SEPERTI yang dirancang dalam fikirannya
malam kelmarin, dia bersiap untuk terus ke kafe. Umur sudah lapan belas tahun.
Teman-teman sekolahnya ramai yang mendapat tawaran untuk sambung pelajaran ke
institusi pengajian tinggi disebabkan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Dia hanya mendapat lima A dalam subjek teras. Subjek elektif seperti fizik,
kimia, biologi dan matematik tambahan itu agak kurang memberangsangkan. Dia ada
mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian tetapi dia menolaknya. Bukan tidak mahu
tetapi dia punya rancangan yang lain. Dia ada memohon bahagian perhotelan dan
business study. Tak tahu la dapat ke tidak. Dia berharap yang dia dapat apa
yang dimohon itu. Lagipula, untuk dia bekerja ditempat orang, sijil amat
diperlukan. Mungkin ijazah dalam bidang-bidang tertentu untuk orang percaya
dengan kebolehannya.
“Allahh!!” Sedar tak sedar, asyik mengelamun, Soffiyya tak perasan
bonggol dihadapan. Alang-alang langgar, pasti ada pakejnya. Soffiyya jatuh
lending sipi-sipi nak terjatuh longkang. Mujur tak teruk. Hanya bahagian
tangannya saja yang terluka sedikit.
Kebetulan sebuah motor melalui jalan
tersebut dan berhenti. “Eh..Kamu okey ke tak ni?” Soal lelaki itu sambil
menongkat motornya dan topi keledarnya dibuka.
Soffiyya membetulkan tudungnya yang
terkedepan. Suara macam kenal. Bisik hati Soffiyya. Dia mengangkat wajahnya.
“Ceitt! Serabut kepala kau aku tengok! Adamm!” Soffiyya terjerit kecil.
“Hek elehh! Kau ke Cik Yuki!”
“Haaa. Apaa? Nak mengata aku laaaa tuuu. Tolong angkat basikal aku!”
Arah Soffiyya.
“Amboii depaa. Awatnya. Ingat kami ni kuli hampaa kaaa? Kann aku tibai
hang pakai loghat kedoh.. muahaha. Kejap.” Dalam pada duduk membebel pun
tangannya berjalan. Dia mengangkat basikal yang menimpa kaki Soffiyya.
Adam menongkat basikal tersebut. “Hmm.
Boleh ke tak kau bangun? Nak aku tolong?” Adam simpati dengan Soffiyya yang
ditimpa musibah.
Soffiyya tersengih. “Aku boleh laa.
ingat sengket sangat ke aku ni mangkuk.”
“Fuyoo. Ganas gilaa ayat kauu! Apa cer sampai jadi macam ni? Nak dekat
setahun tak jumpa, macam ni kau eh. Haha.”
“Please okey. Jangan nak sakat aku. ni bukan Soffiyya yang dulu okey.
Soffiyya yang senang korang nak buli.”
Adam mengangguk sambil tersengih.
“Alright... alright. Hehehe. Lama tak dengar khabar. Kau sihat? Aku tengok kau
sama je. Tak berubah langsung. Cuma.. Hmm. Cantik jerawat baru kau.
Hahahahaha.”
Soffiyya meraba-raba wajahnya mencari
butiran indah berwarna merah jambu diwajahnya. Ada rasa benjolan dibahagian
pipi kirinya. Hah, tu dia lah. Jerawat. “elehhh kau! Ingat senang ke kulit
macam aku ni nak tumbuh jerawat. Cakap orang. kau pun sama laaaa.”
“Ohhh. Muka aku. well.. lelaki ada jerawat laa macho. Muahaha.”
“Fine. and tak boleh belah. Eh. Daripada aku dengan kau sembang kat tepi
jalan macam orang sewel.. baik lepak kat kafe ibu aku..”
“Ye tak ye. Lama tak lepak kat sanaa.” Balas Adam. Dia sedar banyak yang
berubah sejak kehilangan Noah. Kata-kata terakhir Noah yang membuatkan hatinya
turut sama terasa. Hatinya bertambah pilu apabila melihat keadaan Soffiyya.
Rasa marah terhadap Noah kerana
meninggalkan Soffiyya sebegitu rupa beransur hilang. Begitu juga dengan Jae.
