ID the Owner

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
ada banyak silly experience. the conclusion is tak swag okey kalau takde silly experience. :)

Saturday 9 March 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #30


TERHENTI niat Zul untuk memulas tombol pintu wad dek terlihat seorang wanita yang berada dalam kot warna putih memeluk tubuh Noah yang sedang terbaring lesu diatas katil. Dia dapat melihat ada air mata yang mengalir dipipi Noah. Sayu hatinya melihat situasi tersebut. Dari belakang dia dapat agak siapakah wanita yang memeluk Noah tu. 

     “Woi!”

     “Allah! Haishh. Kau ni sat gi.” Zul terangkat tangannya untuk memberi tumbukan kepada 
Yusri dek terkejut.

     “Err. hahaha. Sorry. Kenapa nih? Sebal je aku tengok muka kau nih.”

     “Hmm. Tu...”

Yusri melihat disebalik pintu tersebut. “Is she Dr. Narsha?”

     “I think so.” Balas Zul yang bersandar ditepi dinding.

     “Wait! Dr. Amirul on the way datang sini kott!”

Terbuntang mata Zul mendengarnya. “Kauu. Seriusss??”

Yusri mengangguk. “Yeah. Aku datang sini sebab nak bagitau kau hal ni laaa. Weyy. Mati kita kalau Dr. Amirul dapat tahu wife dia jumpa dengan Noah.”

     “Allah. ni mesti keadaan jadi makin buruk. Weyyy. Apa nak buat nih?” Zul mula gelabah.

     “Relaks Zul...”


DR. NARSHA melepaskan pelukannya. Wajah Noah ditatap penuh kasih sayang bersulam rindu yang terpendam. Akhirnya terluah juga apabila Allah telah memberi ruang kepadanya untuk bersua kembali dengan anaknya yang sudah lama terpisah. Jiwa dan raganya terseksa apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada Noah. 

     “Noahhh. Noah kenal bonda kan?”

Noah mengangguk perlahan. “Yeah bonda...” Jawab Noah lemah.

     “Macam mana Noah boleh ada kat sini? Kenapa bonda tak tahu, dear?”

Noah menggeleng. Malas hendak dia menceritakan perkara sebenar. “Hmmm.. i don’t know bonda. Are you okay?” Noah mengusap pipi bondanya. Meleleh jua air matanya. 

     “I’m okay sayang.. i miss you so much dear. Alhamdulillah...” Tangan Noah yang menyusap pipinya diambil dan dibawa ke bibir. Dia mencium tangan anaknya itu. Sungguh begitu tebal rasa rindu yang berada dalam hatinya. Semua tu hanya Allah sahajalah yang tahu. Tidak berani untuk dia memberitahu kepada suaminya kerana suaminya langsung tidak mahu mendengar nama Noah atau apa-apa pun yang berkaitan dengan Noah.

     “I’m sorry Noah.. bondA tak boleh nak jadi seperti ibu-ibu yang lain, Noah... Ummi mintak maaf...

Noah pantas menggeleng. “No bonda this is not your fault. The reason i was doing the thing pun sebab untuk kebaikan semua orang.”

     “Tapi Noah have to sacrifice everything... Allah.. Noah..” Pipi anaknya dicium.

KREKK! 

Pintu wad dibuka. Jelas wajah bengis Dr. Amirul terserlah pada wajahnya. Zul dan Yusri jelas sekali kelihatan cemas dengan apa yang berlaku. Terlihat ada darah yang mengalir dari bibir Yusri dek terkena penumbuk Dr. Amirul kerana cuba menghalang Dr. Amirul dari terus masuk ke dalam wad tersebut apabila dapat tahu bahawa Dr. Narsha ada didalam bersama dengan anaknya sendiri yang tidak pernah dia anggap seperti anaknya sendiri.

     “NARSHAAA!!” 

Bergema suara Dr. Amirul disetiap ruang didalam wad tersebut. mujurlah tu wad VIP. Tidak berkongsi dengan sesiapa. Suara itu bergema sebaik sahaja pintu tertutup rapat. Zul dan Yusri menjadi batu ditepi pintu. Kecut perut mereka melihat kemarahan Dr. Amirul. 
Dr. Narsha terkejut mendengar jeritan suara yang amat dia kenali. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan betul sangkaannya. Itu adalah suaminya, Dr. Amirul. Noah terkejut dengan apa yang berlaku. 

     “bonda.....? what’s going on?” Soal Noah.

Dia hampir terlupa pada suara yang bergema disetiap genap ruang biliknya itu. Tangan 
Noah digenggam kuat oleh Dr. Narsha. “Nothing happen, Noah. Relaks.” Kata Dr. Narsha separuh berbisik. 

Noah memandang seorang lelaki yang jelas api kemarahannya. Dia tahu siapakah lelaki itu.

     “Walid...?”

     “Who is your walidd, huhh??” Soal Dr. Amirul kasar.

     “Ah? you didn’t recognize me?”

Dr. Amirul tersenyum sinis. Dia mengalihkan pandangannya pula ke arah Dr. Narsha. Matanya menunjukkan kemarahan yang kian membara namun itu tidak membuatkan Dr. Narsha gementar. Dia seolah-olah dapat tenaga sebaik sahaja bertemu dengan anaknya, Noah. 

     “Follow mee!!” Arah Dr. Amirul.

Dr. Narsha pantas menggeleng. “No! I want to stay with my son!”

     “How dare you, Narshaa! I repeat it again. Jangan sampai aku gunakan kekerasan!”

     “No! Abang buat la apa-apa pun, Sha tetap nak dengan anak Sha. Abang sanggup buat macam nih. Abang tak nampak ke Noah tengah sakittt, huh? Takkan itu pun abang tak faham.. ni anak abang jugak.”

     “Anak akuu? Kau gila ke apaaa? Takkan kau lupaaaaa....”

     “STOPP ITTT!!” Giliran Dr. Narsha pula menjerit. Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup Noah, dia melihat umminya meninggi suara. Seorang wanita selembut itu meninggi suara disebab hal yang dia tak tahu. 

     “Haaa. Tahu pun takut! Then ikut akuu!”

     “Sha tak cakap pun yang Sha takut. Pleasee abang. Trust me that he’s your own son! Abang ni takkan pernah sedarkan! Abang pentingkan ego abangg! Abang ingat Sha ni apaaa...”

PANGGG!!!!

 Yusri dan Zul tergamam melihat apa yang berlaku. Begitu juga Noah. 

     “Stop it Walidd! You’re too much!” Noah yang tidak sanggup melihat bondanya 
diperlakunya seperti itu bersuara tegas. 

     “OHH! Sejak kau berkawan dengan budak nih, kau memang dah pandai  melawan ehhh. Kau memang dasar anak tak kenang budi kannn! Ohh. Terlupa pulak aku. kau memang dari sejak lahir, perangai kau memang buruk kann.  Kau memang dilahirkan seperti tu. sama je dengan orang yang melahirkan kauu!” Kepala Dr. Narsha ditujal. 

Noah berasa sakit hati apabila walidnya berkata seperti tu apatah lagi bondanya diperlakukan seperti tu. Dia yang tidak bermaya turun dari katil. Kini dia betul-betul berhadapan dengan walidnya.

     “Yes, memang Noah dilahirkan seperti ni. tapi sekurang-kurangnya, Noah tak pernah buat perempuan macam tu. bukan ke sebagai seorang ketua keluarga, walid perlu tunjukkan contoh tauladan yang baik. Tapi ni apaa walid? Apa jenis suami kalau buat isteri macam hamba?”

Bukkk!!!! 

Satu penumbuk singgah tembah kena batang hidung Noah menyebabkan hidung Noah berdarah. 

     “Sudahh! Sudah laaa Noahh. It’s okayy. Jangan risau pasal bonda.”

      “No. Kalau macam nilah keadaan yang bonda kata okey tu, i’m sorry. Noah takkan duduk diam...” 

Sekali lagi penangan hebat terkena pada perut Noah. Zul dan Yusri menghalangnya tapi sayang. ada dua orang lelaki memakai baju kot hitam masuk ke dalam wad tersebut. Yusri dan Zul ditarik keluar dari situ oleh kedua-dua orang lelaki yang tidak dikenali. Nampaknya, Dr. Amirul buat rancangan yang terbaik, namun perancangan Allah lebih baik. 

Dr. Narsha sudah meraung. Dia cuba menghalang suaminya namun dia tidak berdaya. 

     “Pleasee abang.. hentikan semua nihh... tolonggg.. jangan buat Noah macam tu.. Noah tak salah bang....” Kaki Dr. Amirul dipeluk oleh Dr. Narsha namun tidak dipedulikan.
Noah tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya sangat lemah. Kesakitan terasa disetiap sudut tubuhnya. Tidak ada yang mampu dia katakan melainkan hanya membiarkan saja. Dia berharap akan ada sinar kelak. Dia berserah kepada yang Esa. Dia letih dengan apa yang berlaku. kepalanya berdenyut-denyut. Pandangannya semakin kabur. 

     “Noahhh...” 

Benda yang terakhirnya yang dia dengar adalah rintihan bondanya. Dan benda terakhir yang dia lihat dalah kebengisan wajah sang walid dan kesedihan wajah sang bonda. Noah terkulai layu tidak sedarkan diri. 


***


SETAHUN BERLALU...

NOAH terkurung didalam rumah besar. Rumah yang hilang serinya. Rutin hidupnya tetap sama. Hidupnya dikawal rapi oleh orang yang ditugaskan oleh walidnya untuk mengawal pergerakkannya. Dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan sesiapa pun. semuanya diuruskan oleh pengawal. Noah nampak tidak terurus. Dia seolah-olah lemah tidak berdaya. Terkadang dia menangis sendiri apabila mengenang apa yang berlaku kepada dirinya. Inilah dia ujian yang Allah campakkan ke atas dirinya. 

     “Woii!” 

Teguran kasar yang menyebabkan Noah tersedar dari lamunannya yang panjang. Seorang lelaki yang berbangsa melayu bertubuh sasa memandangnya. Noah mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia malas hendak melayan apa yang dimahukan oleh lelaki tu. pasti ada arahan yang dikeluarkan oleh walidnya. Walidnya? Hmmm.. Noah mengeluh sendiri. tidak pasti sama ada Dr. Amirul tu walidnya atau pun tidak. 

Dia mencari punca mengapa jadi sebegitu namun tidak ketemu jua. Dia tidak faham 
mengapa walid begitu membenci dirinya. Bondanya pula tidak dapat menghalang apa-apa. Dia tahu pasti ada sesuatu yang disorok oleh kedua orang tuanya. Tapi kenapa dia yang menjadi mangsa keadaan? 

     “Woi! Kau dengar tak apa aku cakappp??”

     “Hmmm.”

     “Kau nak makan takk?”

Pergghh. Apa punya soalan mamat nih? Entah apa-apa. Annoying. Bisik hati Noah. Dia membiarkan soalan itu berlalu begitu saja.

     “Kau pekak ke budakk?”

     “Takk..”

     “Habis tu aku tanya kenapa tak jawab.”

     “Malas.”

     “Hello brader. Semangat laa sikit nak hidup.”

Noah tersenyum sinis. “Semangat nak hidup kepala hotak kau! Kalau kau kat tempat aku, apa kau nak buatt haaa? Yang kau nih.. tak rasa berdosa ke buat kerja kotor macam nih? Kau suap anak bini kau makan duit haram. Bawak-bawak banyak bertaubat laa bro!” Balas Noah selamba.

    “Kurang ajar kau budakk!!!” 

     “Memang.”

     “Arrghhhh!! Kau memang sengaja cabar kesabaran aku.” Kolar baju Noah ditarik. 
Namun sedikit pun Noah tidak gementar. Agaknya alah bisa tegal biasa kerana selalu saja dia dipukul tanpa sebab. Kalau tersalah cakap sikit, ada la yang dia dapat. Sama ada penerajang, penyepak atau yang sewaktu dengannya. dapat dengan manusia yang panas baran. Marah dengan perangai walidnya, dia pula dijadikan tempat melepaskan geram. Nak buat macam. Dah nasib. 

      “Siapa yang uji kesabaran siapa, huh?” Soal Noah dengan muka yang tiada perasaan. 
Bukkk!!! 

Noah yang terundur ke belakang mengusap cecair merah yang mengalir dari bibirnya yang pecah dek tumbukan ganas lelaki yang diarahkan untuk mengawalnya. “Dah agak dah.” Ucap Noah tenang. 

     “Dah habis ke geram kau tu? kalau dah habis, kau boleh blah. Aku dah penat. Nak tidur.” 

Kata-kata Noah menyebabkan lelaki itu mati kutu. Noah dibiarkan berlalu tanpa sebarang bantahan atau halangan. 

Tak siapa yang tahu apa yang berlaku didalam rumah yang Noah duduk. Nampak cantik tapi tiada serinya. Noah menyanyi dan membuat lagu. Dia bersyukur apabila rumahnya sudah ada kemudahan internet. Dia sangat berterima kasih kepada Zul dan Yusri. Walaupun Zul dan Yusri sudah kembali ke Malaysia, mereka tetap berhubung melalui internet. Itu pun secara senyap-senyap. Noah meng’upload’ video yang dibuat ke dalam channel youtube. 
Dan tak sangka ianya mendapat sambutan daripada pelbagai negara. Antara rate tertinggi adalah Malaysia. Namun tu bukanlah tujuan Noah. Dia buat tu sekadar untuk berhibur. 

Menghilangkan rasa bosannya terkurung dirumah tu. Dia juga ada membuat blog. Blog yang mengisahkan tentang dirinya. Tak siapa jelas tentang siapa dirinya sebenar. Dia tidak meletakkan gambarnya sendiri. 

Friday 8 March 2013

Dear Snow dibumi Eropah (Tears are Falling) #29


SOFFIYYA menoleh belakang apabila terasa namanya dipanggil. Agak lama juga untuk dia menyedari hal tu. Namun sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa disitu melainkan seorang gadis yang berpakaian sama sepertinya. Namun bezanya, dia jalan bersama tongkat ditangan manakala gadis itu berjalan seperti biasa. Terbit rasa cemburu dihatinya namun segera dia beristighfar. Soffiyya meneruskan perjalanannya dengan penuh rasa keraguan kerana tengiang-ngiang suara sang pemanggil itu.

Adakah dia Noahh? Noah?? No.. aku tak patut ingat pasal dia. dia dah buang aku. Bisik hati Soffiyya. Jauh disudut hatinya, dia menyimpan rasa rindu yang mendalam terhadap Noah. Semua orang percaya bahawa dia sudah hilang ingatan tentang Noah kerana dirinya berpura-pura tidak mengingati siapa Noah apabila disoal.

Perit rasanya untuk membuat hal yang sebegitu. Namun apakan daya. Dia tidak mahu orang disekitarnya berasa susah hati.

Air matanya mengalir jua dalam kesibukan orang ramai berjalan-jalan. Dia lantas menyeka 
air suam yang mengalir dari tubir matanya. Perih hatinya mengenangkan apa yang berlaku. Hatinya kuat menyatakan bahawa Noah tidak seperti yang disangka. Noah tidak sengaja menolaknya. Ya, dia tahu Noah tidak sebegitu. Hatinya berkata seperti tu namun akalnya menolaknya. Soffiyya dalam kekeliruan. Puas dia fikir tentang hal itu. Akhirnya dia letih sendiri kerana persoalan yang tiada jawapannya.

Sampai dihadapan kedai cenderamata, kaki Soffiyya terhenti disitu. Dia tertarik dengan apa yang ada didalamnya. Banyak bebola kaca yang indah terletak elok diatas rak bertingkat warna putih. Soffiyya tersenyum. Dia terus melangkah masuk ke kedai tersebut.

     “Wow.. beautiful..” Soffiyya akhirnya bersuara. Dia memilih salah satu dari bebola tersebut dan membawanya kaunter. “How much for this things?”

Selepas membuat bayaran, Soffiyya keluar dari kedai dengan rasa yang bahagia. “Boleh laa aku tambah koleksi bebola kaca.”

Dia berjalan tidak jauh dari kedai tersebut.

Oppsss!

Soffiyya terlanggar dengan seseorang menyebabkan dia terjatuh. Lelaki itu tidak sengaja melanggarnya kerana hendak cepat. Tongkat Soffiyya terpelanting bersama bekas beg kertas yang berisi bebola kaca.

     “Ohhooo Girl! I’m really really... sorry.” Lelaki itu mencapai tongkat milik Soffiyya dan mendapatkan Soffiyya. Soffiyya dibantu oleh lelaki berbangsa eropah tersebut.

     “Are you okay?” Lelaki itu begitu risau akan keadaan Soffiyya.

Soffiyya mengukirkan senyuman. “Err. Yes. i’m okay..”

     “Alright then, but.. i’m sorry again for your things...”

     “My thingss. Ohhhh my ball..”

Lelaki itu rasa bersalah yang amat. Lalu dia meminta maaf dan menyuruh Soffiyya untuk menunggunya seketika.

     “Apa pulak mat saleh ni nak buat nihh? Allah.. nasib tak jadik apa-apa. Tu laa kau. Mengelamun sangat Fiyya oii. Kan....”

Soffiya memarahi dirinya sendiri. Namun kejadian tadi membuatkan dia teringatkan sesuatu. Dia memejam mata cuba mengingati apa-apa yang berkaitan dengan bandar Cardiff.

Sepintas lalu kenangan lalu bermain dimindanya. Soffiyya memejamkan matanya.

     “Ya Allahh!” Soffiyya terkejut apabila bahunya disentuh oleh seseorang.

Dihadapannya lelaki yang bertubuh tinggi lampai menyuakan beg kertas yang sama seperti dia beli dikedai cenderamata tadi.

     “Here it is...”

Soffiyya menyambutnya dengan keadaan teragak-agak. Air mata yang bertakung cuba ditahan agar tidak mengalir.

     “Err. Thanks youu!” Soffiyya mengucapkan terima kasih dan berlalu meninggalkan lelaki itu.

Lelaki berbangsa Eropah itu berasa pelik, namun dia hanya mampu mengjongketkan bahu tanda tidak mengerti dengan gadis tadi. Dia teringat kembali akan apa yang perlu dia buat. Dia kembali berlari. Nampak seperti tergesa-gesa.

Soffiyya terus melangkah bersama air yang mata yang mengalir. Air mata yang cuba ditahan namun dia tidak berdaya. Berjuraian air matanya mengalir. Sangat jelas dalam ingatannya sekarang. Begitu jelas perbualan bersama dengan lelaki itu. Begitu jelas juga wajah indah lelaki itu. Sesak dada Soffiyya memikirkan hal tu.

Dia akhirnya terduduk dibahu jalan.

     “Noah... maafkan sayaa...” Suara yang separuh berbisik berbunyi serak itu begitu sayu 
kedengaran. Perbualan dia bersama dengan Noah ketika kemalangan tu juga dapat dia faham dengan jelas. Ya Allah.. terima kasih ya Allah... kau telah perbetulkan tanggapan aku terhadap Noah.. Kalau tidak dengan izin-Mu ya Allah sudah tentu aku menyimpang jauh tentang tanggapan ku terhadap manusia sebaik Noah... Bisik hatinya merintih pilu.

Di saat dan detik ni, dia berasa sangat bersalah terhadap Noah.


TUBUH tinggi lampai milik Noah terbaring lesu diatas sofa diruang tamu. jelas wajahnya nampak keletihan. Rasa bahang didalam badan. Peluh merinik didahi, baju sudah basah dek peluh yang keluar. Kesejukan tidak dapat dia rasai. “Ya Allah... rasa macam nak demam laa pulak.” Noah menyeka peluh didahinya.

Pening kepala usah diceritakan. Berdenyut-denyut sehingga dia terpaksa berhenti buat kerja. Noah mencapai remote televisyen, dia mencari siaran yang menarik hatinya. Namun tak satu pun yang menarik. Sudahnya, dia mengambil mp3 dan mendengar lagu.

Seiring dengan hatinya yang sangat merindui Soffiyya. Lagu bertajuk Bersama yang dibawa oleh kumpulan nasyid Devotees dimainkan tanpa sedar.

Terfikir Noah untuk membuat channel dalam youtube tapi tiada kemudahan internet. Almaklomlah harap ja hidup di rumah besar namun rasa seperti hidup dizaman batu. Peranti komunikasi semuanya ditarik kecuali komputer riba dan kamera DSLR yang dia jumpa dalam bilik adiknya, Ayesha.

     “Okay jugak kalau aku proses kamera tu. Tapi tu macam kamera arwah Ameer je.. Humpphh..” Noah yang tiba-tiba bersemangat terus naik ke tingkat atas masuk ke biliknya. Gitar milik arwah Ameer yang tersimpan didalam almari dibawa keluar.

Dia mengambil kamera pula lalu menukar kepada mood video. Kamera diletakkan tempat yang sesuai untuk merakam dirinya menyanyikan lagu sambil bermain gitar. “Buat kover. Sah aku takde kerja. Muahaha.” Tiba-tiba jadi tak betul. “Eleh, untuk mengurangkan rasa boring.”

Akhirnya Noah sudah menjumpai benda untuk menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa yang terluang.

Tanpa membuang masa, dia merakam. Noah memperkenalkan dirinya sebagai Eyan. Dia hanya merakam separuh badannya. Wajahnya tidak kelihatan. Sengaja dia berbuat seperti tu. Nampak macam okey je kan.

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila cahaya akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan melanda
Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan Berjaya

Noah menutup rakaman tersebut. dia menyimpan gitar dan kamera didalam almari kembali. Hatinya menangis pilu apabila mengenangkan apa yang berlaku. Dari luaran dia nampak baik sahaja, tapi dalamannya cukup menyayat hati. Dia memendam rasa. Cuba untuk berfikiran positif dan dia redha dengan apa yang berlaku. Ya Allah. jika ini memang ditakdirkan untuk diriku, aku redaa... Takde apa yang boleh aku lakukan ya Allah melainkan mengharapkan pertolongan dan belas ihsan-Mu. Kau tempat aku mengadu segala masalah. Bisik hati Noah.


Badannya rasa letih yang teramat. Akhirnya Noah tertidur diatas katil.


***

ZUL dan Yusri dihubungi untuk menentukan pertemuan bersama dengan Doktor Amirul. Rasa malas menebal jiwa. Zul dan Yusri dengan hati yang berat mengatur langkah menjumpai Dr. Amirul. Entah apa pula kali ini yang cuba dilakukan oleh Dr. Amirul. Zul dan Yusri naik kesihan melihat keadaan Noah yang seperti hidup dizaman purba. Takde langsung hiburan. Hanya televisyen sebagai peneman. Walaupun begitu, budak tu nampak kuat semangatnya. Suara merdu mengalunkan ayat-ayat suci al-quran kerap kali memenuhi setiap ruang rumah yang diduduki Noah.

Mereka tidak sanggup untuk menganiaya budak sebaik Noah. Pada mulanya, mereka menyangka Noah seorang anak yang liar. Tapi hakikat yang sebenarnya, jauh sekali sangkaan mereka. Nampak seperti remaja lain namun dalamannya kukuh.

Kelihatan Dr. Amirul sedang duduk menunggu mereka.

     “Ohh. You’re coming! Have a sit.” Jemput Dr. Amirul.

     “Ada apa lagi doktor?”

     “Hmm.. just nak tanya. Macam mana dengan budak tu?”

Yusri dan Zul tersenyum kelat. “Dia okey je doktor. Kenapa?”

     “Aku nak kau jaga dia elok-elok.”

     “Kami perlu balik ke Malaysia untuk sambung pengajian yang tertangguh.” Balas Yusri.

Doktor Amirul diam sejenak untuk memikir.

     “Ohh. Kalau macam tu, aku nak kau orang selesaikan dia dulu.”

Terbuntang mata Yusri dan Zul mendengar ayat yang terbir dari mulut Dr. Amirul.

     “Tenang! Relaks. Aku bukan suruh kau orang bunuh dia. Aku tak nak laa benda ni jadi kes polis... Kau sediakan apa-apa yang patut.”

     “Ohhh. Ingatkan nak suruh kami bunuh budak tu.”

Dr. amirul tersenyum mendengar kata-kata Yusri.

     “Buat paaa. Buang masa aku jaa nanti nak kena berurusan dengan polis. Aku just nak pastikan dia tak buat apa-apa. Pelajaran dia tu aku akan daftar balik. ikut suka hati dialah nak buat apa. Tapi jangan harap aku nak anggap dia macam anak sendiri. No way! Memang tak akan. Aku tak akan besarkan dia seperti anak sendiri. Dan aku nak korang warning dia, kalau pergi kolej nanti, jangan sesekali sebut namanya. Memang Noah Hayyan bin Amirul. Tapi jangan perkenalkan siapa aku kepada sesiapa. Aku tak nak sesiapa pun tahu yang dia tu anak aku.”


Penerangan yang sangat jelas dan kedengaran kejam. Yusri dan Zul mengangguk. Hmm. Kalau kau tak nak budak tu, kami ambik. Bisik hati Zul yang berasa tindakan Dr. amirul yang agak kejam tu. Tapi masalahnya sekarang ni, kalau dia nak bela si Noah tu, dia bukannya kaya.


MEREKA menuju terus ke rumah Noah tanpa membuang masa. Sudah diberi salam dan ditekan loceng beberapa kali namun tiada jawapan.

     “Eh. Budak ni hidup lagi ke tak, doh?” Soal Zul yang mulai dibimbangi rasa risau.

     “Aishh, kau ni. elok-elok sikit. Kunci spare manaa.?”

     “Kejap aku pergi ambik.”

Sementara Zul mengambil kunci didalam kereta, Yusri melihat disekeliling rumah cuba mencari bayangan Noah namun tidak kelihatan.

     “Nahh!” Yusri menyambut kunci dari Zul.

Pintu terbuka. Rumah nampak kemas.

     “Noahhh!!! Noahhh!!” Mereka mencari sambil menjerit nama Noah. Berharap ada yang 
menjawab namun hampa.

     “Ehhh! Better kita cari kat tingkat atas. Cari kat bilik dia, aku rasa dia ada kat situ.” Zul memberi cadangan. Yusri bersetuju. Mereka naik ke tingkat atas dan betul telahan Zul. Noah terbaring lesu dikatil tidak sedarkan diri. Wajah yang berpeluh-peluh. Bibirnya kelihatan pucat.

     “Demam ke budak nih? Noahh. Noahh.” Yusri menampar perlahan pipi Noah. Kemudian diletakkan belakang tangan didahi Noah.

     “Lailahaillallah.. Panas doh! Demam budak nihh.”

     “Demam! Noahh. Bangun! Noahhh.”

Tubuh Noah tetap kaku seperti tu.  Sudahnya, Yusri dan Zul memapah Noah yang tidak sedarkan diri itu masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.


     “MRS. NARSHA.. You have a patient! Fasterr!”

Seorang jururawat memaklumkan kepada Dr. Narsha. Dr. Narsha segera ke bilik rawatan. Sebaik sahaja kakinya melangkah dan berhadapan dengan seorang pesakit yang tidak sedarkan diri, lututnya menggigil.

     “What’s wrong with you, Dr? Are you okay?” Soal jururawat yang datang bersama dengan Dr. Narsha.

Dr. Narsha pantas menggeleng. Dia lagak seperti baik-baik sahaja. Dia menjalankan pemeriksaan ke atas pesakitnya.

Setelah selesai, pesakit tu ditempatkan diwad VIP.  Dr. Narsha yang mengarahkan untuk buat seperti itu. Apabila semua orang dah tiada, barulah Dr. Narsha mencuri masuk ke dalam wad tempat pesakit yang baru dia rawat sebentar tadi. Luluh hatinya melihat wajah pucat pesakitnya itu.

     “My sonnn..Noah Hayyan.....”

Air mata akhirnya mengalir jua. Air mata yang menitis itu menitik ke wajah Noah yang masih tidak sedarkan diri. Air mata seorang ibu yang merindui anaknya itu menyebabkan sang anak tu terjaga.

 Noah terjaga dari lenanya. Dia membuka matanya. Bonda.....?” Noah hampir terkejut. sedarnya dia dari pengsan, adakah itu bondanya?