ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Tuesday 19 February 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #27


CUTI panjang bermula. Tak lama lagi, mereka sekeluarga akan ke Cardiff menanti salji disana. Soffiyya mendengar je nama salji dia rasa semangat dan seronok lain macam. Noah faham perasaan Soffiyya dan gembira melihat Soffiyya begitu. Tak sabar rasanya hendak memberitahu Soffiyya tentang tempat mereka mula berjumpa.

Soffiyya duduk dilaman rumahnya seperti biasa. Waktu itu Noah sedang membaca komik diruang tamu. Dia tidak mahu mengganggu Soffiyya yang memerlukan ruang untuk diri sendiri itu.

Sedang khusyuk membaca buku dilaman rumahnya, benda yang seolah-olah satu slide yang bermain dimindanya dari awal sampai habis. Soffiyya terkejut. serta merta buku yang dipegangnya itu terjatuh dari ribanya. Soffiyya terkejut. semuanya terlalu pantas bermain dimindanya. Satu persatu berlayar dimindanya. Termasuklah lelaki yang menolaknya ke tengah jalan hingga menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan walaupun tak kesemua dia ingat. Ia bagai satu lintasan pintas.“Noah... No.. tak.. tak mungkin diaa... Argghhhh!!”

Noah yang mendengar jeritan dari luar tu terus menerpa keluar mendapatkan Soffiyya yang sudah terjatuh dari kerusi rodanya. Noah mendapatkan Soffiyya yang sudah terduduk diatas rumput.

     “Yuki.. awak okay ke tak ni?”

Soffiyya memegang kepalanya sambil menggeleng. “Noo!”

     “Yuki... awak okey ke tak niiii?!”

     “Awakk! Noah... You! You’re the one yang tolak saya! Awak yang menyebabkan saya jadi begini!!” Soffiyya menolak kuat tubuh Noah sehingga Noah terduduk.

     “Yuki... you can remember everything?”

     “Whyyy??!! Awak jahatt!!!! Awak jahat!! Pergi saya tak nak tengok muka awakkk!! Go awayyy!!!!!” Soffiyya meraun seperti orang hilang arah sambil memegang kepalanya yang berdenyut. Denyutan semakin kuat. Memori itu datang sekali gus menyebabkan Soffiyya terkejut. tubuh Noah terus dipukul sekuat hati oleh Soffiyya. Noah hanya membiarkan. Dia nampak ada air mata yang terbit dari tubir mata Soffiyya dan meleleh membasahi pipi soffiyya.

     “I’m sorry...”

Selepas ucapan I’m sorry, Soffiyya terus terjatuh. Soffiyya tidak sedarkan diri. Noah panik. 
“Yuki.. get your sense back.. Yuki.. bangun.. awak..”

Soffiyya tetap tidak menyedarkan dirinya.


SEMUA orang menunggu diruangan menunggu. Puan Syafarina berjalan mundar mandir dihadapan bilik pemeriksaan. Sebaik sahaja doktor keluar dari bilik tempat Soffiyya dirawat, Puan Syafarina terus menerpa ke arah doktor tersebut.

     “Macam mana dengan anak saya?”

     “Dia baik-baik saja... siapa orang yang terakhir berjumpa dengan Soffiyya?”

     “Noah.. Noahh?” Puan Syafarina mencari Noah. Noah yang duduk dan berdiam diri itu berdiri dan mendekati dua orang wanita itu.

     “Ye.. saya orang terakhir yang berada bersama dengan Yuki..”

Doktor itu mengangguk. “tidak mengapa.. tapi sewaktu, dia takde apa-apa kan?”

Noah menggeleng. “Yeah.. it’s nothing... nothing happen.. Cuma ia secara mengejut.”

Noah rasa lega mendengarnya walaupun tak ke semuanya. Dia yakin Soffiyya akan membencinya selepas ini. Ingatan Soffiyya tidak kesemuanya. Mungkin dia tak nampak sebelum kejadian itu berlaku.


SOFFIYYA sudah bangun. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Ke semua yang ada disekelilingnya itu adalah orang asing. Dia tidak mengenali mereka semua. “Siapaa korang semua nii?” Soal Soffiyya kasar.

     “Ni ibu sayang...” Balas Puan Syafarina lembut.

     “Ahh? Ibu... kau pulak siapa?” Soal Soffiyya kepada Noah.

Noah sentap dan pelik. “Takkan awak tak ingat saya?”

     “Yeah. Aku tak ingat siapa kauu! Buat apa kau disini??!”

     “Fiyya.. tak baik cakap dengan Noahh macam tuu.”

     “Arrghhh. Huhh!! Noah? Siapa Noah. Dia ni?” Sinis saja pandangan Soffiyya. Sungguh dia 
memang tak ingat apa-apa.

Noah betul-betul merasakan dia adalah orang asing. “Takpe laa ibu. Noah mintak diri dulu..”

Puan Syafarina pula yang rasa bersalah. Tersepit ditengah-tengah. Dia terpaksa membiarkan Noah berlalu.

Noah terus ke bilik doktor. Dia ingin tahu perkembangan sahabatnya itu. bukankah tadi Soffiyya dapat mengingati semuanya? Tapi kenapa semuanya hilang secara tiba-tiba?

Tokk!! Tokk!!

Masuk!

Apabila mendengar arahan masuk, barulah Noah masuk.

Doktor yang merawat soffiyya mengangkat wajah. Dia tersenyum apabila melihat Noah. “Noah right? Have a sit...”

     “Hmm... ada apa Noah” Soal doktor kepada anak muda bermata biru kehijauan itu.
Noah memaksa bibirnya untuk senyum. “Ermm... apa yang sebenarnya berlaku kepada Yuki?”

     “Maksud Noah?”

     “Sebelum dia jatuh pengsan, saya yakin dia ingat semuanya. Dia sempat belasah saya, but after that.. dia pengsan... Then, bila dia sedar dari pengsan... dia tak ingat siapa-siapa... Adakah ni satu lakonan atau memang faktornya begitu?”

Doktor itu tersenyum. “Hmm.. yeah... itu memang kebiasaan. Mungkin memori lalu yang datang sekali gus mengejutkan pesakit. Ia boleh menyebabkan ingatan yang dia ingat dan dia simpan sama ada sekarang dan lama akan hilang.. tapi itu untuk sementara. In shaa Allah dia akan ingat semula.. Cuma dia perlukan masa... semua tu terlalu mengejut bagi pesakit macam Soffiyya.. mungkin ada perkara yang dia tak boleh terima... benda yang menyakitkan yang dia tak nak ingat...”

Noah mengangguk faham. “Adakah dia akan membenci saya?”

Terkejut doktor itu dengan soalan Noah. “Eh.. kenapa pulak? Selama ni kamu yang jaga Soffiyya.”

     “Yeahh.. tapi saya yang menyebabkan dia jadi macam tu... saya yakin dia akan membenci dia sepanjang hidup dia... yeah...”

     “Awak dan dia terlalu muda.. tak lama lagi nak masuk tujuh belas tahun... tak mungkin.. and kalau ia pun terjadi, masa masih ada.... bersabar laahh Noah. Tak semestinya begitu.. mungkin yang sebelum kejadian itu berlaku dia tak ingat... dia tak ingat perbualan... pasti ada yang tertinggal dalam setiap memori yang dia ingat... sekarang ni, Noah kena ingatkan dia apa yang dia tertinggal. Kalau separuh je, contoh pasal kemalangan tu... Saya rasa dia tak ingat habis.... selalunya begitu... bila jadi macam tu, dia judge something based on apa yang dia ingat... sabar ye..”

Sekali lagi Noah mengangguk. “Thanks doktor..”

     “You’re the most welcome.”

Senang hati doktor itu melihat Noah. Susah nak jadi anak muda seperti Noah. Mungkin ada, tapi susah hendak dicari. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Puan Syafarina tentang Noah, kisah yang sangat menyedihkan. Tak semua orang dapat menghadapinya. Noah adalah orang yang terpilih untuk menerima ujian sebegitu.


***


Hari ni merupakan hari lahir Soffiyya. Soffiyya sendiri tidak ingat akan hari lahirnya. Dan Noah bercita-cita ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan hari lahir kepada Soffiyya. Tiba-tiba dia rasa nak buat awal. Soffiyya kembali seperti biasa. Dia dapat ingat sikit-sikit tentang memori persahabatannya dengan Noah. Dia bahagia. Senang hati. Itulah yang dia rasakan disaat itu. Tapi dia tak ingat dimanakah pertemuan kali pertama antara dia dan Noah. Kata Noah, tempat itu spesial sangat.

Soffiyya bersikap dingin hanya untuk beberapa hari. Namun selepas tu, dia dapat ingat kembali walaupun tidak ke semuanya.

     “Yuki..”

     “Ye....” Balas Soffiyya sambil tersenyum.

     “Takde apa-apa... Ermm. Kejap ye..”

Noah mendekati Puan Syafarina. Soffiyya tidak perasan akan hal tu. dia kembali menonton televisyen.

     “Ibu.. you know kan this day birthday girl kita tu...”

Puan Syafarina tersenyum. “Of course..”

     “Before that, Noah ada nak buat surprise kat diaa.. ibu boleh tak tolong Noah?”

     “Amboii... nak bawak anak ibu tu ke mana ni?”

     “Taman je heehhe.”

Puan Syafarina mengangguk faham. Dia kemudian mendekati anaknya. “Fiyya.. sini ikut ibu..”

Soffiyya hanya mengangguk. Kalau dia bantah pun apa dia boleh buat. Dia hanya mampu duduk diatas kerusi roda. Noah sudah tersenyum. Noah sudah siapkan hadiah untuk diberikan kepada Soffiyya.

Sekejap saja, Soffiyya muncul dengan baju yang sudah bertukar. Soffiyya memakai blouse warna krim labuh hingga ke lutut dan seluar slat jeans panjang. Selendang terlilit elok dikepala Soffiyya. Noah terpegun seketika sebelum tersedar dan berpijak dibumi yang nyata. Cantiknya sahabatku. Bisik hati Noah.

Soffiyya lagak biasa walaupun malu-malu. Pelik bila dia dipakaikan seperti itu. hendak ke mana entahlah. “Ermm. Cantik tak saya?” soffiyya sendiri yang mengangkat bakul sendiri.

     “The best!” Noah angkat thumbs up kepada Soffiyya sambil tersenyum. “Kita bawak kamera. Ehehehe.”

Noah menunjukkan kamera DSLR yang tergantung dilehernya. Soffiyya tersengih. “Macam ada event penting je? Sudahlah Noah tak dapat menghadirkan diri ke majlis jamuan akhir tahun sekolah mereka. Takpe. asalkan dia dapat Soffiyya itu sudah memadai baginya.

SOFFIYYA menepuk dahi. Punyalah dress cantik-cantik, rupa-rupanya lepak kat taman permainan.

     “Err.. petang-petang ni awak ajak saya ke sini?”

     “Ha’aaa.... heehehehe.”

     “Ermm...” Soffiyya tak tahu nak cakap apa. Dia hanya tersenyum. Noah terlupa bahawa dia terlupa hendak membawa hadiah tu sekali sewaktu dia keluar dari biliknya.

     “Yuki.. awak boleh tunggu disini sekejap tak?”

     “Kenapa?”

      “Ada laa.. nak ambik kat rumah jap. Ada sesuatu tertinggal.”

Soffiyya mengangguk. “Jangan lama-lama sangat tau.. ni pegang kejap kamera ni. tapi sebelum snap picture together.. hehehe.”

Soffiyya ketawa saja. Noah meminta orang mengambil gambar dia bersama Soffiyya. Selepas itu, barulah Noah meminta diri untuk pulang ke rumah seketika. Petang tu, tak ramai sangat orang yang lepak dekat taman permainan. Soffiyya menunggu. Dia memandang buai dihadapannya. Dia seperti ingat sesuatu.

     “This place... tonight... time malam tu.. Noah pujuk aku.. yeahhh! He sing a song...” Soffiyya dapat mengingat kembali. Dia tersenyum.


MEMANG mereka berdua memerhatikan gerak geri Noah sejak Noah kelaur dari rumah Soffiyya. Memang matlamat mereka jelas. Hari ni orang tak ramai sangat. ini masanya untuk diaorang meneruskan tugasan yang diberikan.

Mereka nampak Noah yang berjalan kaki dengan senang hati hendak kembali ke rumah tersebut.

Noah terasa dirinya diekori. Dia memandang ke belakang. Ada sebuah alphard yang mengikutinya. Noah rasa pelik. lain macam je kereta kedabak ni. dok follow aku. maaf bang.gua tak dak duit. Bisik hati Noah. Dalam hatinya tidak lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya sendiri.

Pupp!! Saluran pernafasannya ditutup ecara mengejut. Noah menronta untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Penculik terlalu tangkas. Pandangan Noah kelam. Dia tak nampak apa-apa. Kecuali waktu itu awan petang itu yang cerah menjadi mendung. Dia teringat Soffiyya yang masih menunggunya ditaman permainan. Noah akhirnya pengsan dan tidak sedarkan diri.

     “Hah. Senang rupanya nak tangkap budak ni.. harap je tinggi lampaii..” Yusri bersuara selepas mengikat tubuh Noah. Noah langsung tidak sedarkan diri.

     “Kau ni pun.. kalau serang hendap boleh laa. Cuma kau serang depan-depan tengok. tak mustahil kau yang lari nanti.” Zul membalas kata-kata Yusri.

     “Elehh. Takde punya. Tengok badan laa. kalau tak..”

     “Kalau tak... takde laa kau angkat budak seberat tu sampai aku kena turun tolong.. hello. Bandingkan badan kau dengan badan anak Dr. amirul ni.. siapa lagi tegap. Kau tu sekeping cicak kobeng je tauu.”

     “Bla..blaa..blaaa.. old witch betul kau ni.. aku bagi penendang jarak jauh baru kau tahu kotttt..”

     “Amboi kejamnya diaa.. ingat janji kita.. jangan cederakan budak tak bersalah ni.. aku tak sanggup. Dah laa kita culik dia secara mengejut...” Zul yang sedang memandu simpati dengan keadaan yang dilalui oleh budak yang menjadi target mereka.

Yusri mengiakan kata-kata sahabatnya. “Betul tuu.. sokong.. hmm. Kesian kat kau budak.. aku faham..... tapi kau kena faham kita orang jugak.. bapak kau takpe laa. kaya gilaa bapak. Kita orang ni, nak cari seciput makanan pun merangkak lagi...” Yusri menepuk pipi Noah.

     “Hensem kauu.... hidung mancung.. kening tebal... parut kauu. Perghh. Perfect...” Sambung yusri lagi.

     “Sudah... sudahla tuu Yus... kalau kau tak hensem, jangan jeles dekat budak hensem macam diaa tu. nama pun budak kacukan.. hohohho.”

Mereka berdua ketawa bersama. Sedangkan ada yang terluka ditaman permainan.


SUDAH lebih dari setengah jam Soffiyya menunggu. Noah tidak juga sampai-sampai. Namun dia tetap sabar menunggu Noah kerana dia yakin Noah akan kembali. Soffiyya menghiasi bibirnya dengan senyuman. Dia ingin kongsi benda yang sudah dia ingat bersama dengan Noah. Bosan menunggu, Soffiyya memandang langit yang mendung. Ada tanda-tanda hendak hujan.

     “Datang.... tak datang... datang... tak datang.... datang. Tak datang...” Berulang kali Soffiyya mengulangi ayat itu hingga cukup satu jam. Noah masih juga tidak muncul. “Noah.. where are you?” Soal Soffiyya sendirian.

Dia tetap yakin bahawa Noah akan datang. Noah tak mungkin tinggalkan dia sendirian di sini. Beberapa kali Noah ulang ayat “I’ll take care of you for the rest of my life....”. ayat itu yang dipegang Soffiyya. Tak mungkin Noah mengkhianati kata-katanya sendiri.

Seperti yang dijangka. Hujan mula rintik-rintik. Ramai orang yang bermain ditaman permainan itu berlari pulang. Hanya soffiyya saja yang tinggal. “Datang.. tak datang. Datang. Tak datang. Datang.... tak datang..... Hmm... Noah..” Soffiyya menyuakan tangannya pada hujan yang turun renyai-renyai. Dia menadah hujan dengan tangan.

Semakin lama semakin lebat. Soffiyya tetap juga berada disitu walaupun disaat tu, taman permainan sudah kosong dengan manusia. Cuma gerai-gerai berdekatan saja. “Noah... saya yakin awak akan datang.. awak suruh saya tunggu... hmm.. Datang.. Tak datang.. Datang.. tak datang..” Soffiyya tetap mengulangi ayat tersebut. tabiat lamanya kembali.

Pakaian yang tersarung pada tubuh sekepingg Soffiyya sudah lencun. Tapi Soffiyya tidak mempedulikannya. Dia tetap menunggu. “I’ll wait for you.” Sudah dua setengah jam. Kali ni Soffiyya cuba untuk berfikiran positif tentang Noah namun hatinya kuat mengatakan bahawa Noah tidak akan datang. Dah lebih dari dua jam dia menunggu. Kelibat Noah langsung tidak kelihatan. Kamera DSLR yang dipegangnya juga turut basah namun ditutupi oleh beg sandang yang ditinggalkan Noah kepadanya.

Air mata tidak dapat ditahan lagi. Hati Soffiyya rasa sebak kerana Noah sanggup membiarkan dia ditimpa hujan. Apa maksud Noah buat begini kepadanya... Semua tiada jawapan. Air mata laju membasahi pipinya seiring dengan air hujan yang turun dari langit Ilahi. “Noah.. why are being like this? kenapa awak buat macam ni kat sayaaa? Noahhhhhhhh.....................” Soffiyya menjerit nama Noah namun tiada sahutan.

Jane yang melalui jalan tersebut memberhetikan skuternya. “Ehh. Tu bukan Soffiyya ke?” Jane membuka payung, turun dari skuternya dan berlari ke arah Soffiyya. Dia yakin itu adalah Soffiyya.

Soffiyya terasa dirinya dipayungi. Dia berharap orang itu adalah Noah tapi hampa. Itu adalah Jane.

     “Ya Allah. fiyya.. kau buat apa kat siniii?” Soal Jane yang memayungi Soffiyya dengan payung. Bibir Soffiyya pucat. Tubuh soffiyya menggigil kesejukan.

      “Noah.. aku tunggu Noah..”

     “Noah? Kenapa? Siapa yang bawak kau ke sinii??”

     “Noahh.. dia suruh aku tunggu.. tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul..”

Jane terdiam seketika. “Ya Allah.. kalau ye pun, sanggup dia biarkan kau dalam hujan macam ni.. Noah niii!” Jane mula berang.

     “Aku tak tahu... dah dua jam lebih aku tunggu kat sini...”

     “Lailahaillallah..”

Air mata Soffiyya berterusan mengalir. Dia sedih dengan apa yang berlak sekarang. dia sangat kecewa dengan Noah. Hatinya terguris. Noah mengkhianti kata-kata itu. “Dia penipu.. dia penipu...” Jane terus memeluk tubuh Soffiyya. Soffiyya menangis teresak-esak dibahu Jane.

Semuanya bagai mimpi disiang hari. Noah yang baik macam tu sanggup khianti kata-katanya sendiri. apakah?

Disebalik itu, mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada Noah.


NOAH tersedar setelah beberapa jam tidak sedarkan diri. Dia sedar apabila dia berasa sejuk. Noah memandang keadaan sekelilingnya. Macam hotel. Bisik hati Noah. Dia pelik bagaimana dia boleh ada disitu. “Ya Allah. Yuki....?” Noah sedar hujan turun lebat diluar. Dia baru hendak turun dari katil itu terhenti perbuatannya. Dia baru sedar dirinya diikat ketat. Dari dada hingga ke kaki dia diikat. Macam dugong. “Ya Allah. Yuki.. apa yang aku dah buat nii? Aku kat mana nii? Hotel apaaa ni? apa yang berlaku??”

Di saat Noah sedang menyoal dirinya sendiri, pintu bilik terbuka. Dua orang lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik lalu mendekatinya.

     “Kau dah sedar? Nak minum? Makan?”

     “Aku kat maaannnaaaaa?”

      “Ermm. Hotel. Esok penerbangan kau ke  Cardiff.”

Noah teringat kembali kata-kata Jane yang pernah menyuruhnya berhati-hati dan bersedia untuk kemungkinan yang bakal berlaku. jadi inilah kemungkinannya. Noah istighfar panjang.

     “Ke Cardifff?? For serious?”

Salah seorang lelaki itu mengangguk. “Hmm.. pakaian kau kitaorang dah beli. Sorry terpaksa tinggalkan seurat benang kat badan kau... nak ambik saiz..”

     “No! Aku takkan balik Cardiff!”

     “Memang kitaorang tak nak bawak kau balik Cardiff.. tapi ni arahan bapak kauuu.”

     “Walid?”

     “Hmm... yeah...”

     “Tapi kenapa?”

     “aku pun tak fahammmm!” Balas salah seorang lelaki itu.

Noah mengeluh perlahan. Dia tak faham dengan apa yang berlaku. kenapa semuanya dirasakan mimpi? Noah tergamam dengan apa yang berlaku. untuk seketika, dia meminta dunia dan masa untuk berhenti berputar. Dia ingin ke tempat taman permainan. Soffiyya pasti kecewa dengannya. dia melihat jam ditangannya. Sungguh. Nak dekat maghrib. Noah meminta dirinya dilepaskan untuk dia menunaikan solat maghrib.

Dia baru hendak mengambil peluang tersebut untuk melepaskan diri sendiri tapi dia dikawal ketat oleh dua orang lelaki muda yang tidak dikenalinya.





Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #26


NOAH terkejut apabila Soffiyya mula membangkitkan tentang apa yang dapat diingat soffiyya. Dalam banyak-banyak hal, mengapa pasal kemalangan tu juga yang Soffiyya ingat. Noah benar-benar dipagut rasa bersalah. Dia hanya diam apabila Soffiyya menyatakan tentang apa yang dapat Soffiyya ingat. Noah hanya tersenyum namun sepatah kata tidak terbit dari bibirnya.

     “Hmmm.. kalau saya tahu orang tu siapa, saya takkan maafkan dia sebab dia buat saya jadi macam nii..” Nampaknya Soffiyya masih tidak dapat terima keadaannya yang sekarang. ya, ambil masa yang lama untuk sembuh. Semua kelebihan ditarik pergi begitu saja ibarat layang-layang yang terputus talinya.

Noah berdebar-debar. Dia terkejut dengan pengakuan Soffiyya. Sangat terkejut. Ya Allah... kalaulah Yuki tahu orang yang tertolak dia ke tengah jalan tu adalah aku..... Bicara Noah didalam hati tidak sanggup meneruskan ayat-ayatnya. Ayat-ayat tu dibiarkan tergantung. Dia tak dapat mengagak apakah tindakan Soffiyya jika mengetahui hal yang sebenar. Noah takut hendak menyatakan dia adalah lelaki dalam memori tersebut. Dia takut soffiyya akan membencinya.

     “Noah. Awak dengar tak apa saya cakap ni?” Soal Soffiyya dengan nada separuh memaksa apabila Noah dilihat mengelamun panjang.

Noah tersedar. Dia menggaru belakang kepalanya. “Ehh.. awak cakap apa tadi?”

     “Awak letih ke Noah?”

Noah pantas menggeleng. “Takde laa. Cuma penat sikit jaa..”

     “Erkk. Bukan dua perkataan yang sama ke?”

     “Oh eh? Hehehehe. Okay.. sorry.. repeat apa yang awak cakap tuu..”

Ada keluhan meniti dibibir Soffiyya. “Sabar jee laaa... Bedah tong gas betul awak ni kann..”

Noah tersengih menayang giginya. Soffiyya menggeleng kepalanya saja.

     “Noah...”

     “Hmm...?”

     “Saya nak mintak bantuan awak boleh tak?”

Noah mengangguk semangat. Apa-apa saja untuk Soffiyya dia sanggup lakukan sehingga hilang rasa bersalahnya pada Soffiyya walaupun perkara itu dia sangat yakin takkan luput dari dadanya. “Bolehhh. Apa dia? cakap laa.. cakap laaa..” Noah sengaja bercakap sambil menggoyangkan bahunya gaya gedik mendesak. Soffiyya menggaru dagunya yang tak gatal.

     “Awak memang gedik eh?” Soal Soffiyya secara terus tanpa berlapik.

     “amboii diaa. Awat ganaih sangat aih ayat depa?”

     “Erkk. Fine.. serius laaa Noah..”

     “Okay.. okay.. saya serius.. cepat laa cakap gapo diaa..”

     “Ermm.. awak bantu saya untuk ingat memori lama saya tu... and.. about my accident tu... please help me.. i want to know who is he...”

Gulp! Dup! Dua benda dalam satu masa. Tertelan air liur dan jantung berdegup kencang. Noah senyap seketika.

     “Noahh. Are you okay? Did you hear me?”

     “Yeah.. yeahh.. in shaa Allah saya akan bantu awak.”

Soffiyya tersenyum apabila Noah sudi membantunya. Selama ni pun Noah cuba mengingatkannya tentang kisah lalu. Cuma Noah banyak menyuruhnya berusaha sendiri. Noah cuba menunjukkan jalan dan benda-benda yang boleh mengingatkan Soffiyya kepada memori lama.


SEBAIK sahaja sampai di rumah, Noah terus ke bilik. Dia menguncikan dirinya didalam bilik. Diari yang selalu dia catat tu dibuka. Dia menulis segala apa yang terbuku dihatinya disaat ini. Perasaan takut, bahagia semuanya bercampur baur. Noah tak tahu bagaimana hendak diluahkan. Dia senang apabila Soffiyya dapat mengingati sikit-sikit apa yang pernah berlaku ke atasnya sendiri namun kenapa pasal kemalangan tu? berkali-kali Noah menyoal dirinya. Kalau boleh, dia tidak mahu Soffiyya ingat tentang hal perit itu. peristiwa hitam yang sangat memeritkan jiwanya dan menyeksa diri Soffiyya.

Setelah selesai menulis, Noah menutup buku tersebut. Dia menyimpan buku tersebut ditempat orang tak boleh jumpa. Ya, takkan ada orang yang boleh menemui buku tersebut sebab didalam buku tu semuanya tersimpan rahsia yang dia tidak pernah bagitahu orang lain melainkan dia dan Allah saja yang tahu. Ada perkara yang dia selesa berkongsi dengan orang, ada perkara yang dia selesa menyimpannya sendiri. diluahkan pada sebuah buku berkulit keras yang dihias cantik. Didalam buku tu juga, ada tertulis not-not lagu dan bait-bait lagu yang dia reka sendiri. benda datang tanpa diduga. Sekali datang, macam bernas je. Tu yang dia tulis. Jadi lengkap menjadi sebuah lagu. Setiap lagu yang ditulis mengisahkan tentang dirinya. Ya, bukan hampir tapi kesemuanya.

Dia memandang al-quran. Baru sehari meninggalkan al-quran, dia terasa rindu. Itulah rasa orang yang selalu dekat dengan al-quran. Ramai orang tak tahu apa yang Noah lakukan pada malam hari dan amalannya. Nampak sosial dan seperti orang-orang biasa, tapi hakikat yang sebenarnya tak siapa tahu. hanya orang yang rapat dengannya saja yang tahu. Tu diantara rahsia kejayaan Noah dalam pelajaran. Dia menapak ke bilik air untuk mengambil wuduk. Sekembalinya dari bilik air, dia mengambil al-quran lalu dibaca dengan penuh penghayatan.
Kata orang, kalau nak berhibur tu biar berpada-pada jangan sampai lalai. Tu yang Noah pegang sehingga sekarang. memang tak dinafikan, remaja sepertinya inginkan hiburan tapi tidak boleh melampui batas. Hiburan Noah adalah komik, novel pembangun jiwa dan bermain gitar. Selain gitar, Noah juga pandai bermain dengan instrumen lain seperti piano, violin. Tu kelebihan yang diberikan kepada Noah.

Habis satu muka surat dibacanya. Noah menutup al-quran. Hatinya berasa tenang. Tiba-tiba pintunya dikuak. Wajah Syafira terjengul dihadapan pintu.

     “Fira.. ada apa ni?”

     “Takde apa-apa. Saja nak lepak dengan abang Noah.... huhuhu.”

     “Ermm.. sini laaa... duduk kat sini.” Noah menepuk atas karpet diatas lantai tempat Noah duduk.

Syafira terus menerpa dan duduk disebelah Noah. Duduk bersama-sama diatas lantai yang berlapikkan karpet.

     “Abang Noah... tadikan.. Fira nangis..”

Noah memandang Syafira sambil tersenyum. “Aik. Menangis.. kenapa?”

     “Hmm.. pencil box Fira hilang...”

     “Laaa... kan benda boleh cari..”

     “Tu laa. hehehe. Gedikkan?”

     “Tak gedik pun. biasalah perempuan. perempuan memang sinonim dengan air mata. Kadang-kadang air mata tu dapat legakan hati, ringan bebanan dikepala selain buat luahan perasaan kat orang lain.”

Syafira mengangguk walaupun dia tidak seberapa faham makna disebalik kata-kata Noah.

     “Abang Noah...”

     “Hmm..?”

     “Hari tu abang Noah cakap abang Noah ada adik sebaya dengan Fira... teringin nak kenal dengan adik abang Noah. Untung dia dapat abang terbaik and sporting macam abang Noah.”

     “Eh? Gitu pulak. Ada-ada jee..”

     “Betullah. Serius... Fira suka bila abang Noah nyanyi laguu... main gitar.. ehehe..” Syafira mencubit pipi Noah.

Serius, gaya Syafira sama seperti gaya Ayesha adik kesayangannya yang berada di Cardiff bersama keluarganya. Sudah lama dia tidak menghubungi adiknya. Kali terakhir, dia mendengar tangisan adiknya yang merengek merinduinya.

     “Hmm.. Fira rasa  best laa dapat abang macam abang Noah...”

Noah hanya tersenyum. “Hehehe. Ye laa tu.. thanks sebab terima abang dalam hidup Fira... Kalau tak, tak tahu laa abang macam mana. terumbang ambing kat luar sana...”

     “Alaaa... tu tandanya Allah sayangkan abang Noah.”

Noah mengiakan kata-kata Syafira yang comel tu. memang petah bercakap sama seperti Ayesha. Sangat menghiburkan walaupun terkadang banyak soalan yang ditanya. Naik pening juga nak jawab tapi Noah sedikit pun tidak terasa terganggu malah dia rasa terhibur.


DI dalam rumah banglo  yang dihuni oleh tiga orang manusia tu kelihatan sunyi sepi. Orang gaji ambil cuti. Jadi, tinggal Jane dengan Datin Ziana saja. Datin Ziana pelik. sejak anak dia dapat lesen motor ni, kerap je hilang bila sampai waktu petang. Nak dekat maghrib baru muncul.

     “Hmm... sejak-sejak dapat lesen ni, rajin je Jane keluar..”

     “Ermm? Pergi mana sangat mama... pergi ronda je..”

Datin Ziana memandang wajah anaknya. Lain benar cara bercakap Jane. Nampak lebih sopan.

     “Aihh... pergi ronda je..?”

     “Maksud mama apa?”

     “Takde boyfriend ke apa?”

Jane tergelak. “Buat apa.. sekarangkan masa untuk belajar.. buang masa je laaaa kalau nak fikir pasal boyfriend.. no time laaa.. suka berkawan lagi. sempoi.”

     “Wow.. hebat jawapan. Sejak bila kamu jadi baik ni?”

     “Sejak Jane rasa nak berubah..”

     “Ommm..” Tak tahu Datin Ziana hendak balas apa. “Kamu ni kena racun fikiran dengan sapa?”

Jane tersenyum. “Tak kena dengan siapa pun... Jane sendiri nakkan perubahan. Penatlah hidup takde pegangan sedangkan kita ni... Islam...”

Sentap Datin Ziana mendengarnya. Terasa dia. almaklomlah islam pada kertas. Islam pada keterunan. Sedikit pun ajaran agama tidak dia ikut. Asyik mengamalkan budaya barat. Benar-benar terpalit pada wajahnya apabila anaknya sendiri berkata sebegitu.

     “Ermm. Apa-apa je laaa kamu ni Jane. Malas mama nak melayan. Esok, ikut mama pergi function dengan kawan-kawan mama...”

     “In shaa Allah...”

Amboi anak aku nii. Dah pandai guna istilah islamik.. bisik hati Jane.


***
SOFFIYYA dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah. Dia pulang bukan saja-saja tapi bersama tugasan yang diberikan oleh doktor tersebut. tugasannya dia perlu mencuba untuk ingat kisah lalunya. Dia sangat memerlukan bantuan dari orang sekelilingnya tentang apa yang berlaku. Waktu dia sampai di rumah, dia disambut oleh Noah dan Jane. Terkejut. Jane lengkap bertudung walaupun tidak selabuh ustazah. Menutup dada sudah memadai.

     “Hey girl...” Jane menegur. Dia terus memeluk Soffiyya yang berada diatas kerusi roda. Noah tersenyum melihat gelagat dua orang gadis dihadapannya.

     “Heyy girl.. mai.. mai... nak peluk jugak.” Noah buat gaya hendak memeluk Soffiyya.

     “Ehh.ehh. tak malu budak nii. Ada hati nak peluk kita.” Soffiyya membidas Noah. Noah tersenyum. Dia melawak saja. Jane ketawa. Nampak benar akrab persahabatan mereka bertiga. Itu belum termasuk Adam dan Jae. Dua ekor tu sentiasa sibuk. Tapi kata mereka berdua dalam perjalanan hendak ke sini. Riuh rendah kejaplah rumah milik Puan Syafarina.

     “Welcome back.”

     “Bajet.. bajet..” Balas Soffiyya lalu tersengih.

     “Fine. haha. jom laa masuk.. Ibu.. jom..”

     “Eh.. auntiee..” Jane terus menyalami Puan Syafarina.

Puan Syafarina tersenyum. senang apabila ramai berkumpul dirumahnya untuk menemani Soffiyya. Takde la Soffiyya berasa sunyi.

     “Mai masuk... ibu.. tadi Adam dengan Jae cakap.. diaorang on the way ke sini..”

     “Adam dan Jae. Oohhh. Elok laa tu. kejap ibu nak buat makan-makan sikit. Rasa macam tak elok pulakkan orang datang, ibu terus ke kafe.”

     “Alright.” Balas Noah. Jane menolak kerusi roda Soffiyya manakala Noah menjinjit beg baju Soffiyya. Syafira sudah lama lesapkan diri ke dalam rumah. Selalu macam tu.

Mereka bertiga berkumpul didapur. Soffiyya turut ingin membantu. Mana mungkin dia hanya melihat ibunya bersusah payah didapur dan dia hanya duduk saja jadi penonton tak best. Syafira duduk dihadapan televisyen menonton cerita kartun kesukaannya, Spongebob Squarepant.

ADAM dan Jae sampai tepat pada masanya. Mereka sampai sebaik sahaja makanan sudah tersiap sedia diatas meja. Tersengihlah mereka berdua melihat makanan sedap-sedap terhidang atas meja. Nampak simple tapi bila disuapkan ke mulut, rasa seperti ohh nikmatnya. Itulah yang dirasakan oleh mereka berdua. Mereka sempat singgah dikedai membelikan hadiah buat Soffiyya. Ye la, sebelum ni mana pernah mereka pergi ke rumah Soffiyya. Paling habis dikafe milik keluarga Soffiyya.

     “Amboii.. sedapnya.. hehehehe.”

     “Ermm. Ha’a Jae.”

     “Korang memang suka bodek orang eh?” Soal Noah dalam nada melawak.

Puan Syafarina tersengih. Pertama kali, kawan-kawan Soffiyya berkumpu ramai-ramai dirumah Soffiyya. Menarik, bukan?

     “Hmm. Kau orang makan laa banyak-banyak. Kalau tak cukup, kat dapur tu banyak lagi ye... auntie nak kena pergi ke kafe..”

     “Oohhh. Kenapa auntie tak join makan sekali?”

Puan Syafarina tersenyum. “auntie dah makan dahh.. so jangan risau okey. Perabis laa makanan kat dapur tu. buatlaa macam rumah sendiri. hehehe sekali sekala. Lama tak tengok suasana macam ni.”

Soffiyya pelik. ohh. Mungkin ada kaitan dengan kisah silam yang tak seberapa silam itu.

     “Ermm.. auntie pergi dulu ye.. Fiyya.. take care okay. Noah.. tolong tengok-tengokkan Fiyya... Fira ada kat rumah sekali. Dia dah tertidur kat depan ruang tamu.”

      “Ohh. No problems ibu...”

Senang Puan Syafarina mendengar jawapan Noah. Dia melangkah keluar dari rumah tu dengan senang hati. Dia tidak perlu risau tentang keadaan Soffiyya kerana ada yang hendak menjaga Soffiyya. Bukan dia tak nak menjaga, tapi dia perlu juga mencari makan.


***


SEKALI lagi, bayangan itu datang lagi. Soffiyya yang sedang fokus membaca terbaling buku ditangannya. Terkejut. drastik. Datang tanpa diduga. Noah yang berada dihadapan Soffiyya turut sama terkejut. Soffiyya memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dia memandang wajah Noah lama. Noah..? Noah..? Is he... that guy... Soffiyya seperti teringat sesuatu. Perwatakan lelaki dalam bayangan tu seperti Noah. Ketinggian yang sama, bentuk tubuh yang sama. Tapi tak mungkin Noah sanggup buat seperti itu kepada dirinya.

Bila memikirkan kemungkinan yang mungkin berlaku, Soffiyya menggelengkan kepalanya menidakkan apa yang terlintas difikirannya.

     “Yuki.. are you okay?”

Soffiyya mengangguk perlahan. Dia cuba berusaha untuk mengingatinya. “Awak... Noah...”

     “Ye.. saya.. awak kenapa Yuki? Awak sakit ke?”

     “Tak... dalam mimpi saya tu.. watak lelaki tu sama macam awak.. tapi tak mungkin awakkan..”

Sentap. Ya Allah.. apa yang patut aku jawab. Noah teragak-agak hendak menjawabnya. Jane yang datang dari dapur rumah Soffiyya itu menyampuk.

     “Takde laa. takkan laa Noah sanggup buat macam tu.. orang lain...” Jane memback up Noah yang sedang kebingungan.

      “Errr.... ha’a.” Noah mengiakan saja walaupun pada ketika dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Dua-dua nampak pelik pada pandangan mata Soffiyya namun dia tepis awal-awal. Tak mungkin dua orang yang paling rapat dan orang yang paling dia percaya sanggup menipunya.
Noah bingung. Hanya kerana takut hendak memberitahu perkara sebenar, keadaan jadi rumit seperti ini. Noah merasakan dirinya seorang pengecut. Tapi, biarlah waktu ni dia mahu kumpulkan kenangan indah bersama Soffiyya dan yang lain. Entah kenapa dia merasakan waktu untuk dia bersama dengan sahabat-sahabatnya tidak lama.