ENTAH apa yang difikirkan oleh Noah yang
sedang lepak ditepi laut. Wajah yang tenang dipandang dari jauh. Laut? Pantai
sebenarnya. Keluarga Soffiyya bercuti di Pulau Pangkor. Sengaja memilih Pulau
Pangkor sebagai destinasi percutian. Cuti persekolahansememangnya dimanfaatkan
oleh mereka sekeluarga. Noah yang hanya berpakaian santai itu duduk dibawah
pokok rendang bersama gitar ditangan. Dari gerak gayanya yang santai bersama
wajahnya yang tenang, tak siapa yang tahu apa yang terbuku dalam hati anak muda
berdarah kacukan Belanda itu.
Rata-rata gadis mahupun makcik-makcik
yang ternampak Noah, pasti akan terpesona dengan wajah anak muda yang sempurna
rupa bentuknya. Sungguh, kejadian Allah itu indah. Ada yang tersengih-sengih
memandang Noah tapi anak muda itu seperti biasa. Wajah tanpa perasaan yang
sentiasa terpamer diwajahnya. Nak kata marah tak, nak kata senyum tak.. tapi
apa yang pasti ketenangan menghiasi wajah anak muda bermata biru kehijauan itu.
Soffiyya yang memakai baju t-shirt
berlengan panjang dan seluar track hitam itu memerhatikan Noah dari jarak jauh.
Sengaja dia berbuat seperti itu. Sahabat yang dapat dirasakan kemesteriannya.
“Erm.. apalah yang dia buat kat situ? Noah...” Soffiyya berbicara
sendirian.
Rasa bosan dengan hanya melihat Noah
yang seolah-olah seperti patung cendana versi lelaki itu, Soffiyya menapak ke
arah Noah yang sedang bersantai. Walaupun dia sudah pun berada disebelah Noah,
anak muda itu tetap tidak perasan akan kehadirannya. “Ehermm.” Berdehem sekali
barulah Noah sedar. Noah yang duduk dibawah pokok yang rendang itu mengangkat
wajahnya.
“Lohhh. Yuki. Apa awak buat kat sini? Where is ibu and the other?”
Soffiyya melabuhkan punggung disebelah
Noah dengan jarak beberapa meter. “Ermm.. diaorang ada. Kat dalam hotel. Biasalah..
nak rehatkan badan..”
“Hmm.. habis awak?”
“Means?”
“Tak nak rehatkan badan ke? Awakkan orang yang paling busy tadi.
Hehehee.”
“Erk. Perli ke?”
Noah tersengih. “Mana ada. Merepek je
awak ni. ermm..”
Dua-dua mendiamkan diri. Hanya bunyi
ombak menghempas pantai sahaja memenuhi ruang diantara mereka berdua. Angin
pantai menderu menampar lembut tubuh mereka. Sesekali Soffiyya membetulkan
tudungnya yang berterbangan bagai burung yang hendak melepaskan dirinya. Udara
yang sangat menenangkan jiwa dan mendamaikan hati.
“Yuki....” Noah membuka mulut setelah sekian lama mendiamkan diri.
Soffiyya yang memandang terus ke laut
nan biru itu memandang Noah. “Hmm...”
“Tenangkan...”
“Yeah.... kenapa awak suka tengok laut?” Soal Soffiyya. “Is it because
laut sangat menenangkan. Kalau that’s your answer, i really agree with that.”
Sambung Soffiyya yang kembali memandang laut yang membiru itu. deruan ombak
pantai yang kedengaran sangat bising tapi menenangkan.
Noah memandang wajah Soffiyya dari tepi.
Gadis berkulit cerah. Tak putih tak gelap sangat. Nampak gebu. Dari sudut tepi,
Soffiyya nampak ayu bertudung biru laut. Tudung yang mengibas dek angin yang
meniup dari arah laut. Tidak berkedip mata Noah memandang Soffiyya. Sedangkan soffiyya
tidak perasan akan hal itu.
“Noah...” Soffiyya menoleh ke tepi. Sebaik menoleh ke tepi, Noah
tersedar dan segera dia memandang laut.
Ya Allah.... apa yang aku buat ni...
boleh pulak aku usha anak dara orang lama-lama.. huhh.. Ampuni dosaku ya
Allah.. Bisik hati Noah yang mulai diselubungi rasa bersalah. Jantungnya
berdegup kencang. Nampaknya, jantungnya yang bertindak sebagai organ mengepam
darah yang beroksigen ke seluruh badan itu bertindak laju.
Soffiyya pelik dengan tindakan Noah.
Nampak lain macam je. Sudahlah soalan yang ditanya dibiarkan sepi. “Noah.. are
you okay?” soal Soffiyya dengan nada pelik.
“Er.. yes.. i’m okay... huhuhu. Muka awak nampak pelik.” tiba-tiba
sahaja ia terbit dari mulut Noah tanpa sedar. Soffiyya memegang wajahnya. Apa
yang pelinya? Bisik hati Soffiyya.
“Ahh? Okay.. kalau ye pun pelik, perlu ke awak jadi macam ni? saya hantu
eh? Hihihihihi. Macam tu?” Soffiyya mengilai macam pontianak.
Noah tergelak. “Okay. Stop talking about
that okay. Hahahaha. Awak merepek je.”
Soffiyya tersenyum. “Fine. tahu pun.
ehh.. awak tak jawab pun soalan saya tadi..”
“Soalan? What was your question?”
“Ermm..” Soffiyya mencebik. “Awak ni kan.. saya tanya tadi. Dari first
day we’re here, awak asyik lepak dibawah pokok yang sama, with your favorite
guitar and always stare at ocean.. the blue ocean.. Is it your hobby?”
Noah tersenyum lalu mengangguk. “Yes...”
“But why?”
“Sebab sangat menenangkan... awak tahu, ciptaan Allah ni sangat indah...
takde yang boleh menandingi kehebatan-Nya.. hmm.. bila kita tengok laut dengan
menghayati kebesarannya, gugurlah dosa-dosa kecil.. Islam itu mudah, yuki..
Sangat mudah. hanya manusia yang tidak tahu menghayati keindahan Islam saja
yang merasa susah... Senang dapat pahala, senang dapat dosa. Hmm... Islam is
the way of life.. ingat.. Islam bukan pada nama...”
Panjang lebar jawapan yang diberi
sedangkan soalan hanya beberapa patah perkataan sahaja. Tapi penerangan yang
membuatkan hati Soffiyya tersentuh dan terharu. Kepalanya menganguk perlahan
membenarkan apa yang dikatakan oleh Noah.
“Hurm... Noah Hayyan...”
“Ye saya..” Noah mengangkat tangan gaya seperti didalam kelas apabila
cikgu cek kedatangan pelajar.
Soffiyya tersenyum. “Erm. Macam mana
perwatakan ayah awak?”
Noah terdiam seketika apabila Soffiyya
bertanyakan tentang ayahnya. “My walid.. i don’t know what kind of person he
is.. but entah laa. i don’t know how to explain..”
“Ohh.. awak mesti rindukan Ameer?”
Soalan yang cukup menyentuh kalbunya.
Perlahan-lahan Noah mengangguk.. “Yeah.. tapi siapa saya nak melawan ketentuan
takdir... jika Allah lebih sayangkan dia, saya relakan dia pergi.. dan jika
Allah tetapkan saya hilang keluarga sebelum tiba masanya, saya juga redha..
Mungkin dengan cara tu boleh buat dia orang bahagia..” Jawab Noah tenang.
Jawapan yang sangat matang tak seiring dengan usia mudanya.
“Hmm... Soffiyya Yuki...”
Soffiyya yang sedang mengukir sesuatu di
pasir itu mengangkat wajahnya. “Ye..”
“Awak okay?”
“Yeah...”
“Tapi kenapa air mata awak berair..”
Soffiyya yang sedang menahan tangisannya
itu menggeleng kepalanya. “Takde laa. saya tak menangis... is it because the
wind blow...”
Noah mendiamkan diri. “So let me cover
the wind from blow in to your eyes..”
Gadis berkulit cerah itu tersenyum.
“Thanks Noah...”
Noah menganguk perlahan. “You’re the
best friend that i ever had after Ameer..”
“Ermm.. kalau macam tu, can you stay by my side, buddy? Saya nak awak
disisi saya disaat saya lagi bersedih mahupun gembira. Tapi macam mana kalau
awak terpaksa pergi?” Soal soffiyya.
“Apa maksud awak?”
“Siapa tahu kalau keluarga awak mahukan awak kembali..”
“No.. saya takkan ikut dia orang yang dah buang saya dari hidup dia
orang...”
“Betul ni? tapi bukan ke awak pernah cakap yang awak dah maafkan dia
orang?”
Noah mengeluh perlahan.. “Hmm. Yeah..
tapi untuk kembali bersama dia orang tu adalah one thing yang mustahil....”
Soffiyya mengangguk perlahan. “So, you
must promise me that you never left me behind..” janji budak-budak kecik. Noah
mengangguk bersetuju untuk membuatkan janji itu jadi relaiti.
“So that, kalau awak ada masalah, just tell me.. beside Allah, your mother
and you siblings, saya juga ada untuk awak... Awak ada saya untuk tempat luahan
masalah and whatsoever.. we both are friend right... hmmm... I will comfort you
with the thing that i had. Maybe with my talent..”
Soffiyya terharu dan tersentuh mendengarnya.
“What’s your talent?” Soal Soffiyya pelik.
“You want to hear that?”
Soffiyya mengangguk. “Hmm... let me sing
a song to you.. lagu yang cipta untuk awak.. mungkin..” Sambung Noah lagi.
Give me a smile, Don’t
be sad
It’s going to be
alright. Don’t shed a tear
The song that I am
singing now
I hope that it can
bring you a bit of comfort
Give me a smile, Don’t
get hurt
It’s going to be
alright, although you are going through a hard time now
Time will pass
Give me a smile
I am right here by your
side
I love you, can you
hear my heart?
Close your eyes
No matter what, I
believe you
I am always here for
you
Give me a smile, look
into my eyes
I love you, I have
always been looking at your heart
It has never changed
You can lean on my
shoulders
Take a rest,
Give me a smile.
I am here for you,
me who believes in you
always and forever.
Sewaktu
lagu dinyanyikan, ramai pula pelancong asing dari pelbagai negara mengelilingi
Noah yang benyanyi lagu bersama lagu tersebut. Mereka bertepuk tangan sekali
sebagai alat muzik latar belakang. Noah terkejut dengan apa yang berlaku namun
dia tetap enjoy bernyanyi dari hati dan perasaannya. Lagu yang dituju kepada
Soffiyya. Rangkap kata yang lahir dari hati yang ikhlas.
Lagu
yang seolah-olah mencerita kembali apa yang berlaku pada kisah hidup Soffiyya
kini. Mengalir jua air matanya dicelahan orang ramai. I’m not crying but the
wind blows in my eyes... bisik hatinya sambil menyeka air mata yang mengalir..
“Thanks Allah for sending a best and great friend like him.. i’d really great
what i’ve now.. thanks you Allah...” Suara Soffiyya yang bernada separuh
berbisik.
Sebaik
sahaja lagu selesai dinyanyikan, semua orang memberikan tepukan gemuruh. Mereka
menyumbangkan sedikit duit kepada Noah yang sudah menghiburkan mereka. Ada yang
meminta untuk menangkap gambar bersama Noah seolah-olah Noah seorang penyanyi
terkenal.
“You’re so great young boy! I really
happy... Thanks you..” Seorang lelaki bersalaman dengan Noah.
Noah
mengangguk kepalanya. “Yeah.. you’re the most welcome. Thanks for listening i’m
singing a song..”
Setelah
semua orang pergi, barulah Soffiyya mendekati Noah. “Thanks buddy..”
“Are you crying?” Soal Noah yang perasan
hidung Soffiyya bertukar warna.
Soffiyya
menggeleng. Noah dapat mengagak ayat yang bakal keluar dari Soffiyya. “You’re
not crying but.... the wind is blowing....”
Noah
tersenyum. begitu juga dengan Soffiyya.
***
SEORANG
lelaki yang mengikut pergerakan seorang anak muda itu berjalan dengan lancar
selaras dengan arahan yang diberikan oleh Jane dan Datin Ziana. Semuanya
berjalan seperti yang dirancang. Setiap gambar Noah yang nampak seperti tidak
senonoh berada ditangan mereka kini. Hal itu akan dijadikan bukti kukuh untuk
Dr Amirul yang merupakan ayah kepada Noah membawa pulang Noah ke Cardiff
ataupun kembali ke rumah banglo besar milik Datin Ziana.
Semuanya
berlaku diluar sedar. Noah tidak perasan akan hal tersebut Cuma sesekali dia
terasa orang ikuti pergerakannya tapi bila dipandang, tiada pula. jadi Noah
hanya menganggap hal tu hanya sebagai khalayannya sahaja. semuanya dia serah
kepada Allah.
Sewaktu
Jane tengah lepak dihadapan televisyen, panggilan masuk ke dalam telefonnya.
“Hello.”
“Hello Lady Jane.”
“Yes. is it you uncle?”
“Yeah. Semuanya berjalan dengan lancar.
Uncle dah ikut dia sampai ke Pulau Pangkor.”
“Pulau Pangkorrrr???”
“Yeah... dia pergi dengan keluarga
Soffiyya kaki.”
“Kaki? Bukan kaki laa. Yuki.”
“Err.. apa-apa je laa. sama je laa kann.
Hmm.. Nanti uncle send gambar diaorang berdua. Gambar yang ni nampak lagi
perghhh..”
“Great! I’ll be wait. Bye.”
Jane
mematikan panggilan telefon. Dia tersenyum meleret. Rancangannya untuk membantu
Noah pulang ke sini tak pun ke Cardiff akan berjaya tidak lama lagi.
DI
CARDIFF, Dr. Narsha duduk didalam rumah kerana tiada perkara serius yang
berlaku hari ini. Dia mengemas rumah disaat semua orang tiada dirumah. Waktu
tu, Lena yang merupakan orang gajinya bersama anak bongsunya, Ayesha keluar
sebentar untuk membeli sesuatu. Manakala suaminya, Dr. Amirul ada kes yang
perlu diselesaikan. Semuanya melibatkan nyawa orang.
Sedang
asyik mengemas didalam laci yang mungkin tidak pernah dia buka didalam bilik
Ayesha, dia terkejut. hatinya menjadi sayu. Sayu yang tidak dapat dibendung.
Sungguh dia merindui anaknya itu. Gambar kedua-dua orang anaknya itu ditatap
penuh sayu. Yang paling sayu adalah Noah.
“Noah.. i’m really sorryy.. forgive me.. i
beg your forgiveness. Bonda make you suffer
all this day...”
Air
mata menitik jua akhirnya. Disebabkan dia tidak dapat menerima kehilangan
Ameer, Noah menjadi mangsa. Tapi itu bukanlah sebab yang kukuh untuk buang Noah
dari hidupnya. Sungguh dia tidak berniat langsung untuk menjauhkan diri dari
anaknya. Tapi sikap suaminya yang begitu tidak menyukai Noah menyebabkan hal
itu jadi sebegitu besar.
Sayu
hatinya mengenangkan apa yang berlaku. hampir setahun dia tidak melihat wajah
anaknya itu. Sudah membesarkah anak itu? sudah berubah wajah ke anak itu? semua
itu bermain dibenak otaknya.
Bila
disoal tentang Noah kepada Dr. Amirul, pasti hamburan kemarahan sebagai balasan
jawapan kepada soalannya.
Dia
hanya mampu memendam rasa rindu yang bergunung-gunung terhadap anaknya itu. tak
siapa tahu rasa hatinya melainkan Allah tempat dia mengadu masalah dan
bergantung harap. Ayesha adalah tempat dia melepaskan rindu. Wajah Ayesha ada
mirip wajah Noah. Ketiga-tiga orang anaknya mengikut wajahnya. Tak seorang pun
yang ikut wajah suaminya. Pelik tapi benar.
No comments:
Post a Comment