ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Sunday, 20 January 2013

Dear Snow dibumi Eropah #20 (Tears are Falling)


SUASANA hiba menanti diluar pintu bilik pembedahan. Sehingga kini tiada berita. Puan Syafarina terpaksa menandatangani surat kebenaran untuk membenarkan anaknya buat pembedahan kerana berlaku pendarahan diotak. Tulang bahu Soffiyya juga retak setelah menjalani x-tray. Soffiyya langsung tidak sedarkan diri. Risau Puan Syafarina terhadap keadaan Soffiyya tidak terkata. Noah hilang entah ke mana selepas dimaklumkan bahawa Soffiyya terpaksa menjalani pembedahan. Pembedahan di bahagian kepala yang memerlukan risiko yang tinggi. Sama ada Soffiyya akan hidup ataupun sebaliknya kerana disaat itu keadaan Soffiyya sangat kritikal dan memerlukan pembedahan segera.

Irfan, Syakira dan Syafira bersama dengan Puan Syafarina menunggu hiba diluar bilik pembedahan. Pelbagai andaian terlayar diingatan Puan Syafarina. Kemalangan kali pertama yang sememangnya memberikan impak yang besar kepada Soffiyya. Soffiyya kehilangan darah yang banyak, darah beku dibahagian kepala dan bahunya juga retak. Bukan itu sahaja, Soffiyya mungkin lumpuh disebabkan kakinya yang terhendak dek depan kereta yang dipandu laju. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Mereka terpaksa reda dengan apa yang terjadi.

Noah berada didalam surau dalam hospital yang sama. Setelah berdoa untuk kesejahteraan Soffiyya, dia keluar mencari ketenangan. Tapi disaat ini, tak mungkin dia akan peroleh ketenangan. Di saat Soffiyya diambang maut. Noah menangis. Perasaan bersalah memenuhi segenap ruang dirinya. Takde satu pun yang terkecuali dari rasa bersalah. Dia menyesal dengan apa yang berlaku. “Apa yang aku dah buat? Aku dah buat Yuki kemalangan... ya Allah.....” Noah mengesat air mata yang mengalir. “Kenapaa! Kenapa Soffiyya? Kenapa tidak aku ya allah..???!” Noah terduduk dibahu jalan. Tiba-tiba saja kenangan setahun yang lalu, disaat dia kehilangan Ameer bermain dimindanya. Noah jadi takut, dia merasa kehilangan. “Noo... Noo.. aku tak sanggup kehilangan Yukiii. Takk!”

Noah bangkit dan terus berlari masuk ke dalam hospital. Dia berlari dimana soffiyya ditempatkan. Soffiyya masih berada didalam rawatan.

     “Ibuu...” Noah mendekati Puan Syafarina.

Puan Syafarina menoleh ke kiri memandang Noah. “Apa yang kau dah buat dengan anak akuuu??!!!” Puan Syafarina seolah-olah hilang kawalan diri.

Panggg!!! Pipi Noah ditampar. Noah tidak pula mempertahankan dirinya. “Kau memang tak 
kenang budi. Setelah apa yang aku bagi dekat kauuu, ni yang kau balass!!!” Mengigil tubuh Puan Syafarina.

Noah terduduk melutut. Kaki Puan Syafarina dipeluk. “Maafkan Noah bu.. Maafkan Noah... Noah tahu Noah salahhh... ibuu...” Kaki Puan Syafarina dipeluk erat. Irfan yang memerhatikan keadaan itu seperti tidak sanggup melihatnya. Syafira ditarik oleh Syakira ke tempat lain.

Puan Syafarina akhirnya terduduk sekali. Dia rasa bersalah kerana memperlakukan sebegitu kepada Noah sedangkan dia tahu itu bukan salah Noah. Itu adalah kehendak yang di Atas.

      “Noo.. ibu mintak maaf...” Noah yang duduk melutut itu dipeluk erat oleh Puan Syafarina. “Maafkan ibuu... Noah tak salah.....”

     “Ibuuuu.... How about Yuki, buu? Macam mana dengan diaa?”

Puan Syafarina menggeleng. “I don’t know... sekarang ni yang tinggal hanyalah doa... Keadaan dia kritikal..”

     “Semua ni salah Noah bu.. Noah yang tertolak Yuki ke tengah jalan.. sedangkan waktu tu Yuki nak selamatkan Noah.... Noah jahat buu.. Noah jahattttt...” Noah menepuk dadanya kuat. Rasa bersalah dihati tak mungkin hilang. Jika terjadi sesuatu yang buruk kepada Soffiyya, dialah orang pertama yang akan berasa salah yang teramat.

