ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Tuesday, 14 May 2013

Dear Snow di Bumi Eropah (Tears are Falling) #33


PERUTNYA mula mengeluarkan bunyi apabila tiba masanya. Kelaparan tahap gaban membuatkan Noah mengatur langkah ke dapur. Selalunya dia tak macam tu pun. Mungkin dia tak menjamah sebarang makanan pada malam semalam. Sebab tu tahap kelaparannya umpama singa yang menunggu mangsanya. Selepas turun dari tangga, langkah yang diatur untuk ke dapur terhenti dek ketukan kuat kedengaran di cuping telinganya.

     “Allah. Again. Apa lagi pagi-pagi ni...” Dengan langkah yang longlai, Noah menuju ke pintu utama rumah banglo itu. Pintu banglo dibuka dan dia terkejut. ada seorang budak perempuan dalam lingkungan umur sepuluh tahun berdiri dihadapannya. Nampak tinggi tapi masih tidak dapat menandingi ketinggiannya. Bertudung comel.

     “Err.. Yes. what can i help you?” Soal Noah formal.

Budak perempuan bertudung comel itu tertunduk memandang lantai. Noah berasa pelik. “Hello... Do you hear me? Are you okay, girl?”

Tiada respon juga. Noah tetap nampak relaks. Cuma dia risau nanti pengawal yang diupah walid untuk menjaganya menyerbunya tiba-tiba. “Erm... Are you okay? You need some help or else?”

Noah mati kutu apabila budak itu tidak memberi sebarang respon melainkan kedengaran esakan kecil. Noah rasa pelik. Dengar esakan tu macam kenal je. Noah membongkokkan tubuhnya yang tinggi untuk melihat wajah budak perempuan itu untuk memastikan siapa gadis tersebut.

     “Ayeshaaaa...?” Noah terus menarik tangan Ayesha untuk masuk ke dalam rumahnya. Rumah itu dikunci rapat. Ayesha hanya menurut tanpa membantah.

     “How comee? How did Esha know akhi is here?”
Tiada apa yang dikatakan Ayesha melainkan hanya sebuah tangisan yang semakin kuat. Ayesha menarik hujung baju Noah. Noah terus memeluk Ayesha. “Okay.. just cry if you want it, Ayesha..”

Ayesha mengangguk dalam pelukan Noah. Sudah lama dia tidak merasakan pelukan seorang abang. Dia terus menghamburkan tangisnya. Noah mengusap perlahan belakang Ayesha. Tanpa sedar, air mata mulai bertakung dan membasahi pipinya. Noah segera menyeka air mata yang mengalir. Tidak mahu air matanya dilihat oleh adiknya. Dia yakin pasti ada sesuatu yang berlaku. masakan Ayesha nekad ke sini. Tapi yang peliknya macam mana Ayesha boleh tahu. Dia yakin tak siapa tahu dia yang menjadi penghuni rumah banglo tersebut. hanya walid dan konco-konconya sahaja yang tahu.


AYESHA menolong akhinya memotong sayu. Noah sukakan masakan Malaysia. Jadi dia mahu Ayesha rasa masakannya. Sudah kena pasti nak lagi. Dia yakin dengan masakannya. Noah hanya buat sup cendawan dan sayur campur. Makan macam tu je. Kalau nak lagi sedap makan dengan nasi.

     “Hmm.. since when you’re good at cooking, akhi?” Soal Ayesha sambil memotong sayur dihadapannya.

    “Ermm.. bukan dari dulu ke akhi pandai masak?”

     “Eh..eh.. macam lawak je. Arwah akhi Ameer lagi pandai laaa.”

Noah tersenyum. Dia mengiakan apa yang dikatakan oleh Ayesha. “Yess. You’re right. Hummm. Did you miss me?”

    “Yes, i did.” Kedengeran syahdu dalam luahan kata-kata dari bibir Ayesha.

     “Umm. Me too. But i guess that bila akhi pergi, nobody would worry about me. I thought it will be okay as long as i’m not here. But it happens instead of it. I didn’t expect that walid act so aggresive like that...”

     “Yeah... who knows..”

     “Allah knows everything.”

Senang Ayesha mendengar jawapan akhinya. Nampak tenang dan bersahaja. “Eh.. before that... how did you knows akhi ada kat sini...”

     “Ooo... The story is Ayesha dengar perbualan walid dengan sapa entah. And masa walid tertinggal hanphone dia, Ayesha read all the message. Kebanyakan berkaitan dengan akhi.... Hmm.. so, salah satu mesej tersebut ada tulis lokasi dimana akhi tinggal.. so that, i run je laa..”

     “Amboi diaaa.. eh.. wait. Akhi just takut nanti walid tahu..”

Ayesha mengjongketkan bahu. “What can i do.. biar je laa.”

Noah buat muka bersahaja. Ayesha sesekali melihat wajah tenang akhinya itu.


DONE! Ucap Noah. Ayesha yang membantu tersengih. Dia menggosokkan perutnya yang sudah bunyi. Nampaknya ni bukan setakat sarapan. Ni pakej sekali dengan lunch. Jadinya brunch.

     “Aii my lil sis ni. kalau ye pun, bukak je laaa tudung tu. panas nanti. Nak makan pun susah. Nanti terkena kotoran, kan nampak comot.”

     “Eh.. ye tak ye jugak ehh. Muahaha. By the way, your malay goes very well. How come?”

     “Hahaha. Well. Duduk kat sana, guna bahasa rojak. Sama jugak macam kat sini. Cuma bezakan kat sini, we always use english language most than malay language, right?”

     “Hmm. Yeah. You’re right..” Balas Ayesha sambil mencedokkan nasi dalam mangkuk besar ke dalam pinggan akhinya. Noah tersenyum melihat layanan Ayesha. Semakin matang adiknya itu. Noah menggosok kepala Ayesha.

Ayesha mengelak. “Aitt. Kenapa??” Soal Ayesha disangkanya ada sesuatu pada rambut ikal mayangnya.

Noah menggeleng. “Dah besar pun adik akhi ni..”

Ayesha tersenyum. “Eh.. hmm. Dah tua pun akhi Esha ni...” Ayesha menggosok belakang Noah perlahan-lahan.

     “Amboi.. akhi nampak tua ke?”

     “Mana ada laa. awet muda. Comei je.”

     “Ohh.. hehehe... syukur Alhamdulillah.” Balas Ayesha lalu menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. “Mmm. It’s wonderful. Yummy.”

     “Yummy? Did you read du’a?”

Ayesha tersengih menayang gigi apabila menyedar kesilapannya. Lalu terus dia mengangkat tangan membaca du’a. Noah mengetuai bacaan du’a. Senang Ayesha melihat akhinya nampak tenang. Tenang dalam apa jua keadaan. Syukur dia mempunyai akhi seperti Noah. Sekian lama dia tidak berjumpa dengan akhinya. Semakin berubah. Sudah ada sejemput janggut comel terlekat elok pada dagu Noah. Janggut yang tersisir rapi.


***


SEJAK dari hari tu, kerap kali Ayesha ke rumah dimana Noah ditempatkan. Yang memelikan, jarang-jarang pengawal yang diupah oleh walid mereka menjenguk dan mengawal Noah. Hanya sesekali. Barangkali sudah tidak larat nak bertarung menjaga si Noah atau dah lali dengan perangai Noah ataupun bengang dengan sikap Noah yang buat tidak ambil peduli. Walaupun dipukul tanpa sebab hanya semata-mata untuk melepakan geram yang tidak bertempat, Noah tetap begitu. Hanya senyuman sinis menghiasi bibir anak muda itu.

Pagi itu, Ayesha siap bertudung kemas. Dia membetulkan baju t-shirtnya. Dia tersengih apabila mengenangkan dia akan berjumpa dengan akhinya. Dia suka menghabiskan masa dengan Noah daripada duduk rumah seorang diri. Sedang asyik memasukkan buku ke dalam backpack untuk dibuka dirumah Noah, pintu bilik terkuak.

     “Astaghfirullah...” Ayesha mengurut dadanya. Terkejut bukan kepalang. Apa yang dia nak bagi jawapan dekat bondanya. Err. since when bonda come back home? Aishh. Bisik hati Ayesha kurang senang dengan kehadiran bondanya secara tiba-tiba.

Dr. Narsha mengjongketkan keningnya pelik dengan sikap Ayesha. Dan memelikkannya, Ayesha kerap kali keluar dari rumah tanpa meminta izin dari sesiapa. Tahu-tahu je dah takde dalam rumah. Lena sebagai orang gaji dalam rumahnya kerap kali dimarahi Dr. Amirul kerana lalai dalam mengawal Ayesha. Setiap kali dimarahi oleh Dr. Amirul, Lena akan berdiam diri. Tidak berkutik kerana takut dengan sikap Dr. Amirul yang garang seperti singa.

     “Ehh. Esha.. where do you want to go?” Soal Dr. Narsha melihat Ayesha yang terhenti melakukan kerja memasukkan buku belajar.

Ayesha tersengih. “Emm. I’m not going anywhere...”

    “Not going anywhere? Then why are you wearing a hijab on your head?”

Ayesha mula meraba kepalanya yang ditutupi hijab. “Err. Hee. I just like to wear this hijab. I feel so cool like wow!” Spontan soalan itu terbit dari bibir Ayesha membuatkan Dr. Narsha terkejut bukan kepalang. Errr. Buang tabiat ke anak aku ni? Soal Dr. Narsha dalam hati.

