ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Wednesday 19 June 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #41 (Akhir)

TERNYATA, malam itu adalah malam terakhir Noah bersama dengan Youseff. Youseff dijemput Ilahi tempat jam tiga setengah pagi. Noah ada bersama dengan Youseff ketika itu. Saat dia terjaga, sejuk tangan Youseff begitu terasa.

Youseff selamat dikebumikan selepas solat subuh. Jenazah nampak tenang. Noah amat yakin Youseff tenang berada disana. Apabila teringat kata-kata terakhir Youseff, Noah tersenyum. tabahnya sahabatnya itu begitu mencengkam jiwanya. Beratnya ujian terhadap sahabatnya itu tidak tertanggung. Air mata mengalir jua. Soffiyya turut begitu.

Sekarang sudah empat hari Youseff tiada dimuka bumi ini. Noah mengambil keputusan untuk terbang ke Belanda. Hatinya sedih namun kesedihan itu disertai dengan doa yang tidak putus-putus buat dia yang telah kembali kepada Allah. Soffiyya tetap berada disisinya. Soffiyya yang dulu sama dengan Soffiyya yang sekarang. Cuma yang berbeza adalah statusnya kini. Dahulunya mereka bersahabat, sekarang mereka adalah sepasang suami isteri.

Namun sebelum dia berangkat, ada sesuatu yang perlu dia serahkan kepada walidnya. Iaitu ujian DNA. Sengaja dia tangguhkan sehingga keberangkatannya kembali ke Belanda. Bondanya menyerahkan segalanya kepadanya untuk menyelesaikan hal tersebut.
Petang itu Noah akan bertolak ke Belanda dan Soffiyya akan bertolak ke Malaysia untuk bersedia dengan semester akan datang.

     “Awak.. awak.. bangun.. dah pagi  ini..” Soffiyya mengoyangkan tubuh Noah yang tidur.

Noah menggeliat sedikit. “Hmm...”

     “Awak.. bangun laa... ni laa bahana dia kalau tidur lepas subuh..”

     “Yela.. yela..”

     “Yelaa..  yelaa.. tak bangun jugak. Tengok mata tu... tertutup rapat... abangku sayang... bangun ye... adik manis ni sudah sediakan sarapannn...”

Noah tersenyum dalam keadaan matanya sedang tertutup. “Awak.... boleh pulak senyum.. bangun laaa..”

     “Noah Hayyan bin Amirul. Wake up please...”

Noah menggeleng. “Mengantuk.” Pendek je jawapannya.

     “Kenapalah awak degil sangat ni... Bangun cepat laa. matahari dah naik. Dok tidur jugak... kalau boleh, saya nak je ambil sebaldi air tuang atas awak. Senang... pakej.. tidur dalam mandi. Aahaaa.. apa orang kata.. menyelam sambil...........”

Cupp!!!

Bibir Noah dan Soffiyya bertaut. Soffiyya tidak sempat menolaknya. Noah mengenyitkan mata. Mata Soffiyya pula yang membulat. Lama mereka berkeadaan seperti itu. Tubuh Soffiyya terdorong ke belakang dan dia terbaring diatas katil.

Terasa agak lama, Noah melepaskannya. “Hmmm.. tahu pun nak duduk diam.”

Soffiyya masih dalam keadaan terkejut sebenarnya. “Haaa. Kenapa dah ni?” Soffiyya menggeleng. “Awak okey ke tak ni?” Soffiyya mengangguk.

     “Sudah.. sudahlaa tu buat muka terkejut awak tu.. bukannya saya buat apa-apa pun.. just give you a morning kiss. Geram sangat tengok awak duduk berceloteh pagi-pagi lebih dari bonda.. sekali bagi.. kan comel gitu.. senyap je. Hihihi. Dah laaa.. saya nak pergi mandi...”

Soffiyya bangkit lantas membalingkan bantal yang ada disebelah tangannya ke arah Noah yang sedang menuju ke bilik air. Sempat Noah mengelak lantas Noah mengenyitkan mata buat ke sekian kalinya. “GATAL!”

Kedengaran ketawa disebalik daun pintu bilik air.


SEBELUM keluar dari pintu rumah, kelihatan Dr. amirul  sedang membaca surat khabar diruang tamu. Noah mendekati walidnya.

     “Walid...”

     “Hmm..” Dingin bunyinya. Soffiyya menanti disebelah Noah. Noah menghulurkan sekeping sampul surat berwarna koko kepada walidnya. “Apa dia ni?” Soal Dr. Amirul kasar.

     “Walid bukak laa dulu.. Noah nak minta izin pergi dulu... Halalkan makan minum Noah ye walid..”

Dr. Amirul tidak berkata apa-apa. Dia melemparkan sampul surat itu diatas meja kopi. Noah tersentap. Namun dia biarkan saja. “Noah harap walid buka ye.. Assalamualaikum.”
Noah berlalu apabila huluran tangannya tidak disambut. Setelah yakin Noah telah berangkat kerana kedengaran enjin teksi sudah hilang, Dr. Amirul menjawab salam. “Waalaikumsalam..”

Sampul surat warna koko dihadapannya dipandang lama sebelum dia mencapainya. Sampul surat itu dibuka. Sebaik sahaja dibuka, Dr. Amirul terdiam. Rasa bersalah mula menguasai dirinya. “Is that true? He is my son...?” Laju saja setiap apa yang perbuatan yang dia lakukan terhadap Noah bermain dimindanya. Dadanya sesak. Hatinya menangis. Air mata mula bertakung.

     “Ya Allah.. betapa kejamnya aku.. kejamnya aku terhadap isteri dan anak aku. Aku telah menzalimi mereka Ya Allah.. ampunkan dosa aku yang tak tertanggung ini ya Allah...” Bergetar tangan Dr. Amirul memegang surat itu.

Tanpa berlengah lagi, dia mengambil kunci kereta dan mengejar kereta Noah yang sudah jauh.

SENYAP sunyi dalam kereta.

     “Keputusan DNA ke tu?” Soal Soffiyya memecahkan kesunyian.

Noah mengangguk. “Hmm.. saya minta maaf bagi pihak walid saya ye Yuki..”

     “Eh. It’s okay.. saya faham.. hmm...”

Noah memandang soffiyya yang berada disebelahnya. “Kenapa ni?” Pipi Soffiyya dicuit.

     “Hmm.. bila awak nak balik eh?”

     “Laa. belum pergi, dah tanya bila nak balik. Cuti sem ni saya balik laa..”

     “Cardiff or Malaysia?”

     “Both.. maybe.. kenapa? Rindu laa tu ehh.. haha. mengada-ngada..”

     “Euww! Menyampah!” Soffiyya mencubit lengan Noah.

     “Ouch! Sakit laaa awak. Jangan buat mulut muncung gitu. Tak baik tarik muka masam dengan suami sendiri. Nanti saya buat macam pagi tadi.. Haa..”

Membulat mata Soffiyya. “Ishh. Okey.. okey. Senyum macam ni kannn. Heee.” Soffiyya menayang giginya. Noah tersengih.

Perjalanan dari rumah ke airport tidaklah mengambil masa yang lama. Dr. Narsha dan Ayesha menanti mereka berdua di airport.

Akhirnya sampai juga mereka di lapangan kapal terbang. Setelah membayar tambang dan mengeluarkan barang masing-masing, mereka melangkah masuk. Kelihatan Dr. Narsha dan Ayesha melambai tangan ke arah mereka berdua. Noah dan Soffiyya segera mendekati Dr. Narsha dan Ayesha.

Tubuh Dr. Narsha dipeluk. “Rindu dengan bonda nanti..” Noah buat muka gedik minta penampar.

     “Eii! Mengada-ngada betullaaa suami ukhti ni.. hishhh.” Ayesha buat muka. “macam laa lepas ni tak boleh jumpaa..”

     “Eh... eh.. nak marah akhi pulak ye.. banyak lemak ehh. Hehehe.” Giliran Ayesha pula dipeluk. “Jaga bonda elok-elok tau.. Eshaa.. don’t be naughty..”

Ayesha mengangguk dalam pelukan.

Tiba saatnya Noah melangkah masuk ke balai berlepas.

NOAHHH!!!!

Satu jeritan suara yang cukup Noah kenali. Noah tidak jadi melangkah. Dia berpusing ke belakang. Dr. Amirul berlari ke arahnya. Tubuh Noah terus dipeluk. “Maafkan waliddd, Noahhh..... Walid biadap dengan anak walid sendiri... Walid zalimi Noah...” Hampir saja Dr. Amirul berlutut dan bersujud dikaki Noah. Sempat Noah menghalang.

    “Jangan macam ni walid.. Noah dah maafkan semua salah walid....” ucap Noah. Air 
matanya mengalir jua. Memang minggu tu banyak air matanya mengalir. Pertama adalah kematian Youseff, yang kedua adalah walidnya telah kembali.

Soffiyya, Dr. Narsha dan Ayesha yang melihat turut menitiskan air mata.


***


PERJALANAN pengajiannya di Belanda berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Namun kesunyian kerana ketiadaan arwah Youseff sangat terasa. Arwah Youseff dahulu yang dia sangkakan seorang pelajar yang pendiam tapi suka memberontak. Tidak banyak bercakap. Tidak suka orang menyibuk tentang dirinya. Tidak suka orang mengambil tahu perihal dirinya. Tapi disebalik semua sikap itu, tersembunyi satu perangai yang sangat menyenangkan hati Noah. Semuanya tersembunyi dan tertanam disebalik sikap negatif yang dipamerkan oleh arwah Youseff.

Kadang-kadang dia duduk sendiri, wajah arwah Youseff menjengah fikirannya. Setiap kenangan, setiap detik bersama arwah youseff terpahat dalam ingatannya seperti mana kenangan dan detik bersama arwah Ameer. Sungguh, dua orang itu adalah orang terpenting dalam hidupnya. Orang yang banyak baginya pengajaran. Bibirnya tersenyum setiap kali mengingatkan setiap masa bersama. Tidak pernah sesekali Noah melupakan dua orang tersayang itu dalam doanya.

Perkahwinan yang berjalan atas dasar kasih sayang, atas dasar cinta yang wujud diniatkan cintanya kerana Allah SWT. Noah kini bergiat aktif dalam aktiviti usrah. Alhamdulillah. Ramai teman yang baik-baik yang dia jumpa disana. Housematenya juga seorang yang baik. Noah benar-benar gemar dengan keadaan sedemikian. Indahnya suasana kehidupan Islam di universiti yang diwujudkan oleh gerakan Islam itu benar-benar menyentuh kalbunya.

Andai kata Soffiyya turut merasai bersama dengannya, itu lebih membahagiakannya. Tapi demi mencapai satu cita-cita, demi mencari ilmu, mereka terpaksa berjauhan. Yang disana berada di timur yang disini di Barat. Walaupun jauh beribu batu, namun itu tidak membuatkan hubungan mereka terputus. Namakan berkahwin, status suami isteri. Di setiap kelapangan yang ada, pasti mereka akan ber’skype’. Itu adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi.

Sekejap saja masa berlalu. pejam celik, pejam celik, hampir dua tahun dia berada di Belanda. Agak lama dia tidak pulang ke Cardiff. Keluarganya sahaja yang melawatnya pada cuti hari raya kerana senang. Mereka akan pulang raya di kampung bondanya iaitu di pekan kecil di Belanda. Dia juga akan ke sana setiap kali ada kelapangan. Tambahan pula, musim cuti semester, dia akan ke rumah datuknya untuk membantu datuknya menjaga kafe. Kehidupannya di Belanda hampir sama ketika kehidupannya di Malaysia sewaktu dia bersekolah disana.


Dia hanya sempat berjumpa dua kali saja dengan isterinya. Soffiyya pernah ke Belanda untuk melawat dengannya. housematenya ramai yang terkejut apabila ada seorang gadis berdiri dihadapan pintu bersama beg. Dia terkejut macam mana Soffiyya dapat tahu dimana rumahnya terletak. Rupa-rupanya, Soffiyya ada kenalan di universiti tempat dia belajar. Nasib perempuan. kalau lelaki, berasap telinganya. Di sebabkan hal itu, ramai yang tahu dia sudah punya isteri di usia yang muda.

Ya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Noah mempunyai ramai peminat di sana kerana pakej lengkap yang ada pada dirinya. Bijak, mempunyai keindahan wajah yang mempesonakan, pandai bernyanyi dan bermain dengan instrumen dan pelbagai lagi. Terus terang, Noah agak rimas dengan keadaan itu kerana keadaan seperti itu boleh membawa kepada fitnah. Dia risau perkara itu akan berlaku dan akan memberi impak kepada rumah tangganya nanti. Mujur Soffiyya datang memunculkan diri dan menyatakan siapa dan statusnya dengan Noah.

Sekarang ni, masuk cuti semester. Buka semester ini bermakna dia akan berada ditahun ketiga. Dia berfikir hendak ke Malaysia memberi kejutan kepada Soffiyya. Ya, sejak dia menyambung pengajiannya di Belanda, tidak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki ke Malaysia. Kali terakhir adalah sewaktu majlis akad nikah. Perkahwinannya tidak disambut dengan kenduri besar. Hanya kenduri kecil-kecilan saja. Almaklomlah masih bergelar seorang pelajar. Duit simpanannya juga sikit. Memang tidak dinafikan bondanya punya wang yang banyak, juga ibu Soffiyya tapi disebabkan tidak mahu menyusahkan orang lain kerana urusannya itu, dia mengeluarkan wang simpanannya. Banyak juga. Tapi digunakan dalam kadar yang sedikit hanya untuk mahar dan kenduri kecilan saja. Semuanya menggunakan duitnya.

     “Oihh.” Tegur Ziyad yang dari tadi memandang Noah yang asyik dalam lamunannya.

     “Apaa..?” Soal Noah lagak tenang walaupun hakikatnya terasa segala organ mahu meloncat keluar.

     “Bajet relaks. Haha. kau fikir apa weii?”

     “Ehh..? fikir? Nothing laaa..”

     “Teringat dekat bini kau tu kann.. apa orang panggil tu.. Dear Snow. Hahaha.”

Noah memandang tajam ke arah Ziyad. “Oihh.  Macam mana kau tahu ni?”

     “Iphone yang ditinggalkan tiada guna kalau aku tak manfaatkan untuk mencari beberapa 
perkara. Sorry man!”

     “What? kau boleh proses iPhone aku? sekali tembak, bersepai kepala kau.” Noah sedikit berang kerana barangnya diproses.

     “S..sorry laa bro.”

     “Lain kali, bukan aku nak marah.. tapi tak elok laa main proses barang orang. mana tau dalam iPhone tu ada gambar isteri aku tengah tak bertudung ke apa... mahu penumbuk sebijik ni lekat kau muka kau....”

Ziyad tersenyum. itu yang dirisaukan Noah rupanya. Ya, memang penuh gambar Soffiyya dalam album Dear Snow. Boleh dikatakan gambar dari zaman sekolah sehingga sekarang. mencecah hampir seribu gambar yang tersimpan dalam iPhone Noah sampai dia sendiri tak larat nak tengok.

     “Okey.. Aku promise tak buat dah. Haha. So, cuti ni kau tak nak pergi mana-mana ke?”

     “Hmmm.. aku rasa nak balik Malaysia laa...”

     “Hmmm. Because of your wife? Miss gila ke ni?”

     “Rindu tu memang sarat dah weh. Cewahh. Tapi memang betul pun. kali terakhir aku jumpa dia sem tahun pertama. Aku kesian kat dia.. asyik dia je yang datang jenguk aku. aku ni haa. Tak berkesempatan nak melawat diaa... Nasib laa dia datang dengan geng aku dulu.. kalau tak, mahu tak risau dia datang sorang-sorang kat sini..”

     “Hehh.. tu laa kau.. tapi kau tak nak travel dengan kitaorang ke?”

     “Nak tu memang nak.. tapi boleh tak aku bawak isteri aku sekali? Hihihihi..”

Ziyad terfikir sejenak. Janggut kambing yang seiras dengan janggut Noah itu dibelai. Noah menanti dengan penuh sabar.

     “Boleh jugak tu. at least ada orang tolong masak. Hahaha.”

     “Cehh! Setakat masak tu, serah kat aku je laaa.. senang! Haha.”

     “Amboi.. tahu laa kau tu pakar dalam bab-bab masak, bab-bab kemas rumah ni. memang untung gila dia. Yang about tu kita fikir kemudian laa. Ehh.. aku tertanya-tanya laa.”

Noah mengangkat keningnya tanda bertanya balik soalan kepada Ziyad. “Tak laa. boleh ke kauorang bertahan hidup berjauhan ni? hihi...”

     “Setakat ni boleh lagi.. kenapa?”

     “Takde apa-apa. Tak discuss nak ada anak ke?”

Noah terfikir. Ada betulnya juga kata Ziyad. Mana taknya, setiap kali tengok sebuah keluarga lengkap, si suami bermain dengan anak-anak. Indahnya. Dia selalu terbayang dia dengan Soffiyya begitu. jalan berpegangan tangan. Diantara dia dan soffiyya, ada anak. Alangkah indahnya kalau perkara itu benar-benar berlaku.

     “Cehh budak ni. aku tanya dia mengelamun pulak. Oihhhh!”

     “Ehh. Apa dia tadi kau tanya?”

Ziyad menepuk dahi. “Kau ni memang laa. Hishh. Tak teringin ke?”

     “Nak tu memang nak.. tapi ikut rezeki laa.. nanti-nanti je laa. kalau ada, ada.. kalau takde, mungkin bukan masanya.. bersabar je laa.. mungkin lepas habis studi ke. Hohoho.”

     “Yaka? Okey kalau macam tu. hihihi. Dah tu, jangan lupa bagitau aku pulak ehh. Kitaorang memang tak sabar nak tunggu anak kau. Kalau bab jaga menjaga tu, kitaorang boleh jaga..”

     “Habis bini aku nak letak mana?”

     “Ermm... tu laa. dok jauh-jauh lagi. Hahaha. Biar je laa. Eh, kau dah makan?”

     “Dah... hmm. Weii. Aku nak masuk bilik dulu ahh. Assalamualaikum.”

Ziyad menjawab salam. Dia memandang Noah yang berjalan menuju ke bilik. Dia hanya 
tersenyum. melihat temannya sudah beristeri, dia juga teringin begitu. Tapi ditangguh buat sementara waktu kerana tiada calon lagi. HAHA!


***


SEPERTI yang dirancang, Noah senyap-senyap pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa. Pasal percutian bersama teman-teman seusrahnya dilanjutkan tarikhnya. Dia mahu meluangkan masa bersama Soffiyya. Bercuti la ke mana-mana pun. duit simpanannya banyak. Yela, sejak dia bekerja part time dengan datuknya, banyak pula duit yang masuk. Duit yang bondanya bagi pun masih belum dia gunakan.

Dia sampai petang. Petang itu sengaja dia menginap di hotel untuk merehatkan tubuhnya yang terasa letihnya walaupun didalam kapal terbang dia hanya duduk dan tidur.

