HAMPIR SETAHUN BERLALU....
SEPERTI yang dirancangan tetapi
sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah. Walaupun kita yang merancang
namun Allah yang menentukan. Tiada siapa yang dapat menghalang rencana takdir
Allah SWT. Allah Maha Penguasa dan Maha Penentu. Noah selamat masuk dan
ditempatkan disekolah swasta. Niatnya sekarang adalah untuk mencari ilmu. Dia
punya target yang sendiri. Dia ditempatkan diasrama. Setiap bilik mempunyai dua
orang penghuni. Ada juga empat. Mengikut saiz dan kebesaran bilik. Walaupun
belum menghabiskan pengajiannya, Noah sudah mendapat tawaran untuk ke Belanda
tetapi Noah mahu menghabiskan persekolahannya terlebih dahulu.
“Hi! I’m Noah.” Itulah dialog pertama yang ke luar dari bibirnya sewaktu
bertemu dengan rakan sebiliknya yang bernama Youseff. Ya, temannya juga
mendapat tawaran yang sama dengannya.
Youseff seorang yang cukup dingin
perangainya namun Noah tahu Youseff seorang yang baik. Walaupun buruk layanannya
terhadap Noah, Noah buat tidak tahu. Lamunan Noah terhenti sebaik sahaja pintu
bilik terbuka dan wajah Youseff muncul. Nampak masam seperti selalu.
“Hey, Youseff. You’re back.”
“Then what?” Soal Youseff dingin.
“Hmm. I thought that you must sleep somewhere tonight... Are you okay?”
Youseff dengar tapi dia buat tidak
peduli. Baginya, Noah sangat mengjengkelkannya kerana seringkali bertanya
soalan kepadanya. Noah malas hendak memaksa kerana dia cukup risau hal itu akan
berakhir dengan pergaduhan. Cukuplah hampir lima kali dia bergaduh dengan
Youseff hanya kerana banyak bertanya dan pertanyaannya seolah-olah memaksa
lelaki itu untuk menjawab pertanyaannya. Salahnya juga kerana banyak bertanya.
Youseff masuk ke bilik air. Lama Youseff berendam dalam bilik air dan lama juga
Noah tunggu.
Lama menunggu, Noah akhirnya membuat
keputusan untuk lelapkan mata terlebih dahulu memandangkan esok ada kelas.
Youseff sengaja membasahkan tubuhnya
dengan air walaupun dingin menggigit tubuhnya. Dia terduduk bersandar pada
dinding. Hatinya sakit. Youseff memegang dadanya. Dia baru saja balik daripada
bertemu dengan doktor. Berita yang disampaikan itu cukup membuatkan jantungnya
terlompat keluar. Segala-galanya akan berakhir. Ya, jelas Tuhan itu tidak adil
terhadap dirinya. Dia semakin membenci apa yang ada disekelilingnya. Youseff
menangis. Air matanya mengalir. Jiwanya meronta-ronta mahu merasai sebuah
kebebasan. Dia sudah tidak kuat lagi untuk sentiasa berhadapan dengan pelbagai
jenis penyakit yang menyerang tubuhnya. Salah ibu bapanya kerana tidak
melahirkannya dalam keadaan baik. “I hate you mom! I hate you dad! I hate you
Godd!!! That’s the reason why i don’t believe you God! Ergghhhh!!!”
Youseff bangkit dan menumbuk cermin.
Noah yang hampir terlelap terkejut bukan kepalang mendengar cermin jatuh ke
lantai. Dia terjun dari katil dan mendekati pintu bilik air. Pintu bilik air
diketuk. “Youseff. Are you okay in there? Youseff!”
“Shut up poor guy! Go to hell! Stop disturbing mee!!!”
Noah terkejut mendengarnya. Ini baru
pertama kali Noah mendengar Youseff marah sebegitu. Noah mengundur diri dari
pintu. Dia risau sesuatu bakal berlaku kepada Youseff. “Youseff. Please open
the door.”
“Shut up! You just go away from heree! I hate to see anybody. You all
just like hell. Just like an evil!”
