NOAH pulang sewaktu jam tepat
menunjukkan dua belas tengah malam. Tapi kelewatan dia pulang ke rumah itu
sudah dimaklumkan kepada ibu angkatnya. Puan Syafarina pelik dengan perangai
Noah. Tapi dia biarkan saja. Mungkin Noah ada hal tertentu yang membuatkan Noah
jadi sebegitu rupa. Puan Syafarina sengaja tunggu Noah diluar. Apabila lihat
wajah Noah yang pulang dengan selamat, hatinya berasa lega.
“Assalamualaikum bu.. ibu tak tidur lagi?” Soal Noah sambil meletakkan
basikalnya ditempat yang sepatutnya. Dia kemudiannya melabuhkan punggung disisi
ibu angkatnya. Puan Syafarina menginjak sedikit untuk memberi ruang kepada anak
angkatnya duduk.
“Waalaikumsalam Noah.. hmm... tak lagi.. Noah pergi mana tadi?”
“Ohh. Noah duduk kat taman permainan kejap tenangkan fikiran.”
“Hmm.. anak ibu ni ada masalah ke?”
Noah menggelengkan kepalanya apabila
soalan itu dikemukakan kepadanya. “Takde apa-apa laa ibu..”
“Noah.. tak baik tipu ibu.. ibu boleh nampak dari air muka Noah... ibu
dah lama hidup Noah.. Even ibu tak membesarkan Noah sejak dari kecil, tapi ibu
tahu.. ibu nampak sayang..”
Noah terdiam sejenak. Dia menundukkan
wajahnya memandang air dibawah gazebo. Puan Syafarina menggosok perlahan
belakang Noah. “Sabar ye Noah.. ibu tahu ibu tak boleh tolong apa-apa.. Cuma
ibu minta kalau Noah ada masalah, story dengan ibu... ibu dah anggap Noah macam
anak ibu sendiri. ibu layan Noah sama dengan ibu layan anak-anak ibu yang
lain..”
Sayu hati Noah mendengarnya. “Diaorang
tak kisah ke?” Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari bibirnya. Sememangnya
Noah rasa bersalah kerana takut yang lain marah kerana perhatian ibu mereka
lari kepadanya.
Puan Syafarina terkejut bila Noah
berkata seperti itu. “Noah.. diaorang tak kisah pun.. Diaorang dah anggap Noah
macam adik beradik diaorang.. tu Noah jangan risau..”
“Tapi ibu....”
“Takde tapi tapi dah Noah.. that’s true.. hmm..”
Noah mengangguk perlahan. Wajahnya
didongak memandang langit yang suram. “Ibu....”
“Hmm...?”
“Malam ni suram je kan ibu...”
Puan Syafarina mendongakkan kepala
melihat langit. Kemudian dia mengangguk. “Ye.. suramm.. kenapa Noah..?”
“Agak-agakkan, dekat Cardiff sana suram jugak ke macam ni?”
Pelik dengan soalan Noah. “Ermm? Entahlahh
Noah.. Noah... Noah rindu kat keluarga Noah ke?”
Noah senyap saja. Tahulah Puan Syafarina
bahawa anak muda disebelahnya itu begitu merindui keluarganya disana. “Noah..
it’s okay... Ibu tahu Noah mesti rindu dekat bonda Noah kann..”
“Tapi diaorang rindu tak kat Noah, bu?”
“Mungkin rindu. Cuma tak terucap dek kata-kata.. Noah nak ke sana ke?”
“Entahlah bu... apa gunanya kalau Noah balik ke sana tapi tidak terima?
Kedatangan Noah hanya satu benda yang sia-sia...”
“Hmm.. takpe Noah... Mungkin Allah tengah uji Noah sekarang. biasalah
perasaan rindu tu tetap akan hadir selagi darah kasih sayang yang mengalir
dalam diri Noah tu masih ada... Noah sabar ye... Mungkin ibu tak boleh jadi
sebaik bonda Noah.. tapi ibu akan cuba yang terbaik..”
Sekali lagi air mata Noah mengalir. Dia
terus memeluk tubuh ibu angkatnya. Puan Syafarina membalas pelukan itu. rambut
Noah yang nampak semakin panjang itu digosok perlahan.
Soffiyya yang melihat peristiwa itu dari
balkoni tingkat dua tersenyum. lega hatinya. Sekurang-kurangnya Noah ada tempat
untuk mengadu dan melepaskan tangisnya. Tidaklah Noah menangis berseorangan.
Bukankah itu menyakitkan. Kadang-kadang, kita perlu juga meluahkan apa yang
terbuku dihati agar masalah tu dirasakan tidak terlalu berat.