Hanya orang tertentu saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya. Satu sekolah
tahu yang Noah kembali ke negara asalnya. Kononnya la kan. Tapi hakikat yang
sebenar tak siapa yang tahu.
THANKS! Ucap Adam riang. Puas hati
sungguh dia melihat seni di atas cappucino kegemarannya. “The foam like
aahhh... sedapnya.” Adam puji lebih-lebih.
Soffiyya yang membuat air itu naik
menyampah.
“Foam laa ape laa. rasa pun tidak. Kot-kot laa aku sabotaj bubuh garam
ke dalam minuman kau tuu.” Balas Soffiyya dalam nada melawak.
“Amboi. Hahaa. Aku tau kau takkan buat macam tu punya.”
“Hmm ye laa tu. Ehhh. Jae apa cer??”
Adam tersenyum selepas menikmati seteguk
cappucino buatan Soffiyya.
“Hmmm. Dia apa lagi.. krisis identiti?”
“Aitt?” Soffiyya terkejut mendengar berita tersebut.
Adam menepuk perutnya melihat wajah
Soffiyya terkejut beruk. “Hahaha. Takde laa. aku gurau je.”
“Kan.. kau ni aku simbah air ni baru tauu...!”
Hmm. Fiyya.. Fiyya.. Yuki.. Yuki... kau
memang berubah. Beza sungguh perwatakan kau dengan yang dulu. Tapi lembut tu
tetap ada. Noah.. kau memang silap laa buat Soffiyya macam ni. kejam... Bisik
hati Adam.
“Hello? Takkan speechless kot aku nak simbahh air!” Soffiyya memetik
jari dihadapan muka Adam.
“Err. yelaaa! Tak speechless langsung. Hmm. Berbalik kepada topik asal.”
“Tak payah nak formal sangat. ni bukan forum.”
“Hehehe. Alright. Dia ada je kat dunia ni. hmm. Sekarang ni dia buat sambung
asasi UIA course paa entah..”
“Alhamdulillah. Terlaksana jugak hajat dia ehh. Hmm kau pulak macam
manaa?”
“Aku...? hahaha.”
“Pe hal kau gelak. Jangan kata kau tolak tawaran matrikulasi.”
“Yes. aku tolakk!”
Membuntang mata Soffiyya. “Kau tolak?
Serius? Are you crazy?”
“Elehh. Banyak bunyi pulak kau ni. sama je laa dengan kau. Result kau
okey. Dapat offer future study. Banyak yang kau tolak.”
Soffiyya merengih. “Hee. Aku ada plan
tersendiri laaa.”
“Aku pun samaa.. one day kau akan tahu juga. Tunggu saat dan ketika..”
“Kau ni damm. Direct buat secret recepi..”
“Kau secret recepi apa pulak ni.. merepek je. Hahaha. Nanti laaa kita
tunggu dan lihat. Nanti aku bagitau kauu.”
“Alrightt. Tak bagitahu aku, aku sepak kau.. Ehhh. Sebelum tu.. macam
mana kau tahu aku tolak banyak offer?” Soal Soffiyya dengan nada serius.
Terkejut juga bila Adam tahu. yela, dah lama dia tak menghubungi Adam. Dengan
Jane tu ada la sekali sekala. Jane? “Waitt.. Jane yang bagitau kaauu ehhhh??”
“Hee. Your instinct always right dear!”
“Fiuhh. Ehh.. ada-ada je kau nii.. Hmm..”
“Sembang punya sembang.. .aku nak tanya kau..” Soal Adam setelah
beberapa ketika mereka berdua mendiamkan diri melayan perasaan.
Soffiyya mengangkat wajahnya dan
mengjongketkan kening menandakan dia menyoal kembali kepada Adam.
“Did you remember this guy?” Adam menunjukkan gambar yang dibawa keluar
dari walletnya. Ada tiga orang yang berada dalam gambar tersebut. sama tinggi,
sama tegap. Sahabat baik.
Soffiyya sedikit sentap melihat gambar
tersebut. Adam perasan dengan perubahan wajah Soffiyya. Bukan sengaja dia nak
menyinggungkan perasaan Soffiyya tetapi dia hanya mahukan kepastian sama ada
gadis dihadapannya masih ingat tak lagi pada sahabat mereka yang seorang itu.
