SUDAH seminggu Soffiyya pulang ke rumah.
Doktor memaklumkan bahawa Soffiyya perlu kerap datang ke hospital
sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menjalankan rawatan susulan. Ia
adalah untuk membantu Soffiyya kembali berjalan.
Soffiyya yang disangka kuat itu
sebenarnya tidak seperti yang disangka. Mungkin banyaknya dugaan yang datang
menimpa. Soffiyya tidak seberapa ingat apa yang dia lakukan dahulu, apa yang
dia lalui dahulu. Semuanya samar-samar. Kata doktor, Soffiyya mungkin akan
hilang seluruh ingatannya. Tapi setakat ni Soffiyya masih lagi boleh mengingati
apa yang terjadi sebelumnya walaupun ingat-ingat lupa. Keluarga yang melihatnya
berkeadaan begitu berasa amat sedih. Terlalu sedih. Seorang gadis yang lalunya
ceria dan periang bertukar watak. Noah yang merupakan sahabatnya itu berasa
sangat bersalah. Rasa yang tidak dapat dia padam dari ingatannya sampai dia
mati kecuali kalau Allah menarik ingatannya tentang hal tu.
Perjalanan perniagaan White Garden Cafe
milik Puan Syafarina tetap berjalan seperti biasa untuk mendapatkan duit demi
rawatan susulan buat Soffiyya. Puan Syafarina mengambil langkah berjaga-jaga
supaya kalau terjadi sesuatu, dia dah ada duit untuk menghadapi sebarang
kemungkinan.
Pagi itu, Soffiyya dimandikan oleh Puan
Syafarina. Senyum tidak, tanya tak jawab, begitulah keadaan Soffiyya. Noah
menolong menjaga restoran. Puan Syafarina kembali ke bawah untuk membantu Noah
yang tak menang tangan.
“Noah.. takpe.. biar ibu tolong Noah.”
“Eh.. takpe bu.. kesian kat Fiyya tu..”
“Hmm.. it’s okay Noah. Ibu suruh Kira tengokkan dia..”
Noah mengangguk mengerti.
MENJELANG malam itu, barulah suasana
lengang. Sebaik sahaja pelanggan terakhir keluar, kafe itu ditutup. Hari tu
agak awal memandangkan malam tu Puan Syafarina mencadang untuk pulang ke rumah
mereka. Yela, agak lama juga Puan Syafarina tidak kembali ke rumah sendiri
kerana tidur di kafe sahaja memandangkan rumah banglo yang dia beli itu dua
tingkat. Atas dijadikan tempat tinggal kerana ada lima buah bilik. Empat
ditingkat atas, satu ditingkat bawah. Di tingkat bawah pula dijadikan kafe.
Jadi kalau ada apa-apa senang. Kalau terlewat, boleh tidur.
Lagi pula, bila berada dirumah sendiri,
senang untuk Soffiyya bergerak ke mana-mana. Rumah tu dekat je dengan kafe
miliknya.
***
JANE ternganga mendengar berita yang
baru sampai ke telinganya. Dia terkejut dengan apa yang berlaku. kenapa ia
berlaku sebaliknya? Bisik hati Jane yang tiba-tiba diselubungi rasa bersalah.
“Mama.. macam mana niii?”
“Macam mana apa??” Soal Datin Ziana yang belum mengetahui apa yang
berlaku.
Jane mengeluh panjang. “Takkan mama tak
tauuu.. Soffiyya Yuki accident.”
“Soffiyya Yuki? Kekasih Noah tu ke?”
Jane merengus kasar pula. “Bukan
kekasih. Kawan jee!”
“Ye.. ye. Kawan je. Hmm. Dia accident? Hmm..” Balas Datin Ziana tiada
perasaan.
“Huhhh... mama ni. macam orang takde perasaan! pelik laaa.”
Datin Ziana mengjongket bahunya. Dia
baru terasa hendak bertanya. “Ehhh. Ehh... Noah macam mana? Dia okey? Errr..”
“Dia okey.. based on what information did i
get, sepatutnya yang kena langgar tu Noah.. tapi soffiyya selamatkan Noah..
lebih kurang macam tu.”
“Hahaha. Ingat filem jepun ke apa.. tolonglaa. Karut je tuu.. Yang
soffiyya tu bodoh sangat kenapa. Alih-alih dia yang tercedera.. haiayaaa laa
budak-budak zaman sekarang.”
“MAMA!”
“Mama tak pekak lagi. tak payah Jane nak jerit-jerit. Dah laa.. jangan
kacau mama. Nak tengok filem ni pun susah. Hishhh.”
Jane mencebik bibir geram dengan sikap
ambil mudah mamanya itu. Sudahnya dia memanjat tangga naik biliknya. Dia
berjalan bermundar-mandir didalam bilik.
“Wait.kenapa aku pulak yang kena rasa bersalah? Huhh. Jane.. it’s not
your fault okay. Wat lek dah leee..” Jane berdialog dengan dirinya sendiri. Dia
tersenyum sinis. Pelbagai alasan digunakan untuk memaafkan diri sendiri tanpa
ada sedikit pun simpati kepada yang tercedera.
***
NOAH diarahkan untuk menjaga Soffiyya
memandangkan Puan Syafarina percaya dengan Noah. Dia tahu Noah tidak akan
melakukan sesuatu yang tidak elok kepada Soffiyya.
“Hmm.. Ibu nak kena hantar Irfan dengan Syakira ke asrama ni.. ibu bawak
Fira sekali.. sebab boleh temankan ibu.. noah boleh kan jaga Soffiyya?”
Noah mengangguk. “In shaa Allah bu..
Noah akan jaga Yuki dengan baik.” Balas Noah dengan penuh rasa tanggungjawab
bercampur rasa bersalah yang tidak akan hilang.
Puan Syafarina lega mendengarnya. Sudah
dia bincang dengan Soffiyya semalam, tapi Soffiyya menggeleng kepala menandakan
dia tak mahu pergi ke mana-mana. Puan Syafarina mengerti apa yang dilalui oleh
anaknya itu. dia sangat mengerti. Ya, apa yang dilalui oleh anaknya itu sangat
memeritkan. Dia sanggup menggantikan tempat anaknya kalau diizinkan oleh-Nya.
Tapi apakan daya. Dia bukan ada kuasa untuk mengubah semua tu. semuanya
terletak ditangan Maha Kuasa.
Menitis juga air mata Puan Syafarina
sewaktu memberitahu Noah supaya menjaga Soffiyya.
“Noah.. ingat pesan ibu. Jaga Fiyya baik-baik.?” Bahu Noah dipegangnya.
Noah mengangguk sekali lagi. “Ye bu.. in
shaa Allah.. Ibu jangan risau. Kalau ada apa-apa nanti, Noah call ibu.. Ibu
jangan risau ye?” Noah menahan sebak didada.
Irfan dan Syakira meleleh air mata
sewaktu menyaksikan dan mendengar perbualan tersebut. Puan Syafarina masuk ke
bilik Soffiyya. Ketika itu Soffiyya sedang terbaring diatas katil. Mungkin
sedang tidur lagi.
Dahi Soffiyya dikuncup penuh kasih.
“Anak ibu... jangan lemah semangat. Ibu tahu anak ibu ni kuat.. Fiyya kena kuat
kalau nak sembuh cepat... ye sayang... ibu pergi dulu..”
Selepas ucapkan kata-kata itu, Puan
Syafarina pergi. Dia mengesat air mata yang mengalir. Risau juga dia hendak
meninggalkan anaknya itu walaupun Noah ada untuk menjaga Soffiyya.
Di saat mendengar deruan enjin kereta meninggalkan
perkarangan rumah, air mata Soffiyya mengalir membasahi pipi. Dia tahu ibunya
bersedih melihat dia seperti tiada semangat untuk hidup. Tapi disaat ini dia
memang lemah. dia seperti tidak berdaya. Soffiyya akhirnya tertidur kembali.
DI DAPUR, Noah menyediakan sarapan untuk
Soffiyya. Yela, Puan Syafarina keluar awal pagi untuk menghantar Irfan dan
Syakira ke asrama memandangkan asrama mereka berdua tidak sama. Berlainan
negeri. Jadi agak lama masa yang akan diambil.
“Hurm... i must take care of her well because i knows that she is not
capable to did everything by herself. I know it well... I’m sorry Yuki for
making you be like this.. i really sorry.” Noah berdialog dengan dirinya
sendiri sambil tangannya laju menghiris bawang putih untuk menyediakan bubur
untuk Soffiyya. Bubur sayur. Dia tidak tahu hendak membuat macam mana. Walaupun
begitu, dia berusaha untuk buat sesuatu Soffiyya.
Dia membuat bubur nasi berpandukan apa
yang tertera didalam internet yang terpasang pada laptopnya. Dia menggunakan
resepi yang dia cari didalam internet.
Setelah selesai membuat bubur nasi, Noah
membuat pula susu kambing untuk Soffiyya. Dia tahu Soffiyya sememangnya suka
akan susu kambing. Dia membuat sambil tersenyum. senang hatinya dapat berbakti
kepada sahabatnya.
“Donee! Hehe.”
Noah membawa semangkuk bubur nasi dan
segelas susu ke bilik Soffiyya. Dia mengetuk pintu bilik Soffiyya yang tertutup
rapat sebelum membukanya.
“Yuki.. ni Noah.. saya masuk ye.. i bring a great food for you..” Noah
memulas tombol pintu tersebut dan pintu tersebut terbuka. Soffiyya duduk diatas
kerusi roda sambil mengadap jendela yang terbuka. Kepala Soffiyya yang botak
selepas dicukur untuk pembedahan dibahagian kepala pada dua setengah minggu
lepas itu sudah mula ditumbuhi rambut.
“Yuki.. jom makan. Nanti perut awak masuk angin.”
Tiada kata-kata yang keluar dari mulut
Soffiyya. Soffiyya hanya mendiamkan dirinya. Noah mendekati Noah dan memusingkan
kerusi roda itu mengadapnya. Noah duduk berlutut mengadap Soffiyya.
“Jom makan.”
Wajah Soffiyya nampak pelik sebaik
sahaja melihat muka Noah.
“Siapa awak??!” Nada meinggi menusuk ke telinga Noah.
Noah terkejut dengan apa yang dikatakan
oleh Soffiyya. “Takkan awak tak kenal saya. Yuki.. kalau ye pun awak benci
saya... please jangan buat macam ni..”
“What? Noah? Apa yang awak cakap ni?”
Soffiyya menoleh wajahnya ke arah lain.
Sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia tidak ingat apa-apa. Namanya juga.
Siapa dirinya? Di mana dia sekarang? Persoalan demi persoalan timbul di benak
kepala Soffiyya sejak dia bangun pagi.
“Aaa? Yuki.... it’s me.. Noah...”
“Apa? Yuki...? Yuki nama saya ke?” Soffiyya nampak blurr dimata Noah.
Ya Allah... adakah apa yang Doktor
Ersalina tu berlaku sekarang? Ya Allah... sembuhkan Soffiyya ya Allah.
kembalikan ingatannya. Aku tak sanggup melihat dia dalam keadaan sebegini.
Bisik hati Noah yang dapat mengagak apa yang berlaku.
“Ye.. Nama awak Soffiyya Yuki..” Balas Noah sambil tersenyum.
“Ohh.. dan awak.. awak siapa?”
“Saya sahabat awak.”
“Saya ingat awak pendatang asing.”
Pendatang asing? “Saya bukan pendatang
asing ataupun pendatang haram... saya legal dalam negara ni..”
“Jadi, awak siapa?”
“Saya sahabat awak laaaa... Noah..”
“Nooahhh? Hrmm... Noah? Kenapa pelik sangat nama awak?”
“Yuki... er.. mungkin..”
“Nama penuh awak apa??”
“Noah Hayyan.”
Soffiyya mengangguk. Tidak ada sekelumit
pun senyuman meniti dibibirnya. Watak yang sangat berbeza dari watak yang
sebenar.
Haiyaa. Peliknya perangai Yuki.. agaknya
darah siapa laa yang mengalir dalam tubuh dia tu.. almaklomlaa doktor tambah
darah dalam badan dia sebab hilang darah banyak sangat... Yuki... get your
sense back... kembali kepada diri awak yang sebenar.. i can’t stand to see you
like this.. But.... even you’re being like this, saya tetap terima awak
seadanya. Don’t worry.. i promise you that i will take care of you for the rest
of my life... saya tak kisah kalau orang tak dapat terima keadaan awak.. yang
penting, awak ada dengan saya. Bisik hati Noah.
“Awak nak makan?”
Soffiyya angguk. Noah mengambil bubur
nasi yang masih berasap lalu dibawa ke hadapan Soffiyya. Noah menyuap Soffiyya
disebabkan Soffiya tidak berupaya untuk mengangkat tangannya kerana tulang
bahunya retak.
“Hmm.. Dah. Saya dah kenyang. Awak boleh keluar sekarang.” Kasar je
layanan Soffiyya terhadap Noah. Tapi itu tidak membuatkan Noah terasa atau
putus asa. Dia mengangguk mengerti.
“Kalau ada apa-apa, awak ambik ni.. ambik telefon ni. awak just dail
nombor 1 je.. saya dah set.”
“Okay. Dah la. saya nak sendirian. Petang nanti, bawak saya pergi
jalan-jalan.”
Noah dilayan seolah-olah Noah itu adalah
orang gajinya. Tapi Noah reda. Dia senang bila soffiyya sudah mula bercakap.
“Baiklah.. Cik Yuki.”
“Euww... huh. Dah laa keluar cepat! Menyampah aku.”
Amboii dia. kasarnya.. bisik hati Noah.
Dia tersenyum. dia berlalu dengan senang hati. Sekurang-kurangnya Soffiyya mula
bercakap.
Noah keluar dari bilik Soffiyya dengan
hati yang senang walaupun Soffiyya sedikit pun tidak ingat siapa sebenarnya
dia. Dia tersenyum manis berjalan ke dapur. Esok dah mula sekolah. Dia harap
Soffiyya dapat ikutnya ke sekolah untuk belajar. Kalau tak boleh pun, dia akan
tolong Soffiyya. Dia tak nak kejayaan yang Sofiyya pegang selama ini terhapus
disebabkan keadaan yang dialami oleh Soffiyya.
PUAN SYAFARINA memandu tenang diatas
jalan raya bersama anak-anak yang berada didalam kereta. Irfan membuang
pandangan ke luar.
“Ibuu...”
“Hmm...”
Syakira memandang wajah ibunya dari
belakang memandangkan dia duduk dibahagian belakang. Sudah lama Syakira ingin
membuka mulut bertanya kepada ibunya akan keadaan kakaknya yang sebenar.
“Kak Fiyya..”
“Kenapa Kira? Ada apa-apa yang Kira nak tanya ke?”
“Errr.. yeah.. Actually, apa keadaan sebenar kak Fiyya? Dia asyik muram
je..”
Puan Syafarina terdiam seketika. Irfan
yang asyik memandang ke luar tingkap kereta itu tertarik dengan soalan yang
dikemukakan oleh adiknya itu, Syakira. Dia juga ingin tahu keadaan sebenar
kakaknya itu. dia mahu tahu apa yang berlaku. dia berhak tahu.
“Ha’a ibu.. ada apa sebenarnya?”
Puan Syafarina rasa bersalah hendak
memberitahu perkara yang sebenar. “Hmm... takde apa-apa laaa. Kak Fiyya okay
je. Tak lama nanti, dia sembuh laa..”
“Tapi kenapa Fan nampak lain? Semuanya terserlah pada wajah abang
Noah...”
“Ahh? Takde apa-apa laa.. Abang Noah tu jadi macam tu sebab dia rasa
bersalah..” Balas Puan Syafarina yang masih mencuba untuk menyembunyikan
kebenaran.
“Bu... tolong bagitahu perkara sebenar...”
“Kira.. ibu cakap takde apa-apa laa. jangan risau okey..”
“Tapi kenapa ibu cakap kat abang Noah yang abang Noah kena jaga kak
Diyya elok-elok.”
“Hmm... ibu pun tak tahu nak cakap macam mana. Ibu pendekkan cerita..
kita sendiri tahu yang kak Fiyya kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa...
kata doktor, itu antara petanda.. sebab kemungkinan besar, peratus untuk dia
hilang seluruh ingatan dia berada ditahap tinggi. Yeah... jadi, jangan terkejut
kalau kak Fiyya tak tahu siapa kita.. kita kena prepare sebab macam-macam
kemungkinan boleh berlaku. tapi setakat ni positif semuanya. Cuma dia tak dapat
terima keadaan dia berada diatas kerusi roda tu..”
“Maknanya...”
“Maknanya, kak Fiyya tak ingat siapa kita?” Irfan menyambung kata-kata
Syakira yang tersekat dihujung ayat. Syafira tidak mengerti apa-apa itu lebih
suka bermain game.
Puan Syafarina mengangguk. Air mata
mengalir apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada anaknya. Hati ibu mana
yang tak sedih apabila tahu tentang keadaan anaknya begitu.