PAGI ITU, Soffiyya terjaga awal dari tidurnya. Rasa haus ditekaknya makin terasa. Ya, barangkali dia terjaga disebabkan kehausan. Suasana biliknya agak kelam. Bilik yang kelam yang hanya diterangi lampu tidur. Jendela yang tertutup dipandang lama. makin dipandang rasa seram menusuk kalbu. Soffiyya menjeling ke tempat lain. Retak dibahunya sudah sembuh. Jadi, tangannya dapat bergerak bebas seperti biasa walaupun ada kalanya terasa sengal dibahagian bahu. Dia berusaha untuk bangkit. Soffiyya mengesot hendak turun dari katil. Bersusah payah dia mengesot, akhirnya dapat juga dia duduk diatas kerusi rodanya. Dia menolak sendiri tayar tersebut mendekati pintu yang tertutup.
Dia keluar dari biliknya. Kebetulan biliknya berhadapan dengan bilik Noah. Sebaik sahaja dia membuka pintunya, kedengaran suara seseorang sedang menyanyi atau apa dia sendiri tidak pasti. Soffiyya melihat jam ditangannya yang tidak pernah dia tangggal. “Err. dah pukul dua pagi. Takkan dia tak tidur lagi? jangan... jangan.. Erkk. No.. no..” Soffiyya mula memikirkan benda yang menyeramkan.
“Should i knock the door or not? Err...”
Soffiyya teragak-agak hendak mengetuk pintu bilik Noah. Belum apa-apa, pintu terbuka dan wajah seseorang ditempek bedak sejuk muncul disebalik pintu. Soffiyya yang mengangkat wajahnya itu terkejut. “I..iiibbuuuuu! Hantuuuuu tepunggg!!!!”
“Arrgghhhh!!! Manaa? Manaa???!”
“Ehh!!! Jangan dekat dengan aku.. pergi kau hantuuu!!! Mukaaa! Tepungg!! Tepungg!!”
“Did you means me?” Soal Noah yang dimaksudkan dengan hantu tepung tersebut.
Soffiyya mengangguk. “Ehh. Hantu pun boleh speaking jugak eh?”
Noah menepuk dahi. “Ya Allah budak ni... Ni Noah laa. stranger as known as orang gaji awak nii...”
“Aaah? Betul ke? Baca al-fatihah! Cepatt!”
Noah menurut saja untuk Soffiyya yakin bahawa dia adalah manusia bukannya jin atau hantu tepung? Fine..
“Err. okay. Awak Noah.. Noah Hayyan.”
“Hmm.. Nasib ibu duduk jauh sikit dari bilik ni tau tak. Awak ni.. tak payah laa jerit..”
“Dah awak tu pakai entah apa-apa kat muka tu. mana laa saya tak jeritt.”
“Errk. Saya pulak yang salah... Ni bedak sejuk. Baik untuk kulit.”
Soffiyya tergelak. “Ahaks! Lelaki pun pakai bedak sejuk? Awak memang jaga kulit eh?”
“Mestilaaa.. setakat bedak sejuk dengan pencuci muka. Kenapa? Lelaki tak boleh jaga muka ke?”
“Saya tak cakap tak boleh. Bwerkk! Awak buat apa kat dalam? Bunyi bising je..”
“Aaa? Siapkan kerja sekolah sambil melalak. Sorry ganggu awak tidur.”
Soffiyya menggelengkan kepalanya. Noah tersenyum. dia baru perasan Soffiyya tidak menutup apa-apa dikepalanya. “Err. awak tunggu kejap ye kat sini.”
“Okay.”
Tak sampai beberapa minit, Noah kembali dihadapan muka pintu bersama dengan beanie hat yang dia beli tanpa pengetahuan sesiapa. Sengaja dia beli untuk diberikan kepada Soffiyya. Yang istimewanya tentang beanie hat tu adalah Noah mengait nama Soffiyya disebelah dalam beanie hat tersebut.
“This is for you..” Noah memakaikan beanie hat diatas kepala Soffiyya dengan berhati-hati. Rambut Soffiyya cepat saja memanjang. Maknanya itu respon yang cukup baik.
