ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Thursday 30 May 2013

Dear Snow di Bumi Eropah (Tears are Falling) #35

DIA tersedar dari tidur. Matanya dibuka perlahan. Tertutup buka kelopak matanya kerana sinaran cahaya lampu yang menyinari bilik tersebut. Setelah matanya dapat disesuaikan dengan keadaan, Noah membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Putih semuanya. Yang jelas ini memang bilik wad. Noah mencuba untuk bangun tapi seluruh tubuhnya terasa sakit yang teramat. Dia kembali terbaring diatas katil. Satu keluhan meniti dibibirnya. “How come aku ada kat sini pula?” Noah meletakkan tangan diatas dahinya. Banyak pula wayar yang berselirat ditubuhnya. Alat bantuan pernafasan itu ditanggalkan dari wajahnya.

Kini matanya meliar mencari jam pula. bajunya sudah bertukar kepada pakaian pesakit yang dirawat dihospital. “No watch?” Sekali lagi dia mengeluh perlahan. Dia tidak berdaya untuk bangun. Sungguh badannya berasa sakit yang teramat. Dia akhirnya duduk berbaring termenung memandang syiling yang memutih kosong itu. Syiling yang kosong itu sama seperti hatinya yang tengah kosong dikala ini. Sedang asyik termenung tanpa arah dan tujuan, ingatan kembali mengingatkan peristiwa yang terjadi ke atas dirinya.

Peristiwa yang benar-benar meruntunkan jiwanya sebagai seorang anak yang tidak tahu apa salahnya. You’re not my son. Kata-kata yang terbit dari bibir seorang ayah terhadap anaknya benar-benar membuatkan jiwa lelaki Noah tersentap. “Is it true?” Soal Noah kepada dirinya sendiri. Ayat walidnya itu dikuatkan lagi dengan pasal bondanya. Dia sampah masyarakat? Dia bukan darah daging walidnya? Kenapa dari awal dia ikut cakap bondanya? Kenapa tak suruh bondanya gugurkan kandungan? Ya, kandungan yang didalamnya ada dia dan arwah Ameer? Apa semua tu? Noah memicit kepalanya yang mula terasa pening. Denyutan dikepalanya membuatkan dia berasa sakit yang teramat namun dibiarkan.

     “Then, who i am exactly? Should i asked bonda about this?” Noah terdiam seketika. “Is that why they throw me away? Then why they’re taking me back? If I know this thing would happen like this, i’d never follow Yusri and Zul to here. I thought that they will welcome me back but it happen instead of it. How could he...”

     “Ya Allah.. aku hamba-Mu yang lemah. aku tak kuat ya Allah. aku bermohon kepada-Mu, tunjukkan siapa diriku yang sebenar. Tunjukkan aku jalan ya Allah.. jangan biarkan aku tenggelam dalam seribu satu soalan yang bisa menyesakkan dadaku ya Allah.. aku bermohon..” Tanpa sedar, air mata mengalir membasahi pipinya. Sungguh disaat ini, dia terasa tidak mahu hidup lagi. tiada guna dia hidup didunia ini kalau dirinya tidak berguna kepada sesiapa.

Kali ini Noah benar-benar rasa tidak mahu hidup. “Aku tak boleh macam ni.. tak ada guna aku hidup dalam keadaan macam ni.. aku lebih layak mati ya Allah... itu yang terbaik..”

Namun ada satu suara yang membisikkan ditelinganya. “Sudah cukupkah amal baik kamu untuk menghadapi hari mati? Yakinkah kamu?” kata-kata itu benar-benar menyentap jiwa Noah. Noah lemah. dia memaksa tubuhnya yang sakit untuk bangkit. Dia tidak betah berbaring lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Sakit yang menyengat seluruh tubuhnya dibiarkan berlalu. Air mata yang berterusan mengalir itu dilap dengan tangannya. Dia duduk dibirai katil. Tangannya mencengkam keras selimut. Dia berasa sangat geram dan marah dikala ini.

Baru hendak turun dari birai, pintu bilik wadnya terbuka. Noah tidak terus melihat siapa yang datang sebaliknya dia menghapuskan air mata yang mengalir. Bunyi derapan tapak kasut semakin dekat dan jelas orang itu menghampirinya. Bahunya disentuh. Noah hampir menepis tangan itu dari bahunya namun sewaktu dia mengangkat wajahnya, dia tak jadi. Sebaliknya air mata yang dihapuskan tadi kembali mengalir.

     “Bondaaa.....” Noah terus meraih tangan itu lalu menciumnya. Sudah lama Dr. Narsha tidak merasa tangannya dicium oleh anak lelakinya itu. hatinya jadi sayu melihat keadaan anaknya. Hatinya sebal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya. “Bonda... maafkan Noahh...”

     “No.. this is not your fault, dear... it’s mine.. i don’t know how to act... i’m not a good mom to you... I’m sorry...” Tubuh Noah terus dibawa ke dalam pelukannya. Noah membalas pelukan itu. Hangatnya tubuh itu mengubat rindu yang kian lama terpendam. Noah tidak mempedulikan sakit yang kian menggigit tubuhnya. Dia mahu lama dalam keadaan sebegitu.

     “Noah... kenapa Noah tak pernah bagitau bonda about this matter?”

     “About this matter? What’s matter?” Soal Noah. Suaranya serak sekali.

     “Kenapa Noah tak bagitahu apa yang terjadi kat Noah.. you’re already at here but you’d never come to see me once.. don’t you know how much i miss you, my son? And why.. you didn’t tell me what exactly happens to you... Why don’t you tell me that walid ask someone to beat you... Noah my son...” Air mata Dr. Narsha mengalir tanpa henti. Dia tak sangka sebegitu teruk keadaan anaknya itu dan sebegitu benci Dr. Amirul terhadap anaknya sendiri. mungkinkah persengketaan lama telah membuatkan keadaan sebegini berlaku?

Noah tidak tahu bagaimana harus dia mulakan. Dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia bentangkan. Semuanya bercampur aduk menyerabutkan kepala otaknya. Lama Noah diam. Hanya tangisan bondanya kedengaran kini. “Bonda.. i want to ask you something..” Noah membuka suara. Dr. Narsha memandang Noah lalu dia mengangguk.

     “Who i am..?”

Dr. Narsha tersentap mendengar pertanyaan itu. bagaimana harus soalan itu keluar dari mulut Noah? Don’t say that.... “Apa maksud Noah?”

     “Siapa Noah yang sebenarnya, bonda? Is that right i’m not you and walid’s son? I’m not the actual son? Then, who i am? Sampah masyarakat ke bonda... atau lebih tepat anak luar nikah...”

Panggg!!!

Satu tamparan hinggap dipipi Noah membuatkan kepalanya berpinar-pinar. Dia terkejut dengan tindakan bondanya sedemikian. Dr. Narsha tersedar keterlanjurannya. Wajah Noah jelas sekali terkejut. “Apa yang Noah cakapkan ni? you’re my son and your father’s son. I’m sorry Noah.”

Noah tetap terdiam kelu lidahnya untuk mengeluarkan sepatah kata.

     “Noahh.. please do say a word...”

Perlahan-lahan air mata Noah mengalir keluar.

     “Noahhh.... frankly i said, you’re my son.. nobody else...” Tubuh Noah terus dibawa 
ke dalam pelukannya.

Kalau ye aku anak bonda, then why is she slapping my face? Ya, jadi memang betul aku anak luar... Erghh. Sukar untuk Noah habiskan ayat itu walaupun ia terbuku didalam hatinya. Noah senyap dalam pelukan. Air matanya terus mengalir. Kembali tangisan Dr. Narsha memenuhi segenap ruang.

Noah meleraikan pelukan bondanya. “Noah... please say a word...” Pinta Dr. Narsha. Dia tidak mahu anaknya itu merasakan perkara itu benar. Pasti Dr. Amirul telah menghamburkan kata-kata mengenai masa lalu.

Noah menggelengkan kepalanya. “I’m sorry, bonda... I need a time to be alone..”

     “But why... Noah.. that’s not like what you think. That’s not true...” Dr. Narsha nampak seperti menggelabah macam. Itu meyakinkan lagi apa yang difikirkan oleh Noah. Noah mengangguk saja.

     “Noah...don’t make me feel guilty..”

     “No.... I really hope that you tell me the real story... i need an explaination. Don’t make me like a silly person in this world. Until now, I still don’t know and could not find the actual reason why are walid hating me damn much..... I need to know, bonda. It just beautiful enough Noah hidup dalam kebodohan. Tak tahu salah apa until i’m being hatred like this. I really can’t live like this! Please bondaa! I need to knoww the truthhh... Pleasee.............” Noah terus jatuh terjelupuk dilantai. Tangisannya kuat. Dia memeluk kaki bondanya. Sungguh dia tak tahan dengan apa yang berlaku. Semuanya bermula sejak dia kecil lagi. Cuma itu menjadi ketara selepas kematian Ameer. Benda tu semakin jelas dimatanya.

Jika benar apa yang dikatakan oleh walidnya, dia terpaksa menetapkan sesuatu keputusan. Mungkin dia tak layak untuk bersama dengan keluarga itu lagi. dia harus berdiri diatas kakinya sendiri.

     “Please bonda.. Noah mohon.. tell me the truth.. Please tell me. The fact that cannot be hidden forever like this......”

Dr. Narsha menangis teresak. Dia turut sama terduduk diatas lantai sama-sama dengan Noah. Belum pernah dia melihat anaknya nangis seperti itu. Sebagai seorang ibu, perit hatinya melihat keadaan anaknya sedemikian. Berat matanya memandang tapi berat lagi hati anaknya yang menanggung semua itu. dia tidak pernah tidak terfikir sejauh itu bahawa perkara sebegini akan berlaku. kedua-dua belah pipi Noah dipegang.

     “Noah.. look at me... pandang mata bonda, Noahh...” Perlahan-lahan Noah mengangkat wajahnya memandang wajah bondanya. Matanya yang berair itu memandang tepat ke dalam anak mata bondanya yang turut sama berair.

Pipi bondanya diusap penuh kasih. Air mata yang mengalir itu diseka oleh tangannya. Bibirnya tersenyum walaupun terasa kelat dan pahitnya. Tersentuh hati Dr. Narsha. Ya Allah anakku.. even dalam keadaan sebegini.. kau tetap mampu tersenyum. Bisik hati Dr. Narsha.

     “Dengar sini, Noah... if you want to know the truth, you’re my real and the actual son. Dengan nama Allah, Noah Hayyan adalah anak bonda.”

     “How about walid? Is he my father?”

Perlahan-lahan Dr. Narsha mengangguk. Dia berani berkata seperti itu kerana dia mengandung sebelum peristiwa hitam itu berlaku. “Is that so? You’d never lied me?”

Sekali lagi Dr. Narsha mengangguk. Hal itu membuatkan Noah berasa lega. Tapi kenapa mesti walidnya kata seperti itu.

     “Bonda.. please... tell me why walid act to me like that...” Noah tidak kira. Walau apapun, dia harus tahu perkara sebenar hari tu juga.

Akhirnya, Dr. Narsha terpaksa membuka luka lama kembali. dia terpaksa menceritakan hal itu. janji yang telah dimungkiri oleh suaminya menyebabkan dia terpaksa menceritakan peristiwa yang sudah dibuang jauh dari hidupnya. Satu persatu kisah itu diceritakan kepada Noah.

Noah jelas sekali nampak terkejut. ternyata dia tidak seorang menanggung derita itu. Giliran Noah yang menarik bondanya ke dalam pelukannya. Belakang bondanya digosok.


DALAM pejabatnya, jiwanya rasa tidak tenang. Yang jelas, apa yang berlaku tiga hari lalu telah diketahui oleh isterinya. Dia tidak tahu bagaimana harus dia katakan. Bertindak pun dia buntu. Semuanya kosong. Rasa bersalah kerana menyebabkan Noah koma juga bergelumang dalam dirinya. Dia benar-benar buntu dikala ini.

Ayesha anaknya jelas sekali menjauhkan diri daripadanya selepas melihat kejadian itu berlaku betul-betul dihadapan matanya. Rasa kesal kerana tindakannya yang melulu dan melampau itu memakan dirinya kembali.

Noah dirawat oleh Dr. Narsha sendiri. Pagi tadi dia mendapat berita bahawa Noah sudah sedar dari koma. Dia berasa lega sedikit. Tetapi dia tidak boleh bersenang kerana dia bakal menghadapi isterinya nanti. Apa yang harus dia jawab? Bagaimana kalau disebabkan hal itu isterinya meminta cerai darinya? Ahh. Takkan disebabkan Noah itu bukan anak dia dan isterinya, dia harus bercerai. Tak mungkin. Dia tersenyum sendiri.

Tokk! Tokk! Tokk!

Ketukan pintu menyebabkan lamunannya terhenti. Dia mengarahkan masuk.

     “Narsha.. What are you doing here?”

Dr. Narsha berdiri dihadapan dengan suaminya untuk menyelesaikan kes tersebut. Dia tidak betah untuk menunggu dalam masa yang lama untuk menyelesaikan hal itu. dia boleh terima kalau dia yang menerima hamburan kata caci maki dari seorang lelaki yang bernama Amirul tapi dia tak sanggup kalau anaknya yang kena hal itu. itu memang dia tak benarkan. Kali ini, dia tak boleh duduk berdiam diri seperti hari-hari yang lalu yang menyebabkan anaknya menderita. Dia takkan biarkan hal itu berlaku untuk kesekian kalinya. Cukup hanya sekali.

     “Apa yang abang dah buat pada Noah... it’s really too much!”

     “What did you meant?”

     “Huh, what did i meant, i think you really know about that matter.”

Dr. Amirul menyandar pada meja sedangkan Dr. Narsha berdiri dihadapannya sambil tangan berada didalam poket uniform putih yang tersarung pada tubuhnya. Dia terdiam.

     “Abang. Sha memang tak sangka yang abang sanggup buat macam tu pada Noah. It’s really hurt me. I don’t mine if you hurt my pride but i really care if you do hurt my beloved son!”

     “Dia memang berhak terima semua tu!”

     “Who said?! Even kucing pun tak sanggup buat macam tu kat anak dia. Oh Allah.. I don’t know what kind of person you are. Sanggup abang buat macam tu kat anak sendiri.”

     “He’s not my son. How many times have i said. HE IS NOT MY SON!”

     “Still. You confident with your word. Memang peristiwa tu sangat mengkejikan. Tapi that’s not what i want! Kalau itu yang ditakdirkan Allah, kehendak Allah benda tu nak jadi, we as a human don’t have any power to stop it from happen. I dare to say that Noah is your son.”

     “Do you have any evidence to prove that Noah is my son? Do you have it?”

Dr. Narsha terdiam seketika. Namun dia punya idea untuk selesaikan hal itu. “All of us know that teknologi sekarang canggih. So, better kita buat ujian DNA. Itu yang terbaik. Sha  cabar abang. Kalau betul Noah tu bukan anak abang, Sha redha dengan apa-apa hukuman yang abang nak jatuhkan kat Sha. Tapi kalau terbukti Noah tu anak abang...”

     “Kalau betul dia anak abang, apa Sha nak buat ha... takda maknanya Sha.. sudah-sudah la tu. jangan kerana hal Noah tu, rumah tangga kita hancur..” Tangan Dr. Narsha cuba diraih namun pantas Dr. Narsha melarikan tangannya.

     “Okay... if you really confident with your word, than go through with it... Huhh.. it’s okay. But, i remind you, You don’t have any right to do something like that to Noah. After all, he is my son... i really regret with you... Seriously...”

Dr. Narsha terus berlalu meninggalkan bilik tersebut. Dr. Amirul berasa geram. “Ohhh.. it’s okay.. aku rasa, budak tu memang erghhhh!!!” Habis semua barang diatas meja ditolak oleh Dr. Amirul.


***


DIA menapak ke luar dari bilik kuliah setelah orang berkurang. Dia malas hendak berebut keluar dengan yang lain. Rasa macam tak larat je. Dia memandang sekeliling. Masing-masing dengan aktiviti. Aktiviti yang pelbagai. Antaranya, bersembang didalam telefon, dating, bersembang entah apa, duduk bawah pokok sambil termenung. Pelbagai ragam manusia yang dapat dia lihat.

Soffiyya melabuhkan punggungnya dikerusi batu dibawah pokok yang rendang. Dia melepaskan lelahnya disitu. Dia memandang suasana sekeliling buat ke sekian kalinya. Itu memang hobinya. Suka melihat ragam manusia yang kadang kala menghiburkan, kadang juga menganehkan, dan kadang kala mengjengkelkan.

Dia terlihat sepasang kawan iaitu lelaki dan perempuan. barangkali berteman ataupun berkasih. Itu dia tidak pasti. Tapi yang jelas gaya mereka jelas sekali seperti dia dan Noah ketika disekolah dahulu. Duduk dibawah pokok sewaktu rehat, membawa bekalan dari rumah dan makan bersama. Hal itu masih segar dalam ingatannya walaupun dia pernah hilang seluruh ingatannya. Dia bersyukur kerana ingatan itu kembali kepadanya dengan izin-Nya.

Kalau tidak kerana dengan izin-Nya, mungkin kenangannya pada Noah luput begitu saja. Satu persatu memori bersama Noah bermain dimindanya. Ia datang tiap kali dia termenung sendirian. Rindunya pada Noah usah dikata. Terlalu rindu yang teramat. Namun semua itu disimpan jauh disudut hatinya. Dia tidak mahu lagi orang disekeliling risau akan dirinya. Cukuplah sewaktu dia sakit dulu. Dia teringat pada kotak hadiah yang ada didalam bilik Noah itu. Didalamnya terdapat scarf yang dikait. Ada namanya disitu. Cantik sangat. Dalam itu terdapat ada surat hasil tulisan tangan Noah sendiri.

To Dear Yuki.

First time we met.. kita jumpa in awkward moment, right? The thing that i remember until now, i’ve bought another snowball to replace the broken snowball that i’ve made. Hehehe. Tak sangka, after pertemuan itu, ada kesinambungan darinya. Sungguh, that’s fate for us. Semuanya telah ditetapkan Allah. from awkward, we’re being a bestfriend, a good friend... always relying each other. But until the time come, the event that make you forget for the who i am.. It was my fault. I’m really sorry for that things. Because of me, you can’t play the basketball anymore... because of me, you can’t run like before anymore... i’m really sorry about that.. I promise that i will take care of you till my last breathe even though you’re getting married.. still, i allowed you to meet with me.. Saya tak tahu bila kita boleh macam dulu.. tapi it’s okay for me. I can still wait until that moment. I can wait till the happiness come and grap us into it. I’m grateful. Because i’ve met someone like you. Awak ada untuk bantu saya. Thanks a lot, dear! Saya tahu dengan hanya terima kasih tidak mampu balas jasa awak dan juga jasa keluarga awak terhadap saya. Saya hanya berharap Allah dapat membalasnya.

Yeah, panjangnya saya tuliskan. Hehehe. Harap awak tak kisah.. Saya nak bagitahu awak sebelum terlambat, sebelum sesuatu terjadi.. saya tak tahu apa yang akan jadi selepas ini... mungkinkah kita tak dapat berjumpa seperti dulu? Entah.. hati saya rasa sebegitu.. Hmm... The things that i want you to know is... saya bahagia dapat kawan macam awak... Awak.. you’re my dear snow... kita bertemu dibumi Eropah... Entah... saya terfikir juga satu baris ayat yang dapat melambangkan tentang pertemuan kita.. mungkin “Dear Snow dibumi Eropah” itu sesuai.. hehehe. Hmmm.. itu saja dari saya... andai kata kita terpisah kerana takdir, saya harap kita dipertemukan kembali satu hari nanti..

Apa-apa pun, saya harap awak sudi terima hadiah ni dari saya. Saya kait sendiri tau. Yang scarf tu memang saya beli tapi yang nama tu special khas untuk awak. Happy Birthday... May Allah bless you.. and hope our friendship never end till our last breathe... till Jannah.. Aminn... –Noah Hayyan J

Cukup panjang surat itu. namun tidak puas dia baca. Berkali-kali dia baca surat itu. dan setiap kali itu air matanya mengalir. Bukan Noah yang terlambat tapi dia. dia terlambat untuk menyatakan bahawa dia dapat ingat siapa Noah. Dia tak dapat berkongsi kisah gembira itu dengan Noah kerana hari lahirnya itu adalah hari dia kehilangan Noah. Hilang Noah tanpa sempat dia menceritakan berita gembira tanpa sempat dia ucapkan betapa sayangnya pada Noah.

Itu adalah perkara yang membuatkan dia menyesal hingga ke sekarang. entah bila rasa itu akan hilang. Jane sudah pun memantau keadaan sekitar bertanyakan tentang Noah. Ya, jelas Noah tidak pernah pulang. Ke mana Noah pergi? Itu menjadi tanda tanya pada dirinya dan teman yang lain.

Perlukah dia mencari Noah? Tapi dunia ini bukan kecil. Soffiyya mengeluh perlahan. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia perlu mencari peluang dan masa untuk mencari Noah. Tempat utamanya adalah Cardiff.


Dear Snow di Bumi Eropah (Tears are Falling) #34

“ABANG! I want to follow you!!” Ucap Dr. Narsha yang menyarung hijab.

Dr. Amirul menghentikan langkahnya apabila lengannya dipegang oleh Dr. Narsha. “Sha. You jut stay here. Let me settle everything.” Walaupun perlahan namun ada ketegasan. Pandangan mata yang seolah-olah memberi ancaman kepadanya. Perlahan-lahan Dr. Amirul meleraikan pegangan isterinya dari lengannya.

Dr. Narsha tetap berkeras. “Abang. I want to see no matter what.”

    “Narsha. Can you just listen to my word? Jangan pertikaikan banyak benda boleh tak?”

    “Tapi saya nak pergi jugak, bang...”

     “No. I said no, jadi no laa. Just stay here! Sekali lagi saya ulang, duduk didalam rumah ini. Selangkah kaki awak keluar dari rumah ni, tahulah nasib awak.”

Nampaknya, Dr. Narsha tidak dapat berbuat apa-apa apabila Dr. Amirul mengeluarkan arahan yang sedemikian. Dia tidak berdaya lagi melainkan akur dengan apa yang disuruh Dr. Amirul. Dalam hatinya teringin sangat nak ikut. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin dia terlalu risaukan keselamatan Ayesha. Tapi entahlah. Dia keliru dengan apa yang dia rasakan sekarang ini. Sudahnya dia hanya melihat dari pintu kereta Dr. Amirul bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Dalam kereta, Dr. Amirul mula membuakkan marahnya. Dia rasa geram dan marah yang teramat. Nampaknya, Ayesha dan melampau. Yang memelikkannya, macam mana si Ayesha tu boleh tahu dimana Noah berada. Sepatutnya, hal sebegini remeh tidak berlaku. Sudah habis dia memaki hamun pengawalnya. Suasana didalam kereta itu senyap sunyi. Tidak dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Pengawal yang menjaga Noah tidak mengambil sebarang tindakan melainkan dia hanya melaporkan perkara itu kepada Dr. Amirul.

Siap kau Noah. Kau memang sengaja menguji kesabaran aku! Tak cukup dengan apa yang kau bagi tu. Kau masih tak reti nak bersyukurrr!! Bisik hati Dr. Amirul.


SETELAH selesai menyiapkan kerja sekolahnya, Ayesha sempat membuat video bersama dengan akhinya. Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan. Tidak pula wajah si Noah itu kelihatan. Ayesha baru tahu bahawa akhinya sedang giat membuat video tetapi jarang-jarang.

     “Wow! Tak sangka laa!” Ayesha menepuk bahu akhinya yang sedang meneguk air.

     “Uhuk! Uhuk! Haii...”

     “Err. Sorry.” Ayesha meminta maaf apabila perbuatannya membuatkan akhinya terbatuk.

Noah tersenyum saja. “It’s okay! Hahaha. Excited eh?”

Ayesha mengangguk semangat. “Hehehe.”

     “So nanti kalau ada chance lagi, we do it together again. Bukan senang ni akhi rajin. Hehehe.”

     “InshaaAllah.. Hmmm.. nanti upload masuk channel youtube akhi ke?”

Noah mengangguk. Entah kenapa sedari kedatangan Ayesha pagi tadi membuatkan dia tidak 
sedap hati. Namun dia beristighfar menolak sangkaan yang tidak baik. Dia berharap tidak ada apa-apa yang berlaku.

     “Hmm. Ayesha tak nak balik lagi ke?”

     “Come back home? Ermm. So lazy.”

     “Aitt. Mana boleh macam tu. nanti kantoi... walid dengan bonda selalu balik pukul berapa?”

Ayesha mengjongketkan bahunya. “Tak tentulah akhi... i don’t know.”

Noah mengangguk buat kali yang kedua. “Let’s watch a television. Find a great channel...”

     “Great channel? So bored. Why not we just layan just DVD. Best!” Ayesha membawa keluar DVD dari backpacknya lalu diserahkan kepada Noah. Noah menyambutnya lalu membelek DVD tersebut.

     “Ooohhh! Layan hindustan rupanyaa! Haha. Adoii. Buat lawak betul. Anak mat salleh celup ni suka tengok DVD? Hello dik. Akhi dok malaysia pun tak tentu nak tengok ke dah. Kamu ni.. adoii.”

     “Alooo. Habis this story ni je yang the best!. Kita tengok laa eh.. eh?”

Noah terenyum. “Yelaaa! Apa tajuk diaa.. Kaiho Naho? Err. weird. Layan je laarr.” Noah menurut saja kemahuan adiknya yang seorang itu. malas nak berbalah. Lagipun bukan senang mereka berdua dapat meluangkan masa bersama. Dengan adanya Ayesha, tidaklah dia berasa kesunyian.

Sedang asyik mereka melayan DVD tersebut, kedengaran pintu diketuk dengan kuat membuatkan dua orang adik beradik itu spontan terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

     “Ehh. Akhi. Who is that?”

Noah menggeleng. “Err. better Ayesha stay here. Let me see who is coming.”

     “Noo. I want to follow you.” Ayesha menarik lengan Noah. Noah meleraikan dengan perlahan sambil bibirnya mengukirkan senyuman.

     “Tak boleh... Biar akhi tengok dulu.. Ayesha jangan risau. Nothing gonna be happen.. InshaaAllah everything okay. Duduk kat sini. Akhi nak pergi tengok kejap.. ye?”

Ayesha dengan berat hati melepaskan lengan akhinya. Noah senang hati menggosok kepala Ayesha yang baru berumur sepuluh tahun itu. Ayesha sorok disebalik dinding. Jadi, mudah untuk Ayesha melihat atau bersedia dengan apa yang bakal berlaku. Dia mula merasa tidak sedap hati.


NOAH berasa tidak sedap hati dalam perjalanan melangkah menuju ke pintu. Semakin kuat pula pintu itu diketuk. Belum sempat dibuka, pintu sudah diterajang. Automatik terbuka. Dan libasan pintu yang diterajang itu terkena pada dahi Noah. Cecair merah mula mengalir keluar dari luka dek bucu pintu yang terkena pada sebelah dahinya.

     “Aaahhh!!” Noah kesakitan. Dia memegang dahinya yang berdarah itu. Pening lalat Noah dibuatnya. Rasa berdesing dikepala tahap lain macam. Dia memejamkan matanya dek pening yang teramat.

Dalam keadaan pening-pening lalat, Noah terasa tumbukan disasarkan tepat pada wajahnya. Pecah bibirnya dapat dirasakan melalui kepedihan yang mula meresap. Noah terkebelakang. Dia tidak sempat untuk mempertahankan dirinya.

     “Wa..Walid?” Noah tergamam apabila tumbukan itu adalah dari walidnya sendiri.

Ayesha yang menyorok dibalik dinding itu sudah berjuraian air mata. Dalam pada masa yang sama dia terkejut dengan kehadiran walidnya.

     “KAUU! KAU MEMANG DASAR ANAK TAK GUNAA! Kau tak reti nak bersyukur ke dengan apa yang aku bagi kat kauu?”

Noah pelik. “Apa maksud walid?”

     “Siapa walidd kauu haaaa??! Kau jangan perasan yang aku ni walid kau! Sedar sikit diri kau tu siapaaa!”

     “Siapaa walid? Of course you’re my walid. Then who i am? Of coure i’m your own son..”

     “Kau dengar siniii!!” tubuh Noah ditolak rapat ke dinding. Noah tidak berbuat apa-apa. “Kau bukan anak aku! aku bukan darah daging kau! Jadi kau jangan banyak bunyi. And she is not your sister! Kau buat apaa dengan diaaa! Haa? Kau nak rogol dia ke?”

Bukk! Rasa batu menghempap kepalanya. tuduhan yang begitu berat baginya. Sangat berat. “Ro.. rogo...” Noah tak sanggup hendak menghabiskan ayatnya itu. “Sanggup.. Sanggup walid cakap macam tu dekat Noah.. Walid ingat Noah ni apaaa..”

     “Aku ingat kau sampah! And yes you’re. Kau sampah masyarakat. Menyesal aku besarkan kau! Sepatutnya dari dulu lagi aku tak perlu dengar cakap bonda kau. Memang sepatutnya dari dulu lagi aku paksa dia gugurkan kandungan dia. huh.. mujur Ameer dah mati. Sekarang.. kau. Hidup korang berdua ni.. Cuma menyusahkan akuu!!!”

Lemah semangat Noah mendengar pengakuan sebegitu dari bapa kandungnya sendiri. “Why are you saying like that? Did i do something wrong to you? If is that so, just tell me. But you don’t have any right to say this thing like that.” Lemah je suara Noah ketika itu. Air mata tidak usah kata. Air mata sudah mulai bertakung.

Dr. Amirul dengan rasa amarah yang teramat sangat, dia menolak Noah hinggakan Noah terjatuh ke lantai. Kepala Noah terhantuk pada dinding membuatkan Noah bertambah pening. Ayesha yang tidak dapat melihat kejadian itu terus keluar dari tempat persembunyiannya dan lari mendapatkan Noah yang tersandar lesu didinding.

     “Akhhiiii. Are you okayy. Waliddd!!! Why are you so cruel toward akhiiii??” Ayesha memandang walidnya dengan penuh rasa kesal.

     “Haa. Ni pun kauu! Patutlah kerja nak keluar rumah! Macam mana kau tahu akhi kau ada kat sinii haaaaa??”

     “Dari mana Ayesha tahu itu tak penting! Yang penting sekarang, why you did this to himmm? Apa salah akhi dekat waliddd? Kenapa walid buat macam nii?”

     “Ayesha.. stop it... i’m okay. You just go back with walid.. don’t worry about me..”

Dr. Amirul bertambah marah apabila mendengar Noah berkata sebegitu tanpa sebarang rasa. Tubuh Ayesha ditolak ke tepi menyebabkan Ayesha terduduk diatas lantai. Kolar baju Noah dicengkam kemas. “Ohh! Kau nak berlagak yang kau tu malaikat! Kau yang hasut diakann! Kau yang pergi jumpa diaa kann suruh dia keluar! Heyy! Kau ingat aku tak tahu ke haa anak haramm!”

     “Aa..anak ha..rammm...?” Tersekat-sekat suara Noah melontarkan perkataan yang dirasakan cukup berat baginya.

Ayesha yang mendengarnya berasa terkejut.

Keadaan Noah langsung tidak dipedulikan. “Kau tak payah berlagak macam kau tu baik sangat!”

     “Baik? No.. i’m not!” Noah cuba mempertahankan dirinya walaupun dia merasakan dirinya cukup tidak berdaya ketika itu.

Ketika itu jugalah nama-nama pengawal Dr. amirul dijerit. Segera mereka itu masuk ke dalam rumah tersebut.

     “Hmmm. Aku nak korang uruskan dia! aku rasa dia ni memang tak boleh duduk sini! Baik kita hantar je dia ke tempat lainn. And aku rasa dia ni tidak perlu dibesarkan pun. Buang masaaa akuuu. Bereskan dia hingga nyawa-nyawa ikan! Lepas tu baru lah buat apa yang patut..” Pengawal Dr. Amirul mengangguk mengerti.

Noah ditarik kasar ke ruang yang lebih besar untuk senang mereka uruskan Noah. Noah cuba untuk melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Ayesha sudah meraung.
     “Walid.. apa yang diaorang nak buat dengan akhi... Akhhiiiiiii...”

     “Dah! Shut up! Kau budak kecik. Jangan banyak songeh. Dan jangan sampai tangan ni naik kat muka kauu!”

     “Noo!! Akhiii...” Baru Ayesha hendak lari mendapatkan Noah, dengan pantas, Dr. Amirul merentap tangannya.

     “Ikut walid balikk! Jangan nak melawan!!”

     “No!!! Ayesha tak nakk! I want akhi. Not youuu!!!”

Panggg!!!!!

Serta merta Ayesha terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Dr. Amirul mencempung Ayesha lalu dibawa masuk ke dalam kereta.


Noah dipukul tanpa rasa belas. Dia tidak berdaya hendak melawan. Akhirnya pandangan kelam. Kesakitan semakin hilang. Ya Allah.. tolonglah hamba-Mu ini... Terus gelap serta merta pandangan Noah.