SOFFIYYA
menoleh belakang apabila terasa namanya dipanggil. Agak lama juga untuk dia
menyedari hal tu. Namun sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, tiada sesiapa
disitu melainkan seorang gadis yang berpakaian sama sepertinya. Namun bezanya,
dia jalan bersama tongkat ditangan manakala gadis itu berjalan seperti biasa.
Terbit rasa cemburu dihatinya namun segera dia beristighfar. Soffiyya
meneruskan perjalanannya dengan penuh rasa keraguan kerana tengiang-ngiang
suara sang pemanggil itu.
Adakah dia
Noahh? Noah?? No.. aku tak patut ingat pasal dia. dia dah buang aku. Bisik hati
Soffiyya. Jauh disudut hatinya, dia menyimpan rasa rindu yang mendalam terhadap
Noah. Semua orang percaya bahawa dia sudah hilang ingatan tentang Noah kerana
dirinya berpura-pura tidak mengingati siapa Noah apabila disoal.
Perit rasanya
untuk membuat hal yang sebegitu. Namun apakan daya. Dia tidak mahu orang
disekitarnya berasa susah hati.
Air matanya
mengalir jua dalam kesibukan orang ramai berjalan-jalan. Dia lantas menyeka
air
suam yang mengalir dari tubir matanya. Perih hatinya mengenangkan apa yang
berlaku. Hatinya kuat menyatakan bahawa Noah tidak seperti yang disangka. Noah
tidak sengaja menolaknya. Ya, dia tahu Noah tidak sebegitu. Hatinya berkata
seperti tu namun akalnya menolaknya. Soffiyya dalam kekeliruan. Puas dia fikir
tentang hal itu. Akhirnya dia letih sendiri kerana persoalan yang tiada
jawapannya.
Sampai
dihadapan kedai cenderamata, kaki Soffiyya terhenti disitu. Dia tertarik dengan
apa yang ada didalamnya. Banyak bebola kaca yang indah terletak elok diatas rak
bertingkat warna putih. Soffiyya tersenyum. Dia terus melangkah masuk ke kedai
tersebut.
“Wow.. beautiful..” Soffiyya akhirnya
bersuara. Dia memilih salah satu dari bebola tersebut dan membawanya kaunter.
“How much for this things?”
Selepas membuat
bayaran, Soffiyya keluar dari kedai dengan rasa yang bahagia. “Boleh laa aku
tambah koleksi bebola kaca.”
Dia berjalan
tidak jauh dari kedai tersebut.
Oppsss!
Soffiyya
terlanggar dengan seseorang menyebabkan dia terjatuh. Lelaki itu tidak sengaja
melanggarnya kerana hendak cepat. Tongkat Soffiyya terpelanting bersama bekas
beg kertas yang berisi bebola kaca.
“Ohhooo Girl! I’m really really... sorry.”
Lelaki itu mencapai tongkat milik Soffiyya dan mendapatkan Soffiyya. Soffiyya
dibantu oleh lelaki berbangsa eropah tersebut.
“Are you okay?” Lelaki itu begitu risau
akan keadaan Soffiyya.
Soffiyya
mengukirkan senyuman. “Err. Yes. i’m okay..”
“Alright then, but.. i’m sorry again for
your things...”
“My thingss. Ohhhh my ball..”
Lelaki itu rasa
bersalah yang amat. Lalu dia meminta maaf dan menyuruh Soffiyya untuk
menunggunya seketika.
“Apa pulak mat saleh ni nak buat nihh?
Allah.. nasib tak jadik apa-apa. Tu laa kau. Mengelamun sangat Fiyya oii.
Kan....”
Soffiya
memarahi dirinya sendiri. Namun kejadian tadi membuatkan dia teringatkan
sesuatu. Dia memejam mata cuba mengingati apa-apa yang berkaitan dengan bandar
Cardiff.
Sepintas lalu
kenangan lalu bermain dimindanya. Soffiyya memejamkan matanya.
“Ya Allahh!” Soffiyya terkejut apabila
bahunya disentuh oleh seseorang.
Dihadapannya
lelaki yang bertubuh tinggi lampai menyuakan beg kertas yang sama seperti dia
beli dikedai cenderamata tadi.
“Here it is...”
Soffiyya
menyambutnya dengan keadaan teragak-agak. Air mata yang bertakung cuba ditahan
agar tidak mengalir.
“Err. Thanks youu!” Soffiyya mengucapkan
terima kasih dan berlalu meninggalkan lelaki itu.
Lelaki
berbangsa Eropah itu berasa pelik, namun dia hanya mampu mengjongketkan bahu
tanda tidak mengerti dengan gadis tadi. Dia teringat kembali akan apa yang
perlu dia buat. Dia kembali berlari. Nampak seperti tergesa-gesa.
Soffiyya terus
melangkah bersama air yang mata yang mengalir. Air mata yang cuba ditahan namun
dia tidak berdaya. Berjuraian air matanya mengalir. Sangat jelas dalam
ingatannya sekarang. Begitu jelas perbualan bersama dengan lelaki itu. Begitu
jelas juga wajah indah lelaki itu. Sesak dada Soffiyya memikirkan hal tu.
Dia akhirnya
terduduk dibahu jalan.
“Noah... maafkan sayaa...” Suara yang
separuh berbisik berbunyi serak itu begitu sayu
kedengaran. Perbualan dia
bersama dengan Noah ketika kemalangan tu juga dapat dia faham dengan jelas. Ya
Allah.. terima kasih ya Allah... kau telah perbetulkan tanggapan aku terhadap
Noah.. Kalau tidak dengan izin-Mu ya Allah sudah tentu aku menyimpang jauh
tentang tanggapan ku terhadap manusia sebaik Noah... Bisik hatinya merintih
pilu.
Di saat dan
detik ni, dia berasa sangat bersalah terhadap Noah.
TUBUH tinggi
lampai milik Noah terbaring lesu diatas sofa diruang tamu. jelas wajahnya
nampak keletihan. Rasa bahang didalam badan. Peluh merinik didahi, baju sudah
basah dek peluh yang keluar. Kesejukan tidak dapat dia rasai. “Ya Allah... rasa
macam nak demam laa pulak.” Noah menyeka peluh didahinya.
Pening kepala
usah diceritakan. Berdenyut-denyut sehingga dia terpaksa berhenti buat kerja.
Noah mencapai remote televisyen, dia mencari siaran yang menarik hatinya. Namun
tak satu pun yang menarik. Sudahnya, dia mengambil mp3 dan mendengar lagu.
Seiring dengan
hatinya yang sangat merindui Soffiyya. Lagu bertajuk Bersama yang dibawa oleh
kumpulan nasyid Devotees dimainkan tanpa sedar.
Terfikir Noah
untuk membuat channel dalam youtube tapi tiada kemudahan internet. Almaklomlah harap
ja hidup di rumah besar namun rasa seperti hidup dizaman batu. Peranti komunikasi
semuanya ditarik kecuali komputer riba dan kamera DSLR yang dia jumpa dalam bilik
adiknya, Ayesha.
“Okay jugak kalau aku proses kamera tu.
Tapi tu macam kamera arwah Ameer je.. Humpphh..” Noah yang tiba-tiba
bersemangat terus naik ke tingkat atas masuk ke biliknya. Gitar milik arwah
Ameer yang tersimpan didalam almari dibawa keluar.
Dia mengambil
kamera pula lalu menukar kepada mood video. Kamera diletakkan tempat yang
sesuai untuk merakam dirinya menyanyikan lagu sambil bermain gitar. “Buat
kover. Sah aku takde kerja. Muahaha.” Tiba-tiba jadi tak betul. “Eleh, untuk
mengurangkan rasa boring.”
Akhirnya Noah
sudah menjumpai benda untuk menghilangkan rasa bosan dan mengisi masa yang
terluang.
Tanpa membuang
masa, dia merakam. Noah memperkenalkan dirinya sebagai Eyan. Dia hanya merakam
separuh badannya. Wajahnya tidak kelihatan. Sengaja dia berbuat seperti tu. Nampak
macam okey je kan.
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya
Bila cahaya akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya
Bila cahaya akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan melanda
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan melanda
Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan Berjaya
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan Berjaya
Noah menutup rakaman tersebut. dia menyimpan gitar dan kamera didalam almari
kembali. Hatinya menangis pilu apabila mengenangkan apa yang berlaku. Dari
luaran dia nampak baik sahaja, tapi dalamannya cukup menyayat hati. Dia memendam
rasa. Cuba untuk berfikiran positif dan dia redha dengan apa yang berlaku. Ya Allah.
jika ini memang ditakdirkan untuk diriku, aku redaa... Takde apa yang boleh aku
lakukan ya Allah melainkan mengharapkan pertolongan dan belas ihsan-Mu. Kau tempat
aku mengadu segala masalah. Bisik hati Noah.
Badannya rasa letih yang teramat. Akhirnya Noah tertidur diatas katil.
***
ZUL dan Yusri dihubungi untuk menentukan pertemuan bersama dengan Doktor
Amirul. Rasa malas menebal jiwa. Zul dan Yusri dengan hati yang berat mengatur
langkah menjumpai Dr. Amirul. Entah apa pula kali ini yang cuba dilakukan oleh
Dr. Amirul. Zul dan Yusri naik kesihan melihat keadaan Noah yang seperti hidup
dizaman purba. Takde langsung hiburan. Hanya televisyen sebagai peneman. Walaupun
begitu, budak tu nampak kuat semangatnya. Suara merdu mengalunkan ayat-ayat
suci al-quran kerap kali memenuhi setiap ruang rumah yang diduduki Noah.
Mereka tidak sanggup untuk menganiaya budak sebaik Noah. Pada mulanya,
mereka menyangka Noah seorang anak yang liar. Tapi hakikat yang sebenarnya,
jauh sekali sangkaan mereka. Nampak seperti remaja lain namun dalamannya kukuh.
Kelihatan Dr. Amirul sedang duduk menunggu mereka.