     “Eh.. Hmmmm.. okay. Bonda nak pergi kerja dah ni. So, Ayesha.. stay at home with Sis Lena. Don’t go anywhere like what you did before. If walid find it out again, you’re dying..”

     “Bondaa.. Are you trying to threat me, huh?” Soal Ayesha yang mula merasa dirinya diugut.

Dr. Narsha yang tadinya berdiri dipintu bergerak mendekati Ayesha yang duduk dipenjuru katil bersama backpack disebelahnya. “Noo.. don’t got it wrong. That’s not what i meant, dear. Bonda just worried about your condition.”

     “Condition? What? Adakah bonda says that Ayesha tak pandai jaga diri?”

     “Dear. You’re still young. Jangan buat perangai macam ni. pity on bonda, Esha..”

     “Then, how about Esha?”

     “About how? How like what?”

     “I’m feeling so bored having a half of my day in thi house without friends. When i was about going out with my friend, you ask Lena to follow me.. Where is my privacy now? Where it iss? I don’t have it right. Is that you meant that i don’t have any right to have my own time, have my privacy?” Panjang lebar Ayesha meluahkan rasa. Agaknya sudah lama dia menyimpan perkara ini.

Dr. Narsha tersentap dengan luahan Ayesha. Dia menarik nafas panjang. Membesar seperti ini anaknya. Ya, Ayesha semakin membesar. Dia terlepas waktu itu. terlepas untuk meluangkan masa bersama Ayesha. Tapi apakan daya, dia sibuk bekerja. Dia sayangkan kerjanya.

     “Bonda.. i’m sorry if i’m hurting your heart...” Ayesha menyedari kelampauannya. Dia segera menarik tangan bondanya lalu dicium syahdu.

Dr. Narsha menggosok kepala Ayesha. Dia tahu dia juga salah dalam hal ini. Tak guna kalau dia marah Ayesha. “Hmm. It’ okay dear. Bonda minta maaf juga ye..”
Ayesha mengangkat kepalanya memandang wajah suci bondanya. Dia mengangguk mengerti.

***


PERANCANGANNYA tergendala apabila Lena diarahkan untuk mengawal gerak gerinya setiap masa. Semuanya disebabkan kekerapan dia keluar dari rumah tanpa pamitan dari sesiapa. Naik menyampah pun ada kerana merasakan hidupnya dikongkong.

     “Sis...”

Lena yang sedang duduk menonton televisyen itu mendongakkan kepalanya memandang Ayesha. “Ye Esha.. kenapaa?” Soal Lena.

     “Hehehe. Jom minum sekali. Ayesha buat air.”

Buat airrr?? Adakah aku bermimpii? Soal Lena didalam kepala otaknya.

     “Aitt. Takkan termenung je. Tak nak minum?” Soal Ayesha. Bicaranya lembut sekali sampai Lena pun naik pelik.

Ya, dalam proses membesar ni perangai Ayesha semakin berubah. Kuat memberontak, cakap kasar. Tapi hari ni lain macam je. Yang paling mengejutkan Lena adalah Ayesha buat air. Setahu Lena, Ayesha jarang masuk ke dapur.

     “Err. okayy. Thanks...” Ucap Lena menyambut segela air yang dihulurkan oleh Ayesha kepadanya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, terus diteguk minuman itu sehingga habis. Ada rasa pelik didalam air yang diteguknya. Alahaiii. Peliknya. Takpe. orang baru nak belajar. Bicara Lena didalam hati. Dia masih berfikiran positif sedangkan Ayesha tersenyum penuh makna tersirat. Dia melabuhkan punggung disisi Lena. Lena dan Ayesha menonton televisyen dengan penuh khusyuk.

Bertahan lama jugak Sis ni.. Bilaa nak bumm nii? Ayesha bermonolog didalam hati sambil matanya mengerling ke arah jam ditangan.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba. Ayesha melihat Lena menguap beberapa kali. Ohoh. I can’t wait to see this moment. Yahooo. Then, i will leparking with akhi. Muehehe. I miss you damn much, akhi... dah hampir seminggu tak jumpa. Bisik hatinya.

Sepuluh minit kemudian...

     “Yawnn... Hmmm. So sleepy..” Lena berkata. Ayesha tersenyum.

Dan akhirnya, terlelap juga si Lena. Ayesha memetik jari dihadapan wajah Lena namun tiada apa-apa reaksi bermakna Lena memang sudah nyenyak tidur. “Hmmm. Tak sia-sia ubat tidur yang aku tuang setengah botol. Untung mak bapak doktor. Banyak simpanan ubat. Huahuaaa.” Ayesha semakin riang. Dia bergegas naik ke tingkat untuk mengambil backpacknya yang sudah siap sedia.

     “Hmmm. Sorry Sis. I have to do this. my akhi is more important than ancaman walid. Assalamualaikum.” Ayesha memberhentikan langkahnya dihadapan Lena yang sudah tertidur nyenyak dek ubat batuk yang diberi terlebih dos.

Dia terus berlalu dengan hati yang girang tanpa mempedulikan apa-apa yang bakal berlaku. dia hanya mahu mencapai kemahuannya. Dia mahu akhi sentiasa bersamanya kerana Noah merupakan satu-satunya saudara yang dia ada. Selebihnya dia tidak kenal.


SEKALI LAGI, Noah mengucap panjang. Adiknya terlalu berani.

     “Ya Allah. Eshaa. Beraninyaa. Nanti kalau kantoi dengan walid macam mana? nanti Esha jugak yang sakit. Akhi tak kisah kalau akhi yang kena pukul. Tapi akhi tak betah tengok Esha yang kena rembat dengan walid..”

Ayesha menepuk bahu akhinya. “Relaks youh my akhi. I know how to handle this laaa. Hehehe.”

     “Ye.. i know that better. But.. this is too dangerous. Ni how can you escape from there?”

Ayesha tersenyum bahagia. “Hehehe. Ayesha tuang ubat batuk dalam minuman Sis Lena..”
Tudia! Ternganga luas mulut Noah dibuatnya. Rahangnya terbuka mengenangkan sikap ambil mudah Ayesha. Sanggup buat apa supaya hasratnya tertunai.

     “Astaghfirullah... Ayesha.. You know that was too dangerous? Allah..”

     “Alaaa. Ayesha nak jumpa dengan akhi je. Takkan itu pun tak boleh.”

     “I didn’t said that you can’t but what did you do.. might risk life orang.. Kesian kat Sis Lenaa tu..”

     “Huhh. Akhi ni... sikit-sikit kesian kat Sis Lena. Esha ni langsung you don’t care. I know that akhi dah sayangkan Esha kannnn?” Ayesha mula menghentak kakinya.

Noah mula mengendurkan suaranya walaupun tadi pitching tak seberapa tinggi. Dia mula berlembut. “Hmm. Dah.. dah.. sini.. pergi makan kat dapur dulu. Ni nak duduk sampai malam ke ni?”

Ayesha menggeleng. “No.. until this evening. Sebab takut nanti kantoi dengan walid.”

     “Hmm. Yelaa tu..”

     “Ehh. Tapi nak duduk sampai malam laaa. Heheehhe.”

     “Adoii adik aku yang sorang ni. Haa, ikut suka hati Esha laa nak duduk sampai bila. Tapi be careful..”

Ayesha mengangguk.


HARI beransur malam. Siang sudah pun melabuhkan tirai. Bulan tiada pada malam itu. Langit nampak suram. Nampak seperti mahu hujan saja. Dr. Amirul mula panas punggung apabila mendapati Ayesha tidak pulang. Dia rasa pelik dengan sikap anak perempuannya itu. tak pernah-pernah Ayesha buat perangai seperti itu. Dia semakin melampau. Dr. Narsha kecut perut melihat api kemarahan Dr. Amirul.

     “Ya Allah Lena. How come? Macam mana si Ayesha tu boleh hilangg...?” Soal Dr. Narsha mencuit lengan Lena yang keras membatu kerana ketakutan.

     “Err.. Sorry Madam. Saya tak tahu pun boleh jadi macam tu...”

      “Haiyoo. Nampaknya... makan cacian je laa kita malam ni..”

Mereka berdua keras membatu. Dr. Amirul menyuruh konco-konconya mencari Ayesha.

     “Hmm! Aku nak tanya.. kau buattt apaaa! Kau buat apaaaa kat rumah niihh? Penat-penat aku bayar kau gaji mahal-mahal! Boleh pulak kau tidur terlentok kat atas sofaaaa tu!!!!!”
Gigilan tubuh Lena dapat dirasai oleh Dr. Narsha. “Enough laa bang.. dia tak sengaja.”

     “Tak sengajaa apaaa kalau dah banyak kaliii! Macam mana kalau happens something bad to Ayeshaaaa!!!”

     “Abang! Tak baik cakap macam tu. Bukan salah dia pun. kita yang sibuk sangat.”

     “HAAA! Apa kena mengena dengan sibukk! Haishh! Aku tak boleh laaa!!! Dah ke tepi!!” Tubuh Dr. Narsha yang berdiri dihadapannya ditolak apabila telefon bimbitnya berdering. Dia tahu itu adalah panggilan daripada konco-konconya.

Dr. Narsha dan Lena terduduk di atas sofa. Mereka berdua diam tidak berkutik. Dr. Narsha sudah mengalirkan air mata.



No comments:

Post a Comment