Soffiyya buat muka pelik. “Err. for me? Bila awak beli?” Soffiyya sedikit berasa terharu dengan pemberian Noah.
“Hmm... ada laa. awak jaga elok-elok ye. Andai satu hari nanti, saya tiada disebelah
awak... saya harap benda ni menjadi salah satu benda yang membuatkan awak ingat kat
saya.. mungkin sekarang awak tak dapat ingat siapa saya.. tapi in shaa Allah satu hari nanti.”
Dia tersentuh mendengar kata-kata Noah. Sebak didada mula menguasai dirinya. Air mata mulai bertakung. “Nak aiskrim!”
“Hmm.. malam-malam mintak aiskrim? Okay.. saya temankan awak kat dapur.” Noah
menolak kerusi roda yang dinaiki Soffiyya menuju ke dapur. Dia membuka peti ais dan
membawa keluar sebekas aiskrim yang baru dibelinya petang tadi. Soffiyya hanya melihat pergerakan Noah. Pada pandangannya, Noah seorang yang baik. Tapi mengapa ada sesuatu yang buat dia rasa terganggu bila memandang wajah tenang lelaki itu. dia tidak tahu. dia mahu mencari sebabnya sendiri.
“Hmm. Nah. Ni untuk awak.” Noah menyua kepada Soffiyya. Soffiyya mengambilnya.
“Awak tak kisah ke?”
Noah mengjongketkan keningnya. “Kisah apanya?”
“Buat semua ni. Siapa sebenarnya awak ni ehh? Saya rasa saya suka kat awak laa.”
Dup dap dup dap! Noah.. get your sense back. Otak Yuki tengah tak betul tu. dia memang suka merepek. Noah menyedapkan hatinya. “Err. haha. merepek je awak ni.”
“Ah? okay.. apa-apa je laaaa...” Soffiyya kembali menyambung makan.
Setelah menghabiskan empat cawan aiskrim, baru dia sedar Noah sudah tersengguk menunggunya habis makan. “Ehee. Dia dah tidur.. hm.. kesian awak.” Soffiyya mengambil masa untuk seketika menatap wajah Noah.
“Bangun!” Soffiyya tanpa perasaan mengetuk kepala Noah dengan sudu.
“Ouch!!” Noah menggosok kepalanya yang terasa sakit tak terperi. Dia memandang
tajam ke arah Soffiyya. “Sakitlaa Yuki... Dah.. dah laa makan comot. Hishh..” Noah sedikit marah dengan sikap Soffiyya. Marah tak nampak macam marah. Soffiyya tersengih
menayangkan giginya. Noah hanya mampu menggeleng. Dia tak tahu nak cakap apa. Kadangkala, sikap Soffiyya seperti kanak-kanak. Tapi apakan daya. Dia hanya mampu menggeleng. Takkan dia nak marah. dia kena faham situasi Soffiyya.
Noah mengambil sudu dari tangan Soffiyya dan membawa bekas aiskrim ke dalam singki. Setelah membasuh, dia kembali kepada Soffiyya bersama kain lap mulut yang dibasahkan sedikit. “Sini...”
Soffiyya hanya membiarkan Noah mencuci mulutnya yang comot dek aiskrim yang dimakannya. Seperti abang dan adik. “Hmm. Dah...”
Noah kembali ke singki lagi. Ya, dia sangat mengantuk. Nasiblah kerja sekolah dia dah siap. Semuanya sudah diselesaikan tadi. Noah berjalan menuju ke arah Soffiyya dan dia menolak kerusi roda ke bilik Soffiyya. Pintu dibuka luas. dia takut juga dicas nak buat sesuatu yang tak elok. “Awak!”
Soffiyya bersuara sebaik sahaja sampai dikatil.
“Iyeeee Yuki....”
“Nyanyi laguu.”
“Aaaaaa..... Nyanyi lagu... Yuki... tomorrow i have to go to school...”
Soffiyya diamkan diri. Noah tak tahu hendak berbuat apa-apa lagi. “Ermmm.... okay.. Nak nyanyi lagu apaaa?”
