ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Thursday 20 December 2012

Ayyas Masih Di Hati ^^

Assalamualaikum! 

Hi! 

Here is Mardhiyyah. Why? --" Nothing. K. Fine. Bai-II! K. main-main je! K. Sambung balik! ... Taraaaaaaa. hehehe

Kebodohan disitu? No lawak? It just ngok and ngek. K. Abaikan. 

Tengok Tittle tuuuu tuu mestiiii said "Ehh? Pakwe die ke? Euww #3" Pelikkan tajuk berita hari ni. Hahaha. 

Kebongokan. --" 

Fine! Stop talking nonsense. Actually kann Ayyas tuu sebenarnya memang buah hati aku puns. Love him so much. Can't tell him why i love him so much and too much ? TOO MUCH ? Ohh My Allah. Haa. 

Cinta yang tak melampau. Aku actually tertarik dengan perwatakan dia. 

Sedikit tentangnya. 

-Muhammad Ayyas.

-Masih belajar dibumi Jordan.

-Sekarang ni berada di Moscow untuk jalankan kajian.

-Lelaki yang sederhana.

-Kuat Agamanya.

-Sangat merendah diri.

-Berasal dari keluarga yang sederhana

-Dia? Berkulit sawo matang.

-Dia sangat hensem bagi aku bila Iman dah ada dihati, solat tak tinggal, masyaAllah. I'd really fall in love with him.

-Can't how much i love him. 

K. fine. tu je laa yang aku tahu pasal dia. and now dia ada kat Moscow buat pengkajian tentang sejarah Moscow disana. hmm.. Tau tak.. Ni aku nak cerita sikit pasal diaaaaaaa...

Jangan tak BACA ! --" Hewhew. Peminat sifat pemaksa. sengal kau. 

#Starting the story.

Aku starting part dia dah ke Moscow. 

Dia masa tu dah ke Moscow sebab nak jalankan kajian yang Prof dia suruh. Dia ni bakal sejarawan hebat tauu ^^. *Sengih nampak gigi plishh. hehe
Before dia ke Moscow, dia suruh member dia, David carikan tempat untuk dia tinggal. Yela, kajian dia tu mengambil masa tiga bulan untuk selesai doh. 

David pun g laa tunjuk rumah apartment yang dimaksudkan tadi enn. Ayyas puas hati dengan keadaan rumah tu. Luas, cantik dan kemas. Tapi sebaik mendengar penerangan David, dia speechless dan berasa sangat MARAH! kalau aku pun, aku ngamuk jugak doh. Nak tau pe penerangan David tentang apartment tuuu??? 

Of course nak kann. 
David cakap, apartment tu dihuni oleh dua orang kaum hawa yang berbangsa Russia. Satu nama Lenor, satu lagi nama tuu aku tak ingat sangat. hewhew. 

Gilaa kauuu nak kongsi dengan pompan?! 
By the way, from that things laaa happens banyak bende yang sangat mengejutkannn. Siyes tak tipu weyhhh. 

Then, Ayyas takde pilihan. Kata David, dia tak mungkin biarkan si Ayyas ni tinggal serumah dengan pasangan gay. PASANGAN GAY! itu lagi bahaya. Ayyas akur dan tinggal juga disitu sementara disendiri yang cari tempat tinggal lain. Tak sanggup dia tinggal lama-lama dengan dua orang kaum hawa tu. 

Ayyas pun duduk laa kat rumah tu. Bayangkan laaa wey dua orang perempuan tu masuk rumah tu.. Dah laaaa cantik gila perghh. Tapi Ayyas kuatkan imannya. dirinya sentiasa berkurung dalam bilik. Kalau boleh dia tak nak bertembung dengan dua orang perempuan itu. Dalam bilik tu, dia solat sunat, solat fardhu, baca al-quran dan lain-II. 

Then... ada laa terjadi sesuatu yang membuatkan Ayyas sangat marah.
Waktu tuu en, Ayyas baru balik dari buat kajian dekat sebuah universiti terkemuka di Moscow bersama dengan Prof. Ananstasia. Prof perempuan youh. Sebabnya Prof yang dipertanggungjawabkan untuk bersama dan menolong dia dalam proses pengkajian tu terpaksa pergi ke luar negara untuk selesaikan beberapa hal disana. 

Bila balik je dari universiti, pintu apartment dibuka dan damnn! Ayyas terkejut. Dia segera beristighfar. Nak tahu amende??!

Linor dengan pakwe die tengah buat bende tak senonoh atas sofa ruang tamuu!!! Euwww!!! Ayyas terus masuk bilik. Pintu bilik tu sengaja dihempas kuat kerana geram dan marah. Bg Ayyas, Linor dan pakwe dia tu tak ubah seperti binatangg! malahan lebih teruk dari binatang... Hehe. That's why aku suke si Ayyas tu tahu. hewhew. 

Then, takpe laa... Ayyas bukak ayat suci Al-quran dari laptopnya dengan kuat. Sengaja dikuatkan biar dua orang binatang di ruang tamu tu terasa. 
Korang nak tahu, perbuatan tuu menyebabkan pakwe Linor tu marah sangatt... Dia ketuk pintu Ayyas dengan kuatt. hohoho. Pastu Ayyas pun bukak laa pintu.. 
Sekali penumbuk singgah di mukaa Ayyas.. Ayyas balas balik.
Kat situ berlaku laaa pergaduhan. lawan hidup dan mati youh.. Pakwe Linor tu sebenarnya salah seorang mafia dekat Moscow. Mafia yg sgt terkenal. Dan Linor tu sebenarnya salah seorang perisik Israel yang sgt cekap dalam kerjanya. Dia sangat benci kat Ayyas dan berniat hendak bunuh Ayyas. 

Hmm.. Lepas dari tu, Ayyas menang. Mafia tu hampir mati ditangan Ayyas. 

Byk perkara yang berlaku. Ayyas yang sgt pandai berhujah itu dijemput untuk menyertai satu forum. Forum yang bertajuk "Tuhan tiada". kalau tak salah aku laaa.. Hmm.. 

Disebabkan hujah Ayyas yang kuat berdasarkan nas al-quran, Ayyas jadi terkenal dan ramai orang suka dengan pendapat Ayyas. Ayyas telah mematahkan hujah seorang Prof yang terkenal. Prof yang telah menyatakan bahawa Tuhan itu tiada. Dunia ni tiada penciptanya. Ayyas tak meninggi diri malah dia makin merendah diri. Dia tahu idea dan ilham tu dari Allah. 
Dann... disebabkan sikap Ayyas, hujah Ayyas, kata-kata Ayyas yang sentiasa damaikan hati tuu, Prof. Ananstasiaa tuuuuu jatuh hati kat Ayyas.. Wuuu... Aku bengang dohhh!!!! Bencii!!!! Tapi takpe. sape laa aku ni kann.. 

Then takpe laa. dipendekkan cerita, dalam pd mase yang sama, Linor bincang dengan anggota Israel yang lain untuk hancur kan Ayyas. Dia orangkan benci orang Islam. kalau boleh dia orang nak hancurkannnnn Ayyas sebab Ayyas ni dilihat nampak seperti orang yang hebat. Mana taknya, Ayyas dipuji dan disanjung oleh masyarakat Moscow dan seluruh Russiaa. negara luar pun tahu tau takk!!! Hewww.. Aku bangga gak sebab buah hati aku tuu oang yang hebat! hewhewwww.. 

Linor rancang nak jadikan Ayyas sbg pengganas dengan meletupkan bom dikawasan Moscow dan menjadikan Ayyas sbg orang yang bom tu sedangkan bukan Ayyas yang lakukann.... Tp Linor seorang perisik Israel.. 

Allah tu Maha Penyayang... Waktu tu Ayyas dah dapat rumah untuk berpindah... Hari dia pindah tu laaa, bom diletupkan. Linor tiada disitu kerana dia pulang ke tempat dia. Dia nak jumpa dengan mak diaa.. 

Kat rumah mak dia tu laaa, mak dia bg tahu perkara sebenar. Sgt menyayat hati doh.. Linorr sebenarnya bukan lah darah tulen Yahudi mahupun Israel. Dia sebenarnya darah tulen Palestin... Mak dia tunjuk video kat Palestin tentang peristiwa pembunuhan besar-besaran rakyat palestin... 

Ternyata hidayah telah dicampak ke dalam hati Linor atau sekarang ni dikenali sbg Sofiyya... 

Indahnya Islam.. Dia peluk islam..

Pasal bom tu aku tak tau apa yg terjadi.. 

Tu sajaaa. Best tak story pasal Ayyas buah hati aku nii?? I love him.. Hewhew.. 

Bwerkkk! k.-Bai.

Assalamualaikum! 


Monday 17 December 2012

Kisah Sebenar disebalik Lagu Oppa Gangnam Style


Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...


[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

Sunday 9 December 2012

dear. snow di bumi eropah(cerpen) #1


Cardiff City, United Kingdom

HIDUP dalam kesederhanaan amatlah ditekankan dalam Islam. Ianya dibawah konteks tidak membazir. Perkara itulah yang selalu diterapkan pada seorang anak muda yang bernama Noah Hayyan. Seorang anak muda berdarah campuran Belanda dan Melayu. Noah Hayyan atau lebih dikenali dengan nama Noah merupakan anak kelahiran United Kingdom. Dia dilahirkan sewaktu bondanya berada ditahun akhir dalam ijazah falsafah diuniveristi terkemuka United Kingdom. Jelas dan nyata bondanya merupakan darah tulen Belanda yang telah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam sewaktu berumur lapan belas tahun. Walidnya pula merupakan darah melayu tulen berkulit sawo matang.

     “It’s time to go, Ayesha.” Ana Ayesha yang merupakan satu-satunya adik Noah yang berumur dua belas tahun. Noah berumur lima belas tahun itu memegang tangan Ayesha turun dari bas. Sekarang mereka sudah pun berada dihadapan Cardiff University iaitu dimana bondanya, Prof. Narsha bekerja sebagai seorang pensyarah. Begitu juga dengan walid mereka berdua, Prof. Ameer.

Bangunan-bangunan yang tersergam indah dengan reka bentuk yang tersendiri tu benar-benar menarik minat orang ramai.

     “Where is bonda and walid?”

Noah hanya mengjongket bahu tanda tidak tahu. Wajah mereka dua beradik lebih kepada muka orang eropah. Wajah kemelayuan tidak ada pada wajah mereka berdua. Sebab itu ramai yang terkejut bila mereka berdua boleh berkomunikasi fasih dalam bahasa melayu. Tambah-tambah pelajar walidnya yang berbangsa Melayu berasal dari Malaysia dan melanjutkan pelajaran ke Cardiff Universtiy. Ya, bahasa ibunda walidnya tidak mungkin dilupakan. Setakat ni, Noah sendiri mampu menguasai beberapa bahasa.

Ayesha menggenggam erat lengan Noah menampakkan mereka seperti pasangan kekasih. Noah yang memilik ketinggian 175 itu mendorong adiknya berjalan dahulu disekitar Cardiff University yang sangat besar dan luas. Suasana yang cantik tu membuatkan kaki Noah dan Ayesha ingin berjalan lagi mengelilingi kawasan itu.

Dalam perjalanan main pusing-pusing di kawasan Cardiff University gunakan nombor sebelas atau lebih spesifik menggunakan kaki mereka, seorang gadis kelihatan tercari-cari sesuatu dan gadis itu menuju ke arah Ayesha dan Noah.

     “Excuse me.”

     “Yeah..”

     “Err.. i cannot speak well in English but i hope you really understand my worst english.”

Noah hanya mendiamkan diri melihat gadis itu yang kelihatan mengah. Mungkin berlari cari sesuatu dan berputus asa dengan bertanya kepada orang lain. Bak kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan. Tapi ni dah lebih dari sesat. Baiklah tanyakan. Hmm. Terdesak.

Ayesha yang menjawab persoalan gadis itu. “Oh. Okay. You slange seem like you are not from here. So where do you live?”

Memang laa aku bukan orang sini. Nama pun tak reti cakap bahasa inggeris. Muka aku nampak macam orang nepal kah? Errr. Bisik hati gadis itu sambil menggarukan kepalanya.

     “Ohh.. I was from Malaysia.”

Noah mengangguk dan Ayesha tersenyum. “Ohh. Awak dari Malaysia?”

You say what? kau boleh cakap melayu. Acisss. Peliks. Sekali lagi dia menggarukan kepalanya yang jelas tak gatal langsung. Agaknya jadi tabiat kot. kalau tak buat macam tu memang tak boleh.

     “Err. Yeah. Tapi awak dari mana?”

     “From this state. So, apa awak nak tanya, err...?” Ayesha tak tahu nak panggil apa pada gadis dihadapannya itu.

     “Adellia Qisya. Panggil Adel je.”

Adellia Qisya? Hmm.. Weird. Bicara hati Noah dalam diam. Memang dalam diam pun. nama pun cakap dalam hati. Hoho.

     “Ohh. Miss Adel. Awak cari apa eh?”

     “Err. Cari mak saya.. Ni dia gambarnya.”

Ayesha melihat gambar yang ditunjuk. Sah memang tak pernah tengok. “Ermm. I’m sorry miss. Kita orang memang tak pernah nampak.”

     “Ehhh... Er.. awak yang disebelah?”

Noah sedar dirinya ditanya itu memandang wajah gadis itu. “Hmm. No. I don’t see her. Sorry..”

Sepintas lalu gadis yang bernama Adel itu mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkan Ayesha dan Noah dalam keadaan tergesa-gesa.

     “What’s wrong with her? Nampak macam missing je.” Ayesha bersuara kepada abangnya sebaik sahaja Adel berlalu.

Noah hanya mengjongket bahu saja. “Tak tahu laa. Ayesha. Wait. Bonda and walid dah ada kat depan kita.”

Prof. Narsha dan Prof. Ameer sedang melambaikan tangan ke arah anak perempuan dan anak lelaki kesayangan mereka. Ayesha berlari-lari anak menuju ke arah bonda dan walidnya. Sebaik sahaja sampai terus dipeluk tubuh langsing Prof.Narsha. Noah relaks berjalan sambil tersenyum. tangan walidnya dicium. Pipi bondanya dikuncup.

     “Sorry my baby.. bonda lambat..” Prof. Narsha memegang pipi Ayesha.

Ayesha tersenyum. “It’s okay, bonda. I know that you’re busy. I also got my brother, Noah to accompany me to here...” Ayesha tersenyum kepada abang kesayangannya itu.

Baginya, Noah sangat memahaminya. Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka sibuk dan jarang ada dirumah, Ayesha tidak berasa sunyi dengan adanya Noah sebagai penghibur. Noah yang pandai bermain dengan alat-alat muzik seperti gitar dan piano itu sangat menggembirakannya. Noah selalu menggunakan piano dan bermain lagu Cat Steven atau sekarang dikenali dengan nama Islamnya, Yusuf Islam. Lagu-lagu yang bersifat ketuhanan itu membuatkan jiwanya tenang sentiasa.

Dari luarannya, Noah nampak sombong kerana bibir yang jarang mengukirkan senyuman. Entah kenapa. Tiada nokhtahnya disitu. Pelik bukan? biasalah. Orang lain-lain. Nak buat macam mana. bibir dia. dia nak senyum ke tak nak, dia punya hal.

Sebaik sahaja memboloskan diri ke dalam kereta, Prof. Narsha membuka cerita mengapa dia dan suaminya lambat tadi.

     “Ayesha.. Noah..”

     “Yes bonda!” Lagak menjawab soalan seperti askar je. Dua-dua muka minta penampar stail memang tak boleh belah. Serius nak gila.

     “Err. Kalau ye pun nak jawab panggilan bonda, jangan laa serius sangat. walid yang dengar ni pun gigil tangan bawak kereta. Haiyoo.” Prof. Ameer bersuara nada lawak.

Ayesha dan Noah tersengih tersenyum lembu. Eh, kambing ke mana? dah outdated kot. asyik kambing je, lembu pun nak jugak dapat nama, kan.

     “Hmm.. Actually, the reason why we’re late because...”

     “Because of what, bonda?” Soal Noah merasakan bondanya terlalu mengambil masa yang lama untuk menyatakan kenapa lambat. Dia tak minta pun tapi dah bondanya yang nak cakap, dia tunggu je lah. Ni macam berat je nak cakap. Mesti ada sesuatu.

     “Because, walid dapat tukar.”