Menjelang malam, barulah dia bertolak ke rumah sewa Soffiyya. Menurut chat yang dihantar oleh Soffiyya, housemate Soffiyya pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Jadi, memang itu peluang baik untuk dirinya. Dia hanya berbekalkan teksi menuju ke rumah sewa Soffiyya. Sebaik sahaja sampai dihadapan pintu pagar hadapan rumah sewa Soffiyya, Noah rasa pelik.

     “Haihh. Cerah lagi rumah. Takkan tak tidur lagi kot..” Noah melihat jam ditangannya. “Nak dekat pukul 1 pagi dah ni..”

Pemandu teksi kehairanan melihat Noah yang berbicara sendirian. “Ada apa, cik?”

     “Eh. Takde apa-apa. Hmm. Maaf ye pakcik, menyusahkan.. Hmm anyway ni bayaran tambang.”

Pemandu teksi itu menghulurkan tangan untuk mengambilnya. Setelah dikira, keningnya berkerut. “Eh.. banyak sangat ni dik oiii..”

     “Takpe pakcik. Simpan. Anggaplah tu sedekah dari saya.. Saya turun dulu ye pakcik. Pakcik bukak bonet belakang je. Saya nak ambik barang kejap. Banyak tuu..”

Pemandu teksi itu tersenyum. dia turut sama keluar membantu Noah menurunkan bagasi dan beberapa beg yang lain. Balik macam nak balik terus walhal cuti semester je pun. cuti semester pun, boleh tahan lama jugak.

     “Terima kasih pakcik. Susah-susah je.”

     “Eh. Takpe laa. sama-sama. Terima kasih ye untuk duit ni.”

Noah hanya tersenyum. “Rezeki pakcik malam ni... Rezeki dari Allah SWT, jadi berterima kasihlah kepada Allah SWT.” Cukup simple tapi jelas dan padat. Pakcik itu tersenyum.

Kini Noah berdiri dihadapan pintu pagar rumah sewa Soffiyya. “Mesti Yuki tak tidur lagi ni.. takkan ada assignment nak kena siapkan? Amboihh. Busy nya...” Omel Noah sambil mendail nombor telefon Soffiyya.

Beberapa kali dia menghubungi Soffiyya tetapi tiada respon. “Hadoi laa isteri aku ni.. mesti dah tertidur atas skrin.. Hmmm..” Nak tak nak Noah terpaksa melemparkan beg dan bagasinya ke ruangan laman rumah dan dia terpaksa panjat pagar. Nak panjat pun, terpaksa usha-usha. Nanti tak pasal-pasal orang ingat dia pencuri atau penceroboh.

Selamat dia melepasi pagar tanpa diperhatikan oleh mana-mana manusia, dia mengangkut barang dan bagasinya menuju ke pintu kayu yang sedikit berukir itu. dia mengetuk perlahan.

Soffiyya yang tertidur dihadapan televisyen diruang tamu terjaga apabila ada orang mengetuk pintu. Dia mengenyehkan matanya. “Siapa pulak ketuk pintu malam-malam buta ni?” Soal Soffiyya. “Takkan Zara kot? Aishh. Dia ni bukan boleh jadi. Ikut suka hati dia je nak balik... Tapi.... takkan laa takde kunci..? Aihhh.. Take a look first, Yuki.” Soffiyya menasihati dirinya dulu. Kalau nak ikutkan hati memang malas dia hendak melangkah menuju ke pintu untuk membukanya kerana dia tahu kunci pendua ada pada Zara iaitu housematenya. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus bangkit dengan berfikir bahawa yang mengetuk pintu itu adalah Zara.

Noah sudah tidak sabar menunggu isterinya membuka pintu. Mahu kasi kejutan.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Soffiyya hampir terjerit. Soffiyya bukan saja-saja buka pintu sebenarnya. Dia perlu bersedia juga takut sangkaannya salah. Payung sudah siap sedia ditangan. Automatik payung itu diayun tepat mengenai kepala Noah. Noah mengaduh sakit. Sebelum Soffiyya menjerit, dia terus menekup mulut Soffiyya dan menolak Soffiyya masuk ke dalam rumah. Puas Soffiyya meronta. Noah menanggalkan snowcap dikepalanya.

     “Ni saya laaa, Yuki.”

Soffiyya menekup mulutnya dengan tangannya sendiri sebaik saja Noah meleraikan tangan dari mulut Soffiyya. “A.aaa Noah?”

     “Ye... yang awak ketuk saya guna payung tu kenapa?”

     “Alaaa. Mana laa saya tau awak nak balik. Ehh. Ni betul ke awak ni?” Soffiyya menampar pipinya sendiri.

     “Ya Allah... ni saya laaa. Siapa lagi kalau suami awak yang studi kat Belanda tu haaa...”

     “Ehh? Betul ke? Sini nak cubit pipi...”

Noah mengerutkan keningnya. Soffiyya buat muka selamber walaupun hakikat sebenarnya dia tahu lelaki yang berdiri dihadapannya itu adalah Noah, suaminya sendiri. melalui minyak wangi yang dia pakai, Soffiyya sudah dapat meneka.

Laju je tangan Soffiyya mencubit pipi Noah. Geram. “Adoiiii.....”

     “Hahahahaha. Awak comel laaa! Eiii.. rindunyaaaaaaa.... Oh my hubbyy....” Terus Soffiyya memeluk Noah.

Noah sedikit tergamam. Akhirnya bibir merah delima itu mengukirkan senyuman. “Hmm.. kalau ye pun rindu, barang saya ni takkan nak biar kat luar sayang? Let me pick up my thing 
first okay?”

Soffiyya tersedar perbuatannya. Kehangatan tubuh Noah benar-benar membuatkan dia selesa. Dia rindukan bauan minyak wangi yang dipakai Noah itu. “Hihihi. Sorryy.. sini nak tolong..”

     “Takpe.. saya boleh angkat sendiri. awak tu haaa.. muka sembab ni kenapa.. Eye bag lagi... Tidur tak cukup ke sayang?” Soal Noah mengambil berat mengenai perihal dan keadaan isterinya itu sambil dia membawa barang-barangnya masuk ke dalam rumah.
Soffiyya mengikut belakang Noah. “Hmmm.. nampak sangat ke mata saya ni haa..?”

     “Ha’aa... kesian kat isteri abang ni haaa..”

     “Hehh..? Abang mana ni?”

Noah tergelak. Apa punya isteri la. “Abang mana lagi.. abang hensem depan Puan Yuki ni laa... takkan tak nampak lagi...”

Soffiyya tersengih-sengih. Bukannya apa. Dia tak kisah Cuma kekok. “Ye eh? Hiihihihi... sini laa. kesian awak bawak barang berat tu haaa.. nak bagasi je. Yang lain awak bawak tauu?”

     “Ya Allah budak ni.. dah nak bawak masuk bilik dah pun... haiyaaa..”

     “Okayy......”

Setelah barang dibawa masuk ke dalam bilik ditingkat atas, Noah membaringkan tubuhnya diatas katil. Sakitnya ketukan payung tu masih terasa. Sakit bahunya. Soffiyya duduk diatas kerusi kayu ditepi katil. “Hmm.. sayang.. sayang memang selalu tidur lambat ke?”

     “Ha’a... always. Assignment kena siapkan... Malas laa nak tangguh-tangguh..”

     “Bagus! Excellent. Hihihi.. saya call banyak kali tadi.. sayang tak jawab kenapa? Tidur eh?”

    “Eh ye ke?” Soffiyya kalut mencari telefonnya. “Ya Allah. serius wak.. saya tak sedar langsung. Tertidur depan tv tadi.. Aduss. Kesian kat awak tunggu lama ehh.. Aishh. Mana phone saya ni....?”

Noah tersenyum melihat Soffiyya yang kalut mencari telefonnya yang hilang. Dia bangkit dan turun dari katil. Tangan Soffiyya diraihnya. “Sayang. cari phone awak tu esok-esok boleh tak... saya dah ada depan mata dah pun... so, it’s okay..”

     “Tapi.. mesti awak letih tunggu kat depan rumah tu haa..”

     “Ya Allah budak comel ni. jangan risau laa. haishh. Dah... jangan bebel banyak. Esok ada kuliah tak?”

Soffiyya menggeleng. “Esok cuti.”

     “Bagus...”

Automatik kening Soffiyya berkerut. “kenapa pulak?”

     “Nothing. Dah jom!” Tubuh Soffiyya dicempung menyebabkan Soffiyya terjerit.

     “Awakkk!!!”

     “Syhhhh. Nanti orang ingat rumah awak kena masuk penjahat pulak. Kesian saya. Dah laa tadi kena pukul dengan payung.. nanti kena pukul dengan besi pulak lepas ni...”

     “Ermmm. Sorry..”

     “Maaf tak diterima...”

     “Habiss???” Sekali lagi kening Soffiyya berkerut.

Noah tersenyum nakal. “Hhmmm. Jom. Rindu kat sayang laaa.”

Tubuh Soffiyya dibaringkan diatas katil. Lampu dipadamkan.


***

TIGA TAHUN BERLALU...

Hari yang dinanti-nantikan oleh pelajar dari Belanda. Hampir lima tahun menuntut diuniversiti bagi menghabiskan pengajian di sana. bertungkus lumu menyiapkan projek dan segalanya, akhirnya segalanya membuahkan hasil. Hari konvokesyen yang sangat menggembirakan. Noah tersengih memandang Soffiyya yang hadir memakai baju jubah warna putih yang menaikkan seri wajah si Soffiyya itu. Noah tersenyum memandang isterinya yang cantik berseri.

     “Cantik!” Noah membisikkan hal itu kepada Soffiyya.

Soffiyya tersipu-sipu malu. “Hensem!” Soffiyya membisikkan pula pada Noah. Noah membetulkan tali lehernya.

     “Comeiii takkk?” Soal Noah membuat muka comel. Tangan digabung dua dan diletak dibawah dagu.

     “Euww! Perasan.” Balas Soffiyya. Dalam hatinya mengakui Noah comel buat begitu.

     “Sayanggg... comei tak?” Noah menggedik. Mujur waktu itu tak ramai sangat orang. namun gerak geri mereka diperhatikan oleh rakan-rakan Noah.

     “Ye.. comei sangat.”

Noah sengih. “Nak hadiah?”

     “Hadiah? Hari ni bukan birthday saya.. anniversary pun tak sampai lagi ni.. awat nii?”

     “Ada laa. hadiah saja-saja.”

     “Hmmm. Okey. Hadiah apa?”

Noah tersenyum. dia buat sekali lagi hal yang sedemikian tadi iaitu dengan gabung tangan kedua-dua dibawah dagu dengan mempamerkan wajahnya yang comel. “Sayaa!”

Soffiyya tersenyum. Dia mencuit hidung Noah. “Ei awak ni. hihihi.”

     “Alaa. Suka la tuu..”

     “Tak cakap pun saya suka.”

     “Yeke ni? okay...” Noah pura-pura merajuk.

Soffiyya memandang Noah yang sengaja buat perangai macam budak-budak. “Yee... saya suka. Saya cintakan suami saya yang comei laa.”

     “Haa. Kalau dah suka, kena panggil abang..”

     “Hehh.. awkward laaaaa.” Soffiyya merungut.

Noah memeluk tubuh. “Okey. Kalau macam tu takpe.. tak kisahh...”

     “Eii.. ye ye... abangku sayanggg...”

     “Kan bagus kalau dari tadi macam ni. hahhaa. Cuweeeettt cangatt!”

Dah makin nakal Noah sekarang. “Amboi..”

Sebenarnya, dari semalam lagi, Soffiyya menyimpan satu rahsia yang mampu menggembirakan hati Noah. Dia mahu Noah bersabar buat sementara waktu.

     “Awak... Err. Awakk..”

Noah buat tak dengar. Soffiyya mencebik. “Abanggg...”

     “Ye sayang.. ada apa?” Automatik Noah pandang Soffiyya dengan penuh fokus.

     “Saya ada sesuatu ni nak bagitau.. tapi.. hmmm. Takpe laa.. nanti-nanti jelaa.”

Berkerut kening Noah. “Ada apa? Cuba bagitau? Sayang sakit ke?”

Soffiyya menggeleng. “Tak sakit pun laa. ada laaaa.”

     “Lohh. Cepat laa bagitau..”

     “Nanti.. lepas habis konvo.”

     “Janji?”

     “Janji.....”


NOAH pergi ke tandas sebentar. kebetulan terserempak dengan Ziyad. Ziyad tersengih-sengih memandang Noah. Noah buat muka pelik. Ziyad buat muka minta tapak kaki.

     “Kau ni dah kenapa, Yad?”

    “Hahaha. Takde apa-apa.”

     “Baik kau cakap..”

Noah memandang sahabat baiknya itu. “Hmmm.. sayang bini eh kau.”

     “Mestilaaa..”

Noah tersenyum sambil bangga mengucapkannya. Ziyad tumpang bahagia. Dia senang melihat Noah bersama Soffiyya. Memang pilihan yang tepat. Dia tak sabar menunggu anak sulong Noah nanti. Tak ada rezeki atau memang mereka berdua rancang tak nak ada anak dalam masa terdekat ni. hampir lima tahun berkahwin. Tanda-tanda belum juga ada.

     “Eh.. nak tanya ni.”

     “Apa dia?” Soal Noah.

Ziyad membasuhkan tangannya. “Hmm..sepanjang kau kahwin ni, tak teringin ke nak ada anak?”

     “Hmmm.. nak tu memang nak. Lepas ni mungkin ada kot.”

     “Kot? korang berdua rancang ka apa ni?”

     “Haih. Mandai je ambik tau hal rumah tangga orang noh. Hahahaha. Ha’a.. kesian laaa dekat si Soffiyya kalau mengandung. Aku dok jauh. Sedih laa nanti. Dia sorang-sorang gendong perut membulat nanti. Aku pulak dok kat sini. Tak sanggup aku nak biar dia buat semua sendiri. nanti sakit ke apa, susah jugak tu..”

Ziyad mengangguk. Panjang jugak cara fikir Noah. Logik! “Hmmm.. cara kau fikir tu memang logik jugak eh.. hmm.. tak sabar ni nak tengok anak korang berdua. Comei.”

     “Siapa comei?”

     “Kau dengan bini kau laaa. Kalau gabung, mesti dapat yang perghhh punya. Hihihi.”

