NOAH terkejut apabila Soffiyya mula
membangkitkan tentang apa yang dapat diingat soffiyya. Dalam banyak-banyak hal,
mengapa pasal kemalangan tu juga yang Soffiyya ingat. Noah benar-benar dipagut
rasa bersalah. Dia hanya diam apabila Soffiyya menyatakan tentang apa yang
dapat Soffiyya ingat. Noah hanya tersenyum namun sepatah kata tidak terbit dari
bibirnya.
“Hmmm.. kalau saya tahu orang tu siapa, saya takkan maafkan dia sebab
dia buat saya jadi macam nii..” Nampaknya Soffiyya masih tidak dapat terima
keadaannya yang sekarang. ya, ambil masa yang lama untuk sembuh. Semua
kelebihan ditarik pergi begitu saja ibarat layang-layang yang terputus talinya.
Noah berdebar-debar. Dia terkejut dengan
pengakuan Soffiyya. Sangat terkejut. Ya Allah... kalaulah Yuki tahu orang yang
tertolak dia ke tengah jalan tu adalah aku..... Bicara Noah didalam hati tidak
sanggup meneruskan ayat-ayatnya. Ayat-ayat tu dibiarkan tergantung. Dia tak
dapat mengagak apakah tindakan Soffiyya jika mengetahui hal yang sebenar. Noah
takut hendak menyatakan dia adalah lelaki dalam memori tersebut. Dia takut
soffiyya akan membencinya.
“Noah. Awak dengar tak apa saya cakap ni?” Soal Soffiyya dengan nada
separuh memaksa apabila Noah dilihat mengelamun panjang.
Noah tersedar. Dia menggaru belakang
kepalanya. “Ehh.. awak cakap apa tadi?”
“Awak letih ke Noah?”
Noah pantas menggeleng. “Takde laa. Cuma
penat sikit jaa..”
“Erkk. Bukan dua perkataan yang sama ke?”
“Oh eh? Hehehehe. Okay.. sorry.. repeat apa yang awak cakap tuu..”
Ada keluhan meniti dibibir Soffiyya.
“Sabar jee laaa... Bedah tong gas betul awak ni kann..”
Noah tersengih menayang giginya.
Soffiyya menggeleng kepalanya saja.
“Noah...”
“Hmm...?”
“Saya nak mintak bantuan awak boleh tak?”
Noah mengangguk semangat. Apa-apa saja
untuk Soffiyya dia sanggup lakukan sehingga hilang rasa bersalahnya pada
Soffiyya walaupun perkara itu dia sangat yakin takkan luput dari dadanya.
“Bolehhh. Apa dia? cakap laa.. cakap laaa..” Noah sengaja bercakap sambil
menggoyangkan bahunya gaya gedik mendesak. Soffiyya menggaru dagunya yang tak
gatal.
“Awak memang gedik eh?” Soal Soffiyya secara terus tanpa berlapik.
“amboii diaa. Awat ganaih sangat aih ayat depa?”
“Erkk. Fine.. serius laaa Noah..”
“Okay.. okay.. saya serius.. cepat laa cakap gapo diaa..”
“Ermm.. awak bantu saya untuk ingat memori lama saya tu... and.. about
my accident tu... please help me.. i want to know who is he...”
Gulp! Dup! Dua benda dalam satu masa.
Tertelan air liur dan jantung berdegup kencang. Noah senyap seketika.
“Noahh. Are you okay? Did you hear me?”
“Yeah.. yeahh.. in shaa Allah saya akan bantu awak.”
Soffiyya tersenyum apabila Noah sudi
membantunya. Selama ni pun Noah cuba mengingatkannya tentang kisah lalu. Cuma
Noah banyak menyuruhnya berusaha sendiri. Noah cuba menunjukkan jalan dan
benda-benda yang boleh mengingatkan Soffiyya kepada memori lama.
SEBAIK sahaja sampai di rumah, Noah
terus ke bilik. Dia menguncikan dirinya didalam bilik. Diari yang selalu dia
catat tu dibuka. Dia menulis segala apa yang terbuku dihatinya disaat ini.
Perasaan takut, bahagia semuanya bercampur baur. Noah tak tahu bagaimana hendak
diluahkan. Dia senang apabila Soffiyya dapat mengingati sikit-sikit apa yang
pernah berlaku ke atasnya sendiri namun kenapa pasal kemalangan tu?
berkali-kali Noah menyoal dirinya. Kalau boleh, dia tidak mahu Soffiyya ingat
tentang hal perit itu. peristiwa hitam yang sangat memeritkan jiwanya dan
menyeksa diri Soffiyya.