“Apa-apaaa jee....” Balas Soffiyya senada. Soffiyya dibantu oleh Noah turun dari kerusi roda ke katil.
Ternyata apa yang mereka berdua buat itu diperhatikan oleh Puan Syafarina. Dia tidak risau lagi. Noah ibarat abang didalam kalangan anaknya. Dia berharap Noah tidak rosakkan kepercayaan yang diberi. Nak tergelak juga dia Soffiyya memaksa Noah menyanyi. Dia meninggalkan mereka berdua dibilik tersebut. pintu dibuka luas.
***
TERKEJUT apabila secara tiba-tiba Dr. Amirul membatalkan percutian mereka sekeluarga ke Malaysia. Harapannya punah untuk melihat anak terunanya disana. Dia mahu tahu bagaimanakah keadaan anaknya. Tapi semua itu menjadi mimpi yang dihancurkan oleh suaminya sendiri. Tiket dikoyak dihadapan matanya. Dia tak tahu apa motif suaminya buat seperti itu. Apa salah dia sehingga dia diperlakukan seperti tu? Sungguh dia tidak faham sikap Dr. Amirul tu. Mujur Ayesha ke sekolah ketika itu. Lena pula pergi keluar sebentar.
“What’s going onnn??”
“Shut up!!”
Dr. Narsha terdiam ditambah dengan rasa terkejut. tapi diamnya hanya untuk seketika. “Whyyy? Kenapa abang tiba-tiba je nii...”
“Kau diamm laaa! Dah aku cakap batal, batal je laaa. Bukannya takde tempat lain nak pergi.”
“Ikut suka hati abang laa. Sha betul-betul tak faham dengan sikap abang ni. pelikkk!”
“Huhhhh!” Dr. Amirul mendengus kasar lalu meninggalkan Dr. Narsha didalam ruang tamu.
“Abangg. Where do you want to go? Abangg!”
Panggilan Dr. Narsha tidak dipedulikan. Dia meneruskan langkah ke luar dari rumah lalu memboloskan diri ke dalam kereta.
“Ya Allah ya tuhanku... apa lagi cubaan yang Kau berikan kepada hamba-Mu ini...
Allah...” Dr. Narsha terduduk bersama linangan air matanya. Dia memicit kepalanya. pening dengan sikap suaminya. Hari tu bukan main baik tapi sekarang jadi pelik. marah tak tentu pasal. Bila ditanya sebab, disuruhnya diam. Apalah yang dimahukan oleh suaminya itu. sudahnya, dia termenung sendiri.
NOAH baru sahaja pulang dari rumah. Dia terus pulang ke rumah. Tidak lagi ke kafe kerana dia perlu menjaga Soffiyya. Dia kena faham situasi ibu angkatnya yang sibuk menguruskan hal di kafe. Dia memarkir basikalnya di sebelah porch kereta. Dia terus masuk ke dalam rumah. Di lihat, Soffiyya sedang baca sesuatu. Takpe, Allah pasti tolong orang yang kuat berusaha. Paling menggembirakan Noah, beanie hat yang diberi olehnya tetap berada diatas kepala Soffiyya. Comel!
“Assalamualaikum!”
Soffiyya mengangkat wajahnya memandang Noah yang sedang menuju ke arahnya.
“Waalaikumsalam.. banyak kerja sekolah?”
“Boleh laa. kenapa? Awak nak tolong saya ke?”
“Boleh jugak!”
“Nak tolong apa?”
“Tolong tengok! ahahaha!”
“Ha.. ha.. ha.. lawaknya.. Yuki.. huh.. saya nak pergi mandi kejap. Bye-bye.” Noah berlalu meninggalkan Soffiyya. Soffiyya hanya memandang belakang Noah. Dia
kemudiannya memandang bukunya kembali.
Setelah selesai solat, Noah ke ruang tamu. Soffiyya masih tetap berada disitu. “Awak baca apa tuu?” Soal Noah.
“Huhh.. buku ni...”
“Ehhh..... itukan buku lirik lagu sayaaaaa.................... Yuki... awak masuk bilik saya ehh?”
Soffiyya mengangguk tanpa perasaan. Noah pula tak tahu nak cakap apa. Patutkah dia marah atau apa? Dia sendiri tak tahu.
Sudah laa mengaku tanpa perasaan, siap dengan muka serius tanpa rasa bersalah pulak tu. Yuki.... bisik hati Noah.
“Pandai awak tulis lirikkan...”
“Sajaa. Layan perasaan terbitlaa lagu tu... lagu yang ibarat seperti ummm... kisah hidup saya...”
“Ohhh... eh? Bagus-bagus. Awak pergi laa buat kerja awak..”
Noah mengangguk. Dia terus membaringkan tubuhnya diatas sofa yang empuk dihadapan televisyen. “Ahhh.. leganya... pukul empat nanti gerakkan saya eh?”
“Ingat saya orang gaji awak keee...”
“Erkk. Okaaayy....” Noah terus meletakkan kepalanya dan sekejap saja dia terus terlena. Bagai orang mengantuk disorong bantal. Soffiyya yang suruh dia buat kerja dia. jadi ni laa kerja dia. tidur. Letih kot. tadi kat sekolah banyak yang dia buat.
Soffiyya menghayati setiap bait lagu tersebut. Menarik. Sebenarnya, dia masuk ke bilik Noah tu sebab nak cari tahu pasal Noah. Kata ibunya, Noah merupakan anak angkat juga sahabat kepada dia sendiri. tapi dia tak dapat ingat apa yang berlaku.
YUSRI yang merupakan orang upahan Dr. Amirul sudah mendapatkan biodata dan maklumat tentang Soffiyya. Dia ingin memaklumkan hal tu kepada bosnya. Nombor telefon bosnya terus didail. Sekejap sahaja, panggilan terjawab.
“Hello. Boss!”
“Yeah. Kau nak apa telefon aku nii?”
“Boss kat mana ni?”
“Tengah drive. Kalau aku bagitahu aku kat mana, kau bukan boleh jumpa akuu! Kau nak apaa?”
“Ni maklumat pasal budak perempuan yang boss suruh carik tuu laaaa..”
“Ohh. Kebetulan! Haaa. Cepatlaaa.”
“Nanti saya email kat boss.”
“Email lain cerita. Aku nak yang sekarang.”
“Err. okay.. dia Soffiyya Yuki binti Shariff. Bapak dia pernah terlibat dalam kes pembunuhan orang penting, orang ternama kot laa. tapi terlepas sebab takde bukti kukuh. Seorang pencuri... then, sampai sekarang bapak dia hilang. Budak tu hidup dengan mak dia. nama mak dia Puan Syafarina. Ada sebuah kafe. Nampak mewah juga. Saya makan kat situ, boleh tahan sedap diaa.. huhuhuh.”
“Kau jangan menyeleweng banyak boleh tak?”
“Okey.. okey boss. Sorry. Lepas tu kaann. Dia tu memang kawan baik dengan Noah. Satu sekolah dengan Noah. Bijak jugak budak tuu.”
“Bijak pun kalau bapak pun entah apa-apa, tak nak aku! aku takkan biarkan anak aku terlibat dengan bapak dia... berlakon baik depan anak akuu.”
“Hmm. Entah laaa... dia baru je accident..”
“Accident? Kenapa?”
“Entah laa. tapi nampak teruk jugak. Jadi, sekarang ni... Noah laa yang selalu jaga si
Soffiyya..”
“Ohhhh.. alright... fine.. nanti aku keluarkan arahan bila kau patut culik Noah..”
“Laaa. Nak kena culik jugak ke boss? Dia kawan dengan budak baik-baik je..”
“Ahhh. Aku kisah apaaa. Lagi pun dia hidup bebas kat sana. aku tak nak nanti dia besar kepala pulak. Tambah-tambah sekarang dia tak duduk dengan adik aku dahh! Adik aku yang sorang tu tak boleh nak harap!”
“Errr. Okay boss!”
Panggilan terus dimatikan. Dr. Amirul tersenyum sendirian. “kau ingat kau boleh hidup
bebas macam tu je... mungkin kau tak tahu apa salah kauu.. satu hari nanti, aku akan buat kau sedar siapa diri kau yang sebenar. Jijik!”
***
SATU SEKOLAH terkejut dengan apa yang berlaku kepada Soffiyya. Ramai yang memandangnya pelik. Seorang gadis lincah yang aktif dalam sukan permainan basket ball kini berada di atas kerusi roda. Pandangan sinis dilemparkan kepada Soffiyya disaat Noah menolak kerusi roda Soffiyya masuk ke pintu pagar sekolah.
Soffiyya nampak relaks walaupun hakikat sebenar didalam hatinya rasa lain macam. Dia tidak faham kenapa orang memandangnya pelik. Noah lagak biasa saja. Namun Adam dan Jae melihat hal itu terus menerpa ke arah Soffiyya dan Noah. Soffiyya terkejut.
“Wait! Noah! What’s happen?”
Noah tersenyum. Soffiyya yang memandang pelik kerana tidak mengenali dua orang lelaki asing dihadapannya. Seorang macam cina dan seorang lagi tinggi lampai tapi rendah sedikit dari Noah. Dia tahu hal tu apabila memandang wajah tiga orang lelaki satu persatu.
“Hurmm.. Sorry aku tak story kat korang. This is why Yuki tak datang sekolah untuk beberapa minggu.
Terbuka luas rahang mereka berdua namun sempat ditutup oleh Noah.
“Ahhh. Biar betul. Yuki. Hang okay kaaa?” Loghat kedah sengaja digunakan oleh Jae yang sememangnya berasal dari Kedah.
“Errr.. kamu ni siapa?” Soal Soffiyya serius dengan wajah yang pelik.
Noah menepuk dahi kerana terlupa memberitahu Adam dan Jae tentang Soffiyya yang sudah kehilangan memori lama.
“Aaaaa..... nanti aku story.” Noah menyampuk apabila Jae dan Adam sekali lagi terkejut.
Mereka berdua mengangguk serentak. Serentak tambah terkejut dengan keadaan Soffiyya sekarang. Noah akan bantu Soffiyya dari belakang ketika didalam kelas. Ya, itu memang janji Noah yang dibuat sendiri. dia takkan buat Soffiyya rasa tersisih atau apa-apa. Dia mahu Soffiyya berada dalam keadaan selesa.
“Hmmm... jom masuk kelas. Hari ni kan takde assembly.”
Jae dan Adam mengangguk sekali lagi. “Bak sini aku bawak beg kau dengan Fiyya.” Adam bersuara.
“Ha’aa. Kau tolak je wheelchair tu” Jae menyambut beg Soffiyya manakala Adam memegang beg Noah. Noah berasa lega kerana ada yang sudi membantu. Dia syukur kerana punya sahabat seperti Adam dan Jae yang sentiasa ada bila dia memerlukan.
“Thanks sahabatku.”
Agak kedengaran pelik pada pendengaran Adam dan Jae tetapi perkataan sahabat tu amat bermakna apabila terluah pada bibir Noah. Mereka tersenyum.
JANE dimaklumkan tentang kehadiran Soffiyya ke sekolah. Dia terkejut yang Soffiyya sudah dapat hadir ke sekolah. Dalam rasa lega dan gembira, terselit jua perasaan sinis dan busuk hati Jane. Memang sudah menjadi darah daging agaknya. Di dalam kelas tersebut, ada yang sinis ada juga yang mencemburui keadaan Soffiyya.
Cemburu dengan keadaan Soffiyya yang dapat perhatian dari tiga orang lelaki yang paling top disekolah mereka walaupun dalam keadaan sebegitu. Keadaan yang duduk diatas kerusi roda tanpa boleh berjalan.
“Ehh. Kenapa dengan Soffiyya tu?”
“Aku pun tak tahu laaa. Tadi dia orang nampak Noah tolak wheelchair yang Soffiyya naik.”
“Erkk! Sangat menyampah. Perlu ke? Tapi aku nak tahu apa sebab dia duduk atas kerusi roda...”
“Ha’aa.. nanti kita korek laa kat siapa-siapa.”
“Hurmm.. dia dah cacat eh? Habis laa team girl basket ball sekolah nii...”
“Alaaa. Dia cacat....”
Noah yang melalui mereka berdua tu menyampuk. “Sekurang-kurangnya dia tak cacat akal fikiran seperti kau orang berdua yang tahu memandang rendah dekat orang. jangan ingat diri tu bagus sangat. hidup ibarat roda. Terkadang diatas, terkadang dibawah.”
Tergamam kedua-dua orang pelajar sekelas dengan Noah dan Soffiyya. Soffiyya yang duduk ditepi pintu bersama kerusi rodanya mendapat perhatian pelajar-pelajar didalam kelas satu itu. mereka hanya memandang Soffiyya. Soffiyya agak gugup apabila berseorang di tepi pintu. Noah sedang betulkan meja untuk Soffiyya. Noah meletakkan bantal untuk Soffiyya tidak berasa lenguh. Adam dan Jae yang terlewat sedikit datang mendekati Soffiyya.
“Aik.. tak masuk lagi...”
“Ermm..” Soffiyya mengangguk memandang Adam.
“Takpe.. takpe. jom kita masuk mehh..” manja je cara Adam bercakap. Bukan manja tetapi lembut bicaranya. Sama seperti Noah juga.
Adam menyerahkan beg Noah dan dia menolak kerusi roda Soffiyya masuk ke dalam kelas ikut pintu belakang kerana terlalu sulit untuk melalui pintu depan. Yela, kalau lalu dekat pintu depan, terpaksa melalui jalan diantara meja ke meja yang agak sempit itu. almaklomlah tempat Soffiyya dan Noah yang terkebelakang sekali.
“Eh. Susahkan kau orang je. Aku yang sepatutnya..”
“Noah. Ni tanggungjawab kita orang jugak laa. Soffiyya kan member kita orang jugak. Kau tak payah buat ayat pasrah kat sini. Kan Soffiyya?”
“Err. haaa. Hmm..” Soffiyya mengangguk saja. “Saya yang sepatutnya mintak maaf kerana menyusahkan kau orang bertiga...”
Sayu je kedengaran. “hmm. Yelaa tu. takde maknanya. Awak nak duduk atas kerusi ni ke, nak duduk atas wheelchair?”
“Hmm... atas kerusi kayu ni je laa..”
“Sini saya bantu..” Noah hendak membantu Soffiyya untuk bangun tetapi ditolak
Soffiyya.
“Takpe.. saya boleh buat sendiri.” Soffiyya ingin usaha sendiri. dia tidak mahu nampak kelihatan lemah dipandangan kaca mata orang lain.
Noah teragak-agak hendak membiarkan Soffiyya buat sorang-sorang sedangkan kaki Soffiyya tidak kuat lagi untuk berjalan. Soffiyya berusaha bangun dengan hanya berpaut pada dinding yang berdekatan dengannya. Dengan keadaan terhincut-hincut, Soffiyya mendapatkan kerusi dan terus duduk diatas kerusi. Semua orang memandangnya. Soffiyya buat bodoh saja. Di luaran saja sedangkan dalam fikirannya.
Kenapa diaorang pandang aku macam tu? jahat sangat ke orang macam aku ni? hina sangat ke keadaan aku macam ni. aku tak buat pun maksiat. Tapi kenapa pandang aku macam tu.. Bisik hati kecil Soffiyya.
Soffiyya terkejut apabila Noah meletakkan sticky note diatas mejanya.
It’s okay Soffiyya. Awak kuat! Pedulikan pandangan orang terhadap awak. Awak perlu terus maju ke hadapan. Anggaplah diaorang semua dihadapan awak tu adalah tikus-tikus kecik yang hanya tahu menggigit.
Setelah membacanya, Soffiyya terkejut. Errk dia boleh baca fikiran aku ke... magic.. bisik hatinya. Dia menoleh ke arah Noah. Noah nampak sedang membaca buku. Dia tersenyum melihat Noah. Entah kenapa, dia berasa selamat je selagi Noah berada bersamanya.
No comments:
Post a Comment