat-ubat kak Fiyya letak kat dapur.”

     “Okey ibuu. Hehehe.” Balas Syafira dengan rasa gembira tanpa sebab. Barangkali Soffiyya sudah mula bercakap dengannya walaupun tidak semesra dulu.

Noah keluar dari kereta dan menuju ke bonet belakang kereta. Dia mengeluarkan kerusi roda dari bonet kereta. Puan Syafarina pula menggerakkan Soffiyya yang sedang nyenyak tidur. Esok petang, Soffiyya sudah mula memulakan pemulihan untuk dia berjalan kembali.

     “Fiyya. Bangun sayang.. kita dah sampai rumah ni..”

Soffiyya membuka matanya. Dia tersenyum. “Hmm.. mana orang gaji kita tu?” Soal Soffiyya memandang kiri ke kanan mencari Noah.

     “Orang gaji? Kat rumah kita mana pernah ada orang gaji..” Puan syafarina pelik dengan Soffiyya yang tiba-tiba menimbulkan soal orang gaji.

 Noah yang mendekati pintu kereta bersama kerusi roda itu tersenyum. “Saya laa orang gaji tu ibu...”

     “Awak panggil ibu saya ibu? Dia bukan ibu awak okey.”

     “Ah? Fiyya. Tak baiklah cakap macam tu.”

     “Alaa ibu ni. nak bela budak mata biru ni kenapa... huh.. bajett.. hensem.... Cepatlaaa Noah. Saya nak masuk rumah ni.”

Err.. yuki... fine. bisik hati Noah. “Hmm. Sini ibu bantu.” Puan Syafarina menolong Soffiyya untuk duduk di atas kerusi roda tersebut. Noah membetulkan tempat duduk Soffiyya. Kain yang melapik paha Soffiyya itu diletakkan elok-elok.

     “Lepas ibu masak nanti, ibu kena pergi ke kafe. Yela, nanti ibu takde kat situ.. lain benda yang jadi. Tak boleh nak harapkan budak-budak yang ibu ambil tu sangat. kesian jugak kat diaorang tak menang tangan.”

     “Ohh. Ibu ada kafe?”

      “Yeah... kafe. Nanti bila-bila ibu bawak. Dekat je pun..”

Soffiyya mengangguk perlahan sambil tersenyum. Noah juga tersenyum melihat senyuman Soffiyya. “Okey.. jom kita masuk rumahh.” Ajak Noah. Puan Syafarina tersenyum saja.

     “Ibu masuk dulu ye..” Puan Syafarina berlalu meninggalkan Soffiyya dan Noah disitu.

     “Cepat laa masuk. Tolak cepat. Hishh. Hishh.”

Hahaha. Kelakar. Huh.. Bisik hati Noah apabila Soffiyya berbuat seperti itu. “Yee Cik Yukii.”

Soffiyya tersenyum.


JANE melihat Soffiyya dan Noah dari jauh. Dia menyuruh pemandunya berhenti berjauhan sedikit dari rumah Soffiyya. Boleh tahan besar jugak rumah Soffiyya. Dia sangkakan Soffiyya itu terlalu sengket dan miskin hingga takde apa-apa. Kalau tengok dari cara pemakaian Soffiyya yang kemas tu memanglah orang tahu dia anak orang berduit juga. Tapi sebenarnya takde laa berduit sangat.

     “Huhh... diaorang bertambah mesra...” Jane bersuara sambil mengesat air mata melihat keadaan Soffiyya yang duduk diatas kerusi roda. Apakah dia patut membiarkan Soffiyya dan Noah bahagia seperti itu? Dia sendiri tidak tahu. hatinya tidak rela tapi akal mengatakan ya. Dia patut membiarkan mereka berdua begitu. lagipun hubungan mereka berdua tidak lebih dari seorang sahabat. Kasih sayang sahabat yang mesra yang disalah ertikan oleh semua orang.

Ya, memang dia pernah tanya Noah tentang hubungan Noah dan Soffiyya dan jawapan Noah adalah sahabat saja. Tak lebih dari tu. tapi tak mustahil dari kasih sayang sahabat itu bertukar menjadi kekasih. Itu yang Jane takut. “I’m sorry Fiyya for making you like this. aku dah banyak buat jahat dengan kauu.. aku mintak maaf..”

Sekali lagi Jane mengesat air matanya yang mengalir apabila mengenangkan kesalahannya pada gadis tak bersalah yang diberi nama Soffiyya Yuki.

     “Uncle.. jalan..” Arah Jane setelah melihat Soffiyya dan Noah lenyap dari pandangannya. Bukan mati tapi masuk ke dalam rumah.


PETANG ITU, Dr. Amirul duduk didalam bilik kerjanya dirumah. dia hanya perlu menunggu panggilan dan dia perlu bersedia tiap-tiap masa. Oncall lah katakan. Dr. Narsha mengetuk pintu biliknya sebelum masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia hendak menghantar air kepada suaminya.

     “Abang.. air..”

Dr. Amirul mengangguk. “Thanks Sha.. Ayesha mana?” Soal Dr. Amirul.

     “Ada dekat dalam bilik dia.. Hmm. Abang takde kerja ke hari ni?”

Dr. Amirul menggeleng sambil tersenyum. “Ermm... abang ingat nak ke Malaysia laa.”

     “Malaysia? Buat apa?”

      “Tak buat apa-apa. Saja nak ajak bercuti. Lama kita sekeluarga tak pergi bercuti. Yelaa.. awak busy,, saya busy.. kesian Ayesha asyik dengan Lena je.”

Dia mengangguk perlahan. “Hm..” Sebenarnya dalam fikirannya teringat akan Noah. Mana tahu bila dia pergi sana, dia akan terserempak dengan Noah.

Dr. Amirul sendiri tak tahu kenapa dia cakap macam tu. pelik juga. Tapi apa salahnya dia pergi ke sana. sambil-sambil tu boleh dia tengok sendiri keadaan anaknya tu. bagaimana keadaan anaknya itu? dia perlu sahihkan cerita yang orang beritahu dia. dia perlu buat seperti tu. baru dia sedar. Tapi andai kata betul Noah sama dengan budak perempuan dalam gambar tu, dia memang terpaksa angkut Noah bawak balik. dia akan paksa Noah ikut perintahnya. Budak tu tidak boleh diberi muka. Barangkali Noah berasa bebas bila berada di Malaysia tanpa ada pengawasan sesiapa.


***

SETIAP petang, Noah akan membawa Soffiyya berjalan-jalan ditaman. Dia ingin Soffiyya ingat balik tempat mereka selalu lepak bersama. Dia tak nak kenangan itu hilang begitu saja dari ingatan Soffiyya.

     “hmm. Dah lama buat kerja ni?”

     “Aitt. Kerja apa?”

     “Lepak-lepak nii.”

Noah tersenyum bila Soffiyya cakap begitu. “Awak pun sama.. Eleee.”

     “Yeke?” Soal Soffiyya mengangkat wajah memandang Noah yang menolak kerusi rodanya itu. Noah tersenyum sambil menolak kerusi roda itu.

    “Ha’a.. awak nak tahu ke?”

    “Mestilaa. Kisah lampau saya..”

     “Lampau laa sangat. Hmm. Awak selalu lepak dengan saya kat sini. Bila awak sedih, awak akan naik buai ni.” Noah menunjukkan buai yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berada.

Soffiyya yang mengangguk. “Tapi... kenapa saya tak ingat apa-apa?” soffiyya memejamkan matanya cuba untuk ingat tapi ingatannya terbatas. Dia tidak mampu ingat apa-apa. Memorinya kosong. Yang ada Cuma waktu dia sedar dari tidur dan dia berada didalam bilik yang langsung tidak dia kenali.

Noah duduk diatas buai mengadap Soffiyya yang berada dihadapannya. Dia memandang Soffiyya. “Takpe.. awak jangan risau.. satu hari nanti awak akan ingat jugak.”

     “Hmm. Tapi siapa yang menyebabkan saya jadi macam ni?”

Noah terdiam. Melayang terus senyuman yang menghiasi bibirnya. Rasa nak menangis pun ada. Patutkan dia beritahu atau biarkan Soffiyya ingat sendiri?

     “Umm.. entahla.” Noah mengambil keputusan dengan membiarkan Soffiyya ingat sendiri.

     “Oh.. awak pergi sekolahkan esok? Tiap-tiap petang awak bawak saya pergi jalan-jalan. Awak tak letih ke? Kerja sekolah awak dah siap?”

     “Tak.. tak letih pun.. saya happy lagi ada. Bertambah semangat tengok senyuman awak.”

Soffiyya mengjongketkan keningnya. “Erk. Awak suka saya eh?” Soalan secara terus tidak berlapik.

     “Huh.. powernya soalan..” Wajah Noah merona merah. Terasa membahang je kedua-dua belah pipinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia jadi macam tu. rasa macam pelik je. Soffiyya masih lagi memandang Noah pelik. “Err. okay.. mestilah saya suka awak.” Balas Noah.

Soffiyya pula yang berdebar-debar. “Finee. Whatever.” Balas Soffiyya tiada perasaan.

     “hehehe. Pejam celik-pejam celik, sekejap je kita nak naik tingkatan lima. Awak, saya nak awak usaha sebaik mungkin okey. Saya janji yang saya akan tolong awak.”

     “tolong saya? Dalam pelajaran?” Noah mengangguk. “Huh.. no.. saya takde harapan.”

     “No. Awak masih ada harapan tu kalau awak berusaha. Trust me...”

Ada keluhan keluar dari bibir Soffiyya. “Agak-agak bila saya boleh jalan macam dulu?”

     “Satu hari nanti.” Balas Noah tenang. “Just tunggu.. mungkin penungguan itu satu penyeksaan... tapi bersabar itu kan separuh dari iman. tak salah kalau awak bersabar dalam menunggu. Banyak pahala yang awak dapat.”

Soffiyya terfikir sejenak memikirkan kata-kata Noah. Dia sedang mencerna apa yang dikatakan oleh Noah. “Macam mana kalau saya tak sabar?”

     “Saya yakin awak mampu bersabar. I know you well Yuki.” Soffiyya terdiam seketika. “Awak nak makan aiskrim?”

     “Boleh ke?”

     “Mestilah boleh..”

     “Kalau macam tu saya nakkk! Hewhew.”

     “Okey. Duduk kat sini diam-diam. Jangan ke mana. tunggu saya datang.”

Soffiyya mengangguk. Noah meninggalkan Soffiyya seketika untuk membeli makanan di hujung jalan joging. Soffiyya memerhatikan keadaan sekeliling. Rupanya banyak pasang mata yang memerhati gelagat Soffiyya dan Noah. Mereka berdua tak buat apa-apa pun. Noah duduk diatas buai mengadap Soffiyya yang duduk diatas kerusi roda. Bersembang. Tu je yang mereka berdua lakukan namun tetap menarik perhatian orang yang pergi taman permainan disitu.

     “Ehh.. tu bukan.. kejap.. aku rasa aku kenal laa doh.”

     “Tu kan abang Noah. Kann??”

     “Ha’aa.. tapi perempuan yang duduk kat atas kerusi roda tu siapa pulak?”

Perbualan dua orang gadis dari sekolah elit yang sama dengan Soffiyya dan Noah. Mereka itu merupakan junior yang tolong belikan Noah air minuman di kafe. Noah yang hanya memakai baju biru lengan panjang ikut badannya yang tegap dan seluar track pendek tiga 
suku itu melalui mereka berdua.

     “Eh abang Noah.”

Noah terhenti langkahnya. dia menoleh ke belakang. “Err. Saya ke?”

Gadis itu mengangguk. Gadis yang lagi seorang itu tersengih saja.

     “Hmm. Abang Noah buat apa disini?”

     “Awak berdua siapa?”

     “Junior abang Noah laaa. Siapa perempuan tu?”

     “My girlfriend. Okay laa. nak cepat ni. nanti aiskrim ni cair. Susah pulak. Assalamualaikum.” Noah terus berlalu. memang betul pun. dia tidak mahu Soffiyya berseorangan disitu. Dan dia sengaja bercakap kepada dua orang junior yang tak faham-faham bahasa itu bahawa Soffiyya itu adalah kekasihnya. Mungkin dari belakang diaorang tak kenal siapa gadis yang duduk diatas kerusi roda tu. tapi apa Noah kisah. Senang. Lepas ni tiada gangguan.

Kata-kata Noah itu membuatkan dua orang gadis yang menegurnya itu tercengang.


***


SELEPAS selesai membuat pembedahan kepada pesakitnya. Dia masuk ke dalam biliknya untuk ambil beberapa benda penting seperti telefon pintar dan jam tangannya. Kunci kereta dicapai dalam laci meja. Dia keluar secara tergesa-gesa. Entah kenapa. Rasa macam nak balik rumah awal. Tapi kalau dia balik rumah awal pun, bukan ada isterinya. Isterinya juga seorang doktor yang sentiasa sibuk menguruskan pesakit. Tiba-tiba telefon pintarnya berdering menandakan ada mesej baru masuk.

     “Mesej bergambar?” Dr. Amirul pelik.

Sebaik sahaja dia membuka mesej tersebut, terpampanglah gambar Noah bersama dengan seorang gadis yang sama didalam gambar yang dihantar sebelumnya. “How rude you are... Noah!!” Telefon pintarnya itu digenggam sekuat hati seperti mana bara yang menyala didalam dadanya kini.

Membara hatinya melihat gambar tersebut. Dia terus mendail nombor orang upahannya.

     “Hello Boss!”

    “Hello! Yus. Aku nak kau siasat siapa budak perempuan yang selalu dengan Noah.”

     “Kenapa boss?”

     “Kau buat je laa apa yang aku suruh. Jangan tanya banyak!”

     “Errr.. baik boss...”

Talian terus dimatikan. Dia memboloskan dirinya didalam kereta. Dia memandu laju entah ke mana.


Sorryy tersalah letak yang chap 21.. Thanks kepada yang tegur.. :)

4 comments: