ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Saturday, 2 February 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #24


TENGIANG-NGIANG jelas ditelinga Soffiyya apa yang mereka kata sewaktu dia ditinggal sebentar oleh Noah kerana Noah ada hajat yang perlu dilepaskan dengan segera. Kata cacian yang menusuk kalbu. Siapa ayahnya? Kenapa diaorang berkata sebegitu kepada ayahnya? Kejam sangat ke ayahnya? Ya, sepanjang dia sedar dari tidurnya yang dirasakan lama itu, dia tak pernah nampak kelibat ayahnya. Dia baru sedar. Tapi masalahnya, dia tidak pernah pula bertanya dan rasa seperti lelaki yang bergelar ayah itu memang tak wujud dalam kamus hidupnya. Apa maksud semua ni dia sendiri tidak tahu.

Semua itu menjadi tanda soal didalam kepalanya kerana tiada jawapan walaupun dia cuba 
mencari disebalik memorinya yang hilang. Kata doktor, memori itu ada. Mungkin kerana dia sendiri takut untuk mengingatinya. Pelik.

Dia duduk dilaman rumahnya petang itu. mengelamun lama memikirkan hal itu. Puan Syafarina seperti biasa sibuk dengan kafe. Jadi, masa banyak terluang dengan Noah. Bagi dia, Noah adalah penghibur jalanan. Apabila teringat akan hal tu, dia tersenyum sendiri. pejam celik, pejam celik, dah nak dekat cuti panjang.

     “Cik Yuki!!!”

     “Arrkk!”

     “Bunyi burung sudah. Hahaha!”

     “Kejam!” soffiyya terasa seperti hendak angkat flying kit je. Tapi apakan daya, dia tiada kemampuan untuk buat seperti itu.

Apabila melihat muncung soffiyya, Noah segera meminta maaf dan menyuakan white coffee kepada Soffiyya. Soffiyya menyambutnya dengan senang hati. “Sahabatku.... thanks.”

     “Ceitt... ceitt. Macam kenal je ayat tuu.”

     “Alaaa. Sekali sekala buat copy and paste. Heehehe.” Balas Soffiyya senang.

Mereka duduk berhadapan sambil minum petang. “Ermm... Noah..”

     “Hmm?”

     “Awak cakap Adam dan Jae tu sahabat kita...” Noah mengangguk. “Habis, dengan orang lain macam mana? apa tanggapan diaorang terhadap saya?”

Noah diam seketika. Cuba mencari jawapan yang sesuai agar Soffiyya tidak terguris. “Ermm. Takde apa-apa pun sebenarnya... biasalah.. manusiaa..”

     “Apa maksud awak?”

Noah menggeleng. “Takde maksudkan apa-apa pun. Cuma nama je manusia tu sememangnya terdapat banyak sifat mereka. Antara mahmudah dengan mazmumah... antara dua tu je. Ada kebaikan dan ada juga keburukan.”

     “Still can’t understand.”

     “Err. Tu awak kena usaha sendiri. hehe.” Noah tersenyum. Soffiyya buat muka sengal.

     “Gedik!”

Noah ketawa apabila soffiyya mencebik seperti tu. bukan terasa malah kelakar. Soffiyya yang melihat Noat ketawa, dia turut join bersama.

Soffiyya memandang lama wajah Noah yang sedang memandang ke langit. Noah membaringkan tubuhnya diatas rumput dilaman rumahnya. Soffiyya turun perlahan-lahan dari kerusi roda dan duduk agak berjauhan disebelah Noah. Tak jauh mana pun. Selang tiga buku panjang je.

     “Awak...”

Noah istighfar panjang terkejut Soffiyya berada betul-betul disebelahnya.

     “Err. masa bila awak turun? I thought that you’re ghost...”

     “Mmmhahahaa. Merepek. Awak! Noah Hayyan.”

     “Ye saya...”

     “Pelik sebab awak sorang je panggil saya Yuki.”

Noah tersenyum. Soffiyya memandang Noah. Senang dia melihat senyuman Noah. “Awak... Dear Yuki... nanti saya cerita. Buat masa sekarang, awak cuba ingat betul-betul... hehehe.”

     “Awak nii.. sikit-sikit suruh ingat sendiri.. ingat saya ni apaaa.. huhh.. malas laa kawan.”

     “Alolololoo.. merajuk pulak diaa. Haha... sebab nama Yuki tu comel. Nanti kan, kan ibu cakap cuti panjang ni kita akan holiday dekat Cardiff... nanti waktu first snow, saya akan bagitahu awak kenapa saya panggil awak Yuki..”

     “Cardiff? Kat mana tuu?”

     “United Kingdom. For your information, itulah asal usul saya... Cardiff tu tempat saya dilahirkan.. tempat saya dibesarkan... dan hmmpp..”

     “Dann...?”

Noah menggeleng. “Takde apa-apa.”

     “Hishh budak ni. suka sangar cakap tak habih. Kepik kepala kat ketiak baru tau!”

     “Awak ni. hahahaha.”

Sungguh, dia suka dua-dua watak yang sangat berbeza yang ada dalam diri Soffiyya. Setelah hilang memori, perwatakan Soffiyya jauh beza dengan wataknya yang dulu. Yela, gengster semacam je. Tapi dihadapan keluarga sendiri je. Kalau dulu, masyaAllah.. lembut.. Apa-apa pun, walau macam mana Soffiyya, Noah tetap menerima seadanya.


***


SOFFIYYA dibawa oleh Puan Syafarina berjumpa dengan doktor setiap dua minggu sekali untuk pemeriksaan lanjut. Soffiyya walaupun berasa malas dia gagahkan kakinya jua untuk melangkah menjalani pemeriksaan.

     “Hmm.. Dear Soffiyya.”

Soffiyya mengangguk apabila tegur doktor yang sememangnya ramah. “Hmm..”

     “How’s life?”

     “Okay-okay je doktor. Tapi sekarang ni dah boleh pergi sekolah. Dah nak dekat sebulan saya pergi sekolah.”

Doktor tu agak terkejut mendengarnya. “Wow! Great Soffiyya. Hehe.. hmm.. so, setakat ni ada rasa sakit-sakit dibahagian kepala?”

     “Takde laa pulak... Hmm. Cuma kat bahagian bahu ni still rasa sakit sikit.. kaki kerap rasa lenguh.”

     “Oh.. yang tu adat laa.. memang langsung tak pening kepala.”

Soffiyya mengangguk. “Takde.. kenapa?”

     “Takde apa-apa... so far, awak boleh ingat tentang apa?”

Itu yang Soffiyya malas jawab. Satu benda apa pun dia tak ingat. Kosong. “Err. tak...” Sedih je nada suara Soffiyya.

     “It’s okay.. slow..slow... saya faham apa awak rasa. Benda ni kena faham.. benda ni mungkin ambil masa yang lama.”

     “Lama? tempoh?”

     “Setahun atau setahun lebih macam tu. mungkin dalam masa yang singkat. Dalam tiga bulan macam tu... selalunya laa.. depends pada kekuatan dan semangat seseorang tu... kes Soffiyya ni selalunya... hmm.. ingatan tu tetap ada.. cumaa dia tersimpan jauh didalam kotak memori... benda yang awak tak nak ingat... dia tetap ada... cuba Soffiyya perlahan-lahan ingat balik. saya yakin boleh punya...”

Amboi diaa. Bisik hati Soffiyya sambil mengangguk.


SELEPAS pulang dari perjumpaan kelab dan persatuan, Jane tidak terus pulang ke rumah. Dengan motor yang baru dibeli bersama lesen yang baru diambil, dia melencong ke tempat lain. Entah kenapa dia tidak merasa tenang berada dirumahnya. Kalau balik rumah pun bukan ada sesiapa. Tiba-tiba terdetik dihatinya untuk mengusha Soffiyya dan Noah dirumah Soffiyya. Dia sendiri tak faham dengan dirinya. Kenapalah dia perlu buat kerja macam tu sedangkan dua orang tu seolah-olah tiada kena mengenakan dengannya. Ingin dia merapati mereka berdua tetapi agenda jahatnya terdahulu terbayang dimata. Dia cuba memisahkan dua orang sahabat. Tak mungkin dia akan buat untuk kali yang kedua. Walaupun rasa dihati mencemburui persahabatan yang terjalin baik antara Noah dan Soffiyya, tak mungkin dia akan buat perkara yang tidak elok untuk kali yang kedua.

Sejak Soffiyya hadir ke sekolah dalam keadaan sebegitu, hati Jane dipagut sayu. Tapi apakan daya. Tak mungkin dia biarkan orang melihat dia berasa kasihan pada Soffiyya. Bukankah dia dulu adalah orang pertama yang menentang dan membenci Soffiyya habis-habisan sedangkan waktu tu Soffiyya tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya.

Lagi satu, sepupu Soffiyya, Adila yang menjaja cerita pasal ayah Soffiyya tu pun dirasakan tidak wajar melakukan seperti tu. entahlah. Jane konfius dengan perasaannya sendiri. dia seolah-olah terumbang ambing. Dia perlukan bimbingan. Akan tetapi dia tidak tahu dari mana dia hendak mendapatkannya. Dia menuju ke taman tempat Soffiyya duduk. Sebaik sahaja ternampak kelibat rumah Soffiyya, Jane memberhentikan motor skuternya tidak jauh dari rumah Soffiyya. “Eh.. tu bukan Noah ke... apa dia buat disitu?” Soal Jane kepada dirinya.

Noah sedang menyiram pokok bunga. “Oh my god.. is it he?” Dia membisik kepada dirinya. Terkejut. Elok je dia hendak membawa skuternya mendekati rumah Soffiyya untuk menegur Noah, sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Soffiyya. Jelas dia nampak Noah menerpa ke arah kereta tersebut dan membuka pintu dibahagian belakang. “Soffiyya??”

Noah membantu Soffiyya yang sudah mula berjalan sedikit-sedikit. Walaupun begitu Soffiyya tetap memerlukan bantuan orang untuk membantunya. Jane tidak tahu apa yang dia rasakan saat ini dan tidak tahu apa yang patut dia rasa. Rasa sedih? Rasa gembira? Semuanya sukar diungkapkan. Namun terluah juga dihatinya dia mahukan Soffiyya sembuh secepat mungkin.


SEBAIK SAHAJA sampai, benda pertama yang diminta Soffiyya adalah aiskrim. Memang dalam peti ais tu stok aiskrim untuk Soffiyya saja.

     “Nak aiskrim. Nak aiskrim!” Sambil tersengih dia meminta aiskrim.

     “Amboi anak ibu ni.. tiap-tiap hari angkut aiskrim, gemuk nanti..”

Noah tersengih. “Ahaaa... Yuki gemuk.”

     “Gemuk? Alaaa. Biar laaaa... bwerkkk.” Soffiyya menjelir lidah ke arah Noah lalu menjeling tajam ke arah Noah. Noah sedikit pun tidak terasa. Dia menganggap perkara itu adalah lawak baginya. Tak sedikit pun dia ambil letak dihati.

Puan Syafarina meletakkan aiskrim untuk Soffiyya. Kemudiannya dia mencium dahi Soffiyya. “Ibu nak pergi ke kafe... take care.”

     “Hmmm.. okey bu..” Soffiyya mencium pipi Puan Syafarina pula.

Noah mengikut Puan Syafarina hingga ke pintu pagar rumah. Dia menghantar Puan Syafarina sampai setakat tu saja. “Noahh..” Panggil Puan Syafarina sebaik sahaja Noah hendak melangkah masuk ke dalam rumah.

     “Ermm..”

      “Ibu mintak maaf...”

Noah pelik sebab tiba-tiba je ibu angkatnya meminta maaf. “Kenapa bu?”

     “Takde apa-apa.. Cuma ibu rasa bersalah sebab selalu menyusahkan kamu untuk tengok-tengokkan si Soffiyya tu.. masa kamu nak keluar untuk bermain pun terhad...”

     “Ibu... Noah tak kisah laa. anggaplah ni salah satu balasan kepada jasa baik ibu terhadap Noah selama ni.. ibu bagi Noah tempat untuk berteduh, ibu bagi Noah kasih sayang.. dan paling penting, ibu anggap Noah seperti anak ibu sendiri. Noah syukur sangat bu.. setakat jaga Soffiyya tu perkara kecik je.. ibu jangan risau laaa..” Kata-kata yang datang dari hati Noah itu benar-benar menyentuh jiwa seorang ibu Puan Syafarina. Air mata memang tak dapat dibendung. Memang sejuk perut ibu yang mengandungkan anak muda seperti Noah.

     “Hmm.. terima kasih Noah..” tubuh Noah terus dibawa ke dalam pelukannya.

Dari jauh, tanpa sedar Jane sedang memerhatikan mereka berdua. Jane terkejut. memang tak sangka sebegitu baik layanan ibu Soffiyya kepada Noah. “Wow.. for serious...” Jane memang tak sangka. “Nak pergi ke tak nak?” Jane berkata kepada diri dia sendiri sama ada hendak pergi ke rumah Soffiyya atau pun tidak.

Waktu itu, kereta Puan Syafarina berlalu meninggalkan rumah yang boleh tahan besarnya.
Akhirnya, dia membuat keputusan untuk pergi jugak. Alang-alang dah ada depan rumah baik masuk je.

Noah yang baru nak melangkah masuk ke dalam rumah, terdengar orang memberi salam. Dia memusingkan tubuhnya. “Waalaikumsalam... Jane?”

Jane tersenyum. senyuman yang teragak-agak. “Err.. Noah..”

    “Kau buat apa kat sini?” soal Noah dengan cara yang paling baik. Sudah lama dia tidak bercakap dengan Jane. Paling habis pun, kalau bercakap pasti akan berakhir dengan pergaduhan.

     “Err. aku datang cari rumah kawan aku ni. ternampak kau..”

     “Ohh. Masuklah dulu..”

     “Takpe ke?” Balas Jane inginkan kepastian.

Noah mengangguk. “Masuklah.” Noah membuka pintu pagar rumah. Jane membawa motornya masuk sekali. Soffiyya didalam masih tidak tahu apa-apa.

     “Ermm. Tak payah malu-malu. Kau tu sepupu aku..” Entah macam mana baru kali ni Noah mengaku Jane tu adalah sepupunya.

Noah membawa Jane ke dapur. Kelihatan Soffiyya sedang makan aiskrim dengan enaknya tanpa mempedulikan comot yang lekat dimuka. Noah dan Jane tersenyum melihat Soffiyya.

     “Yuki...”

Soffiyya mengangkat wajahnya. Terkejut. “Ehh.. siapa tu?” Soal Soffiyya tanpa berkias lagi. memang main cakap lepas je Soffiyya ni.

     “Err. Jane. Jannah..”

Soffiyya mengangguk. “Duduklah.. kita makan aiskrim sekali.. sedap ni..” Ajak Soffiyya. Jane mengangguk.

     “Ermm.. before that, Yuki.. ni laa sepupu saya.” Noah memperkenalkan secara official kepada Soffiyya tentang Jane sebaik sahaja mereka duduk semeja dengan Soffiyya.

     “Bukan awak orang Cardiff ke?”

      “Err. ye laa. tapi bapak saya orang Malaysiaa sayang oii...”
Sayang? okay.. bisik hati Jane.

     “Ha’aa.. bapak dia tu abang kepada mama saya..”

     “Wowww! Kenapa tak kecek awal-awal. Hok alohh..”

     “Hahaha. Awak ni laaa. Sudah-sudah laa tuu... hmm..”

Soffiyya tersengih. Comot yang melekat pada wajahnya tidak dipedulikan. Jane menyuap aiskrim ke dalam mulutnya. Terasa gembira dan bahagia pula berada dalam kumpulan mereka. Senang.

     “Sini..” tidak perasan bila noah bangun dan berdiri disebelah Soffiyya. Noah lap mulut soffiyya yang comot.

Jane tersenyum. entah kenapa dia senang melihat persahabatan yang terjalin antara mereka berdua. Rasa lega.

     “Err. sorry Jane. Yuki memang macam ni pun.”

     “Aaa? Kenapa pulak. Awak laaa. Awak yang gataiii sangat nak lap mulut saya yang dah tentu hodoh ni kann..”

      “Err. hahaha. Kalau ye pun tak perlu nak bergaduh....”

Akhirnya merek bertiga sama-sama ketawa. Dalam pada masa yang sama, terdetik di hati Jane. Mungkinkah kita dapat bersama seperti ni? bersahabat? Bisik hati Jane yang tiba-tiba mengharap.

Dia sudah lali dengan kejahatan yang dia buat. Mungkin dia patut berubah. Dia tak mahu berada dikelompok yang dahulu. Penuh hasad prasangka dan hasad dengki yang tinggi menggunung. 

2 comments: