SELESAI daripada membantu ibunya di
kafe, Soffiyya mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya. Rasa agak lama dia
tidak pulang ke sana. Keluarganya lebih banyak menghabiskan masa dikafe. Mereka
akan tidur disitu. Lagi pula kafe itu memang menyediakan tempat untuk tidur.
Siap ada beberapa bilik untuk setiap seorang dari ahli keluarganya. Dia
mengayuh basikal seperti biasa. Kini dia dapat berjalan seperti dulu Cuma tidak
seaktif dulu. Dia kini lebih pasif. Jalannya juga sangat perlahan-lahan dan
berhati-hati. Mengayuh basikal adalah salah satu terapi untuk dia betul-betul
pulih.
Sebaik sahaja sampai dirumah, dia terus
menerpa masuk ke dalam rumah itu. “Ahhh! Lamaanyaa aku tak jenguk rumah niih!
Hehehe.” Soffiyya syok sendiri.
Dia terus ke dapur untuk mendapatkan
seteguk minuman. Kehausan. Almaklomlah cuaca akhir-akhir ni panas semacam.
Hujan pun lama dah tak turun. Setelah meneguk segelas air sejuk yang diambil
dari peti sejuk, dia teringin untuk ke biliknya. Langkahnya terhenti apabila
terpandang pada sebuah bilik yang telah lama berkunci berhadapan dengan
biliknya. Lama dia memandang pintu bilik itu. “Dah lamaa awak hilang tanpa
khabar berita.. adakah awak bahagia tanpa saya sebagai teman awak bercerita..?”
Air mata mula bertakung. Hatinya sebak tidak terkata.
Entah kenapa tiba-tiba dia rasa teringin
untuk masuk bilik sahabatnya yang telah lama menghilangkan diri tanpa khabar
berita. Sahabat yang merangkap ahli keluarganya. Noah tinggal dengan
keluarganya setelah berpindah keluar dari rumah makciknya. Soffiyya terus ke
tempat menyimpan kunci dibilik ibunya. Setelah mendapatkan kunci bilik Noah,
dia meluru ke bilik Noah dan membuka pintu bilik itu. Dia memandang lama
keadaan bilik itu yang tidak pernah berubah. Bilik tu tetap nampak kemas
walaupun sudah ditinggal lama. Dia tahu ibunya juga merindui Noah yang sudah
dianggap seperti anak sendiri. ibunya sering mencuri masuk bilik Noah
malam-malam untuk mengemas bilik Noah.
Soffiyya terasa ingin memproses bilik
Noah walaupun dia tidak rasa wajar dia berbuat sebegitu. Soffiyya melabuhkan
punggung dihujung katil Noah. Dia memandang sekeliling. Tergerak hati Soffiyya
untuk membuka laci meja tidur Noah. Tanpa berfikir apa-apa, Soffiyya
membukanya. Dalam laci tersebut, ada sebuah buku. Buku berkulit tebal bersama pen.
Dia mengambil buku tersebut lalu
meletakkannya disisi. Dia tidak terus membaca kerana dia bercadang hendak
membacanya menjelang malam nanti. Soffiyya membuka almari Noah pula. masih
lengkap pakaian baju seluar Noah yang tersangkut kemas didalam almari. Soffiyya
perasan ada benang disitu. “Ehh? Sejak bila mamat ni pandai mengait?” Soffiyya
menarik tali benang yang berjuntai tersebut menyebabkan sebuah kotak terjatuh.
Soffiyya terloncat akibat terkejut. “Ya
Allah! ku sangka lipas, rupa-rupanya kotak cantik ni! Allahuakbar!” Soffiyya
mengosok dadanya yang dup dap dup dap dek terkejut. dia kemudiannya
membongkokkan badannya mengambil kotak hadiah yang cantik. Berwarna merah hari.
“Apa reason dia simpan benda ni?” Soal Soffiyya sambil membelek kotak tersebut.
Hmmm.. macam-macam laaa.. bisik hati Soffiyya.
“Hailaaa banyak barang sangat. pelik-pelik laa mamat nih. Hmmm.. okey..
takpe. nanti kita bukak dalam bilik aku. huhuh. Bye-bye bilik. Nanti takut ibu
balik tak sempat nak larik. Nanti kantoi pulak. Mesti dorang tau yang aku tipu
yang aku dah tak ingat dengan mamat bajet tuuu.. No worry Noah. Sampai masanya,
saya akan cari awak! Hmmm..”
Soffiyya mengemaskan kembali bilik tu
seperti keadaan sedia kala sebelum meninggalkan bilik itu dalam keadaan seperti
biasa.
Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya.
Dia mengunci diri didalam bilik. Dia membuka komputer ribanya. Sesekali kamera
DSLR Noah yang ditinggalkan pada hari Noah hilang itu dipandang Soffiyya.
Semuanya telah jelas dimatanya. Dia tahu Noah seorang sahabat yang baik yang
tak mungkin khianatinya. Soffiyya kemudiannya membuka channel youtube
kesukaannya, EyankiE. Suara lelaki itu sangat lunak dengan lagu-lagu yang
dilontarkan penuh perasaan. Tapi sayang, dalam video itu, lelaki itu hanya
menayangkan dia bermain gitar. Wajah tidak termasuk dalam rakaman tersebut.
Geram pun ada.
“Oiii. Ada video baruuu.. Muehehehehe. Suka-suka!” Soffiyya terus
menekan video baru tersebut. dia tersengih memanjang. “Emm.. wait. Dia tak
tulis apa-apa ke kat blog dia? Semuanya berkaitan dengan salji je. Siap letak
nama FriendYu. Entah apa-apa laa masuk mamat ni. tapi takpaaa. Mungkin tu kisah
diaa. Hehehe. Follow up dia punya video and story at blog dia memang terbaik.
Gambar tu sokmonyaa pasal salji... dia ni dok manaaaaa? Hai laaa. Poning
iden..” Soffiyya membebel sendirian.
PUAN SYAFARINA risau untuk membiarkan
Soffiyya tinggal sendirian dirumah rumah. Kata Soffiyya dia nak duduk sekejap
je. Ni sampai pukul berapa dah ni. nasib laa hari ni dia memang buat keputusan
untuk tutup kafe awal sebab badannya terlalu letih memandangkan pagi itu dia
menghantar Irfan dengan Syakira ke hostel. Biasalah. Anak-anaknya itu masih
bersekolah jauh dan tinggal dihostel. Alhamdulillah anak-anaknya semua
cemerlang dan menunjukkan sahsiah yang baik. Walaupun keluarga mereka tidak
sempurna kerana tanpa seorang bapa yang bertanggungjawab, namun itu tidak
menjadi penghalang untuk mereka berjaya dan hidup bahagia.
“Fira.. pergi naik kereta. Ibu nak tutup gate ni haa.”
Syafira yang merupakan anak bongsu Puan
Syafarina tersengih dan mengangguk. Sudah berumur sepuluh tahun. Sekejap je
masa berlalu. “Okey bu.” Dia terus berlari-lari anak ke arah kereta. Pintu
kereta dibuka dan dia memboloskan diri ke dalam kereta.
Setelah selesai mengunci pagar, Puan
Syafarina menyusul Syafira yang sudah pun berada didalam kereta.
DIA tersedar sebaik sahaja mendengar
pintu biliknya diketuk. Matanya digosok, tubuhnya digeliatkan untuk
melonggarkan urat-urat. Dia memandang sekeliling. Masih lagi dalam keadaan mamai.
“Ya Allah. ibu dah balik. haishh. Jangan sampai dia nampak semua benda
nihh. Haiyoo.” Soffiyya kelam kabut menyimpan buku kulit keras milik Noah dan
juga kotak hadiah yang masih belum dibuka.
“Fiyya. Bukak pintu ni sayang. waktu maghrib dah masuk ni..” Ketukan
kali ke berapa Soffiyya sendiri tidak tahu. Puan Syafarina berkata disebalik
pintu.
“Ye.. bu. Fiyya bangun ni.”
“Hmm.. cepat sikit keluar. Pergi mandi dulu. Kejap lagi kita siapkan
makan malam.”
“Okay!” Balas Soffiyya pendek.
Setelah mendengar kata-kata Soffiyya,
Puan Syafarina berlalu meninggalkan bilik Soffiyya. Dia ke biliknya pula untuk
mengambil wuduk bagi menunaikan solat maghrib berjemaah bersama dengan Syafira.
Syafira pula sudah siap memakai telekung duduk berteleku diatas hamparan tikar
sejadah diruang tamu.
JAM di bumi dingin Cardiff menunjukkan
pukul tiga setengah pagi. Noah yang nyenyak itu terjaga dari tidurnya dek mimpi
akan arwah Ameer. Sudah lama dia tidak bermimpikan arwah Ameer. Ameer yang
merupakan saudara kembarnya itu benar-benar dirinduinya. Kesunyian Noah tanpa
Ameer disisi. Soffiyya sebagai pengganti. Namun Soffiyya sekelip mata hilang
disisinya apabila dia dipaksa untuk pulang ke Cardiff. Apakan daya. Dia tidak
mampu menghalang takdir yang telah ditetapkan.
Noah mengusap wajahnya yang tenang
sambil mengucapkan alhamdulillah. “Alhamdulillah... Thanks Allah for giving me
a chance to look around your world..” Dia duduk sebentar diatas katilnya. dia
memandang sekeliling. Gambar arwah Ameer bergambar bersamanya dipandang lama.
Dia tersenyum. Seketika kemudian, dia mengangkat tangan menyedekahkan
al-fatihah buat arwah Ameer.
Dia tahu, yang arwah Ameer perlukan
bukanlah tangisan ataupun rayuan supaya dikembalikannya hidup diatas muka bumi
ini, tetapi setangkai doa untuk dia yang telah pergi buat selamanya. Noah reda
dengan apa yang berlaku. Dia reda dengan takdir yang Allah tetapkan untuknya.
Apa guna kalau dia meratap pilu dengan apa yang berlaku. tiada apa-apa yang dia
dapat melainkan hanya satu bebanan dikepala. Apa yang terjadi ada hikmahnya.
Dia hanya manusia biasa perlu reda dengan apa yang berlaku. Dia tidak mahu
pandang pada masalah tetapi dia pandang pada apa yang boleh dia lakukan. Hidup
bukan semata-mata untuk mencari teman atau sebagainya. Akhirat juga perlu ada.
Noah kembali bangkit semula dengan apa yang berlaku.
Bibir manisnya mengukir senyuman indah
mengucapkan alhamdulillah sekali lagi. Noah kini bukanlah Noah yang dulu. Noah
kini lebih berfikiran matang. Noah bangkit dari tempatnya dan terus menuju ke
bilik air untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat sunat. Noah sebagai
manusia yang hidup sebatang kara sebelum tiba masanya tiada teman untuk
diadukan masalah. Kini, apa yang dia nampak, berdasarkan buku-buku berbentuk
ilmiah yang dibaca, sebaik baik tempat mengadu adalah kepada sang pencipta.
Kepada-Nya dia bersujud, kepada-Nya dia meminta pertolongan, ketenangan yang
akan dia perolehi. Hanya Dia yang memahami isi hatinya.
“Just go on with your life as long as you can breath.” Ujar Noah setelah
selesai menunaikan solat sunat tahajud.
Dia kemudiannya membaca al-quran untuk
seketika.
“Ya Allah.. diriku masih terbayangkan sahabatku Soffiyya. Kau
pertemukanlah kami disuatu hari... Aku benar-benar merinduinya. Aku mahu
berjumpa dengannya.” Ucap Noah apabila terpandang gambar Soffiyya yang terletak
elok di atas meja lampu tidurnya bersebelahan dengan gambar dia bersama arwah
Ameer. Dua insan yang sangat dia cintai dan dia sayang.
SETELAH selesai makan malam, Soffiyya
meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya.
“Ibuu...”
Puan Syafarina mengangkat wajahnya dari
buku majalah anis. “Hmm?”
“Fiyya nak masuk bilik dulu tau. Dapur semua dah clear.”
“Hmm. Awalnya nak masuk.”
“Hehehe. Yawnnnn...” Soffiyya berpura-pura menguap. Matanya yang sedikit
sepet sengaja dikuyukan seolah-olah dia terlalu mengantuk.
Puan Syafarina hanya tersenyum. “Yela..
yela. Pergi masuk tidur. Esok ikut ibu beli barang tau. Stok kat kafe dah nak
habis..”
“Ahaaa! Okey ibu. No hal. Assalamualaikum ibu.. muaaahhh!” Soffiyya
menyalami ibunya dan mencium kedua-dua belah pipi Puan Syafarina. Syafira yang
sedang khusyuk menonton televisyen tidak mempedulikan Soffiyya. Almaklomlah
cerita kegemarannya tersiar ditelevisyen.
“Night bu.. Firaa.”
“Hmmm. Night..” Balas Syafira sepatah.
Puan Syafarina kembali fokus pada
majalah yang dibacanya.
Soffiyya tersengih. Dia masuk ke dalam
biliknya. Pintu dikunci sebagai langkah berjaga-jaga. Takut-takut waktu dia
tengah layan buku milik Noah, ibunya datang buat terjahan mengejut tahap dewa.
Sebelum tu, komputer riba dibuka. “Nasib
tak meletup. Bajett..” Soffiyya menyedari kelalaiannya. Almaklomlah sedang
asyik layan lagu nyanyian Eyankey, dia tertidur. Mengantuk dan letih.
“Hmm. Weird. He’d never reply a comment from anybody...? Sombong?
Entahlaaa..” Soffiyya bebel sendirian apabila membuka channel youtube Eyankey
milik seorang jejaka dari mana entahlah. Kurang jelas. Semuanya tidak jelas.
“Mysterious....?”
“Mesti orang frust gilaaaa sebab tak dapat tengok muka mamat ni. dah laa
suara sedap. Muahahahaha. Ehh. Gilaa ke hapaa aku gelak sorang-sorang...”
Soffiyya menggunakan headphone untuk
mendengar lagu dari komputer ribanya. Dia menyandarkan tubuhnya dikepala katil
dan buku milik Noah dibuka. Lagu entah apa tiada tajuk dinyanyikan. Tapi
kedengaran sangat familiar pada pendengaran Soffiyya. Dia terhenti seketika
untuk membaca. Sekejap je. Selepas tu dia teruskan bacaannya. Entah kenapa lagu
itu kedengaran sebak. Hatinya rasa tersentuh sangat apabila mendengar lagu
tersebut. buku Noah dibuka.
Soffiyya menekup mulutnya apabila
terdapat gambarnya bersama Noah yang terlekat dimuka surat pertama buku
tersebut. di bawahnya tertulis “Yuki is my dear snow”. Soffiyya mengusap
gambar Noah. Senyuman lelaki itu yang mampu membuatkan harinya indah. sahabat
yang sentiasa membuatkannya tersenyum. “Masa bilaa laa dia pergi cuci gambar
ni... this is the first time we’re taking picture together at White Garden
Cafe....” Ucap Soffiyya. Bibirnya mengukir senyuman indah.
Dia menyelak muka surat kedua buku
tersebut. Coretan Noah. Berjuraian air matanya membaca setiap coretan Noah.
Semuanya kebanyakan berkisarkan tentang kisah hidup Noah. Mungkin ni adalah
diari Noah. Ya, mungkin. Lagu yang dimainkan pula sangat menyayat hati. Teresak-esak
Soffiyya membacanya. Ayat yang selalu Noah lontarkan kepadanya adalah “At
least, i have one friends. You’re the first one..”. Kata-kata Noah begitu
terpahat kukuh dalam ingatannya. Soffiyya rasa bersalah apabila mengenangkan
apa yang dia buat kepada Noah. Banyak benda yang terpaksa Noah lalui.
Lagu yang berhenti itu dimainkan semula.
Helaian demi helaian dibaca Soffiyya. Hatinya tersentuh disetiap bait kata yang
tercoret dalam buku tersebut.
Air matanya tidak henti mengalir. Buku
itu ditutup. “Ya Allah... Noahh.... i miss you... Awak.. Saya tak faham kenapa
awak pergi macam tu je... is it because awak dah give up dengan sayaa... Or
awak dah bahagia dengan keluarga kandung awak dekat sana? adakah persahabatan
kita terputus macam ni je.....? Noah...” Gambar Noah dipeluk erat. Dadanya
sesak memikirkan tentang Noah. Ternyata, hatinya masih tidak dapat menerima
kehilangan Noah. Sebab itu lah dia nekad untuk mencari Noah kembali. tunggu
suatu saat dan ketikanya.
NOAH membuka komputer ribanya. Dia suka
membaca komen yang diberikan berkaitan dengan videonya. Lawak pun ada.
Kadang-kadang berlaku pergaduhan yang tak tentu pasal. Hal kecik pun
diperbesarkan. “Bergaduh laaa korang...” Noah tersenyum sambil melihat
komen-komen yang diberikan.
Sedang khusyuk membaca komen, matanya
terhenti pada pengomen yang bernama Yu-Na.
It’s weird when the owner of this video
never replied a comment down here.
Noah tersenyum. “Yu-No? Bajet korea ke
ape ni? tapi macam sedap je. Muahaha. But its sound like gabung nama je.
Humpph.. Suka hati aku laa nak reply ke tak nak... tapi..... hmm. Betul jugak
tu. aku malas nak reply laaa.”
Noah berfikir sama ada hendak membalas
komen pemilik nama tersebut. sudahnya dia menekan nama gadis tersebut. “Weird.
You didn’t put any picture here or video and just liking my video and the
other. Bla..blaa.. for serious? Humpp.... takde account facebook ke kau ni?”
Soal Noah sambil mencari identiti gadis itu. entah kenapa tiba-tiba je dia
berminat untuk tahu tentang gadis itu.
“Mission failed. Hadoi. Dia tak letak apa-apa pun info. Hmm. Okey..
better reply kat komen dia.. tapi... hiuhhh. Entah laa. Reply pi aaa.”
Err. Yeah. But now i have reply your comment.
Jazakallah for the comment. I appreciate it.
Teragak-agak Noah hendak menekan butang
reply. Tapi dia tekan jua sambil menutup matanya dengan tangan yang sebelah
lagi sementara tangan lagi satu menekan butang sent.
SOFFIYYA terkejut apabila komennya dibalas.
Dia baru sahaja meletakkan komen tersebut. “Waitt! Eyankey ni tengah online ke?
Fuyooo. Tak tidoq lagi laa nohh? Muahaha. Rezeki aku..” Soffiyya seronok
sendiri. baru je lepas nangis, sekarang nak ketawa ke apa biar je la.
Dia tersenyum membaca komen pemilik
video tersebut. sempoi! Tak sangka pemilik video tu perasan dengan komennya.
Lagi pula itu adalah kali pertama dia komen video lelaki tu.
“For serious! You’re replying my comment! Auww!” Soffiyya yang tadi
bersedih hati tahap dewa bertukar ceria serta merta. Tak tahu apa sebabnya.
Walhal komen je pun. bukannya apa-apa.
Alright J
Soffiyya membalas pendek. Dia tak tahu
nak balas apa. Mungkinkah aku terlalu seronok plus excited terkinja lebih dari
monyet dapat pisang? Ohhh yaaa..? Soffiyya menyoal hatinya sendiri. “Adess kau!
Jiwang-jiwang pulak malam ni. sawan ke hapaa.” Soffiyya mencubit pipinya
sendiri.
Dia kemudiannya melihat video-video
milik channel Eyankey itu. walaupun sudah beberapa kali dia tengok video
tersebut, dia tetap mengulanginya tanpa jemu. Kelunakan suara lelaki itu
membuatkan dia menatap video tersebut sepenuh hati. Suara yang menusuk ke
kalbunya. Mungkin lelaki itu bernyanyi dari hatinya.
NOAH tersenyum melihat komennya dibalas.
Dia terdiam seketika. “What’s wrong with me? Am i crazy?” Noah menggelengkan
kepalanya. rasa macam nak tertonggeng bila dia baca komen orang rasa seronok
lain macam. “Ya Allah.. What’s going on? Who is she?” Soal Noah kepada dirinya
sendiri. teringin dia untuk tahu siapakah gadis yang menggunakan nama Yu-No.
Macam pelik tapi benar. Eh, bukan nama sebenar sebab tu la bunyi pelik, kan?
Dia kemudiannya menatap gambar Soffiyya.
Lama ditatap wajah suci itu. bibir yang sentiasa dihiasi dengan senyuman indah.
Perwatakan riang yang sentiasa menghiburkan hatinya dikala duka.
Satu-satunya sahabat yang mendorongnya
untuk bangkit dari segala kesedihan selepas dia pergi. Dan sekarang, dia harus
bangkit kembali. Dia yakin Allah akan membantunya. Allah sentiasa bersamanya.
Setelah dia reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Tidak ada yang dapat
dia lakukan untuk mengubah persepsi walid terhadap dirinya. Malas juga untuk
dia menyoal apa salahnya sehinggakan walid jadi sebegitu. Dari dulu lagi. Bukan
dia tak ingat, masa dia zaman kanak-kanak riang plus ribena dan watermelon tu
ha. Walid memukulnya tanpa sebab. Balik-balik entah dari mana, terus saja pukul
dia dan arwah Ameer. Bila diingat kembali, rasa nak balas balik. tapi bila
fikir, he’s your own father, terus dia membatalkan niat tersebut. Dia bukannya
tak boleh nak melawan walidnya balik, tapi dia hanya memikirkan statusnya.
Cukuplah didunia dia jadi macam ni. takkan kat akhirat dia nak jadi seperti
didunia. Ini bermakna dia akan kerugian sebanyak dua kali iaitu rugi didunia
dan rugi diakhirat. Nauzubillah. Tak sanggup dia untuk membayangkan perkara
yang sedemikian rupa. Dia tak mahu memegang status anak derhaka. Rela dia
korban jadi sebegini sebab mungkin ini yang terbaik untuknya. Mungkin dia diuji
sebegini kerana Allah hendak mengurniakan yang terbaik selepas ini. Siapa tahu.
Allah itu tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Itulah yang Noah ‘update’ di blognya.
Dia masih tidak publish. Baru je nak publish sebab baru sahaja ditulis.
Dia selalu buat dalam dua versi. Bahasa inggeris dan bahasa melayu.
Coretannya sentiasa kedengaran sayu,
tapi apa boleh buat. Itu yang berlaku. yang lain boleh ambil iktibar dari kisah
yang ditulis secara tidak langsung. Semuanya berbalik kepada Sang Pencipta
bukannya mengeluh tak tentu pasal.
Dua tiga kali Noah menutup mulutnya
kerana menguap. Mengantuk mula menyapa matanya kembali. Terkedip matanya
merenung skrin komputer ribanya. Coretan kisah itu berkait rapat antara satu
sama lain. Noah jarang meng’update’ blognya walaupun dia sentiasa lapang.
Dirinya hanya menghabiskan masa dengan membaca buku ataupun membuat video.
Kadang-kadang dia mendapat ilham untuk menulis puisi indah. begitu juga dengan
lagu. Puisi dan lagu tercoret dalam buku berkulit keras. Bukunya yang lama
berada didalam biliknya dirumah Soffiyya.
Buku-buku ilmiah menjadi peneman
hidupnya disamping al-quran menjadi sahabatnya. Semua itu bermula apabila dia
terkurung dirumah banglo tanpa ada sedikit rasa simpati. Di kawal ketat oleh
pengawal yang tidak dikenali yang diupah oleh walidnya sendiri. Dikatanya oleh
walid bahawa dia bukanlah anak kandung walidnya. Hamburan hinaan dan cacian itu
membuatkan dia bangkit semula walaupun dia pernah jatuh tersungkur untuk hampir
setahun. Ambil masa juga untuk dia bangkit semula.
Noah sering dibawa keluar untuk masa-masa
tertentu saja. Dia hanya akan keluar untuk ke kedai buku saja untuk dia mencari
buku-buku ilmiah pembangun jiwa. Peralatan dapur semua diuruskan oleh pengawal.
“Sayang jugak walid dekat aku. kalau tak, masakan dia sanggup belikan barang
dapur..” Walaupun begitu, akal panjangnya tetap mencuba untuk berfikiran
positif.
Asyik memikirkan apa yang berlaku, Noah
akhirnya terlena dengan komputer riba yang masih terang terbuka.
DIA agak kecewa apabila komennya tidak
dibalas. Tapi salahnya juga kerana sepatah saja yang dijawabnya berserta smiley
dihujung ayatnya.
“Aiseyy. Dia ni snobbish ke hape..” Soffiyya menampar lembut bibirnya.
“Ceitt. Suka hati kau je mulut nak judge orang.”
Beberapa kali Soffiyya menguap. “Ahh...
mengantuk laa pulok. Takpe laa. nanti aku cari pasal kau ni sampai dapat. By
the way, esok aku nak usha blog kau eh... then, kita cari resipi baru because
member ibu dari France datang nak ajar resipi apaa entah. Well, ibu kan ada
member banyak dari luar negara memandangkan ibu suka melancong ke luar..” Omel
soffiyya sambil tangannya laju menekan butang tutup dan shut down.
“And.. as ibu said. Kat Cardiff , ibu ada rumah kat sana. member rapat
ibu kat sana laaa. Uncle... Aishh. Uncle... Tu dia aih. Nama pun tak ingat.
It’s okay. Nanti aku tanya ibu balik... I want to go there. Do something for my
future. Tapi... whatever it is, aku still kena belajar. Ambik pi aaa kolej
komuniti ambik bahagian kulinari ke apa ke. Kalau perhotelan aku agak lembap
sikit... Well, after accident tu. hmm.. Astaghfirullah...” Soffiyya segera
beristighfar bila hati mula mengungkit apa yang berlaku setahun yang lalu.
disebabkan kemalangan itu, kemampuannya seperti dahulu tidak sama selepas
kemalangan.
“A test from Allah.” Itulah ayat yang Soffiyya tanam dalam mindanya
terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya. Kalau berusaha, pasti akan dapat
juga. Soffiyya tak nak menggunakan alasan itu untuk memaafkan dirinya supaya
duduk goyang kaki tanpa memikirkan perkara untuk memajukan dirinya. Dia juga
boleh berjaya seperti yang lain.
Soffiyya mengambil keputusan untuk
bertanya kepada ibunya nanti. Dia akhirnya terlelap jua diatas katil empuknya.
#The next chapter will be coming soon. Kept Waiting Yeah :) Thanks for reading ^^
-If you want to watch the video of reviewing novel of Dear Snow,
click here : http://www.youtube.com/watch?v=yojRdq8myzQ
-If you want to watch the video of reviewing novel of Dear Snow,
click here : http://www.youtube.com/watch?v=yojRdq8myzQ
best!!!!menunggu n3 seterusnya...
ReplyDeleteThanks for waiting. Your comment always make me smile and buat saya nk cepat-II je continue the next chap :D Thanks yeah :D
Deletesye sentiasa menunggu n3 nie...Sye
ReplyDeleteThanks again for reading my novel :)
DeleteIn Shaa Allah i will update soon :D
Sayang anda