Setelah selesai menulis, Noah menutup
buku tersebut. Dia menyimpan buku tersebut ditempat orang tak boleh jumpa. Ya,
takkan ada orang yang boleh menemui buku tersebut sebab didalam buku tu
semuanya tersimpan rahsia yang dia tidak pernah bagitahu orang lain melainkan
dia dan Allah saja yang tahu. Ada perkara yang dia selesa berkongsi dengan
orang, ada perkara yang dia selesa menyimpannya sendiri. diluahkan pada sebuah
buku berkulit keras yang dihias cantik. Didalam buku tu juga, ada tertulis
not-not lagu dan bait-bait lagu yang dia reka sendiri. benda datang tanpa
diduga. Sekali datang, macam bernas je. Tu yang dia tulis. Jadi lengkap menjadi
sebuah lagu. Setiap lagu yang ditulis mengisahkan tentang dirinya. Ya, bukan
hampir tapi kesemuanya.
Dia memandang al-quran. Baru sehari
meninggalkan al-quran, dia terasa rindu. Itulah rasa orang yang selalu dekat
dengan al-quran. Ramai orang tak tahu apa yang Noah lakukan pada malam hari dan
amalannya. Nampak sosial dan seperti orang-orang biasa, tapi hakikat yang
sebenarnya tak siapa tahu. hanya orang yang rapat dengannya saja yang tahu. Tu
diantara rahsia kejayaan Noah dalam pelajaran. Dia menapak ke bilik air untuk
mengambil wuduk. Sekembalinya dari bilik air, dia mengambil al-quran lalu
dibaca dengan penuh penghayatan.
Kata orang, kalau nak berhibur tu biar
berpada-pada jangan sampai lalai. Tu yang Noah pegang sehingga sekarang. memang
tak dinafikan, remaja sepertinya inginkan hiburan tapi tidak boleh melampui
batas. Hiburan Noah adalah komik, novel pembangun jiwa dan bermain gitar.
Selain gitar, Noah juga pandai bermain dengan instrumen lain seperti piano,
violin. Tu kelebihan yang diberikan kepada Noah.
Habis satu muka surat dibacanya. Noah
menutup al-quran. Hatinya berasa tenang. Tiba-tiba pintunya dikuak. Wajah
Syafira terjengul dihadapan pintu.
“Fira.. ada apa ni?”
“Takde apa-apa. Saja nak lepak dengan abang Noah.... huhuhu.”
“Ermm.. sini laaa... duduk kat sini.” Noah menepuk atas karpet diatas
lantai tempat Noah duduk.
Syafira terus menerpa dan duduk
disebelah Noah. Duduk bersama-sama diatas lantai yang berlapikkan karpet.
“Abang Noah... tadikan.. Fira nangis..”
Noah memandang Syafira sambil tersenyum.
“Aik. Menangis.. kenapa?”
“Hmm.. pencil box Fira hilang...”
“Laaa... kan benda boleh cari..”
“Tu laa. hehehe. Gedikkan?”
“Tak gedik pun. biasalah perempuan. perempuan memang sinonim dengan air
mata. Kadang-kadang air mata tu dapat legakan hati, ringan bebanan dikepala
selain buat luahan perasaan kat orang lain.”
Syafira mengangguk walaupun dia tidak
seberapa faham makna disebalik kata-kata Noah.
“Abang Noah...”
“Hmm..?”
“Hari tu abang Noah cakap abang Noah ada adik sebaya dengan Fira...
teringin nak kenal dengan adik abang Noah. Untung dia dapat abang terbaik and
sporting macam abang Noah.”
“Eh? Gitu pulak. Ada-ada jee..”
“Betullah. Serius... Fira suka bila abang Noah nyanyi laguu... main
gitar.. ehehe..” Syafira mencubit pipi Noah.
Serius, gaya Syafira sama seperti gaya
Ayesha adik kesayangannya yang berada di Cardiff bersama keluarganya. Sudah
lama dia tidak menghubungi adiknya. Kali terakhir, dia mendengar tangisan
adiknya yang merengek merinduinya.
“Hmm.. Fira rasa best laa dapat
abang macam abang Noah...”
Noah hanya tersenyum. “Hehehe. Ye laa
tu.. thanks sebab terima abang dalam hidup Fira... Kalau tak, tak tahu laa
abang macam mana. terumbang ambing kat luar sana...”
“Alaaa... tu tandanya Allah sayangkan abang Noah.”
Noah mengiakan kata-kata Syafira yang
comel tu. memang petah bercakap sama seperti Ayesha. Sangat menghiburkan
walaupun terkadang banyak soalan yang ditanya. Naik pening juga nak jawab tapi
Noah sedikit pun tidak terasa terganggu malah dia rasa terhibur.
DI dalam rumah banglo yang dihuni oleh tiga orang manusia tu
kelihatan sunyi sepi. Orang gaji ambil cuti. Jadi, tinggal Jane dengan Datin
Ziana saja. Datin Ziana pelik. sejak anak dia dapat lesen motor ni, kerap je hilang
bila sampai waktu petang. Nak dekat maghrib baru muncul.
“Hmm... sejak-sejak dapat lesen ni, rajin je Jane keluar..”
“Ermm? Pergi mana sangat mama... pergi ronda je..”
Datin Ziana memandang wajah anaknya.
Lain benar cara bercakap Jane. Nampak lebih sopan.
“Aihh... pergi ronda je..?”
“Maksud mama apa?”
“Takde boyfriend ke apa?”
Jane tergelak. “Buat apa.. sekarangkan
masa untuk belajar.. buang masa je laaaa kalau nak fikir pasal boyfriend.. no
time laaa.. suka berkawan lagi. sempoi.”
“Wow.. hebat jawapan. Sejak bila kamu jadi baik ni?”
“Sejak Jane rasa nak berubah..”
“Ommm..” Tak tahu Datin Ziana hendak balas apa. “Kamu ni kena racun
fikiran dengan sapa?”
Jane tersenyum. “Tak kena dengan siapa
pun... Jane sendiri nakkan perubahan. Penatlah hidup takde pegangan sedangkan
kita ni... Islam...”
Sentap Datin Ziana mendengarnya. Terasa
dia. almaklomlah islam pada kertas. Islam pada keterunan. Sedikit pun ajaran
agama tidak dia ikut. Asyik mengamalkan budaya barat. Benar-benar terpalit pada
wajahnya apabila anaknya sendiri berkata sebegitu.
“Ermm. Apa-apa je laaa kamu ni Jane. Malas mama nak melayan. Esok, ikut
mama pergi function dengan kawan-kawan mama...”
“In shaa Allah...”
Amboi anak aku nii. Dah pandai guna
istilah islamik.. bisik hati Jane.
***
SOFFIYYA dibenarkan oleh doktor untuk
pulang ke rumah. Dia pulang bukan saja-saja tapi bersama tugasan yang diberikan
oleh doktor tersebut. tugasannya dia perlu mencuba untuk ingat kisah lalunya.
Dia sangat memerlukan bantuan dari orang sekelilingnya tentang apa yang
berlaku. Waktu dia sampai di rumah, dia disambut oleh Noah dan Jane. Terkejut.
Jane lengkap bertudung walaupun tidak selabuh ustazah. Menutup dada sudah
memadai.
“Hey girl...” Jane menegur. Dia terus memeluk Soffiyya yang berada
diatas kerusi roda. Noah tersenyum melihat gelagat dua orang gadis
dihadapannya.
“Heyy girl.. mai.. mai... nak peluk jugak.” Noah buat gaya hendak
memeluk Soffiyya.
“Ehh.ehh. tak malu budak nii. Ada hati nak peluk kita.” Soffiyya
membidas Noah. Noah tersenyum. Dia melawak saja. Jane ketawa. Nampak benar
akrab persahabatan mereka bertiga. Itu belum termasuk Adam dan Jae. Dua ekor tu
sentiasa sibuk. Tapi kata mereka berdua dalam perjalanan hendak ke sini. Riuh
rendah kejaplah rumah milik Puan Syafarina.
“Welcome back.”
“Bajet.. bajet..” Balas Soffiyya lalu tersengih.
“Fine. haha. jom laa masuk.. Ibu.. jom..”
“Eh.. auntiee..” Jane terus menyalami Puan Syafarina.
Puan Syafarina tersenyum. senang apabila
ramai berkumpul dirumahnya untuk menemani Soffiyya. Takde la Soffiyya berasa
sunyi.
“Mai masuk... ibu.. tadi Adam dengan Jae cakap.. diaorang on the way ke
sini..”
“Adam dan Jae. Oohhh. Elok laa tu. kejap ibu nak buat makan-makan sikit.
Rasa macam tak elok pulakkan orang datang, ibu terus ke kafe.”
“Alright.” Balas Noah. Jane menolak kerusi roda Soffiyya manakala Noah
menjinjit beg baju Soffiyya. Syafira sudah lama lesapkan diri ke dalam rumah.
Selalu macam tu.
Mereka bertiga berkumpul didapur.
Soffiyya turut ingin membantu. Mana mungkin dia hanya melihat ibunya bersusah
payah didapur dan dia hanya duduk saja jadi penonton tak best. Syafira duduk
dihadapan televisyen menonton cerita kartun kesukaannya, Spongebob Squarepant.
ADAM dan Jae sampai tepat pada masanya.
Mereka sampai sebaik sahaja makanan sudah tersiap sedia diatas meja.
Tersengihlah mereka berdua melihat makanan sedap-sedap terhidang atas meja.
Nampak simple tapi bila disuapkan ke mulut, rasa seperti ohh nikmatnya. Itulah
yang dirasakan oleh mereka berdua. Mereka sempat singgah dikedai membelikan
hadiah buat Soffiyya. Ye la, sebelum ni mana pernah mereka pergi ke rumah
Soffiyya. Paling habis dikafe milik keluarga Soffiyya.
“Amboii.. sedapnya.. hehehehe.”
“Ermm. Ha’a Jae.”
“Korang memang suka bodek orang eh?” Soal Noah dalam nada melawak.
Puan Syafarina tersengih. Pertama kali,
kawan-kawan Soffiyya berkumpu ramai-ramai dirumah Soffiyya. Menarik, bukan?
“Hmm. Kau orang makan laa banyak-banyak. Kalau tak cukup, kat dapur tu
banyak lagi ye... auntie nak kena pergi ke kafe..”
“Oohhh. Kenapa auntie tak join makan sekali?”
Puan Syafarina tersenyum. “auntie dah
makan dahh.. so jangan risau okey. Perabis laa makanan kat dapur tu. buatlaa
macam rumah sendiri. hehehe sekali sekala. Lama tak tengok suasana macam ni.”
Soffiyya pelik. ohh. Mungkin ada kaitan
dengan kisah silam yang tak seberapa silam itu.
“Ermm.. auntie pergi dulu ye.. Fiyya.. take care okay. Noah.. tolong tengok-tengokkan
Fiyya... Fira ada kat rumah sekali. Dia dah tertidur kat depan ruang tamu.”
“Ohh. No problems ibu...”
Senang Puan Syafarina mendengar jawapan
Noah. Dia melangkah keluar dari rumah tu dengan senang hati. Dia tidak perlu
risau tentang keadaan Soffiyya kerana ada yang hendak menjaga Soffiyya. Bukan
dia tak nak menjaga, tapi dia perlu juga mencari makan.
***
SEKALI lagi, bayangan itu datang lagi.
Soffiyya yang sedang fokus membaca terbaling buku ditangannya. Terkejut.
drastik. Datang tanpa diduga. Noah yang berada dihadapan Soffiyya turut sama
terkejut. Soffiyya memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dia memandang
wajah Noah lama. Noah..? Noah..? Is he... that guy... Soffiyya seperti teringat
sesuatu. Perwatakan lelaki dalam bayangan tu seperti Noah. Ketinggian yang
sama, bentuk tubuh yang sama. Tapi tak mungkin Noah sanggup buat seperti itu
kepada dirinya.
Bila memikirkan kemungkinan yang mungkin
berlaku, Soffiyya menggelengkan kepalanya menidakkan apa yang terlintas
difikirannya.
“Yuki.. are you okay?”
Soffiyya mengangguk perlahan. Dia cuba
berusaha untuk mengingatinya. “Awak... Noah...”
“Ye.. saya.. awak kenapa Yuki? Awak sakit ke?”
“Tak... dalam mimpi saya tu.. watak lelaki tu sama macam awak.. tapi tak
mungkin awakkan..”
Sentap. Ya Allah.. apa yang patut aku
jawab. Noah teragak-agak hendak menjawabnya. Jane yang datang dari dapur rumah
Soffiyya itu menyampuk.
“Takde laa. takkan laa Noah sanggup buat macam tu.. orang lain...” Jane
memback up Noah yang sedang kebingungan.
“Errr.... ha’a.” Noah mengiakan saja walaupun pada ketika dia tidak tahu
apa yang harus dia lakukan.
Dua-dua nampak pelik pada pandangan mata
Soffiyya namun dia tepis awal-awal. Tak mungkin dua orang yang paling rapat dan
orang yang paling dia percaya sanggup menipunya.
Noah bingung. Hanya kerana takut hendak
memberitahu perkara sebenar, keadaan jadi rumit seperti ini. Noah merasakan
dirinya seorang pengecut. Tapi, biarlah waktu ni dia mahu kumpulkan kenangan
indah bersama Soffiyya dan yang lain. Entah kenapa dia merasakan waktu untuk
dia bersama dengan sahabat-sahabatnya tidak lama.
No comments:
Post a Comment