Puan Syafarina menarik tangan Noah dari mencederakan diri Noah sendiri. “Listen to mee! Its not your fault!”

     “but i was the one make Yuki in critical condition.”

     “No! You’re not. Semua yang terjadi ketentuan takdir...”

Sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Syafarina, Noah terdiam. Tubuhnya terasa lemah. Irfan mendekati Noah dan memegang bahu Noah. “Relaks abang noah... i trust that Kak Fiyya will be okay. I know she was stronger!”

Noah mengangguk. Yeah. She’s strong girl. i know... you can do it Yuki.. bisik hati Noah mengakui hal tu. Dia percaya Soffiyya akan selamat. Elok je dia bangun, doktor keluar dari bilik pembedahan.

Kesemua mereka menerpa ke arah doktor tersebut. “How was Yuki?” soal Noah dengan nada yang ingin tahu. begitu juga dengan Puan Syafarina.

Wajah doktor nampak biasa saja. “Err.. relaks okay. She will be alright. Just for now, she need to rest well.. The condition is not stable yet.. So that, you all must be waiting for awhile.. Dia masih tidak sedarkan diri because kami bius dia untuk dua hari... Dia perlukan rehat secukupnya... Berdoalah agar tiada apa-apa yang berlaku. Semoga keadaan menjadi seperti sediakala. Ermm.. Soffiyya Yuki akan dipindahkan ke unit rawatan rapi.. pihak kami akan memerhatikan dia dari semasa ke semasa.”

Waktu tu lah tubuh Soffiyya yang tidak sedarkan diri itu ditolak keluar dari bilik pembedahan. Rambut panjang mengurai milik Soffiyya tiada lagi. Di kepalanya, ada kesan jahitan. Jahitan yang masih basah lagi. Wajah Soffiyya nampak lebam. Noah memerhati sayu. Begitu juga yang lain.

     “Boleh kami tengok dia sekarang?” Soal Noah.

     “Yes, you may. But jangan lama-lama sangat. Tapi tunggu dia dipindahkan dulu. Hmm.. kamu boleh ikut nurse tu..”

Mereka berlima mengikut belakang jurarwat yang menolak katil tersebut. “Err. Puan Syafarina..” Langkah Puan Syafarina terhenti disitu. Noah yang baru hendak melangkah ikut sekali menoleh tubuhnya memandang ke belakang.

     “Ye saya...”

     “Follow me.” Puan Syafarina mengangguk.

Noah melihat Puan Syafarina bersama doktor itu berjalan meninggalkan dirinya dibelakang. Dia tidak pula mengikut mereka yang lain sebaliknya dia perlahan-lahan mengikut doktor dan Puan Syafarina dari belakang.

Sampai dibilik doktort tersebut, Noah memasang telinganya untuk mendengar apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut.

     “Hmm.. maafkan saya Puan Syafarina.. saya terpaksa juga sampaikan hal ni kepada pihak Puan..”

Puan Syafarina berdebar-debar menunggu apa yang bakal disampaikan oleh doktor tersebut. “Hmm..?”

     “Berkemungkinan besar, anak Puan tidak dapat ingat apa-apa. Banyak impak semasa pembedahan. Tapi semuanya bergantung kepada kekuatan dan semangat yang ada dalam dirinya. Sekarang ni, kita kena tunggu dia sedar dan lihat respon dia macam mana. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ni adalah doa... Takde apa yang boleh kita lakukan melainkan doa. Allah yang menentukan segala.”

Berlinangan air mata Puan Syafarina. Segera dia kesat. “Hmm. Doktor.. impak yang lain apa dia?”

     “Untuk dia berjalan kembali seperti biasa juga mengambil masa yang agak lama. peratus untuk dia jalan seperti biasa sangat tipis. Bergantung kepada dia jugak. Tapi apa-apa pun dia perlu suaikan diri dengan keadaan dia yang sekarang. di sebabkan hentukan dikepalanya, dia tak mungkin kembali seperti dulu. Skill yang dia ada dahulu mungkin akan hilang. Seperti yang Puan cakap, dia seorang yang genius, bijak. Saya mintak maaf. Kemampuannya tak mungkin kembali seperti dulu....”

     “Noo.. tak mungkinn..”

     “Semuanya tak mustahil.. itu yang selalu terjadi kepada kes yang berlaku kepada anak Puan... kami sebagai doktor tak mampu lakukan apa-apa. Kami hanya manusia biasa..”

     “Ya Allah.. anak aku..... What should i do?”

     “Tawakal... saya mintak maaf.. Memang berat untuk menerimanya.. kami turut bersimpati dan saya akan mendoakan kesejahteraan anak Puan. Semua yang saya cakap tadi 
adalah perkara yang berkemungkinan akan dihadapi oleh pesakit seperti anak Puan.... berdoalah kepada Allah...”

Puan Syafarina mengangguk perlahan.

Noah yang mencuri dengar perbualan tersebut terduduk bersandar didinding. Dia bangkit dan berjalan. Lututnya menggigil. Terasa lemah badannya mendengar kemungkinan yang akan berlaku ke atas Soffiyya apabila Soffiyya sedar nanti.

Dia tidak pedulik kepada jurarawat, pelawat mahupun pesakit yang melihatnya. Hatinya kini sedang dirundum pilu. Apa yang terjadi sangat mengejutkannya. “Ya Allah.. Soffiyya.. seorang gadis yang lincah, genius seperti itu terpaksa hadapi kekurangan... terpaksa kehilangan apa yang dia ada dahulu... apa salah dia ya Allah sehingga Kau menurunkan ujian seberat ni? Bantulah hamba-Mu ni ya Allah....”

Noah terus masuk ke tandas lelaki. Dia berdiri dihadapan cermin memandang wajah dan dirinya. “Kenapa tidak aku ya Allah? Kenapaa bukan akuu? Kenapa Yuki yang terpaksa menerima semua niii?” Noah membasuh wajahnya dengan air. Berkali-kali dia melakukan hal yang sama. Tapi apa yang dia buat tak mampu memadamkan apa yang berlaku.

Noah akhirnya terduduk ditepi singki. Dia memeluk lututnya dan menangis disitu.


PUAN SYAFARINA menghayunkan langkahnya ke unit rawatan rapi tempat Soffiyya ditempatkan. Sewaktu tu, anak-anaknya semua berada diluar. Hanya Noah saja yang tiada disitu.

     “Kira.. Abang noah mana?”

Syakira yang sedang meribakan Syafira yang sedang tidur itu mengangkat wajah. “Tak tahulah bu... bukan tadi dia ikut ibu ke?”

Puan Syafarina pelik. “Ehh. Takde pulak.. setahu ibu tadi dia ikut korang semua..”

     “Eh.. takde laa..” Balas Irfan.

     “Hish.. mana pulak Noah ni pergi?”

Irfan mengjongket bahu. “Erm. Takpe. biar Irfan yang cari abang Noah..”

Puan Syafarina bersetuju. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam unit tersebut. Sayu hatinya memandang anaknya. Lebam diwajah Soffiyya membuatkan dia menangis. Apa yang menambahkan pilu dihatinya adalah bila dia memandang jahitan dikepala anaknya. “You look so cute...” Puan Syafarina mencium dahi anaknya. Kepala Soffiyya yang tidak berambut itu dipandang lama. “Hmm.. jangan risau ye anak ibu.. nanti rambut Fiyya yang cantik akan tumbuh.. lagi cantik dari hari tuu.. ye?”

Puan Syafarina duduk menggenggam tangan sejuk Soffiyya.


PUAS Irfan mencari Noah akhirnya berjumpa jugak. Dia terserempak dengan Noah dihadapan pintu tandas lelaki. Wajah Noah nampak sembab. Hidungnya nampak merah. Ianya jelas kerana wajah Noah yang putih menyerlah.

     “Abang Noah..?”

Noah mengangkat wajahnya. “Yeah..” Suara serak kedengaran.

     “Abang okay?”

Noah mengangguk perlahan. “Akak macam mana?”

Irfan terdiam. Hanya untuk seketika. Kemudian, barulah dia bersuara. “She’s look so cute..”

     “Your sister always being cute...”

     “Erm.. abangg... kalau terjadi sesuatu kat kak Fiyya, please.. don’t left her behind.. I know she need a support. Especially from you. Is not like dia tak perlukan kami.. but you’re the one who always believes her word, believes her story.. and you lend your ear to listen what did she said... Bukan maksud kitaorang tak pernah buat macam tu, but abang adalah orang luar yang takde kaitan dengan famili kami jadi rapat dengan dia... Serius bila kak Fiyya story about that, i can’t believe.. but after Irfan tengok dengan mata Irfan sendiri... then i know.. you’re the important person in my sis life... Irfan merayu pada abang.. apa-apa pun, jangan tinggalkan kak Fiyya. Irfan bukan nak ikat abang ke apa...”

      “I know well... thanks...” Tubuh Irfan dibawa ke dalam pelukannya. Irfan mengesat air mata yang mengalir. Belakang Noah digosok perlahan.


***


DUA hari tidak sedarkan diri. Dua hari adalah masa yang panjang bagi si penunggu. Selepas sehari pembedahan, Soffiyya dipindahkan ke hospital swasta berdekatan dengan rumahnya memandangkan tiket feri bertolak sehari selepas Soffiyya kemalangan. Walaubagaimana pun, Soffiyya masih didalam unit rawatan rapi. Dia berada dibawah pengawasan doktor pakar. Noah tidak letih menunggu Soffiyya dari sedar. Genap dua hari, Soffiyya masih belum buka matanya. Tiada tanda-tanda bahawa Soffiyya akan sedar sedangkan jantungnya masih berdegup. Itu menimbulkan kerisauan pada doktor yang merawatnya. Mereka harus menanti bersama doa dan penuh kesabaran.

Puan Syafarina pulang bersama yang lain. Noah menunggu Soffiyya disisi. Puan Syafarina hendak menguruskan hal dirumah dan direstoran. Banyak duit telah dihabiskan untuk rawatan Soffiyya saja. Mujur dia punya wang simpanan yang mencukupi. Lagipun, rezeki yang Allah beri tidak pernah berkurang. Semuanya lebih dari cukup.

Noah duduk diatas kerusi sambil membacakan yasin disisi Soffiyya. Dia berharap semuanya akan kembali seperti biasa dan Soffiyya akan sedar dengan izin-Nya. Seorang sahabat menanti sahabatnya sedar. Kerana ukhuwah fillah yang terjalin itu, Noah tetap terus berdoa.

Usai solat maghrib, Noah membaca al-quran dan juga surah yasin disisi Soffiyya. Puan Syafarina membuat panggilan sebelum masuk waktu maghrib. Dia ada hal yang perlu dilakukan berkaitan dengan Irfan. Jadi, dia tidak dapat datang. Mungkin esok pagi.

Isyak berlalu, Noah akhirnya tertidur. Tidak sedar bahawa perutnya belum diisi dengan makanan mahupun minuman. Noah tersedar sebaik sahaja mendengar gelas jatuh. Pecah berderai diatas lantai.

     “Astaghfirullah.. Ya Allah...”

Noah memandang Soffiyya. “Yukii... awak dah sedar?”

     “Ahh...?” Soal Soffiyya menanggalkan alat bantuan pernafasan.

     “Awak ingat saya? I’m Noah...”

Soffiyya mengangguk. Bibirnya yang kering mengukirkan senyuman. “Awak nak minum?”

     “Hmm..”

     “Wait a minute...”

Noah keluar sebentar dan kembali bersama jururawat dan doktor yang merawat Soffiyya. “Young boy.. waiting outside the room..” Noah menurut. Wajah Soffiyya dipandang berserta senyuman yang menghiasi bibirnya.

Sementara menunggu Soffiyya diperiksa oleh doktor tersebut, Noah menghubungi Puan Syafarina untuk memaklumkan apa yang berlaku.

     “Assalamualaikum.. bu..”

     “Waalaikumsalam.. Noah.. kenapa ni? nampak excited semacam?”

     “Yuki..?”

     “Soffiyya?

     “Yeah.. dia dah sedar bu.. alhamdulillah..”

     “Ya Allah anakku.. Alhamdulillah.. nanti ibu datang... tunggu ibu selesaikan majlis bacaan yasiin dekat rumah ni ye..”

     “Bacaan yasiin? Ohh. Baiklah buu.. Assalamualaikum.”

Panggilan dimatikan. Puan Syafarina terus sujud syukur sebaik sahaja mendengar berita gembira tersebut.

Dia mendapat berita selepas orang surau yang dijemput hadir itu selesai membacakan yasin.

Irfan yang perasan akan hal itu mendekati ibunya. “Ibuu.. ada apa ni?”

Tubuh Irfan terus dipeluk erat. “Kak Fiyya dah sedar, Fann...”

     “Serius??! Alhamdulillah..”

Mereka berdua sempat mengalirkan air mata tanda syukur.


SOFFIYYA terbaring diatas katil itu sebaik sahaja dipindahkan ke wad biasa. Keadaannya semakin stabil. Selepas ni, Soffiyya perlu menjalani beberapa rawatan untuk dia berjalan seperti sedia kala. Noah yang berada dihadapannya dipandang lama.

     “Hmm... thankss.”

Noah yang termenung ke luar tingkap menoleh ke belakang memandang Soffiyya yang bersuara serak itu. “What for?”

     “Sebab sudi tunggu saya...”

     “Erm... no... saya yang patut berterima kasih sebab awak selamatkan saya... kalau tak kerana saya...” Noah tidak sanggup mengakhiri ayatnya.

     “Bukan kerana saya.. tapi Allah telah menetapkan seperti itu. ianya terjadi atas kehendak-Nya...”

Noah mengangguk perlahan. “Erm. Awak nak makan?”

     “Takpe.. saya Cuma nak air je..”

Noah menuangkan air ke dalam gelas lalu diberikan kepada Soffiyya. “Noah..”

     “Ye..”

     “Macam mana keadaan saya?” Soal Soffiyya ingin tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Dia tidak dapat merasa kaki sebelah kanannya.

Berat untuk Noah memberitahu apa yang berlaku. Dia tak sanggup melihat air mata Soffiyya gugur disebabkan apa yang berlaku. Ya, memang terlalu sukar untuk gadis seaktif Soffiyya ni menerimanya. Kehilangan benda berharga dalam sekelip mata. Soffiyya tak mungkin dapat bermain basketball seperti dulu. Semuanya menyakitkan. Noah tidak tahu bagaimana hendak diberitahu kepada Soffiyya.

Melihat wajah sayu Noah, Soffiyya seolah-olah tahu bahawa perkara negatif yang berlaku pada dirinya. Di kala ini, rambutnya tiada kerana pembedahan. Rasa sengal dibahagian bahu bagai menyucuk. Sesak dada Soffiyya memikirkan apa yang berlaku.

     “Noah.. just tell me what happen. Ia berkaitan dengan diri saya jugak. Apa-apa yang berlaku, i have and need to know that..”

Noah menarik nafas panjang. “Ermm... awak okay jee...” Noah cuba mengukirkan senyuman.

     “No.. you’re lying to me...! if not, kenapa kaki kanan saya tak boleh bergerak?” Soal Soffiyya serius dalam keadaan berbaring.

      “I’m sorry... I’m sorry Yuki..”

      “Why? Just tell me what happen.. Please..”

Mendengar rayuan Soffiyya, hati Noah semakin sempit untuk memberitahu perkara sebenar. Mampukah Soffiyya yang baru sedar dari lenanya itu menerima apa yang berlaku? Adakah Soffiyya akan membenci dirinya kerana dialah penyebab Soffiyya kemalangan. Kalau tak kerana dia toal Soffiyya, perkara sebegini takkan berlaku. Ahhh..cuainya aku.. bisik hati Noah.

Nak tak nak, Noah terpaksa memberitahu apa yang berlaku atas desakan soffiyya. Ya, Soffiyya berhak tahu tentang kondisi dirinya sekarang.

Sebaik sahaja Noah menceritakan segalanya, air mata Soffiyya berlinangan membasahi pipi Soffiyya. Noah turut mengalirkan air mata. “I’m sorry..”

     “But why me? Kenapa saya Noah? Kenapa saya? I’m still young to accept all of this.. this is not fairrr!” Soffiyya mula meratapi apa yang berlaku. “I’m not stronger like what you know. I’m not stronger. I was failed to be strong..... Why meee... Noahh... Why mee??!!” Soffiyya menutup wajahnya sambil menangis teresak-esak. Dia seperti tidak percaya apa yang berlaku disaat ini.

     “I’m sorry... I’m sorryy...” Itu saja yang mampu Noah katakan. Dia benar-benar rasa bersalah. “Don’t worry buddy. I will take care of you for the rest of my life.. give me a second chance to did properly... please...”

Soffiyya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Noah. “Get outt!!! I don’t want to see your face.... please...” Soffiyya menghalau Noah. Bukan dia benci Noah, tapi dia malu apabila Noah melihat dia dalam keadaan seperti itu. dalam keadaan seolah-olah menagih simpati.

     “Noo.. i will never do that.. i want to stay by your side.. Let me take care of you.. Awak dah lupa apa yang saya cakap dipantai hari tu... saya akan protect awak.. dan saya takkan tinggalkan awak.. i never left you behind...”

Soffiyya menutup wajahnya. Hanya esakan tangisan kedengaran. “Keluar.... Saya mintak awak keluar dari bilik ni Noah.. tolong... i need a time.. i want to be alone... if awak anggap saya as your friend, tolong keluar. Please understand me....”

Noah tidak mampu berbuat apa. Dia melangkah keluar dengan hati yang berat. Sewaktu dia keluar, dia berselisih bahu dengan Puan Syafarina.

     “Noah.. what’s wrong?”

Noah menggeleng. “I’m okay.. ibu pergi tengokkan Yuki... Noah nak keluar kejap.. sampai satu masa nanti, Noah call..”

     “Noah nak ke mana?”

Noah tidak membalas dengan jawapan tetapi cukup dengan senyuman kelat. Senyuman yang tidak lagi mampu menyembunyikan rasa hiba dihati. 

2 comments: