ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Saturday, 19 January 2013

Dear Snow dibumi Eropah #19 (Tears are Falling)


NOAHH!! NOAHH!!

Terasa pipinya ditampar kuat. Noah terus terjaga dari tidurnya. Dia membuka matanya memerhatikan sekelilingnya. Orang pertama yang dia cari adalah wajah Soffiyya.

     “Soffiyya Yukii! Yukii!” Noah terus menjerit nama Soffiyya seolah-olah dirinya dirasuk hantu.

Soffiyya yang dirinya dipanggil mendekati Noah. “Yes Noah. I’m here.”

Noah baru hendak menyentuh bahu Soffiyya itu teringat bahawa mereka tiada apa-apa ikatan. Dia menarik tangannya kembali. Dia istighfar panjang. “Are you okay? You’re not going anywhere right” Soal Noah berbahasa inggeris slange UK.

     “Yeah.. i’m okay. What’s wrong with you, Noah? Is it nightmare?”

Noah mengangguk perlahan. Dia meraup wajahnya beberapa kali sambil mulutnya terkumat kamit istighfar. Puan Syafarina pelik dengan apa yang berlaku kepada Noah. Nampak teruk sangat sampai bermandi peluh. Mujurlah Syafira tak sedar.

     “Hurmm... Just sleep okay...”

     “Hmm.. sorry ibu.. Yuki.. i make you in trouble..”

     “It’s okay, Noah... just sleep okay... ibu pergi dulu.. kesian kat Fira.. Hmm.. Fiyya.. masuk tidur.. Hm... Baca doa dulu ye Noah.. Assalamualaikum.”

     “Waalaikumsalam.” Noah menghantar kedua orang yang paling rapat dengannya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia betul-betul terkejut dengan perkara yang dia mimpi tadi. Benda itu seolah-olah terjadi di alam realiti bukan di alam mimpi. Dia tak tahu apakah petanda mimpi tersebut. Noah bangkit dan menuju ke bilik air. Wuduk diambil dan dia tidur semula.

Dia terjaga tepat jam pukul tiga pagi disebabkan mimpi yang sama. Noah terasa ada petunjuk didalam mimpi tersebut. tapi bukankah mimpi itu permainan tidur? Masalahnya sekarang, ia masuk kali ketiga dia bermimpi hal yang sama. Sudahnya, Noah tidak dapat lelapkan mata. Mimpi tadi begitu jelas diminda dan ingatannya. Soffiyya ditolak keluar dari kereta yang sedang bergerak laju, dan dia ditolak sewaktu sebuah kereta yang dipandu laju menuju ke arah yang bertentangan. Semuanya bagai realiti. Noah jadi takut dan seram. Dia tak sanggup menghadapi saat-saat getir seperti itu.

Sekali lagi, Noah turun dari katil dan menuju ke bilik air. Wuduk diambil dan dia menunaikan solat sunat kerana pagi masih awal. Bukankah beribadat kepada Allah dua per tiga malam itu adalah waktu yang afdhal dan doa didengari oleh malaikat sekalian alam.


PAGI ITU, Noah duduk dipantai. Tempat yang selalu dia lepak. Dibawah pokok yang sama. Dia termenung jauh. Masih segar mimpi itu didalam ingatannya. Mimpi tu jugalah membuatkan dia diam sepanjang hari. Soffiyya pelik dengan keadaan Noah yang diam. Mungkin disebabkan mimpi buruk semalam. Noah yang hanya berpakaian santai, baju t-shirt lengan panjang warna putih dan seluar track bottom tiga suku tersarung ditubuh tegapnya. Soffiyya mendekati Noah.

     “Noahh....”

Noah mengangkat wajahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman walaupun terpaksa. Dia cuba menyembunyikan apa yang dia rasakan disaat itu. Sungguh dia benar-benar takut kehilangan Soffiyya. Dia tak mahu Soffiyya jauh dari sisinya. Hanya Soffiyya sahabat yang tahu masalah yang dia hadapi. Baginya berbanding teman-temannya yang lain Soffiyya lebih memahaminya. I’d really great for met you at the first sight... bisik hati Noah. Dia benar-benar takut jika hal itu benar-benar berlaku.

     “Are you okay?” Soal Soffiyya melabuhkan punggung disisi Noah. Noah tersenyum memandang Soffiyya. Soffiyya kenal senyuman itu. Senyuman yang menyembunyikan seribu macam masalah.

     “Yeah.. i’m okay... What are you doing here?” Soal Noah.

Tinggal lagi sehari untuk mereka tinggal di Pulau Pangkor. Entah kenapa, disaat ketenangan menusuk kalbunya ada sahaja yang menghalang. Perkara yang menjadikan dia jadi tidak keruan.

     “Saja... hurm.. jom jalan tepi pantai.. it’s good. Pagi masih muda.. baru je pukul lapan pagi. Jom... sunrise. ehehe.”

Noah mengangguk. “Alright. Great idea.” Noah bangkit dan membuang pasir yang melekat 
dibelakang seluarnya. Dia mengejar Soffiyya yang jalan ke hadapan beberapa langkah darinya. Mereka berjalan dipergigian pantai. Selipar yang tersarung dikaki mereka dibuang dan dipegang. Nampak seronok.

     “It was so greatt!!!” Soffiyya mendepakan tangannya disaat angin pagi menampar tubuhnya. Noah terhibur dengan apa yang dibuat oleh Soffiyya. Berlari seperti kanak-kanak ribena. “Rise your hands up, Noah! Fresh!”

Noah melakukan apa yang disuruh Soffiyya. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya. Noah mendapatkan Soffiyya yang jauh beberapa langkah darinya. “Haaa.. Yuki..”

     “Hurmm....”

     “Whatever might happen between us... please don’t forget for who i am.. I’m telling you right now because i might lose you from my sight.”

Soffiyya terdiam. “Why awak cakap macam tu?”

Noah menggeleng. “Nothing. Saya just tak nak diri saya hilang dari ingatan awak.”

     “Ermm.. ayat awak look so weird but... okay.”

     “I’m serious....”

Soffiyya tersenyum. “Alright.. alright... i know and i will remember what did you say to me...”

 Angin yang meniup kuat itu membuatkan rambut depan Noah yang berjuntai itu tercacak naik ke atas dan itu menampakkan parut berbentuk ‘z’ yang menyerong di dahinya. Soffiyya yang melihat parut itu tersenyum. “Eherm... so, kalau kita terpisah... and andai satu hari nanti kita berjumpa balik.... satu benda yang akan buat saya recognize awak is your wound... hewhew...”

     “My parut? Ohh.. parut yang stail ni ke? Haha. thanks for this parut laa. nampak smart pulak.” Noah tersenyum lalu menyentuh parutnya.

Mereka berdua berjalan seiring menyusuri pergigian pantai. Sampai dihujung mereka berhenti disitu dan menyaksikan matahari terbit disebalik bukit. Betapa indahnya ciptaan Allah yang tiada bandingannya. I really hope that we never be apart, dear Yuki.. dear buddy.. Hmm.... Bisik hati Noah. Mimpi itu tidak dikhabarkan kepada sesiapa. Dia berharap mimpi itu takkan pernah berlaku dalam hidupnya.


***


 DR. AMIRUL menghubungi orang upahannya yang berada di Malaysia.

     “Ye Boss. I will do in right ways.”

     “Hmm. Bagus kalau macam tu. Jangan sampai pihak polis terlibat dalam hal ni. aku tak nak kes ni jadi besar. Yang aku nak sekarang, that young boy yang dah menyonteng arang di muka aku tuuu.”

     “Maksud boss, Noah Hayyan?”

     “Yea. Siapa lagi kalau bukan anak aku yang sorang tu!”

     “Hurm. Habis macam mana dengan budak perempuan sebelah dia tu?”

     “Kau buat je laa apa-apa yang patut. Asalkan kau jangan buat benda tak senonoh. Kalau aku tahu kau buat macam tu, mati kau aku buat!”

     “Err. baik boss. Habis kalau sampai terpaksa kami cederakan anak boss and budak perempuan tu?”

     “Hmm. Asalkan both of them tak mati sudah. Nanti jadi kes bunuh pulak. Susah aku nanti. Cuma yang aku nak, budak perempuan tu tak mungkin berjumpa dengan anak aku lagii... kalau boleh, make her forget or my son disappear from her sight.”

     “Tu memang of course. Takpe laa boss. Nanti saya fikirkan macam mana nak buat. Apa-apa berita saya akan maklumkan dekat boss.”

    “Hmm..”

Tittt... tittt... tittt..

Panggilan dimatikan. Telefon pintar yang berada ditangan Dr. Amirul digenggam kemas berserta senyuman yang sukar ditafsirkan.


PETANG itu, Noah dan keluarga Soffiyya berjalan di kedai-kedai cenderahati. Sengaja mereka beli sebagai tanda kenangan di Pulau Pangkor. Selain dari gambar yang menjadi kenangan, mereka turut menjadikan cenderahati sebagai kenangan.

     “Abang Noah nak beli yang tu ke?” Soal Irfan yang merupakan adik kepada Soffiyya. Ketika itu Soffiyya dan Syakira sibuk memilih barangan mereka sendiri untuk di bawa pulang ke rumah nanti.

     “Ermm... Boleh jugak. Fan nak jugak ke? Kalau nak, abang boleh belikan..”

Wajah Irfan automatik bertukar lebih ceria apabila mendengar Noah hendak membelikan untuknya. “Seriouslyy.??!” Soal Irfan untuk kepastian. Noah membalasnya dengan anggukan.

     “Pilih je mana nak. Nanti abang bayarkann.”

Waktu Irfan sedang memilih barangnya, Noah menghulurkan tiga keping not sepuluh ringgit. Bagi Irfan tu terlalu banyak. Barang yang dia hendak beli hanyalah key chain sahaja. “Err. banyak sangat ni bang...”

     “It’s okay. Ambik je laaa.. bukan banyak mana pun. sekali sekala.”

Irfan menyambutnya dengan senang hati. “Thanks abang Noah! Hehehehe.” Noah tersenyum. Dia meninggalkan Irfan dikedai tersebut dan mendekati Soffiyya yang sedang membelek baju.

     “Awak nak beli baju ke?” Soal Noah.

Soffiyya mengangkat wajah lalu tersenyum. “Yeahh.. awak nak ke?”

     “Ermm.. nak survey tempat dulu.. hahaha.”

     “Ohh... nak survey tempat ehh... kejap ye.” Soffiyya mendapatkan Puan Syafarina bersama Syafira. “Ibu.. Fiyya dengan Noah nak pergi kedai sana kejap.”

     “Hmm.. jangan pergi jauh-jauh sangat. nanti hilang pulak.”

Soffiyya mengangguk. Dia kembali mendapatkan Noah.

     “Apa yang awak cakap kat ibu tadi?”

     “Mintak permission. Jom pergi kedai depan tuu. Banyak baju cantik-cantik kat situuu. Hahaha.”

     “Erkk. Takde angin, takde ribut, awak gelak. Hahaha.”

     “Fineee...” Soffiyya pura-pura buat muka ketat.

Noah tersengih. “Alolololo. Gediknya minah sekor ni. merajuklah kononnya.”

     “Hello pakcik tua.. please okay...”

Noah menjelir lidah lalu berjalan melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Kereta yang laju itu dilihat oleh Soffiyya.

      “Noahh!! Be carefull!!!!!” Soffiyya melepaskan plastik yang berisi cenderamata lalu mendapatkan Noah. Noah yang terkejut, tertolak tubuh Soffiyya ke tengah jalan.

Noah tergamam apabila terdengar bunyi dentuman kuat dihadapannya. Soffiyya kemalangan dihadapan matanya sendiri. “Ya Allah. what was i doing? Apa yang aku dah buat... Yukii!” Noah yang terduduk dibahu jalan mendapatkan Soffiyya yang terbaring tidak bermaya.

Orang ramai mengerumuni mereka berdua. “Yukii! Wake upp pleasee! Please.. get your sense backk.. Yukii.. Ya Allah... Hey guyy!! Call an ambulancee nowww!!!!”

Arahan diterima tanpa bantahan. Ada seseorang yang sudi menghubungi ambulans.

Noah mengangkat kepala Soffiyya. Dia dapat rasakan cecair suam mengalir dari kepala Soffiyya. Dia mengangkat tangannya. Darah mengalir tanpa henti dari belakang kepala Soffiyya yang terluka. “Ya Allah... Yukiii.. bangun! Opens your eyess!! Yukii..” Noah menepuk perlahan pipi Soffiyya.

Pandangan Soffiyya makin kabur. Dihadapannya ada wajah Noah tapi wajah Noah dari satu menjadi dua, menjadi tiga dan akhirnya kelam. Hilang terus bayangan wajah itu dari pandangannya. Yang tinggal kini hanya kegelapan. Dia tidak sedarkan diri. Kali terakhir dia mendengar suara Noah memanggil namanya.


MENGGIGIL tubuh Puan Syafarina mendengar apa yang berlaku. Soffiyya dikejarkan ke hospital berdekatan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

     “Apa.. apa yang dah berlakuu??”

     “Kak Fiyya masuk hospital ibuu... Abang Noah baru call je..” Syakira memberitahu kepada ibunya.

Setelah mendengar berita buruk yang terbit dari mulut anaknya, Puan Syafarina terduduk. Air mata deras mengalir membasahi pipinya.

Mereka sekeluarga bergegas ke hospital.




No comments:

Post a Comment