YUSRI menunggu hari untuk melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh Dr. Amirul. Dia Cuma tunggu masa yang sesuai. Dr.
Amirul kata jangan sampai hal ini libatkan pihak polis. Dia tidak mahu perkara
itu menjadi besar. Biarlah antara Dr. Amirul dan Noah saja yang tahu termasuk
orang yang terlibat dalam hal membawa Noah pulang semula ke Cardiff.
Sebenarnya, Yusri sendiri tidak faham dengan Dr. Amirul. Kejap suruh tangkap,
kejap suruh biar. Macam-macam kerenah bosnya itu. kalau tidak kerana ganjaran
lumayan dalam fikirannya, dah lama dia tinggalkan bosnya itu.
Setakat ni, dia perlu merancang
strategi. Dia perlu fikir apa yang perlu dia buat untuk menculik Noah tanpa
melibatkan kes polis. Bermakna dia perlu ada satu rancangan yang membolehkan
kes itu tidak melibatkan polis. Semuanya macam merepek je tapi itulah kisah
yang sebenar-benarnya.
“Kau fikir lama apaa sangat Yuss?”
“Takde apa-apa laaa. Cuma kau tengok budak berdua tuu. Kat buai tu.”
Zul yang merupakan rakan sekerja dengan
Yusri melihat tempat yang ditunjuk Yusri. “Yang budak perempuan duk atas kerusi
roda tu ke? And that guy yang duduk dihadapan dia tu?”
Yusri mengangguk. “Hmm.. tu laa budak
yang bos suruh kitaaa culik... culik terus bawak ke Cardiff..”
“Perghhh. Hensem gilaa anak diaaa.”
“anak dia? haha. aku tak rasa macam anak
dia. kalau anak, ada ke patut buat macam tu. hari tu, dia juga yang buang anak
dia, sekarang nak kutip balik... tak rasa macam lepas ludah jilat balik ke..”
“aku pun rasa macam tu jugak. Aku tengok budak tu baik je.. Dr. ni
ibarat ludah ke langit lekat kat muka dia balik laaaa.... asal laaa kebongokan
sangat dia buat macam tu kat anak dia?”
Yusri mengjongketkan bahunya. “Aku pun
tak tahu and langsung tak faham... Budak tu baik je.. tengok.. kau ingat senang
ke nak cari manusia yang nak jaga sahabat dia sampai macam tu? eve lumpuh, dia
still jaga budak perempuan tu.. Tak silap aku, budak perempuan tu hilang
ingatan juga... Ni dia report. Aku mintak dekat ward tempat budak ni dirawat.”
“Ohhh.. yang ni ehh.. time dekat Pulau Pangkor hari tu kan?”
Yusri mengangguk mengiakan kata-kata
Zul. “Ermm. Bila nak laksanakan tugas ni?”
“Err. entah laaa. Ehh.. cuba kita fikir. Ada baiknya kita culik diaorang
time waktu cuti. Biar laa kat bos nak mengamuk ke apa. At least kita ada hati
dan perasaan. kita ni bukanlah jahat sangat. baru first time buat kerja macam
ni. desprate nak kan duit sebab perlu untuk bidang pengajian kita kat
universiti tuu...”
Zul dan Yusri tergelak sendiri apabila
terbayangkan kerja bodoh yang sedang mereka berdua lakukan. Macam tak masuk
akal pun ada. Kalau sampai tahu kat pihak polis, mereka berdua mungkin akan
dibuang universiti. Tu memang kerja gila. Tapi demi duit untuk meneruskan
pengajian, orang sanggup buat apa-apa. Kata orang matlamat tak menghalalkan
cara tapi berlaku sebaliknya.
Sudahnya, sekali lagi mereka berdua
menjadi pemerhati kepada Noah dan Soffiyya yang setiap petang akan lepak
ditaman permainan.
***
KALI NI, sejak dari hari Noah mula
bersembang baik dengan Soffiyya, Jane asyik datang ke rumah Soffiyya untuk
belajar sekali. Sedikit sebanyak ia beri semangat kepada Soffiyya untuk
teruskan pengajian walaupun keadaannya seperti itu. di sekolah, Jane akan duduk
berdekatan dengan Soffiyya. Ramai yang terkejut dengan perubahan Jane. Jane
tidak lagi seperti dulu. Noah sedikit sebanyak membantu Jane untuk berubah.
Jane telah menyatakan niatnya untuk berubah. Barangkali penat berbuat jahat dan
tiba masanya untuk dia berubah. Takkan bila tua kerepot nanti baru nak berubah.
Waktu tu tak guna dah. Belum tentu sempat dia bertaubat dan menebus kembali
dosa yang dia lakukan.
Masa ada, baik dia hargai sebaiknya.
“Hmmm... sekejapnyaaa nak cuti panjang.. lepas final exam, seminggu
lepas tu... cutii. Hehehehe.”
“Yeahhh! That’s right...” Sambut Soffiyya dengan senang hati.
Noah yang berada dihadapan mereka berdua
tersenyum.
“Cuti ni korang berdua nak ke mana?” Soal Jane semangat.
“Ermm.. ibu selalu story every year, kita orang akan lepak dekat
Cardiff.” Balas Soffiyya.
Jane terdiam seketika. Cardiff? Bisik
hatinya. “Cardiff?”
“Yeah. My place..” Noah seolah-olah dapat membaca apa yang ada dalam
fikiran Jane.
Jane mengangguk mengerti. Soffiyya hanya
tersenyum. “Hmm. Join laa sekali..”
Bajet macam tiket penerbangan tu sekupang
dua. Bisik hati Soffiyya sendiri.
“Errr. In shaa Allah kalau ada masa. Aku kena tanya mama dulu... Kau
join sekali laa ni?”
“Yeah...”
“Kau rindu kat Cardiff ke?”
Noah hanya tersenyum kelat. Hanya sebuah
senyuman sebagai jawapan kepada soalan Jane.
“Noah..”
“Ye..”
“Saya nak ke bilik kejap.”
“Sini saya bantu.”
Pantas Soffiyya menggeleng. Dia rasa
macam tak laratlah pula. Noah
mengangguk. Dia tahu Soffiyya tidak mahu menyusahkannya. Jadi tinggallah Noah
dan Jane diruang tamu.
“Hmm. Betul ke kau nak pergi Cardiff?”
Noah mengangguk. “Kau tak teringin nak
jumpa dengan family kau balik?” Soal Jane lagi.
“Entah laaa Jane. Aku tak tahu.... i admit that i miss them damn much..
but kalau aku muncul sekadar merosakkan suasana buat apaaaaaa...”
“Panjang harkat apaa tu. hehe. Hmm.. aku faham. By the way, walid kau
pernah call kat rumah tanya pasal kau.”
“About me?”
“Yeah... dia tanya kau ada masalah ke tak.. and i really sorry... aku
bagitahu benda yang tak sepatutnya.. walid kau pernah cakap nak bawak kau balik
ke sana. dengan cara macam mana aku tak tahu... tapi ayat diaa bawak dia balik
ke sini sama ada dia tercedera.. asalkan hidup lagi..”
Noah sentap mendengar ayat yang keluar
dari mulut Noah. “Kau jangan tipu akuu..”
“Serius aku tak tipuuuu.... Demi Allah, Noah.. aku tak tipu..”
“Huh... why....”
“aku mintak maaf sebab dah burukkan kau depan walid kau.”
“It’s okay.. tapi kann.. aku teringin nak tahu apa salah aku sampai walid
begitu benci kat aku.. Mungkin dulu aku tak perasaan. but i realise it when i
was thirteen years old... Aku sedar walid macam tak suka aku dengan arwah
Ameer.. aku tak tahu kenapa.. Bonda pulak bila kita orang kena marah macam
relaks macam tu je.. Entah.. aku tak faham..”
Jane senang apabila Noah sudi berkongsi
masalah dengannya. Baru dia rasa berguna menjadi sahabat dan sepupu kepada anak
muda bermata biru kehijauan.
“Emmm.. aku pun tak tahu laa bro.. Aku teringin nak bantu kau.. tapi aku
tak tahu apa yang aku boleh buat... aku nak tebus kesalahan aku kat kau..”
Noah tersenyum. Jane tahu senyuman itu
ikhlas. “Hmm. It’s okay.. Satu je aku mintak.. bila benda dah jadi macam ni.
anything can happen without we knows.. kita tak boleh nak expect benda apa yang
akan jadi in future.. so, kalau terjadi something kat aku.. aku nak kau jaga
Soffiyya seperti mana kau jaga diri kau sendiri..” Ada nada sedih dihujung ayat
Noah.
Sebak Jane mendengarnya. Belum pernah
Noah berkata seperti itu. “Kau jangan buat aku rasa bersalah...”
“Takde laa. aku just nak berjaga-jaga... kalau jadi sesuatu kat aku,
takde laa aku susah hati. Kau kan ada... we’re cousin and friend right?”
Jane mengangguk. “Yeah.. in shaa
Allah...
SOFFIYYA dapat mendengar jelas perbualan
mereka berdua. Entah kenapa senang je air mata dia mengalir sebaik sahaja
mendengar apa yang dikatakan oleh Noah. Noah nak ke mana nanti? Apa yang akan
terjadi? Apa masalah Noah disebalik wajah tenang yang selalu menghiasi wajah
Noah tu? Soffiyya menekan dadanya yang terasa menyucuk. Sebak. Air mata sudah
mengalir. Dia segera masuk ke dalam biliknya semula.
Dia terpandang pada bola salji diatas
meja lampu tidurnya. Soffiyya mendekati bola salji itu dan mengambilnya. Bola
salji itu dibawa ke dadanya. “Noah... please. Don’t go... even though i still
can’t remember for who you are, but i know you’re the best friend and important
person in my life...”
Soffiyya berjanji kepada dirinya sendiri
akan cuba berusaha untuk ingat siapa dirinya sebelum ni, dia akan berusaha mencari
siapa Noah didalam memorinya. Semua tu amat penting. Sudah hampir tujuh bulan
perkara itu kejadian kemalangan itu berlalu. lama. tapi dia tetap seperti itu.
tidak berjaya untuk ingat apa-apa. Tapi dia tetap akan cuba.
***
SEPERTI yang dimaklumkan kepada pelajar
sekolah tu. keputusan akan keluar seminggu selepas peperiksaan. Dan semua orang
sedia maklum pelajar tingkatan empat yang dapat keputusan yang terbaik adalah
Noah. Tempat kedua diisi oleh Zahrein. Ketiga dan keempat seperti biasa, Adam dan
Jae. Tu memang tempat mereka masing-masing. Amat sukar untuk berubah tempat.
Tempat kedua pada asalnya adalah milik Soffiyya. Akan tetapi pada minggu
peperiksaan, Soffiyya tidak dapat hadir kerana mengalami kesakitan pada
kepalanya. Yang paling mengejutkan, darah keluar dari hidung Soffiyya. Waktu tu
Soffiyya memang separuh sedar. Dengar tak dengar je orang panggil dia.
Dan sekarang ni, Soffiyya berada
dihospital.
“Noah..” Adam memanggil Noah.
Noah menoleh ke belakang dan
menghentikan langkahnya.
“Fiyya macam mana doh?”
Noah mengangguk. “Alhamdulillah okey.
Cuma dia masih perlu berada dibawah pengawasan doktor. Pemeriksaan semua dah
buat.. syukur takde apa-apa. Mungkin panas kot..”
Adam mengangguk. “Jae mana?” soal Noah
kepada Adam.
“Dia pergi jumpa dengan ustaz kejap. Biasalah budak tu.. nasyid je kerja
diaa.. kau tak nak join ke prom night the end of school for this year?”
“Nak tu nak laa.. tapi tak best laa kalau Yuki takde...”
“Hmm. Kalau macam tu, aku doakan dia cepat-cepat sembuh. Senang sikit.
Ehehe.”
“Senang apa nya?”
“Bagi kau senang hati.. ermm. Boleh laa. hahaha. Jane mana?”
“Dia ada tadi.. sekarang tak tauuu... Yang kau tanya kat aku pasal dia
kenapa? Ingat bro, next year nak spm..”
Adam tersengih sambil buat muka sengal.
Waktu tu jugalah Jane muncul. “Amboii. Hummm.. ada yang kutuk aku ke?”
Dua-dua orang lelaki dihadapan Jane
menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa. Jane menjeling kasar. Sengaja. “So,
bila nak lawat Soffiyya lagi ni?” Soal Jane.
“Wow... hmm.. jom laa.. alang-alang result dah keluar.. hmm... lusa baru
start the party, right?”
“Hmmm... ha’aa... hewhew.. jom laa.. Aku nak ajak Jae sekali.”
Noah mengangguk. Lagi ramai, lagi
Soffiyya suka. Yeke? Entahlah. Dia harap begitulah.
DIA duduk ditepi jendela memandang
suasana diluar. Kenapa dia merasakan diluar tidak selamat untuknya? Dia sendiri
tidak tahu. Soffiyya rasa menggigil tubuhnya mengingatkan apa yang terlintas
difikirannya. Pada hal waktu tu, fikirannya kosong. Suasana tu nampak macam
menyeronokkan. Dia tidak tahu siapa disebelahnya. Tapi apa yang pasti orang tu
adalah lelaki. Dia menjerit ketika lelaki yang tidak jelas wajahnya itu hendak
melintas jalan. Waktu dia hendak menyelamatkan lelaki tu, lelaki itu menolak
tubuhnya ke tengah jalan. Dan saat tu.
Arghhhhhh!!!!! Soffiyya menjerit. Benda
tu seolah-olah benar-benar berlaku kepadanya. Dia tak pasti adakah itu hanya
bayangannya atau pun benar-benar berlaku.
Doktor dan jururawat segera datang
mendekati Soffiyya.
“Fiyya. Kenapa ni?” Soal doktor tersebut menarik tangan Soffiyya yang
menutupi mukanya sendiri.
Soffiyya menggeleng. Doktor tu dapat
rasakan tangan Soffiyya menggigil. Kepala soffiyya yang sudah ditumbuhi rambut
yang panjangnya paras bahu tu dipandang seketika.
“Fiyya... breath in.... follow me.. ye sayang...”
Soffiyya mengangguk. Dia perlahan-lahan
menjatuhkan tangannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya
“Okay.. breath out... repeat it for seven time...”
Soffiyya buat seperti yang disuruh.
“Istighfar Soffiyya.. perlahan-lahan...” Lembut suara doktor itu.
Barulah Soffiyya berasa sedikit tenang.
Doktor menolak kerusi roda Soffiyya ke katil. Doktor itu menarik kerusi dan
duduk berhadapan dengan Soffiyya. “Urmm.. doktor rasa Soffiyya kena rehat... yeah..
i know that you need to rest well..”
Pantas Soffiyya menggeleng. “Takk..”
“Takpe... Soffiyya rehat dulu... nanti bagitahu doktor apa yang berlaku
ye?” Doktor itu membantu Soffiyya naik ke atas katil. Soffiyya dibaringkan
diatas katil. Doktor itu menyelimuti tubuh Soffiyya dengan selimut.
“Errr. Doktor.” Soffiyya memanggil doktor tersebut sebaik sahaja doktor
yang merawatnya ingin beredar.
Doktor itu mendekati Soffiyya. “Ye.. ada
apa?”
“Hmm.. tadi...”
“Ye.. kenapa dengan tadi..”
“Tadi.. ada sesuatu yang terlintas diminda
Soffiyya.. benda tu.. seolah-olah... jadi betul-betul dekat Soffiyya.”
Doktor itu tersenyum. respon positif.
Bisik hatinya. Dia terus mengambil kerusi dan duduk ditepi Soffiyya. “Okay..
cuba cerita apa yang Soffiyya nampak dalam bayangan tuu...”
Soffiyya menarik nafas panjang sebelum
menceritakan apa yang dia dapati dalam bayangan yang melintas fikirannya
sebentar tadi.
“Hmmm.. Soffiyya cuba ingat lagi... biasalah benda tu... semuanya kena
slow-slow.. tapi ingat.. jangan paksa diri untuk ingat semuanya... Doktor yakin
tu adalah ingatan Soffiyya yang dahulu.. mungkin tu adalah perkara yang terjadi
sebelum Soffiyya jadi macam ni.. bersabar laa Soffiyya. Doktor percaya Soffiyya
akan ingat semuanya. Cuma ia memakan masa yang agak lama...”
“Sampai bila Soffiyya perlu tunggu?”
“Wallahu’alam. Semuanya bergantung kepada yang diAtas.” Soffiyya mengangguk faham dan mengiakan apa yang diberitahu oleh doktor yang merawatnya.
No comments:
Post a Comment