TERHENTI niat Zul untuk memulas tombol pintu wad dek terlihat seorang wanita yang berada dalam kot warna putih memeluk tubuh Noah yang sedang terbaring lesu diatas katil. Dia dapat melihat ada air mata yang mengalir dipipi Noah. Sayu hatinya melihat situasi tersebut. Dari belakang dia dapat agak siapakah wanita yang memeluk Noah tu.
“Woi!”
“Allah! Haishh. Kau ni sat gi.” Zul terangkat tangannya untuk memberi tumbukan kepada
Yusri dek terkejut.
“Err. hahaha. Sorry. Kenapa nih? Sebal je aku tengok muka kau nih.”
“Hmm. Tu...”
Yusri melihat disebalik pintu tersebut. “Is she Dr. Narsha?”
“I think so.” Balas Zul yang bersandar ditepi dinding.
“Wait! Dr. Amirul on the way datang sini kott!”
Terbuntang mata Zul mendengarnya. “Kauu. Seriusss??”
Yusri mengangguk. “Yeah. Aku datang sini sebab nak bagitau kau hal ni laaa. Weyy. Mati kita kalau Dr. Amirul dapat tahu wife dia jumpa dengan Noah.”
“Allah. ni mesti keadaan jadi makin buruk. Weyyy. Apa nak buat nih?” Zul mula gelabah.
“Relaks Zul...”
DR. NARSHA melepaskan pelukannya. Wajah Noah ditatap penuh kasih sayang bersulam rindu yang terpendam. Akhirnya terluah juga apabila Allah telah memberi ruang kepadanya untuk bersua kembali dengan anaknya yang sudah lama terpisah. Jiwa dan raganya terseksa apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada Noah.
“Noahhh. Noah kenal bonda kan?”
Noah mengangguk perlahan. “Yeah bonda...” Jawab Noah lemah.
“Macam mana Noah boleh ada kat sini? Kenapa bonda tak tahu, dear?”
Noah menggeleng. Malas hendak dia menceritakan perkara sebenar. “Hmmm.. i don’t know bonda. Are you okay?” Noah mengusap pipi bondanya. Meleleh jua air matanya.
“I’m okay sayang.. i miss you so much dear. Alhamdulillah...” Tangan Noah yang menyusap pipinya diambil dan dibawa ke bibir. Dia mencium tangan anaknya itu. Sungguh begitu tebal rasa rindu yang berada dalam hatinya. Semua tu hanya Allah sahajalah yang tahu. Tidak berani untuk dia memberitahu kepada suaminya kerana suaminya langsung tidak mahu mendengar nama Noah atau apa-apa pun yang berkaitan dengan Noah.
“I’m sorry Noah.. bondA tak boleh nak jadi seperti ibu-ibu yang lain, Noah... Ummi mintak maaf...
Noah pantas menggeleng. “No bonda this is not your fault. The reason i was doing the thing pun sebab untuk kebaikan semua orang.”
“Tapi Noah have to sacrifice everything... Allah.. Noah..” Pipi anaknya dicium.
KREKK!
Pintu wad dibuka. Jelas wajah bengis Dr. Amirul terserlah pada wajahnya. Zul dan Yusri jelas sekali kelihatan cemas dengan apa yang berlaku. Terlihat ada darah yang mengalir dari bibir Yusri dek terkena penumbuk Dr. Amirul kerana cuba menghalang Dr. Amirul dari terus masuk ke dalam wad tersebut apabila dapat tahu bahawa Dr. Narsha ada didalam bersama dengan anaknya sendiri yang tidak pernah dia anggap seperti anaknya sendiri.
“NARSHAAA!!”
Bergema suara Dr. Amirul disetiap ruang didalam wad tersebut. mujurlah tu wad VIP. Tidak berkongsi dengan sesiapa. Suara itu bergema sebaik sahaja pintu tertutup rapat. Zul dan Yusri menjadi batu ditepi pintu. Kecut perut mereka melihat kemarahan Dr. Amirul.
Dr. Narsha terkejut mendengar jeritan suara yang amat dia kenali. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan betul sangkaannya. Itu adalah suaminya, Dr. Amirul. Noah terkejut dengan apa yang berlaku.
“bonda.....? what’s going on?” Soal Noah.
Dia hampir terlupa pada suara yang bergema disetiap genap ruang biliknya itu. Tangan
Noah digenggam kuat oleh Dr. Narsha. “Nothing happen, Noah. Relaks.” Kata Dr. Narsha separuh berbisik.
Noah memandang seorang lelaki yang jelas api kemarahannya. Dia tahu siapakah lelaki itu.
“Walid...?”
“Who is your walidd, huhh??” Soal Dr. Amirul kasar.
“Ah? you didn’t recognize me?”
