LOCENG rumahnya berbunyi. Dr. Narsha
bergegas ke luar rumah. Dia pasti ada surat yang sampai. Dan telahannya betul.
Dia mengambil surat didalam peti lalu melangkah kembali masuk ke dalam rumah.
Entah kenapa hatinya berasa girang dan ceria apabila mendapat surat tersebut.
rasa yang tidak dapat diterjemahkan bagaimana. Hanya Allah saja yang tahu sebab
mengapa dia jadi seperti itu.
Surat itu diletakkan diatas meja. Dia
tidak jadi membuka surat itu kerana masakannya berada diatas api. Hari ini dia
yang memasak untuk keluarganya. Sudah lama tangannya itu tidak menyentuh dan
memasak untuk keluarga kerana terlalu sibuk dengan profesion sebagai seorang
doktor. Setelah masakan sudah selesai dan makanan sudah pun dia hidangkan
diatas meja makan, Dr. Narsha membuat air pula. air untuk dirinya saja.
Capuccino kesukaannya dibuat. Enak dihirup bersama buih yang mendamaikan.
Lagu-lagu keagamaan dibuka beralun dari cd player. Dia duduk diatas sofa empuk
sambil menghirup air buatannya sendiri.
“Nice... Hmm...” Enak dinikmati sepanjang hari. Lama duduk, hampir
separuh air dari cawan tersebut dihirup barulah dia teringat akan sampul surat
yang baru dia ambil dari peti surat sebentar tadi.
Sampul surat itu diambil dan dibuka. Dia
pelik dengan surat tersebut. tiada alamat pengirim hanya ada alamat penerima.
Dia menarik satu surat yang berlipat.
To: Mr.Amirul
Here is your son picture. Just look at
what was your son doing. You must be angry. Hahahaha. I guess that you don’t
know how to teach your son well.
Kata-kata yang berbentuk ejekan.
Mendidih darah Dr. Narsha membacanya. “Son? Is it Noah?” Katanya separuh
bebisik. “Is it the reason why i’m feeling so happy received this letter?” Dia
kemudiannya menonggengkan surat itu. habis segala isi didalam sapul surat itu
keluar. Semuanya gambar. Beberapa keping gambar yang dikirim diambil.
“Noah..” Air matanya mengalir melihat gambar tersebut. “Sudah besar ye
anak bonda ni...” Wajah Noah yang nampak tenang terpapar pada gambar itu
membuatkan hati Dr. Narsha lega. Lega dapat melihat keadaan anaknya sekarang
walaupun hanya didalam gambar. Gambar itu dibawa ke dadanya.
Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka dan
wajah Dr. Amirul terjengul dihadapan pintu. Dr. Amirul pelik dengan apa yang
dilakukan oleh sang isteri. Sudah beberapa kali dia memberi salam tetapi tiada
jawapan. Dan sekarang, Dr. Narsha memeluk sesuatu. Pelik. Dr. Amirul mendekati
Dr. Narsha dan menarik apa yang berada ditangan Dr. Narsha. Dr. Narsha
terkejut.
“Ya Allah.. Abang..”
Dr. Amirul tersenyum sinis sebaik sahaja
melihat gambar tersebut. “Awak peluk gambar siapa nii?”
Sakit hati Dr. Narsha mendengarnya.
“Abang... you do not recognize the young boy in that picture?”
Dr. Amirul mengjongket bahu. “Abang..
itu Noah abang.. noah dah nampak lain sangat. dia hensem kan abang?”
“Noahhh??! Ohh. That rude son! Kan abang dah cakap jangan pernah sebut
nama diaa! Macam mana Narsha boleh dapat gambar dia ni?”
Terkejut dengan jerkahan yang tiba-tiba.
“Abang... Narsha baru dapat je. Ada orang hantar... ni dia tulis untuk abangg.
Huhh...” Dr. Narsha bersama air mata yang membasahi pipi melangkah naik ke atas
tangga dan masuk ke biliknya. Hatinya benar-benar sakit dengan perbuatan
suaminya itu.
Setelah membaca isi surat tersebut, Dr.
Amirul mencebik geram. Dia menggenggam penumbuk. Rasa geram dan marah
benar-benar menguasai dirinya disaat ini. “Noahh! Kau memang anak tak guna. Aku
hantar kau kat sana.. macam ni pulak yang kau buat. Conteng arang kat muka
akuu! Buat malu aku dengan kakak aku jee!!”
Gambar itu dilemparkan dengan penuh
perasaan. gambar Noah bersama seorang gadis yang sedang bergurau senda ditepi
pantai, disekolah dan bermacam-macam lagi. semuanya menyakitkan hatinya.
Ternyata duduk di Malaysia hanya membuatkan imejnya tercalar. Lebih baik dia
angkut Noah pulang walau dengan cara apa sekalipun. Dia semakin benci terhadap
Noah Hayyan yang benar-benar mencabar dirinya.
Nampaknya, Noah harus dikasi pelajaran.
Anak seperti itu tak layak dibiarkan hidup. Hanya tahu menyusahkan mak bapak
je. “Jaga kau Noah..” kata-kata bernada separuh berbisik bersama dengan
perasaan penuh benci pada anak muda yang tidak tahu apa salahnya.
***
DATIN ZIANA tersenyum disisi. Telefon
dicampak ke atas katil. Jane yang terlihat perkara itu berasa pelik melihat
wajah gembira mamanya.
“Mama.. what’s happen?”
Datin Ziana tersenyum. “Hmm.. ada news
yang terbaik untuk Jane..”
“What?”
“Uncle Mirul dah call mama.”
“Means ayah Noah?”
Datin Ziana mengangguk. “Reallyyy????”
“Yeahhh... dia dah send people untuk bawak Noah balik sana... dengan
cara apa sekali pun. even Noah terluka.”
Jane terdiam bila mendengar perkataan
‘noah terluka’.
“Uncle kau cakap dia akan send money lagi.. hurm. Legaaa. Hahahaha.”
“Maaa. Please don’t do this... bukan ini yang Jane nak.”
“Maksud Jane?”
“Noo... takkan sampai nak buat Noah terluka?”
“Yeah. Dah itu kehendak bapak dia, kita nak buat macam mana.... biar je
laa. lagipun budak tu tahu menyusahkan orang je. Huh...”
“Maaa. No.. this is not what i want. I just
want he to be far away from Soffiyya. Bukannya sampai tahap mencederakan
Noah...”
“Laaaa. Manalah mama nak tahu.. biar je laa. asalkan income masuk. Dahh.
Tak payah fikir panjang-panjang. Memandangkan kita tengah cuti, mama ingat nak
bawak Jane pergi China.”
Jane diam tidak terkata. Apa yang dia
buat itu akan mencederakan Noah? Sanggupkah dia biarkan Noah tercedera asalkan
Noah jauh dari Soffiyya? Semuanya tiada jawapan.
DR NARSHA terkejut mendengar apa yang
dikatakan oleh Dr. Amirul.
“Apa makud abang?”
“Narsha.. you don’t know how to teach you son!”
“Abang.. apa abang cakap ni.. Abang tahu tak tanggungjawab tu bukan
letak atas kepala bahu Narsha sorang tau bang.. tu tanggungjawab abang jugak!”
“Ahhhh! Aku dah penat-penat cari duit..”
“Abangg! Narsha pun keluar jugak cari duit...”
“Arrgghh. Kau tu pandai cakap je. Anak yang tu pun kau tak reti nak
jaga..”
Dr. Narsha istighfar panjang. “Abangg.
Dengar sini. Siapa yang buang Noah ke Malaysia? Macam mana Sha nak didik dia
kalau dia takde depan Sha? Narsha nak contact dengan dia, you never allowed me
to do so. So what should i do? Siapa yang salah sebenarnya niii?”
Panggg!!!!
Satu tamparan sulong hinggap di pipi
gebu Dr. Narsha. Perkara yang langsung tak dapat di agak. Itu benar-benar
mengejutkan Dr. Narsha. Kenapa semua ni berlaku?
“Abang! How come you slap me with your hand? Kenapa abang jadi macam
nii? Takkan disebabkan gambar Noah with that girl, abang nak mengamuk sakan?
Abang sanggup buat macam tu semata-mata nak jaga imej as a specialist doctor
yang dikenali ramai? I know abang buang Noah tu sebab Noah anak yang
bermasalah. Always terlibat dalam pergaduhan and masalah displin. Untuk abang
elakkan imej abang terjejas, abang gunakan alasan Sha tak boleh tengok muka dia
sebab muka dia seiras dengan arwah Ameer. Abang ingat Sha tak tahu semua
tuuu..”
“Shut up!!!!”
“No. Buat apa Sha nak diam. Sha nak tanya, apa yang abang buat untuk
didik Noah? Sha nak tanya!”
“Hah. Kau tanya, kau laa yang
jawab!”
“Abang! Please be serious. You never teach your son! I know. Abang hanya
cari nafkah tapi lupa nak didik anak. Abang tahu tanggungjawab suami bukan
setakat cari makan je... Tapi sebab Sha fikir abang letih-letih cari duit, Sha
tolong abang.”
“Ohhh. Kau nak mengungkit laa tuuu!”
“Sha tak mengungkit tapi just nak abang sedar. Sha hidup ni bukannya
goyang kaki. Dah laa abang. Sha malas nak bertengkar dengan abang.
Assalamualaikum!”
Dr. Narsha terus berlalu. Sekali lagi
berlalu bersama air mata yang berlinangan. Dia tahu besar dosa meninggi suara
dengan suami tapi keadaan membuatkan dia jadi macam tu. dia benar-benar kecewa
dengan sikap suaminya. Dia menangis didalam bilik meratap sayu. Kemudian, dia
mengambil wuduk dan membaca al-quran. Tu saja jalan untuk menyembuh rasa sedih
dan pilu dihatinya.
***
SEDANG Noah menunggu ditaman permainan
sambil memikirkan apa yang hendak dibuat petang itu, ada sebuah alphard
berhenti dihadapannya. Mengejut. Noah pelik. petang tu, sememangnya dia ada
kejutan untuk Soffiyya memandangkan hari tu hari lahir Soffiyya yang ke-17.
Seorang lelaki bertopeng hitam menarik
Noah yang sedang duduk diatas buai tersebut. Sewaktu Soffiyya baru sampai.
“Noahh!!! Noahh!!!” Soffiyya terus turun dari basikal tersebut dan mengejar
Noah yang ditarik oleh seorang lelaki bertopeng hitam yang sedang menuju ke
alphard putih. Noah tidak sedarkan diri.
“Pulangkan kawan saya!! Tolongg!!!” Soffiyya merapati alphard putih
tersebut.
Dua orang lelaki bertopeng dalam alphard
tersebut membuka pintu lalu menarik Soffiyya sekali.
“Huh. Memandangkan kau nampak kitaorang, kau ikut sekali!” Soffiyya
ditolak masuk ke dalam. Noah yang berada disebelahnya tidak sedarkan diri.
“Mana awak nak bawak kami??”
“Hah. Kau diamlah. Kalau jadi sesuatu kat kau, jangan tanya kenapa. Kau
yang gatal sangat nak ikut!”
Soffiyya terdiam. “Apa kamu semua nak
buat?”
“Diamlah! Kau ni banyak tanya! Nahh!!!” Kepala Soffiyya dihantuk
sehingga Soffiyya pengsan.
Noah pula yang tersedar. Dia terkejut
soffiyya ada disebelahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Noah tidak dapat
berbuat apa kerana tubuhnya diikat.
Setelah Soffiyya pengsan dalam perjalan
ke destinasi dua orang lelaki bertopeng tadi, pintu alphard dibuka walaupun
kereta itu bergerak laju.
“What are you doinggg!!!!” Noah seperti dapat mengagak apa yang bakal
dilakukan. “Don’t do thatt!!! Pleaseee!!!!”
Tanpa belas kasihan, Soffiyya yang tidak
sedarkan diri itu ditolak keluar dari kereta tersebut. Berguling-guling tubuh
Soffiyya diatas jalan tar.
“NOOO!!!!!! Yuki!!!!!!!!!!” Noah seperti hilang arah melihat pekara
tersebut. dia tidak sempat berbuat apa-apa. Noah memandang ke belakang. Sekali
lagi dia menjerit apabila ada sebuah kereta yang dipandu laju melanggar tubuh
Soffiyya yang terbaring diatas jalan itu.
YUKI!!!!!! Jerit Noah. Namun jeritan
tidak memberikan apa-apa bantuan. “Lepaskan aku!!! apa yang kau nakkk!!
Lepaskannn akuuu!!! Pulangkannn sahabat akuuuu!!!!!! Pleaseee!! Yuki...”
Pangg!!! Satu tamparan hinggap dipipi Noah.
Noah tidak mengalah. “Heyy! Did you think with the slap will make me shut up!
NOO!! Let me go!! Shit! Arghhhh!!!!!” Noah dibelasah teruk didalam kereta
hingga Noah tidak sedarkan diri.
DR. AMIRUL mendapat khabar gembira dari
Malaysia. Senang sungguh hendak selesaikan anaknya yang satu itu. Senang
hatinya mendengarnya. Noah takkan biar liar seperti itu lagi. dia tersenyum
sinis didalam bilik kerjanya. Dr. Narsha yang mendengar perkara itu terkejut.
dia terus membuka pintu bilik kerja suaminya.
Dr. Amirul terkejut dengan kehadiran
isterinya. “Don’t you know how to knoch the door?”
“Knock the door? takkan nak masuk bilik suami sendiri pun kena ketuk
pintu..”
Dr Amirul tersenyum sinis. “Apa abang
dah buat dekat Noah?”
“Sha jangan masuk campur!”
“Why not. He’s my son!”
“Sha. Listen what do i said. Abang cakap jangan masuk campur. Tahulah
abang nak ajar dia macam mana.”
“Abang..”
“Get out!”
Dr. Narsha tidak dapat berbuat apa
melainkan keluar dari bilik tersebut. terpaksa dia akur. Dalam hatinya berdoa
agar tiada apa-apa yang berlaku kepada Noah.
NOAH berusaha untuk melepaskan dirinya
yang terikat. Tangannya terikat. Dia memandang apa-apa yang boleh membantunya
membuka ikatan tersebut. Dia ternampak kaca yang tidak jauh disisinya. Noah
memandang sekeliling. Lelaki bertopeng tu sedang tidur. Perlahan-lahan Noah
mengesot tubuhnya mendekati serpihan kaca tersebut. Ya Allah... bisik hatinya
mengucapkan kalimah suci. Noah dapat mencapai kaca tersebut. Dia berusaha
sedaya upaya untuk membuka ikatan tali yang mengikat kedua-dua belah tangannya
dari belakang badan. Walaupun tangannya terluka, dia tetap berusaha untuk
melepaskan ikatan tersebut.
Hampir setengah jam mencuba akhirnya
berjaya. Noah berjaya membuka ikatan ditangannya. Dia bangkit perlahan-lahan
dan berlari. Dalam kepalanya, hanya teringat Soffiyya. Dia perlu mencari
Soffiyya dengan kadar yang segera.
Dia berjaya berlari hingga berjumpa
dengan jalan raya. Dia menyusuri jalan raya yang gelap dan sunyi. “Ya Allah.
bantulah hamba-Mu ya Allah... permudahkanlah urusan aku.. aku memerlukan
bantuan-Mu disaat ini... Kau selamatkanlah sahabat aku, Soffiyya Yuki...
selamatkanlah dia ya Allah.” Doa Noah bersama air mata yang mengalir.
Tiba-tiba, beberapa puluh langkah dari
tempat dia diculik, ada yang mengejarnya. Noah berlari walaupun kaki sebelahnya
berasa sengal. Namun, usianya sia-sia sahaja apabila kepalanya terasa pening
dek pukulan kayu hinggap dikepalanya. Tak cukup dengan itu, tubuh Noah ditolak
disaat sebuah kereta yang sedang memandu laju dari jalan hadapan.
Arghhhh!!!!!!
No comments:
Post a Comment