Noah tersenyum. “Dah tu, doakan yang terbaik buat kami berdua. Harap-harap dalam anak ramai.”

     “Ya.. anak ramai yang berkualiti untuk melahirkan ummah yang ramai..”

     “Aminnnn.... Eh, kau bila lagi? aku dah ada.. kau?”

     “Dalam proses. Lepas balik Malaysia..”

     “Oh.. si dia ada di Malaysia eh? Bukan kau dengan Mia ka?”

Ziyad tersenyum. “Dia dah bertunang dengan orang dah laa.”

Melopong mulut Noah. “Hey bro. Kalau ye pun terkejut, tak payah buat muka terkejut 
beruk. Terkejut bini kau tengok nanti. Hahaha.”

     “Bini aku accept aku seadanya. Hihihi. Eh.. asal kau tak cerita? No wonder laa lama aku tak dengar kau story pasal dia.. Hmmm... sabar ehh..”

Ziyad tersenyum hambar. “don’t worry. I will be okay. Aku tak kisah dia nak kahwin dengan siapa. Aku harap dia bahagia dengan hidup dia. dia mungkin tak ditakdirkan buat aku. kalau aku kejar dia, kalau dah memang Allah SWT tetapkan yang dia bukan milik aku, tak guna aku kejar. Kejar laa sampai hujung dunia, kalau dah takdir Allah begitu, aku terpaksa reda... Lagi pun, bakal isteri aku ni pun okey jugak. Pilihan hati umi aku.”

     “Kau pernah jumpa ke?”

     “Pernah.. dua tiga kali macam tu laaa... setakat berkenalan. Then, kadang-kadang, beremail dengan dia. saja.. malas nak guna facebook dengan twitter or skype sebab macam laju sangat. tak best. Hehehehe.”

     “Hahaha. Pe dah kau ni. takpe.... In shaa Allah dia yang terbaik buat kau. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kau, Yad.”

     “Jazakallah buddy!” Ziyad menepuk belakang Noah.

Mereka berdua berjalan memasuki dewan kembali.


MELONCAT tak terkira Noah mendapat berita yang keluar dari mulut isterinya. Di cium ubun-ubun isterinya itu. Terus kemudian sujud syukur kerana nikmat yang tak terhingga buat dirinya dan keluarga. Rezeki yang datang memang benar-benar buat dia rasa bahagia.

     “Alhamdulillahhh! Kenapa tak bagitau awal-awal?” Soal Noah.

     “Ye.. sajaa. Nak buat surprise dekat awak.. Opss abang!”

     “Hmmmm... dah bagitau bonda, ibu semua?”

Soffiyya menggeleng. “Hmmm.. saya nak abang yang pertama tahu berita gembira ni tauu..”

Noah tersenyum. Isterinya dibawa ke dalam pelukan. Dia membisikkan ucapan terima kasih tidak terhingga. Rasa bahagia dan gembira kerana dia bakal menjadi seorang bapa. Persediaan yang sudah lama dia buat sejak awal-awal berkahwin. Ditanya bagaimana cara mendidik anak, membaca buku yang pelbagai tentang pentarbiyahan anak-anak. Kalau tu secara teori dan dia bakal mengaplikasikan dalam bentuk praktikal kelak.

     “Hmmm.. kalau perempuan nak letak nama apa?”

Soalan Soffiyya membuatkan Noah terfikir sejenak. Seketika, dia teringat Laura yang merupakan kekasih kepada arwah Youseff iaitu sahabatnya yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

     “Laura Zulaikha?”

Soffiyya tersenyum. “Nice.. macam mana dapat ilham ni?”

     “Sayang ingat tak Laura?”

Soffiyya terdiam sejenak. “Kekasih Youseff?”

Noah mengangguk. “Ha’a... kalau anak lelaki, kita namakan dia Youseff Zafran sempena mengingati arwah sahabat kita tu..”

     “Hmm.. saya setuju..”

Seketika, kenangan indah bersama arwah Youseff bermain diruang mindanya. Banyak perkara yang berlaku. dia bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang baik-baik seperti itu. tiada apa yang mampu dia ucapkan melainkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Semuanya sudah ditetapkan oleh takdir. Hanya doa yang dapat mengubah takdir. Ya, nasib ditentukan oleh manusia tetapi tidak kepada takdir. Takdir milik Allah SWT. Allah berkehendak ke atas sesuatu. Ujian dan dugaan yang melanda kalau ditempuhi dengan rasa sabar pasti akan rasa kemanisan bersabar. Itulah Islam. Yang indah lagi mulia. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambanya sebaliknya ujian yang mendatang itu adalah untuk menguji seteguh mana keyakinan dan keimanan serta ketaqwaan hambanya.


Itulah yang terjadi kepada Noah dan Soffiyya. Banyak ujian datang melanda, tetap jua mereka gigih melangkah maju ke hadapan dengan izin-Nya.