Again. Posting? Ke mana pulak ni? bisik hati Noah tidak sedap hati, sakit kepala, tak sedap badan, rasa nak demam. Kalau berpindah daerah, anak muda bernama Noah Hayyan ni masih boleh diterima tapi kalau pindah negara, ‘can i cekik myself, please!’ The phrase atau ayat yang selalu timbul dibenak hati Noah kalau mereka sekeluarga berpindah negara.

     “Tukar ke mana, bonda?” Soal Ayesha yang nampak terlebih hyperaktif dan bersifat excited itu. Noah menjongketkan keningnya apabila melihat adiknya pula terlebih excited.

Dengan satu nafas saja Prof. Narsha menjawab. “We’re moving up to Malaysia...” Perlahan tapi cukup jelas dipendengaran Noah dan Ayesha.

     “Malaysiaa??”

Prof. Narsha dapat mengagak anak sulongnya pasti terkejut mendengarnya. Baginya Ayesha tiada masalah sangat tapi dengan anak sulongnya itu agak susah juga. Dia sememangnya sedia maklum yang Noah lebih selesa dan sudah melekap di United Kingdom. Dan jelas berat untuk Noah menerimanya bahawa mereka sekeluarga ke Malaysia.

     “Yeahh... Kenapa Noah?”

     “Tapi... kenapa bonda? Tak boleh ke kita duduk je kat sini. I’d really don’t like to move anywhere except in this state. Only this state. You already know that was i am, right bonda?”

     “But we have too. Walid dapat posting dekat USM.”

     “What’s USM?”

     “Univerisiti Sains Malaysia.”

Oh! Damn. I hope this thing will not happen. This is a dream.. only a dreamm.. “Ayesha. Could you please pinch my hand?”

     “Serious?” Noah mengangguk terlebih semangat waja dengan muka serius gila bapak tak boleh belah langsung.

Ayesha memang terlalu lurus dan akur dengan permintaan abangnya itu. Dengan senang hati tangannya dibuat seperti tangan ketam bersiap sedia untuk menyepit apa yang ada dihadapan mata. Lengan berotot Noah dicubit serta dipulas sehingga meninggalkan kesan merah ditangan Noah.

Auchhh!! My skinn!! Terjerit kecil Noah disebabkan cubitan berperisa ketam oleh Ayesha. Ayesha tersengih menayangkan gigi arnabnya itu.

     “Errr. Fine. sakit. And, this is not a dream. This is not dream. It’s reality. Yeahh.. reality... ohh.. Malaysia? Seriously Malaysia? Apa yang ada kat Malaysia?” Noah bertanya kepada diri sendiri.

     “Is he crazy? Seriously? Uhh.. My brother, Noah is so crazy look silly.” Ayesha buat muka dan berkata separuh berbisik. Suara yang sedaya upaya diperlahankan supaya tidak ada siapa yang mendengarnya. Mulutnya sampai muncung like itik tonggek bila berkata-kata.

Prof. Narsha dan Prof. Ameer berpandangan sesama sendiri lalu mengjongket bahu menandakan tidak faham dengan perangai pelik anak lelaki mereka, kemudian kembali memandang ke hadapan. Prof. Ameer fokus memandu dan Prof. Narsha mengadap buku hasil penulisan Dr. Zakir Naik.


***


Bute Park, Cardiff City

Dhiyaa Aqashaa berjalan menikmati indahnya suasana pagi yang dingin di Cardiff City. Untuk kali kedua dia melawat Cardiff City yang sangat menarik perhatiannya. Kecantikan itu sentiasa dalam bayangannya sehingga terbawa-bawa walaupun sudah pulang dari Malaysia. Tak salah dia, musim salji dah masuk. Cuaca pun semakin dingin menusuk hingga ke tulang hitam. Mujur dia memakai jaket yang dapat mengurangkan kesejukan yang tahap ketul ais batu tu.

Sana sini tersengih. Jalan seorang diri. Walaupun berumur lima belas tahu, dia tidak kekok untuk berjalan seorang diri dibumi asing. Lagi pula, dia keluar jalan-jalan kerana bosan tinggal di rumah pakciknya. Tiada jalan-jalan bila duduk di Cardiff kerana tiada sepupunya dirumah. sepupunya mengikuti kem sekolah yang berpusat dimana, dia sendiri tidak pasti. Jadi, dia ambil peluang jalan disekitar Cardiff City. Memang indah berjalan melihat bangunan Cathays Park. Bangunan yang tersergam indah itu membuatkan dia teruja. Begitu uniknya pemikiran manusia sehingga boleh membina bangunan yang indah seperti itu. Cathays Park bangunan indah yang penuh keilmuan. Dia kemudiannya bergerak ke Bute Park dengan menaiki kenderaan awam di sana.