***
NOAH berjalan menuju ke kafe sekolah
untuk membeli minuman. Almaklomlah terbangun lewat sampai bekal air pun terlupa
nak bawak. Jane yang berselisih dengan Noah tersenyum manis tapi langsung tidak
dibalas oleh Noah. Noah seolah-olah orang buta yang berjalan memandang ke
hadapan.
Jane mencebik apabila Noah berkelakuan
seperti itu. nak je dia tarik lengan si Noah tu dan paksa si Noah ikut
perintahnya. Tapi takpe. Dia hanya perlu tunggu sedikit saja lagi. Tak lama.
Dia akan dapat apa yang dia mahu.
Noah yang hendak membeli minuman itu
ditegur oleh dua orang pelajar perempuan junior.
“Hai abang Noah.”
Noah pelik. Dia hanya angkat tangan
sahaja sebagai tanda balasan. Tak senyum, tak juga serius. Tapi muka tiada
perasaan sentiasa menghiasi wajahnya kecuali ketika dia bersama dengan Adam,
Jae. Terutama sekali Soffiyya. Kegembiraan tu jelas terserlah.
“Abang Noah nak beli apa ni?”
“Minuman.” Balas Noah senada. Macam orang pemalas.
“Nak kitaorang tolong belikan?”
Noah terkejut didalam hati apabila
mereka menawarkan diri untuk membelikan barang untuknya. Adakah diaorang
menawarkan diri untuk jadi kuli aku? aiyark. Kang mati macam tu je budak dua
orang ni.. bisik hati Noah. Situasi yang sama berlaku ketika dia di Cardiff
dulu.
“No. It’s okay.”
Noahh!! Noahh!!
Ada orang memanggilnya dari belakang.
Noah menoleh. “Ehh. Jae. What’s up? Kau ni macam nampak hantu je. Kenapa?”
“No.. Ustaz panggil kau.”
“Panggil aku? what for?”
Jae mengjongketkan bahunya. Dua orang
pelajar perempuan bertambah seronok dan teruja apabila dua orang senior hensem
berada dihadapan mata mereka. Dah la hensem, pandai, bijak dan atlit sekolah.
Memang terbaik!
“Ermm.. okey. Jom laaa.”
“Ehh. Abang Noah and Abang Jae tak nak beli ke?”
Noah terhenti langkahnya. “Ermm.. okey.
Ambik not sepuluh ringgit ni. beli dua minuman. Ambik dua cappucino campur
perisa strawberry okay?”
Menggigil tangan salah seorang pelajar
perempuan tu menyambut sekeping not sepuluh dari tangan Noah. Jae tersenyum
dalam diam melihat perkara tersebut. “Ehh. Kau nak tak Jae?”
“Tak payah laa. aku dah kenyang. Hahaha. Jom laa! lambat pulak nanti.”
Noah mengangguk saja. “Thanks yeah.
Jumpa bawah pokok depan bangunan school library. I’m going now.” Balas Noah
bersahaja dan berlalu bersama Jae meninggalkan kafe sekolah mereka.
SOFFIYYA duduk dikerusi meja bawah pokok
yang rendang tempat dia dan Noah selalu makan bersama. Lama menunggu Noah
disitu. Makanan pun dah jadi sejuk. Tiba-tiba ada dua orang pelajar perempuan
junior sedang menuju ke arahnya. Soffiyya yang melihatnya rasa pelik. sudahnya,
dia buat macam tak nampak je.
“Ermm. Abang Noah mana?” Tanya salah seorang pelajar perempuan junior
dengan lagak.
Soffiyya tersenyum manis walaupun tahu
dari reaksi wajah dua pelajar junior tu tidak menyukainya. “Erm. Dia ada hal
kejap. Nanti dia sampai laa tu.”
“Ohh. Ehh? Okay.”
Mereka berdua melabuhkan punggung
dihadapan Soffiyya. Soffiyya yang sedang membuka bekalan makanan yang
bermenukan sushi itu. Budak junior berdua dihadapannya buat seolah-olah tidak
perasan akan Soffiyya dihadapan mereka.
“Yukii!!” Noah dari jauh melambaikan tangan ke arah Soffiyya. Soffiyya
menoleh belakang lalu membalas lambaian tangan tersebut.
Budak junior yang berwajah ketat gila tu
serta merta berubah jadi manis bila ternampak Noah. Soffiyya yang perasan akan
hal itu berbisik didalam hatinya. Apa da... masalah betul. Nampak sangat
kegatalan kemerenyaman korang berdua tu kan...
“Makan Noah...” Noah mengangguk berserta senyuman. Doa orang budak
junior yang berada disitu cair melihat senyuman Noah. Rasa nak jerit, nak
lompat pun ada.
“Abang Noah.. Err..”
Automatik wajah Noah bertukar menjadi
serius apabila pandangannya beralih kepada dua orang budak junior tadi. “Ye..”
“Ni yang air abang Noah suruh beli tadi.” Salah seorang pelajar
perempuan junior tu menghulurkan minuman yang disuruh oleh Noah sebelum Noah ke
bilik ustaz.
“Ohh. Thanks. Lebih tu ambik kat korang..”
Noah menyambut minuman bersama senyuman
yang terukir sedikit dibibirnya namun ia tetap memberi kesan kepada hati budak
berdua dihadapannya itu.
“Sama-sama...” Balas mereka berdua serentak.
Nak tergelak Soffiyya melihatnya. Entah
apa-apalah sampai jadi sebegitu rupa. Noah duduk dihadapan Soffiyya. “Kenapa
awak tak makan lagi?” Soal Noah apabila melihat sushi yang dibawa tidak
tersentuh dek Soffiyya. Soffiyya tersenyum manis.
“Makan berjemaah lagi afdhal. Hehehe.” Noah tersengih.
“Aaa. Okay.. patutlah pun.. okay.” Tiba-tiba Noah terasa pelik. terasa
ada gangguan. Dia mengangkat wajah memandang dua orang budak junior yang masih
belum beredar dari tempat mereka berdiri sewaktu proses penyerahan minuman
kepada Noah. Noah mengjongketkan keningnya. “What are you both doing here?”
Dua-dua macam tak tahu nak cakap apa.
Gelabah semacam. “Err... takde apa-apa. Kami pergi dulu...”
“Oh.. okay. Hmm.” Balas Noah seadanya. Perhatiannya kembali kepada
Soffiyya.
Setelah mereka berdua pergi, barulah
Soffiyya membuka mulut. “Awak ni.. tak baiklaa buat kat diaorang macam tu.”
Noah mengjongketkan keningnya. “Eh..
kenapa pulak? Saya buat apa, Dear Yuki?”
Soffiyya tersenyum. “Takkan awak tak
notice langsung? Awak buat muka serius sangat sampai diaorang takut.”
“Hahaha. Biar je laa..”
“Habis tu nanti, tak hilang ke peminat awak nanti Dear Noah?”
“Buat apa.. saya tak kisah laa.. peminat ke fans ke apa ke... i don’t
care. I even terkejut dengan fan page yang dia orang buat dekat facebook tu.
Entah apa-apa laa.. banyak lagi orang yang dia orang boleh jadi kan fans like
Yusuf Islam.. Tapi dah dia orang pilih saya nak buat macam mana.... Takdir...”
“Eh.. okay what. awak tak rasa untung ke? From that things, you’ve got
many advantage.”
“Advantage apa nye Yuki.. takde nya.. kalau setakat peminat ramai, buat
apa...”
“Ehh.. buat apa awak cakap? Mana tahu diaorang sentiasa mendoakan
kejayaan awak..”
Noah terdiam seketika. Kata-kata
Soffiyya ada betulnya. “Okay. Awak betul.. tapi lagi better awak ada... As long
as awak ada, it’s gonna be okay. Awak seolah-olah live my life also my soul
back...”
Soffiyya tersenyum. “Yelaa.. tu.. Dah.
Jom makan... nanti kempunan tak sempat makan sushi ni. hehehe. Sedap tau.”
Soffiyya membuka bekas milik Noah dan meletakkannya dihadapan Noah. Manakala
Noah meletakkan minuman yang dibeli itu ditepi lunchbox Soffiyya. Mereka berdua
makan dengan nikmatnya. Tak tinggal walaupun sebutir sushi didalam bekas
tersebut. nikmatnya makan sushi dari air tangan ibu sendiri. berkat.
Dua orang pelajar junior tadi
memerhatikan Noah dan Soffiyya dari tingkat atas.
“Aku tak tahu apa istimewanya Kak Soffiyya tu.”
“Dia pandai, bijak.”
“Err. takkan tu je kot. kalau nak kata bijak pandai, banyak lagi orang
dalam sekolah ni macam kak Soffiyya tu.”
“Entah laa. aku tak tau. Dengan kak Soffiyya tu lain benar senyuman dia.
wajah nampak bright je..”
“Tu laaa.. tadi waktu dia pandang tu, aku seram gila.. tapi itu tetap
tidak mengubah hati aku yang sudah menyukai dia.. hahaa. Huge the fans.”
“Err. okay. Hahaha. Takpe laa. apa-apa pun, kita always sokong dia..
Even dia takkan jadi milik aku.”
“Milik kau?”
“Err takde apa-apa. Hmm.. lupakan..”
Mereka berdua memandang kemesraan yang
tidak dikenal pasti. Sama ada mesra sebagai teman atau mesra sebagai pasangan
kekasih.
No comments:
Post a Comment