ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Thursday, 30 May 2013

Dear Snow di Bumi Eropah (Tears are Falling) #34

“ABANG! I want to follow you!!” Ucap Dr. Narsha yang menyarung hijab.

Dr. Amirul menghentikan langkahnya apabila lengannya dipegang oleh Dr. Narsha. “Sha. You jut stay here. Let me settle everything.” Walaupun perlahan namun ada ketegasan. Pandangan mata yang seolah-olah memberi ancaman kepadanya. Perlahan-lahan Dr. Amirul meleraikan pegangan isterinya dari lengannya.

Dr. Narsha tetap berkeras. “Abang. I want to see no matter what.”

    “Narsha. Can you just listen to my word? Jangan pertikaikan banyak benda boleh tak?”

    “Tapi saya nak pergi jugak, bang...”

     “No. I said no, jadi no laa. Just stay here! Sekali lagi saya ulang, duduk didalam rumah ini. Selangkah kaki awak keluar dari rumah ni, tahulah nasib awak.”

Nampaknya, Dr. Narsha tidak dapat berbuat apa-apa apabila Dr. Amirul mengeluarkan arahan yang sedemikian. Dia tidak berdaya lagi melainkan akur dengan apa yang disuruh Dr. Amirul. Dalam hatinya teringin sangat nak ikut. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin dia terlalu risaukan keselamatan Ayesha. Tapi entahlah. Dia keliru dengan apa yang dia rasakan sekarang ini. Sudahnya dia hanya melihat dari pintu kereta Dr. Amirul bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Dalam kereta, Dr. Amirul mula membuakkan marahnya. Dia rasa geram dan marah yang teramat. Nampaknya, Ayesha dan melampau. Yang memelikkannya, macam mana si Ayesha tu boleh tahu dimana Noah berada. Sepatutnya, hal sebegini remeh tidak berlaku. Sudah habis dia memaki hamun pengawalnya. Suasana didalam kereta itu senyap sunyi. Tidak dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Pengawal yang menjaga Noah tidak mengambil sebarang tindakan melainkan dia hanya melaporkan perkara itu kepada Dr. Amirul.

Siap kau Noah. Kau memang sengaja menguji kesabaran aku! Tak cukup dengan apa yang kau bagi tu. Kau masih tak reti nak bersyukurrr!! Bisik hati Dr. Amirul.


SETELAH selesai menyiapkan kerja sekolahnya, Ayesha sempat membuat video bersama dengan akhinya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Tidak pula wajah si Noah itu kelihatan. Ayesha baru tahu bahawa akhinya sedang giat membuat video tetapi jarang-jarang.

     “Wow! Tak sangka laa!” Ayesha menepuk bahu akhinya yang sedang meneguk air.

     “Uhuk! Uhuk! Haii...”

     “Err. Sorry.” Ayesha meminta maaf apabila perbuatannya membuatkan akhinya terbatuk.

Noah tersenyum saja. “It’s okay! Hahaha. Excited eh?”

Ayesha mengangguk semangat. “Hehehe.”

     “So nanti kalau ada chance lagi, we do it together again. Bukan senang ni akhi rajin. Hehehe.”

     “InshaaAllah.. Hmmm.. nanti upload masuk channel youtube akhi ke?”

Noah mengangguk. Entah kenapa sedari kedatangan Ayesha pagi tadi membuatkan dia tidak 
sedap hati. Namun dia beristighfar menolak sangkaan yang tidak baik. Dia berharap tidak ada apa-apa yang berlaku.

     “Hmm. Ayesha tak nak balik lagi ke?”

     “Come back home? Ermm. So lazy.”

     “Aitt. Mana boleh macam tu. nanti kantoi... walid dengan bonda selalu balik pukul berapa?”

Ayesha mengjongketkan bahunya. “Tak tentulah akhi... i don’t know.”

Noah mengangguk buat kali yang kedua. “Let’s watch a television. Find a great channel...”

     “Great channel? So bored. Why not we just layan just DVD. Best!” Ayesha membawa keluar DVD dari backpacknya lalu diserahkan kepada Noah. Noah menyambutnya lalu membelek DVD tersebut.

     “Ooohhh! Layan hindustan rupanyaa! Haha. Adoii. Buat lawak betul. Anak mat salleh celup ni suka tengok DVD? Hello dik. Akhi dok malaysia pun tak tentu nak tengok ke dah. Kamu ni.. adoii.”

     “Alooo. Habis this story ni je yang the best!. Kita tengok laa eh.. eh?”

Noah terenyum. “Yelaaa! Apa tajuk diaa.. Kaiho Naho? Err. weird. Layan je laarr.” Noah menurut saja kemahuan adiknya yang seorang itu. malas nak berbalah. Lagipun bukan senang mereka berdua dapat meluangkan masa bersama. Dengan adanya Ayesha, tidaklah dia berasa kesunyian.

Sedang asyik mereka melayan DVD tersebut, kedengaran pintu diketuk dengan kuat membuatkan dua orang adik beradik itu spontan terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

     “Ehh. Akhi. Who is that?”

Noah menggeleng. “Err. better Ayesha stay here. Let me see who is coming.”

     “Noo. I want to follow you.” Ayesha menarik lengan Noah. Noah meleraikan dengan perlahan sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

     “Tak boleh... Biar akhi tengok dulu.. Ayesha jangan risau. Nothing gonna be happen.. InshaaAllah everything okay. Duduk kat sini. Akhi nak pergi tengok kejap.. ye?”

Ayesha dengan berat hati melepaskan lengan akhinya. Noah senang hati menggosok kepala Ayesha yang baru berumur sepuluh tahun itu. Ayesha sorok disebalik dinding. Jadi, mudah untuk Ayesha melihat atau bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Dia mula merasa tidak sedap hati.


NOAH berasa tidak sedap hati dalam perjalanan melangkah menuju ke pintu. Semakin kuat pula pintu itu diketuk. Belum sempat dibuka, pintu sudah diterajang. Automatik terbuka. Dan libasan pintu yang diterajang itu terkena pada dahi Noah. Cecair merah mula mengalir keluar dari luka dek bucu pintu yang terkena pada sebelah dahinya.

     “Aaahhh!!” Noah kesakitan. Dia memegang dahinya yang berdarah itu. Pening lalat Noah dibuatnya. Rasa berdesing dikepala tahap lain macam. Dia memejamkan matanya dek pening yang teramat.

Dalam keadaan pening-pening lalat, Noah terasa tumbukan disasarkan tepat pada wajahnya. Pecah bibirnya dapat dirasakan melalui kepedihan yang mula meresap. Noah terkebelakang. Dia tidak sempat untuk mempertahankan dirinya.

     “Wa..Walid?” Noah tergamam apabila tumbukan itu adalah dari walidnya sendiri.

Ayesha yang menyorok dibalik dinding itu sudah berjuraian air mata. Dalam pada masa yang sama dia terkejut dengan kehadiran walidnya.

     “KAUU! KAU MEMANG DASAR ANAK TAK GUNAA! Kau tak reti nak bersyukur ke dengan apa yang aku bagi kat kauu?”

Noah pelik. “Apa maksud walid?”

     “Siapa walidd kauu haaaa??! Kau jangan perasan yang aku ni walid kau! Sedar sikit diri kau tu siapaaa!”

     “Siapaa walid? Of course you’re my walid. Then who i am? Of coure i’m your own son..”

     “Kau dengar siniii!!” tubuh Noah ditolak rapat ke dinding. Noah tidak berbuat apa-apa. “Kau bukan anak aku! aku bukan darah daging kau! Jadi kau jangan banyak bunyi. And she is not your sister! Kau buat apaa dengan diaaa! Haa? Kau nak rogol dia ke?”

Bukk! Rasa batu menghempap kepalanya. tuduhan yang begitu berat baginya. Sangat berat. “Ro.. rogo...” Noah tak sanggup hendak menghabiskan ayatnya itu. “Sanggup.. Sanggup walid cakap macam tu dekat Noah.. Walid ingat Noah ni apaaa..”

     “Aku ingat kau sampah! And yes you’re. Kau sampah masyarakat. Menyesal aku besarkan kau! Sepatutnya dari dulu lagi aku tak perlu dengar cakap bonda kau. Memang sepatutnya dari dulu lagi aku paksa dia gugurkan kandungan dia. huh.. mujur Ameer dah mati. Sekarang.. kau. Hidup korang berdua ni.. Cuma menyusahkan akuu!!!”

Lemah semangat Noah mendengar pengakuan sebegitu dari bapa kandungnya sendiri. “Why are you saying like that? Did i do something wrong to you? If is that so, just tell me. But you don’t have any right to say this thing like that.” Lemah je suara Noah ketika itu. Air mata tidak usah kata. Air mata sudah mulai bertakung.

Dr. Amirul dengan rasa amarah yang teramat sangat, dia menolak Noah hinggakan Noah terjatuh ke lantai. Kepala Noah terhantuk pada dinding membuatkan Noah bertambah pening. Ayesha yang tidak dapat melihat kejadian itu terus keluar dari tempat persembunyiannya dan lari mendapatkan Noah yang tersandar lesu didinding.

     “Akhhiiii. Are you okayy. Waliddd!!! Why are you so cruel toward akhiiii??” Ayesha memandang walidnya dengan penuh rasa kesal.

     “Haa. Ni pun kauu! Patutlah kerja nak keluar rumah! Macam mana kau tahu akhi kau ada kat sinii haaaaa??”

     “Dari mana Ayesha tahu itu tak penting! Yang penting sekarang, why you did this to himmm? Apa salah akhi dekat waliddd? Kenapa walid buat macam nii?”

     “Ayesha.. stop it... i’m okay. You just go back with walid.. don’t worry about me..”

Dr. Amirul bertambah marah apabila mendengar Noah berkata sebegitu tanpa sebarang rasa. Tubuh Ayesha ditolak ke tepi menyebabkan Ayesha terduduk diatas lantai. Kolar baju Noah dicengkam kemas. “Ohh! Kau nak berlagak yang kau tu malaikat! Kau yang hasut diakann! Kau yang pergi jumpa diaa kann suruh dia keluar! Heyy! Kau ingat aku tak tahu ke haa anak haramm!”

     “Aa..anak ha..rammm...?” Tersekat-sekat suara Noah melontarkan perkataan yang dirasakan cukup berat baginya.

Ayesha yang mendengarnya berasa terkejut.

Keadaan Noah langsung tidak dipedulikan. “Kau tak payah berlagak macam kau tu baik sangat!”

     “Baik? No.. i’m not!” Noah cuba mempertahankan dirinya walaupun dia merasakan dirinya cukup tidak berdaya ketika itu.

Ketika itu jugalah nama-nama pengawal Dr. amirul dijerit. Segera mereka itu masuk ke dalam rumah tersebut.

     “Hmmm. Aku nak korang uruskan dia! aku rasa dia ni memang tak boleh duduk sini! Baik kita hantar je dia ke tempat lainn. And aku rasa dia ni tidak perlu dibesarkan pun. Buang masaaa akuuu. Bereskan dia hingga nyawa-nyawa ikan! Lepas tu baru lah buat apa yang patut..” Pengawal Dr. Amirul mengangguk mengerti.

Noah ditarik kasar ke ruang yang lebih besar untuk senang mereka uruskan Noah. Noah cuba untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Ayesha sudah meraung.
     “Walid.. apa yang diaorang nak buat dengan akhi... Akhhiiiiiii...”

     “Dah! Shut up! Kau budak kecik. Jangan banyak songeh. Dan jangan sampai tangan ni naik kat muka kauu!”

     “Noo!! Akhiii...” Baru Ayesha hendak lari mendapatkan Noah, dengan pantas, Dr. Amirul merentap tangannya.

     “Ikut walid balikk! Jangan nak melawan!!”

     “No!!! Ayesha tak nakk! I want akhi. Not youuu!!!”

Panggg!!!!!

Serta merta Ayesha terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Dr. Amirul mencempung Ayesha lalu dibawa masuk ke dalam kereta.


Noah dipukul tanpa rasa belas. Dia tidak berdaya hendak melawan. Akhirnya pandangan kelam. Kesakitan semakin hilang. Ya Allah.. tolonglah hamba-Mu ini... Terus gelap serta merta pandangan Noah.

No comments:

Post a Comment