“Err. kenal. Ni yang hegeh ni kau.. ni Jae. Ermm.. yang ni... siapa eh?”
Soal Soffiyya berpura-pura tidak kenal.
“Hmm.. serius kau tak ingat?” Adam memandang mata Soffiyya. Mata redup
itu seolah-olah memberikan jawapan pasti kepadanya Cuma tunggu keluar dari
mulut pemilik.
Lama Soffiyya terdiam. “Soffiyya.. did
you remember him?” Soal Adam buat kali yang kedua.
“Err. Yes. er No.. aku tak tau siapa dia. kenapa kau tanya aku?” Jelas
kekalutan disitu. Air mata mulai bertakung ditubir mata Soffiyya. Adam nampak
perkara itu.
“Soffiyya... aku mintak maaf kalau perkara ni menyinggungkan perasaan
kauu.. tapi...”
Tanpa berkata apa-apa Soffiyya membuat
isyarat Adam untuk mengikutnya keluar
dari kafe dan pergi ke belakang rumah dimana taman bunga ala-ala old english
yang dibina oleh dia dan Noah.
Adam ikut tanpa membantah.
Soffiyya duduk dibawa pergola yang
dilingkari dahan yang berlilit. bunga berwarna putih dan merah menaikkan lagi
keserian taman english garden.
“Soffiyya. Kau marah kat aku ke?” Adam mengatur langkah mendekati
Soffiyya dan berdiri dihadapan Soffiyya lebih kurang beberapa inci.
“No.. aku tak marah kau.. Tapi...” Soffiyya menundukkan wajahnya.
“Okey.. sekarang ni..” Kata-kata Adam terhenti disitu apabila terdengar
esakan kecil. Perlahan namun masih kedengaran jelas dipendengarannya.
“Fiyya.. did you cry?”
Soffiyya menggeleng. “Hmm. Kau duduk.
Have a sit Soffiyya.” Adam menyuruh Soffiyya duduk diatas kerusi ditengah
taman. “Tell me the truth. Aku bukan nak paksa ke apa.. just tell me..”
“The truth? What did you means?”
“You did knows Noah well, Soffiyya.”
Sekali lagi Soffiyya sentap. Air mata
mengalir. “Noah? Who is he?” Soffiyya tetap mahu berpura-pura.
“Fiyya. Kalau you did not knows who is he, then why are you crying?”
“Mata aku masuk habuk. Tekak aku lapaq ayaq.”
Adam tergelak kecil. Sempat juga
Soffiyya lawak disaat tengah jiwang-jiwang si Adam korek rahsia Soffiyya secara
psiko. “Aku serius ni. kalau kau guna ayat tu, please okey. This is not malay
drama. This is reality and i want to knows the truth. Kau pelik kenapa aku
datang discuss pasal ni? memang laa kebetulan Allah takdirkan aku jumpa dengan
kau yang tersangkut tepi jalan tadi. Orang jem, kau cium jalan. Whatever laa
kan.. Jane bagitahu aku. Dah lama dah... alang-alang celup pekasam biar sampai
ke pangkal lengan.”
“Pekasam? Kau ingat orang nak makan ke kalau kau celup sampai ke lengan.
Busuk doh.”
“Hishh. Budak ni.. serius laaa. Kau jangan nak lagak kau tu ceria apa.
Kalau luka dalam, luar lagak happy tak guna jugak der. Kau ingatkan siapa Noah.
Not only me laa yang notice. Jane member rapat kau tu pun tahu laa. setiap kali
dia story pasal Noah, mata kau konfem berair punya laa. lepas tu, terus Jane
stop talking sebab ibu kau tak bagi dia mention nama Noah dah depan kau. Sebab
she really worry that you might hurt again.” Panjang lebar penerangan Adam.
Soffiyya mengesatkan air matanya.
Walaupun bibirnya membuahkan tawa namun air mata tetap menjalankan tugas.
“Apa yang kau cakap ni?”
“Fiyya. Stop acting. Kau tahukan siapa Noah...”
Soffiyya terdiam seketika. “Then why?
Apa kau nak aku buat kalau aku tahu siapa dia? What do you expect me to do?”
“I just expect that you really miss him damn much.”
Air mata terus mengalir laju. Sederas
rindunya terhadap Noah yang makin membuak-buak. Jiwang gila.
“Aku... aku...”
“Relaks okay. Kau nangis je laa. Aku tak kisah..”
“Huhh.... Yeah.. i did remember for the who he is. He’s my bestie friend
ever. I did remember how did we meet. At where, at what time... i remember all
about him. Include how i got accident. It is not because of him. I’m the one
who want to be a safer. I did it because i don’t want to lose him by my side.
To me, he’s the only friend that i have. Dalam pada aku kept dia dibawah ketiak
aku...dia tetap hilang..”
“Er.. bawah ketiak..okey..”
“Hmm.. Aku reda dengan kehilangan dia. mungkin dia berbahagia
barangkali. Tapi hati aku ni macam tak rela dia pergi laa.. aku rasa macam ada
yang tak kena je dengan mesej yang dia hantar tu. nampak jengkel and a bit
awkward. Aku pun tak tahu laaa. Ya Allah...” Soffiyya menekup wajahnya dengan
tangan.
Adam setia mendengarnya. Dia menjadi
pengganti Jane memandangkan sekarang Jane dan ibunya berpindah ke Australia.
Sekali gus, Jane menyambung pelajarannya disana.
“Sabar fiyya. Aku tau kau tabah..”
Soffiyya kemudiannya menjatuhkan
tangannya. “Hmmm.. entah laa Dam.. aku harap macam tu.. Aku nak sangat cari
dia. kalau boleh aku nak dengar alasan dia. dia tinggal without saying goodbye.
Tapi aku sangka baik... mungkin dia tak sanggup tinggalkan aku.. tapi.. err.
banyak sangat tapi tapi.. tapi entah laa. okey.. tapi lagi. Erghh. Whatever
laa.. but i did really miss him.. Dia always make me smile. Dia selamatkan aku
bila aku kena timpa musibah.. disebabkan dia jugak laa korang datang
menghampiri aku.”
“Yes. i admit that.. without him, mungkin tanggapan aku terhadap kau
masih lagi sama like before.” Ada keluhan dihujung ayat Adam menandakan dia
menyesal dengan tindakannya yang dulu.
“Hmm. It’s okay. Everyone make a mistake. Bukan namanya manusia kalau
tak pernah buat silap.”
“Yeah. You’re right. So now, kau nekad nak cari dia?”
“Yeah. Tapi kadang-kadang hati aku berbelah bahagi. Aku jadi geram
dengan apa yang berlaku.. allah. aku tak tau nak cakap apa..”
“Hmm.. takpe.. slow-slow okey. Ni.. aku nak bagitau kau. Jane ada cakap
yang Noah takde pun kat rumah dia.. dia tak pernah balik rumah.. Family dia tak
tahu apa-apa tentang kepulangan Noah ke sana. Noah tak pernah bagi apa-apa
khabar. Hilang lesap macam tu je.”
Air mata yang kering seketika kembali
mengalir. “You say what..? He never back home? Then where is he now? Ya Allah..
Adam.. mana diaa..? Aku dah agak dahh..”
“Relakss. Aku yakin dia selamat..”
“Selamat..? tapi langsung takde khabar berita? Kata dah balik Cardiff.
Tapi apa semua ni... Ya Allah. wey.. aku .. akuu..”
“Fiyya. Relaks duluuu. Nanti Jane balik sini, kita discuss okeyyy.”
Soffiyya mengangguk bersama tangisan
yang semakin kuat. “Noahhhhh.... where have you been? Where are youuu...?” Kali
ini, Soffiyya benar-benar rasa sebak, sesak semuanya bercampur menjadi satu.
Noah hilang sungguh rupanya.
Adam hanya mampu melihat. Matanya turut
berair melihat Soffiyya sebegitu. “Sabar Fiyya.” Itu saja yang mampu Adam
katakan. Hendak dipeluk, dihulurkan bahu untuk dilepaskan tangisan, siapalah
dia. Dia adalah lelaki ajnabi yang tiada apa-apa ikatan denga Soffiyya. Kalau
nak diikutkan hatinya, mahu saja dia tarik Soffiyya ke dalam pelukannya tapi
siapa dia hendak melanggar hukum Allah.
No comments:
Post a Comment