Noah senyap tidak berkutik. Dalam tandas
juga senyap tiada suara. Yang kedengaran hanya cermin berlaga antara satu sama
lain. “Youseff?”
Tiada respon. “Youseff. Are you okay?
Youseff. Don’t do something that hurt yourself. Youseffff?? Are you still in
there? Yousefff..”
Noah mula mengesyaki sesuatu. Noah tiada
pilihan melainkan menghentam pintu tersebut. lagi pula, sekali tendangan saja
pintu itu boleh terbuka dan itulah yang dilakukan Noah. Kelihatan Youseff tidak
bermaya bersama darah yang mengalir dari pergelangan tangannya. Banyak darah
yang mengalir. “Ya Allah.. Allahhurabbi. Youseff! Get your sense back!” Noah
menerpa ke arah Youseff. Air yang mengalir itu ditutup. Wajah Youseff nampak
pucat sekali.
Dengan tubuh yang tak bermaya, Youseff
menolak tubuh Noah. “Go away. Let me die! I don’t want to live like hell! I
hate to see hospital! I hate to meet with a doctor! I hate my fate! I hate all
of things that happen to me!” Dalam keadaan suara lemah, Youseff berkata-kata.
Walaupun suaranya tidak bermaya dan kurang jelas, namun Noah dapat menangkap
apa yang dikatakan oleh Youseff.
Tanpa berlengah lagi, tubuh Youseff
terus diangkat tanpa dipinta. Walaupun puas Youseff menolak namun tenaganya
tidak cukup untuk melawan kudrat Noah. Noah dengan bersusah payah memapah
Youseff keluar dari bilik air. Dia terus menghubungi ambulans. “Please.. i
don’t to go back to the hospital. It’s hell! Not a hospital!”
“You have to do so, Youseff. It’s your life..”
“I don’t want to live! I want to die!”
Noah malas hendak berbalah dengan
Youseff. Youseff betul-betul nampak pucat. Darah yang mengalir berterusan
mengalir tanpa henti. Youseff disandarkan pada dinding. Noah kembali ke bilik
dan mengambil kain kecil untuk mengikat bagi mengelakkan daripada darah
berterusan mengalir. Sebaik sahaja dia kembali, Youseff sudah tidak sedarkan
diri.
NOAH terpaksa menunggu diluar sementara
Youseff berada dalam bilik rawatan. Dalam hatinya tidak puas berdoa supaya
Youseff selamat. Walaupun dia tak tahu dan tak kenal sangat dengan Youseff tapi
dia tetap yakin Youseff itu orang yang baik. Hatinya mengatakan sebegitu. Lagi
pula dia tak layak nak menentukan siapa baik siapa jahat sebelum kenal
betul-betul dengan tuan empunya badan.
Dia tak tahu apa yang berlaki dan
dialami oleh Youseff sekarang ini. Dia berharap tiada apa-apa yang berlaku
kepada Youseff. Dia risau tentang keadaan Youseff. Dia cukup takut kalau
Youseff pergi begitu saja. Dia belum sempat berkenalan betul dengan lelaki itu.
Lama juga menunggu. Hampir sejam
setengah dia berada diluar bilik rawatan. Akhirnya pintu bilik tersebut dan
wajah seorang doktor separuh umur itu keluar lalu mendekatinya.
“Are you his siblings?”
Noah yang menundukkan wajah itu
mengangkat wajah. Dia bangkit dari duduk. “No.. i’m his roommate. How is his
condition? Is he okay?” Soal Noah yang begitu risau.
“He is okay.. his condition already stable. But i need to see his
parent. Did you know
his where is his parent?”
“Hmm. I’m sorry. I don’t really know about him.. so i don’t know where
is his parent..”
Doktor itu mengangguk faham. “Oh.. So,
just give me a bit time. I need to talk with you.. Follow me..” Noah mengikut
tanpa membantah dan bertanya apa-apa. Hatinya berdebar-debar seolah-olah dia
yang berada ditempat Youseff mahupun keluarganya.
Menggigil tubuh Noah sewaktu mendengar
apa yang disampaikan oleh doktor yang merawat Youseff. Sangat mengejutkannya.
Dia tak sangka Youseff mengalami penderitaan masalah hati selama ini. Dan dia juga
tak pernah menyangka bahawa tubuh Youseff tidak dapat bertahan dalam jangka
masa yang lama. Youseff menderita penyakit hati. Hatinya tidak membesar. Noah
menangis didalam. Kakinya seolah-olah tidak dapat menampung berat tubuhnya.
Noah akhirnya tersandar pada dinding hospital. Malam semakin gelap. Suasana
dihospital semakin sunyi walaupun banyak pesakit yang datang tidak putus-putus.
Youseff sudah pun ditempatkan ke dalam
ruangan biasa. Noah menggagahkan jua kakinya untuk masuk ke dalam wad. Tubuh
Youseff yang terbaring lemah didekati. Dia terduduk diatas kerusi. Wajah pucat
Youseff dipandang lama. Ya Allah. sungguh aku tidak mengetahui begitu berat
penderitaan yang ditanggung. Maafkan.. Ampunkan dosa aku ya Allah andai aku
pernah bersangka buruk terhadap dirinya. Berilah dia kekuatan untuk meneruskan
hidupnya. Kurniakan dia umur yang panjang.. Aku mohon ya Allah.. beri
kesempatan kepadaku untuk mencuba menjadi sahabat yang terbaik buatnya. Berikan
aku peluang untuk turut sama membantu dan memahami penderitaannya... Aku mohon
kepada-Mu ya Allah. Tanpa sedar, air mata Noah mengalir. Hatinya cukup lembut
dan dia mudah menangis.
Dia memegang tangan Youseff untuk
menyalurkan sedikit semangat ke dalam tubuh sang yang tengah terbaring tidak
bermaya itu. Noah terasa ada pergerakan pada tangannya lelaki itu.
Perlahan-lahan Youseff membuka mata. Noah meleraikan pegangan tangan tadi.
“Alhamdulillah... you’re conscious.” Noah mengangkat tangan memanjatkan
rasa syukur.
Youseff terkejut Noah berada
disebelahnya. Dia memandang sekelilingnya. Dia dapat menghidu. Ya, ini adalah
bahu hospital yang telah sebati dalam dirinya. Dan dia cukup benci suasana
didalam hospital. “Why did you save me? Why did you send me here? I hate this
kind of situation! Shitt!”
Noah biarkan saja apa yang dikatakan
oleh Youseff. Dia rela dicaci maki oleh Youseff
asalkan Youseff rasa lega. “Why
don’t you getting mad on me, huh? Are you a deaf? Or you don’t have a brain?
Huh... Queer i think!”
“It’s up to you want to judge me like this or like that. Like what or
what. I don’t mind as long as you feel relieved. That’s better to me.”
Youseff mengeluh sendirian. “Why don’t
you let me died? I don’t want to live like hell! Stop make me feel suffer. I
hate to feel it!” Tubuh Youseff menggigil. Air matanya mengalir tanpa sempat
dia tahan.
“Don’t say something like that.. you’re still have a hope...” Ucap Noah
sayu.
Youseff mengangkat wajah memandang Noah.
“What did you know? You don’t know anything about me. So, you don’t have any
right to say something like that. To me, you’re same like the other..”
Noah duduk memandang Youseff tenang.
“Youseff. I know what did you feel right now. I know you’re suffering from
heart disease. I know you don’t have a much time too enjoy and feel your actual
life like the other..”
Youseff terdiam. “How did you know?”
“The doctor have told me that things and he asked me to tell about this
to your parent..”
Ada keluhan yang meniti dibibir Youseff.
Youseff tertunduk. Air mata mengalir membasahi pipinya. Dia tak perlu rasa
malu. Yang penting hatinya. Noah mendekati Youseff. Belakang Youseff digosok.