Dr. Amirul tersenyum sinis. Dia mengalihkan pandangannya pula ke arah Dr. Narsha. Matanya menunjukkan kemarahan yang kian membara namun itu tidak membuatkan Dr. Narsha gementar. Dia seolah-olah dapat tenaga sebaik sahaja bertemu dengan anaknya, Noah.
“Follow mee!!” Arah Dr. Amirul.
Dr. Narsha pantas menggeleng. “No! I want to stay with my son!”
“How dare you, Narshaa! I repeat it again. Jangan sampai aku gunakan kekerasan!”
“No! Abang buat la apa-apa pun, Sha tetap nak dengan anak Sha. Abang sanggup buat macam nih. Abang tak nampak ke Noah tengah sakittt, huh? Takkan itu pun abang tak faham.. ni anak abang jugak.”
“Anak akuu? Kau gila ke apaaa? Takkan kau lupaaaaa....”
“STOPP ITTT!!” Giliran Dr. Narsha pula menjerit. Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup Noah, dia melihat umminya meninggi suara. Seorang wanita selembut itu meninggi suara disebab hal yang dia tak tahu.
“Haaa. Tahu pun takut! Then ikut akuu!”
“Sha tak cakap pun yang Sha takut. Pleasee abang. Trust me that he’s your own son! Abang ni takkan pernah sedarkan! Abang pentingkan ego abangg! Abang ingat Sha ni apaaa...”
PANGGG!!!!
Yusri dan Zul tergamam melihat apa yang berlaku. Begitu juga Noah.
“Stop it Walidd! You’re too much!” Noah yang tidak sanggup melihat bondanya
diperlakunya seperti itu bersuara tegas.
“OHH! Sejak kau berkawan dengan budak nih, kau memang dah pandai melawan ehhh. Kau memang dasar anak tak kenang budi kannn! Ohh. Terlupa pulak aku. kau memang dari sejak lahir, perangai kau memang buruk kann. Kau memang dilahirkan seperti tu. sama je dengan orang yang melahirkan kauu!” Kepala Dr. Narsha ditujal.
Noah berasa sakit hati apabila walidnya berkata seperti tu apatah lagi bondanya diperlakukan seperti tu. Dia yang tidak bermaya turun dari katil. Kini dia betul-betul berhadapan dengan walidnya.
“Yes, memang Noah dilahirkan seperti ni. tapi sekurang-kurangnya, Noah tak pernah buat perempuan macam tu. bukan ke sebagai seorang ketua keluarga, walid perlu tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tapi ni apaa walid? Apa jenis suami kalau buat isteri macam hamba?”
Bukkk!!!!
Satu penumbuk singgah tembah kena batang hidung Noah menyebabkan hidung Noah berdarah.
“Sudahh! Sudah laaa Noahh. It’s okayy. Jangan risau pasal bonda.”
“No. Kalau macam nilah keadaan yang bonda kata okey tu, i’m sorry. Noah takkan duduk diam...”
Sekali lagi penangan hebat terkena pada perut Noah. Zul dan Yusri menghalangnya tapi sayang. ada dua orang lelaki memakai baju kot hitam masuk ke dalam wad tersebut. Yusri dan Zul ditarik keluar dari situ oleh kedua-dua orang lelaki yang tidak dikenali. Nampaknya, Dr. Amirul buat rancangan yang terbaik, namun perancangan Allah lebih baik.
Dr. Narsha sudah meraung. Dia cuba menghalang suaminya namun dia tidak berdaya.
“Pleasee abang.. hentikan semua nihh... tolonggg.. jangan buat Noah macam tu.. Noah tak salah bang....” Kaki Dr. Amirul dipeluk oleh Dr. Narsha namun tidak dipedulikan.
Noah tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya sangat lemah. Kesakitan terasa disetiap sudut tubuhnya. Tidak ada yang mampu dia katakan melainkan hanya membiarkan saja. Dia berharap akan ada sinar kelak. Dia berserah kepada yang Esa. Dia letih dengan apa yang berlaku. kepalanya berdenyut-denyut. Pandangannya semakin kabur.
“Noahhh...”
Benda yang terakhirnya yang dia dengar adalah rintihan bondanya. Dan benda terakhir yang dia lihat dalah kebengisan wajah sang walid dan kesedihan wajah sang bonda. Noah terkulai layu tidak sedarkan diri.
***
SETAHUN BERLALU...
NOAH terkurung didalam rumah besar. Rumah yang hilang serinya. Rutin hidupnya tetap sama. Hidupnya dikawal rapi oleh orang yang ditugaskan oleh walidnya untuk mengawal pergerakkannya. Dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan sesiapa pun. semuanya diuruskan oleh pengawal. Noah nampak tidak terurus. Dia seolah-olah lemah tidak berdaya. Terkadang dia menangis sendiri apabila mengenang apa yang berlaku kepada dirinya. Inilah dia ujian yang Allah campakkan ke atas dirinya.
“Woii!”
Teguran kasar yang menyebabkan Noah tersedar dari lamunannya yang panjang. Seorang lelaki yang berbangsa melayu bertubuh sasa memandangnya. Noah mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia malas hendak melayan apa yang dimahukan oleh lelaki tu. pasti ada arahan yang dikeluarkan oleh walidnya. Walidnya? Hmmm.. Noah mengeluh sendiri. tidak pasti sama ada Dr. Amirul tu walidnya atau pun tidak.
Dia mencari punca mengapa jadi sebegitu namun tidak ketemu jua. Dia tidak faham
mengapa walid begitu membenci dirinya. Bondanya pula tidak dapat menghalang apa-apa. Dia tahu pasti ada sesuatu yang disorok oleh kedua orang tuanya. Tapi kenapa dia yang menjadi mangsa keadaan?
“Woi! Kau dengar tak apa aku cakappp??”
“Hmmm.”
“Kau nak makan takk?”
Pergghh. Apa punya soalan mamat nih? Entah apa-apa. Annoying. Bisik hati Noah. Dia membiarkan soalan itu berlalu begitu saja.
“Kau pekak ke budakk?”
“Takk..”
“Habis tu aku tanya kenapa tak jawab.”
“Malas.”
“Hello brader. Semangat laa sikit nak hidup.”
Noah tersenyum sinis. “Semangat nak hidup kepala hotak kau! Kalau kau kat tempat aku, apa kau nak buatt haaa? Yang kau nih.. tak rasa berdosa ke buat kerja kotor macam nih? Kau suap anak bini kau makan duit haram. Bawak-bawak banyak bertaubat laa bro!” Balas Noah selamba.
“Kurang ajar kau budakk!!!”
“Memang.”
“Arrghhhh!! Kau memang sengaja cabar kesabaran aku.” Kolar baju Noah ditarik.
Namun sedikit pun Noah tidak gementar. Agaknya alah bisa tegal biasa kerana selalu saja dia dipukul tanpa sebab. Kalau tersalah cakap sikit, ada la yang dia dapat. Sama ada penerajang, penyepak atau yang sewaktu dengannya. dapat dengan manusia yang panas baran. Marah dengan perangai walidnya, dia pula dijadikan tempat melepaskan geram. Nak buat macam. Dah nasib.
“Siapa yang uji kesabaran siapa, huh?” Soal Noah dengan muka yang tiada perasaan.
Bukkk!!!
Noah yang terundur ke belakang mengusap cecair merah yang mengalir dari bibirnya yang pecah dek tumbukan ganas lelaki yang diarahkan untuk mengawalnya. “Dah agak dah.” Ucap Noah tenang.
“Dah habis ke geram kau tu? kalau dah habis, kau boleh blah. Aku dah penat. Nak tidur.”
Kata-kata Noah menyebabkan lelaki itu mati kutu. Noah dibiarkan berlalu tanpa sebarang bantahan atau halangan.
Tak siapa yang tahu apa yang berlaku didalam rumah yang Noah duduk. Nampak cantik tapi tiada serinya. Noah menyanyi dan membuat lagu. Dia bersyukur apabila rumahnya sudah ada kemudahan internet. Dia sangat berterima kasih kepada Zul dan Yusri. Walaupun Zul dan Yusri sudah kembali ke Malaysia, mereka tetap berhubung melalui internet. Itu pun secara senyap-senyap. Noah meng’upload’ video yang dibuat ke dalam channel youtube.
Dan tak sangka ianya mendapat sambutan daripada pelbagai negara. Antara rate tertinggi adalah Malaysia. Namun tu bukanlah tujuan Noah. Dia buat tu sekadar untuk berhibur.
Menghilangkan rasa bosannya terkurung dirumah tu. Dia juga ada membuat blog. Blog yang mengisahkan tentang dirinya. Tak siapa jelas tentang siapa dirinya sebenar. Dia tidak meletakkan gambarnya sendiri.
cite ni tentang ape??
ReplyDeletesinopsis dia ape?
Oh.. Kisah ni tentang kehidupan seorang anak muda yang bernama Noah. Dia lalui banyak benda yang memeritkan dalam kehidupan dia.... Sampai satu hari, dia ditemukan dengan beberapa orang yang sangat baik hati dan sudi menolong dia. mereka ini lah yang dikirimkan oleh Allah untuk membantunya bangkit semula daripada peritnya kehidupan... Lebih kurang macam tu laa kisahnya..... :)
ReplyDeletedh habis ke sbnarnya novel ye?
ReplyDeleteTak habis lagi sebenarnya. There is a lot of chapter that i'm not published it yet. Nanti saya akan publish dalam cuti panjang ni, in shaaAllah.
Delete