“Ohh. You’re coming! Have a sit.”
Jemput Dr. Amirul.
“Ada apa lagi doktor?”
“Hmm.. just nak tanya. Macam mana
dengan budak tu?”
Yusri dan Zul tersenyum kelat. “Dia okey je doktor. Kenapa?”
“Aku nak kau jaga dia elok-elok.”
“Kami perlu balik ke Malaysia
untuk sambung pengajian yang tertangguh.” Balas Yusri.
Doktor Amirul diam sejenak untuk memikir.
“Ohh. Kalau macam tu, aku nak
kau orang selesaikan dia dulu.”
Terbuntang mata Yusri dan Zul mendengar ayat yang terbir dari mulut Dr.
Amirul.
“Tenang! Relaks. Aku bukan suruh
kau orang bunuh dia. Aku tak nak laa benda ni jadi kes polis... Kau sediakan
apa-apa yang patut.”
“Ohhh. Ingatkan nak suruh kami
bunuh budak tu.”
Dr. amirul tersenyum mendengar kata-kata Yusri.
“Buat paaa. Buang masa aku jaa
nanti nak kena berurusan dengan polis. Aku just nak pastikan dia tak buat
apa-apa. Pelajaran dia tu aku akan daftar balik. ikut suka hati dialah nak buat
apa. Tapi jangan harap aku nak anggap dia macam anak sendiri. No way! Memang tak
akan. Aku tak akan besarkan dia seperti anak sendiri. Dan aku nak korang
warning dia, kalau pergi kolej nanti, jangan sesekali sebut namanya. Memang Noah
Hayyan bin Amirul. Tapi jangan perkenalkan siapa aku kepada sesiapa. Aku tak
nak sesiapa pun tahu yang dia tu anak aku.”
Penerangan yang sangat jelas dan kedengaran kejam. Yusri dan Zul
mengangguk. Hmm. Kalau kau tak nak budak tu, kami ambik. Bisik hati Zul yang
berasa tindakan Dr. amirul yang agak kejam tu. Tapi masalahnya sekarang ni,
kalau dia nak bela si Noah tu, dia bukannya kaya.
MEREKA menuju terus ke rumah Noah tanpa membuang masa. Sudah diberi salam
dan ditekan loceng beberapa kali namun tiada jawapan.
“Eh. Budak ni hidup lagi ke tak,
doh?” Soal Zul yang mulai dibimbangi rasa risau.
“Aishh, kau ni. elok-elok sikit.
Kunci spare manaa.?”
“Kejap aku pergi ambik.”
Sementara Zul mengambil kunci didalam kereta, Yusri melihat disekeliling
rumah cuba mencari bayangan Noah namun tidak kelihatan.
“Nahh!” Yusri menyambut kunci
dari Zul.
Pintu terbuka. Rumah nampak kemas.
“Noahhh!!! Noahhh!!” Mereka
mencari sambil menjerit nama Noah. Berharap ada yang
menjawab namun hampa.
“Ehhh! Better kita cari kat
tingkat atas. Cari kat bilik dia, aku rasa dia ada kat situ.” Zul memberi
cadangan. Yusri bersetuju. Mereka naik ke tingkat atas dan betul telahan Zul. Noah
terbaring lesu dikatil tidak sedarkan diri. Wajah yang berpeluh-peluh. Bibirnya
kelihatan pucat.
“Demam ke budak nih? Noahh.
Noahh.” Yusri menampar perlahan pipi Noah. Kemudian diletakkan belakang tangan
didahi Noah.
“Lailahaillallah.. Panas doh! Demam
budak nihh.”
“Demam! Noahh. Bangun! Noahhh.”
Tubuh Noah tetap kaku seperti tu.
Sudahnya, Yusri dan Zul memapah Noah yang tidak sedarkan diri itu masuk
ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.
“MRS. NARSHA.. You have a
patient! Fasterr!”
Seorang jururawat memaklumkan kepada Dr. Narsha. Dr. Narsha segera ke bilik
rawatan. Sebaik sahaja kakinya melangkah dan berhadapan dengan seorang pesakit
yang tidak sedarkan diri, lututnya menggigil.
“What’s wrong with you, Dr? Are
you okay?” Soal jururawat yang datang bersama dengan Dr. Narsha.
Dr. Narsha pantas menggeleng. Dia lagak seperti baik-baik sahaja. Dia
menjalankan pemeriksaan ke atas pesakitnya.
Setelah selesai, pesakit tu ditempatkan diwad VIP. Dr. Narsha yang mengarahkan untuk buat seperti
itu. Apabila semua orang dah tiada, barulah Dr. Narsha mencuri masuk ke dalam
wad tempat pesakit yang baru dia rawat sebentar tadi. Luluh hatinya melihat
wajah pucat pesakitnya itu.
“My sonnn..Noah Hayyan.....”
Air mata akhirnya mengalir jua. Air mata yang menitis itu menitik ke wajah
Noah yang masih tidak sedarkan diri. Air mata seorang ibu yang merindui anaknya
itu menyebabkan sang anak tu terjaga.
No comments:
Post a Comment