Beberapa gambar diambil. Esok merupakan hari terakhir dia berada di bumi Cardiff. Rasa ralat kerana dia ingin menunggu salji turun. Hobi yang pelik memang dia ketagih main dengan salji. Indah. Bebola putih itu membuatkan dia geram.


SENGAJA mahu mengambil masa untuk tenangkan fikiran. Noah ambil keputusan untuk keluar menikmati udara dingin di Bute Park. Memang itulah satu-satunya tempat kegemarannya kalau berjalan di sekitar Cardiff City. Wajah Noah yang seakan-akan Greyson Chance itu memasukkan tangan ke dalam poket winter-jacket warna kelabu. Di kiri dan kanannya jalan mula dihiasi lampu-lampu yang banyak memandangkan hari natal akan tiba tidak lama lagi. suasana nampak meriah tapi tidak semeriah hatinya apabila mengenangkan dia akan berpindah ke Malaysia, meninggalkan bumi Cardiff yang banyak menyimpan kenangan indah.

Sebaik sahaja sampai di Bute Park, dia berjalan disekeliling taman itu. Tidak lupa dalam backpack sentiasa ada kamera digital dan juga instant camera.

Letih berjalan, Noah melabuhkan punggung di atas kerusi kayu yang tersedia disitu. Di sisinya ada banyak pepohon yang kosong dengan daun memandangkan musim salji telah tiba tapi pelik. Saljinya belum juga turun. Tidak mengapa. Fenomena pelik, mungkin.

Dia duduk disitu termenung. Jauh.

Pindah Malaysia? Tinggalkan this united? Aku bermimpi ke? Serious? Hmm. Ya, kaki ini memang sudah lama tidak jejak ke Malaysia. Waktu aku kecik-kecik dulu ada laa. tapi masih bayi. Ayesha? She’d never goes there. Huhh... Berat hati ni. Ya Allah... jika ni yang terbaik untukku, aku redha.. tapii.. hmm.. Ayat tergantung. Tidak mampu dia habiskan.

Sedang asyik termenung, ada seorang gadis bertudung berjalan dihadapannya. Betudung krim berjaket merah. Noah mengjongketkan keningnya. Bibir memang sentiasa lekang dengan senyuman. Mata yang redup itu memandang gadis bertudung.

Syok buat self-camera. Hmm. Bisik hati Noah. Dia tidak nampak wajah perempuan. Hanya belakang gadis itu je yang kelihatan. “Shorty.” Satu perkataan meniti dibibir merah merekah anak muda itu apabila mata memerhatikan dan meneliti perempuan itu dari belakang.

Ya Allah!! Terkejut Noah sehinggakan terbangun dia dari kerusi kayu apabila melihat gadis itu tersepak ranting kayu yang tak jauh dari tempat gadis itu berjalan. Mana taknya, syok sangat usha anak gadis orang. kan. Terkejut jugak.

     “Auuu.. Sakitnyaaa..” Kedengaran sayup-sayup suara gadis bertudung itu mengaduh sakit. Camera dan terpelanting entah ke mana.

Noah memandang kiri dan kanan. Takde orang lain hanya dia disitu. Terpaksa juga dia bantu gadis shorty itu atas rasa tanggungjawab.

Dia berlari anak mendekati gadis itu. Dia bertinggung dihadapan gadis itu. Gadis itu memegang lututnya. Disebalik seluar skinny jeans warna putih itu memang jelas ada cecair merah melekat pada seluar jeans itu warna putih itu dibahagian lutut. Gadis itu menundukkan wajahnya memandang lutut yang sudah berdarah itu.

     “Err. miss are you okay?” Soal Noah. Risau juga. Walaupun tiada pertalian.

     “It’s hurt...”

Noah memikirkan sebentar sebelum berkata-kata. “Hmm. Let me see, then.”

Gadis itu perlahan-lahan mengangguk kepalanya. “Before that, if you don’t mind.. let me slide your pants.”

     “Awak nak slide seluar saya?”

Tudiaa. Keluar habis bahasa melayu. “Err. so you’re malaysian?” Soal Noah. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk.

     “Hmm.. jadi awak boleh cakap dalam malaysia. Err. bahasa melayu maksud saya.”

     “Yeah.. saya nak selak awak punya hujung kaki seluar sampai ke lutut. Senang nak tengok 
keadaan lutut awak ni macam mana.” Balas Noah. “Erm. Jangan risau. Saya takkan ambil kesempatan kat awak. Trust me. Believe in Allah.” Noah menyambung apabila melihat wajah tidak rela gadis itu. Yela, siapa rela auratnya diperlihatkan pada bukan muhrimnya. Tapi dalam kes ni, terpaksa. Dalam erti kata lain darurat.

Sebaik mengeluarkan ayat “Saya takkan ambil kesempatan kat awak. Trust me. Believe in Allah.” Baru lah gadis itu menyerahkan kaki yang terluka itu kepada Noah untuk melihatnya namun masih ada sedikit keraguan pada wajah gadis itu. 

Noah yang sememangnya sangat peka terhadap perkara sebegini, mengeluarkan kotak first aid dalam backpacknya. Hujung kaki seluar diselak hingga ke lutut. Agak teruk juga lukanya. Tapi takde la sampai kena jahit bagai. “Ada air or whatsoever asal nama dia air? Ada tak?”

     “Err.. kejap.” Gadis itu membuka beg sandangnya dan mengeluarkan sebotol air mineral yang belum dibuka lagi.

Apa dia nak buat dengan botol air tu? bisik hati gadis tu pelik.

     “Arghhh. pedihhnyaa!” Jerit gadis itu perlahan sebaik sahaja air mineral yang diberi kepada lelaki asing dihadapannya dituang ke atas tempat luka dilututnya untuk membasuh darah.

     “Relaks okay. Breath in.” Noah lap menggunakan tisu yang ada didalam kotak first aid itu, kemudian dia menyapu iodin untuk mencuci kotoran. Manalah tahu ada bakteri masuk kot celah seluar panjang gadis itu. Selesai hal tu, dia membalut luka tu.

Noah mengangkat wajahnya memandang gadis itu. Memang dia tak pandang wajah gadis itu memandangkan sibuk uruskan luka pada lutut gadis bertudung dihadapannya. Tapi sebaik sahaja matanya bertaut pada wajah gadis itu..... Dup dap. Dup dap. Jantung berdegup kencang bagai sebaik sahaja mata Noah bertentangan dengan mata gadis itu. Subhanallah. Indahnya ciptaan-Mu ya Allah. Bisik hati Noah.

Di saat itu, hujan salji turun. Bebola kecil berwarna putih seperti aiskrim berperisa vanilla turun dari langit di bumi Cardiff. Bola dingin itu jatuh dari langit lalu melekat di pohon-pohon yang keguguran daun. Jalan-jalan di Bute Park mula bertukar warna menjadi putih. Bebola putih itu juga turun mengenai rambut Noah dan gadis itu. Gadis itu cepat-cepat melarikan pandangan matanya. Begitu juga Noah. Tapi ada sesuatu pada wajah itu membuatkan Noah senyum herot. Dia mengeluarkan sapu tangan jahitan khas dari neneknya di Belanda lalu menyapu kotoran pada wajahnya perempuan tu.

     “Ehh?” Terkejut gadis bertudung krim apabila sapu tangan Noah menyentuh hidungnya yang bersalut tanah itu.

     “Thiss.. hmm.. simpan je laa. in rush.” Balas Noah apabila melihat jam tangannya. Lapar sebenarnya.

Gadis itu teragak-agak untuk menyambutnya. Malu. Dah laa bertentang mana... huishh.. bisik hati gadis itu.

Noah mengemas kotak first aid lalu dibawa masuk kembali ke dalam backpacknya. Dia hendak beredar. Gadis itu hanya memandangnya berlalu dari situ.

Entah kenapa Noah rasa hendak menoleh ke belakang. Ya Allah.. dia tak boleh bangun rupanya. Bisik hati Noah sebaik sahaja menoleh ke belakang. Dia melihat gadis itu sedang berusaha untuk bangun. Dia berpatah balik.

     “Err. miss. Let me help you.” Noah memaut lengan gadis itu untuk membantunya bangun.

     “Err. thanks you.” Ucap gadis itu apabila dia dapat berdiri stabil. Tapi sayang. setapak jalan, hampir terjatuh kembali tapi lengannya sempat dipaut Noah.

Noah dan gadis itu duduk di atas kerusi kayu berdekatan dengan tempat gadis itu terjatuh iaitu ditempat Noah duduk tadi.

     “Thanks again...”

     “You’re the most welcome.”

     “Hmm... sorry menyusahkan awak.”

Noah menggeleng. “It’s okay miss. Small matter.” Balas Noah lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu. Tapi jarak yang agak jauh. Gadis bertudung krim dihujung kerusi kayu sebelah kiri dan Noah dihujung kerusi kayu yang sama tapi disebelah kanan.

     “Errmm.. bukan tadi awak nak pergi ke?” Soal gadis itu.

     “Yeahh. Tapi keadaan awak tu... hmm. Better call family awak. Suruh ambil awak kat sini.”

     “Tapi telefon saya.. err saya tak bawak phone..”

Errr. You have no phone? Okay.. mungkin. Hmm.. bisik hati Noah lalu mengeluarkan telefon bimbitnya kepada gadis bertudung krim itu.

Sebaik sahaja selesai berbicara dalam telefon dengan kakak pupunya, dia menyerahkan kembali telefon Noah.

     “Hmm... So nama awak Dhiyaa?”

     “Yeap.. Dhiyaa Aqashaa. And awak? If you don’t mind.”

     “Hmm. Saya Noah. Noah Hayyan. Orang selalu panggil Noah je.”

Noah yang berasal dari nama nabi Nuh. Hmm.. melayu ke? Or okey. Orang asing. Bisik hati Dhiyaa iaitu gadis yang bertudung krim tadi. “Awak pandai berbahasa Malaysia?”

     “Yeah.. because of my father was from Malaysia and my mother was from Belanda.”
Nganga sekejap. “Woww! That’s great.. Pernah lepak Malaysia?”

     “Noo...”

Dhiyaa mengangguk. “Oh.. okay... Alright...”

Baru je nak bertanya, pakcik kakak pupu dia sudah sampai. Sekejapnya. Baru nak have a talk dengan mamat asing ni.. heheh. Putih bersih wajahnya. Hati nakal Dhiyaa berbisik.

     “Err. Kak Ema.”

     “Hmm.. sorry. Tadi akak memang kat kawasan ni pun.. Dhiyaa okey tak ni? and.. err who is he?” perlahan je Kak Ema atau Emalina itu berbisik ditelinga Dhiyaa iaitu adik sepupunya bila bertanya tentang lelaki yang duduk disebelah Dhiyaa itu.

     “Hmm. I’ll tell you later.. Ermm.. Noah.. Saya balik dulu.. thanks for helping me.”

Noah mengangguk. Dia hanya memerhatikan gadis bertudung krim yang bernama Dhiyaa Aqasha itu berlalu Kak Ema.

Dia memerhatikan sekeliling. Lama. Tapi matanya menangkap satu benda. Dia bangun lalu mendekati benda itu. “It’s DSLR. Too big and nice, but who is the owner of thiss thing?” Noah memerhati sekeliling.

Ada kesan jatuh pada kamera DSLR itu. Noah menekan butang buka untuk melihat siapakah pemilik gambar tersebut. mana tahu melalui gambar tu dia tahu pemiliknya.

     “Ahhh? What?? She is the shorty girl. Chibiko.” Bahasa Jepun keluar dah.

Chibiko yang membawa maksud pendek. Ya, perempuan tu pendek pada pandangannya. Biasalah tu. matanya selalu tengok perempuan tinggi-tinggi. Dia baru mengangkat wajahnya melihat disana, memang takde gadis bertudung krim tu. dah lama dah. Lebih kurang sepuluh minit yang lalu.

Nak tak nak, Noah ambil kamera itu dibawa pulang ke rumahnya.

#Helloo. good morning. This story saje buat main-II je ^.^ hehe. Love writing when cek ada idea ^^
-Please jangan copy/paste this story even though this story is not amazing like what you did.  (Amaran keras!)