“Be patient.. God always with us... i know you’re strong.. you can face it as
long as you depends on God.. God is not cruel like what you said. This is not
your parent fault... it’s fate. It’s a test for you....” Noah sampaikan itu
dalam rasa kasih dan ikhlas untuk menolong Youseff. Youseff merasai keikhlasan
ucapan yang diucapkan oleh Noah. Benteng kekerasan hatinya runtuh.
“I don’t know what should i do now, Noah... I don’t know... i don’t what
should i do.. i have no much time to stay in the world. I don’t have any right
to life happily like the other.. i’m getting jealous when i looked at our
classmate, anyone else.. they can play, they can run as much as they want, they
have someone like a girlfriend to love... they’re falling in love each other...
but me... i don’t have that things. I can’t feel that things.. then, what is
the point of my life if i can do anything..?”
Youseff meluahkan segala-galanya yang
terpendam didalam hatinya setelah sekian lama. entah kenapa dia rasa senang
untuk berbuka dan meluahkan rasa kepada lelaki yang bernama Noah. Lelaki yang
tidak pernah dia peduli tentang kewujudannya. Noah tersenyum. “You have the
right to do so. Who said you don’t have right to do all the things? Nobody
said, right? You’re set in your mind that you can’t do anything... Don’t look
at the problems but look for what you can do.. If you still look at the problem
that you have no things to do in your life.. you’re still having a much time to
do all the things that you want...”
“You can think it. Take your time... For your parent.. your mother and
your father.. have you make them happy? Yeah, I know your parent make effort to
make you happy as long as they can.. Then, please do think how much and what
you did to make them happy and proud having a son like you....”
Youseff menangis buat kali yang kedua.
Benar kata Noah. Dia hanya melukakan hati ibu bapanya dengan menyalahkan mereka
diatas apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Please don’t blame God for what happened on you...”
“Allahhuakbar..... Allahuakbar.. Allahhurabbi... Oh Allah.....” Youseff
menangis teresak-esak. Ya, dia sudah lama melupakan tuhan.
Bagi Noah pula dia hampir terkejut. Dia
menyangkakan Youseff beragama lain kerana tidak
pernah sekalipun dia melihat
Youseff menunaikan solat ataupun melakukan amalan-amalan yang menunjukkan
bahawa dia adalah seorang muslim.
Noah dapat rasa menggigilnya tubuh
Youseff.
SOFFIYYA membaca apa yang ditulis Noah
didalam blog milik Noah. Dia menangis membaca kisah yang sangat menyayat hati.
Kisah lelaki yang diceritakan oleh Noah itu seolah-olah menceritakan tentang
dirinya yang hampir putus harapan untuk meneruskan hidup kerana ujian yang
Allah berikan.
Air mata dikesat dengan hujung baju. Dia
berharap agar sahabat Noah itu tabah menghadapinya. Dua bulan lagi, Soffiyya
akan cuti sem. Lama juga. Dia mengambil keputusan untuk bercuti di Cardiff. Dia
tidak pergi dengan keluarga kerana ibunya punya rancangan lain. Jadi, dia
mengambil keputusan untuk pergi bersama rakan-rakannya iaitu Adam, Jae dan
Jane. Lagi pula, kebetulan mereka bertiga turut sama cuti. Masa cuti semester
yang lepas, dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Noah memandangkan Noah
ketika itu berada di Belanda untuk menyelesaikan satu hal. Mujur bertemu dengan
bondanya Noah. Kalau tidak, mereka pergi dan pulang dengan sia-sia.
Layanan Dr. Narsha terhadap dia dan Jane
sangat baik. Dan dia senang dengan layanan Dr. Narsha. Terasa seolah-olah Dr.
Narsha itu seperti ibunya. Tidak terasa kekok langsung.
***
SEPANJANG dua bulan itulah, Noah
meluangkan masa bersama dengan Youseff. Mereka sama-sama menamatkan pengajian
disekolah dengan lulus cemerlang.
Banyak yang dia lakukan bersama dengan
Youseff. Kata-kata hatinya benar bahawa Youseff punya hati yang lembut. Hatinya
dikeraskan kerana dengan apa yang dia alami itu terlalu berat baginya. Dia menanggung
sorang-sorang. Dia tidak meluahkan kepada sesiapa kerana tiada siapa yang tahu
apa yang dia alami. Dan Noah adalah orang luar yang pertama mengetahui tentang
hal itu. dan ternyata Youseff tidak salah memberitahu orang. dia tak salah
orang kerana Noah seorang sahabat yang memahami.
Noah ada menceritakan kepadanya apa yang
dia alami. Sungguh, ujian yang dilalui Noah lagi berat dengan apa yang dia
alami. Dia hanya setakat mengalami sakit yang memendekkan umurnya. Walaupun begitu,
dia ada orang disekeliling yang sentiasa menyokongnya. Tapi Noah, dia
terkontang kanting sorang-sorang memahami erti hidup.
Dia rasa bersyukur kerana Allah telah
mengurniakan teman sebaik Noah. Kerana Noah, dia telah membuka mata menyedari
hal yang ada disekeliling. Dia menyedari betapa pentingnya hidup ini. Betapa
banyak nikmat yang Allah kurniakan yang tidak dia nampak sebelumnya.
“Noah... if i die...”
Noah tidak suka apabila Youseff bicara
pasal mati. Memang mengingati mati itu adalah baik tapi dia tidak seberapa suka
kalau Yousef berkata begitu. Dia tak mahu hilangnya Youseff. Youseff yang satu.
Youseff seumpama kembarnya yang hilang.
“Don’t say such a thing like that..”
“No.. i didn’t meant it.. I just said if i die.. i’m not saying i want
to died..”
Noah mengangguk. “Hmmm... I’m very
grateful for having a friend like you, Noah.. if it is not because of you, i
think i was still in old condition.. always blaming my surrounding, blaming the
fate... Hmmm..Thanks a lot Noah..”
“Not because of me but because of Allah want it happened like that...
Trust in Allah..”
Tenang sekali jawapan Noah dan Youseff
menyukai cara Noah menjawab. Tidak meninggi diri tidak juga memuji diri sendiri
sebaliknya dia berbalik kepada Allah.. Allah yang Esa, Allah sang pencipta
agung.
“Hmm.. Anyway, which date and day
we’re going to Netherlands?”
“Hmm. Next week. have you already prepared all the things to go there? We
got the same university. So I thought for having same house. It will be easy,
right? Hmmm...”
Youseff tersenyum. “I hope that i will
have a much time to go and study at there. It must be a wonderful thing...”
Noah meletakkan tangannya diatas bahu
Youseff. “I’m sure you have a much time to go there... I will always prays for
you, buddy!”
“Thanks you! Hmm.. Eh.. before that, why we hang out here?”
Noah hampir terlupa tentang itu. Dia
mahu memperkenalkan Youseff kepada teman-temannya di Malaysia. “Yeah.. i would
like to introduce you to my friend..”
“Your friend? Which one?”
“Did you remember what i story to you about my friend from Malaysia..?”
Youseff terfikir seketika lalu dia
mengangguk. “Yeah.. i did remember it. Did you meant Soffiyya Yuki?”
“Yeah. And the others too.. Hmm. Just wait...”
Baru cakap pasal mereka, panjang umur.
Soffiyya, Jane, Jae dan Adam yang hampir seminggu berada di Cardiff berpeluang
untuk bertemu dengan Youseff. Ya, kalau tidak Youseff berada di hospital untuk
menjalani rawatan dan tidak berkesempatan untuk bertemu dengan mereka semua. Jadi,
hari ini Noah berpeluang untuk memperkenalkan Youseff kepada sahabat-sahabatnya
dari Malaysia.
Youseff nampak ceria dan gembira.
Tambah-tambah pula, layanan teman-temannya sangat terbaik dan ramah.
Mereka bercadang untuk bercuti di Jepun.
Youseff bersetuju untuk hal itu. lagi pula, minggu depan mereka akan berangkat
ke Belanda untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment