DIA tidak perlu kemas kerana tiada apa
yang dibawa melainkan sepasang pakaian yang dipakainya ketika malam kejadian.
Bajunya berlumuran darah. Sama juga dengan seluarnya. Dia membersihkan dirinya
didalam bilik air. Agak lama juga dia bertapa dihospital itu. bertapa selama
hampir seminggu setelah tiga hari sedar dari koma. Ya, hentakan dikepala yang
begitu kuat. Dan dia juga terkejut bahawa dia menjalani pembedahan kerana
berlaku pendarahan beku diotaknya. Noah tersenyum sendiri apabila mengingatkan
apa yang berlaku. Begitu singkat perkara itu berlaku.
Selesai membersihkan diri, Noah hendak
ke luar dari bilik air kerana terlupa mengambil pakaiannya yang dipakai semasa
kejadian malam itu. kejadian yang telah membuka sebuah kebenaran yang telah
tersimpan sekian lama.
“Ehh.. ohh.. sorr..sorryy...” Jururawat yang masuk ke dalam bilik itu
terkejut dan berdebar melihat keadaan Noah yang hanya tersarung tuala pada
pinggangnya. Separuh tubuh Noah yang terdedah itu walaupun terdapat lebam sana
sini dan sedikit luka itu tetap menggetarkan hati jururawat tersebut.
Noah mengangguk perlahan. “Err. this is
from Dr. Narsha.. she asked me to send this beg to you.” Beg kertas dihulur
kepada Noah. Noah menyambutnya.
“Thanks.” Ucap Noah pendek. Sedikit senyuman ditambah sebagai perasa
untuk menyedapkan lagi perkataan terima kasih itu.
Jururawat itu terus berlalu dari situ.
Noah tidak mempedulikan apa tanggapan yang terdapat dalam kepala jururawat itu
sebaliknya fikirannya fokus pada beg kertas yang dikirim bondanya. Dia
mengeluarkan apa yang dalam beg kertas itu. Ternyata pakaian yang baru dibeli
lengkap dengan panties sekali. Dia tergelak sendiri. “How come.. bonda buat aku
termalu sendiri..” Noah menggosok belakang kepalanya sebaik saja terlihat
celana berjenama didalam beg kertas itu.
Tanpa membuang masa, dia menyarungkan
pakaian ke tubuhnya. Ya, nampak keren gitu. “Hmm.. she’s still remember it..
ingat saiz baju aku... Thanks bonda. Ucap Noah sambil membetulkan snowhat
dikepalanya. Dia membuka laci untuk melihat apa yang ada dalam laci ditepi
katil. Wallet miliknya terdapat dalam laci tersebut. Wajah Noah nampak ceria
dari biasa.
“Ya Allah..” Ucap Noah sewaktu wallet miliknya terjatuh ke lantai. Waktu
itu jugalah walletnya terbuka dan jelas gambar Soffiyya bersama dengannya. Dia
menundukkan tubuhnya walaupun bisa kesakitan masih terasa. Dia mencapai wallet
tersebut. Bibirnya mengukir sedikti senyuman.
“Yuki... Hmm.. how are you there?” Soal Noah seolah-olah berbicara
dengan gambar tersebut. Sudah lama nama itu tidak meniti dibibirnya. Meninggalkan
dia tanpa rela. Meninggalkan dia tanpa sepatah dua kata. Tinggal tanpa sebarang
sebab. Pasti ia menjadi tanda tanya kepada gadis itu. Tapi masih ingatkah lagi
dia pada dirinya? Itu dia tak pasti.
Untuk seketika, kenangan bersama
Soffiyya terimbau dimindanya. Bibirnya tersenyum melihat kenangan itu. namun senyumannya mati apabila
peristiwa dimana Soffiyya kemalangan dan kemalangan itu telah meragut ingatan
Soffiyya buat seketika. “Hmm. It’s useless kalau aku terus-terus ingat dia. I
hope that she always happy at there... Andai ditakdirkan aku berjumpa dengannya
kembali, aku bersyukur.. Tapi untuk aku kembali ke Malaysia.... ya.. mungkin ya
mungkin tidak. Hmmm...”
Noah menutup walletnya lalu dimasukkan
ke dalam jaket warna kelabunya. Dia ke luar dari bilik wadnya. Ya, hari ini dia
boleh keluar dari hospital. Sudah la dia bosan hidup dalam hospital. Agaknya
macam mana orang yang tinggal lebih dari sebulan dalam hospital tu eh. Noah
terfikir sendiri. Dia mencari bondanya.
“Er. Excuse me, Nurse. Did you see Dr. Narsha here?”
Jururawat itu mengangguk kerana sebentar
tadi Dr. Narsha baru sahaja melepasinya masuk ke dalam wad dihujung sana. “You
just go straight.. I think that Dr. Narsha goes to that ward. Number... 143...”
“Oh.. Thanks you...” Ucap Noah
dan seperti biasa setiap kata ucapannya itu disertai dengan senyuman sebagai
penambah perasa.
Noah berjalan seperti yang diberitahu
oleh jururawat tersebut. Sebaik sahaja berhadapan dengan pintu wad nombor 143,
Noah mengetuk sebelum masuk. Ya, memang betul bondanya ada disitu sedang sibuk
bersembang dengan pesakitnya.
“Sorry... Sorry if i’m disturbing you both..”
“Eh Noah.. oh lupa pulak bonda. You’re discharge today. Congratz.. Hmm.
Perkenalkan, Sheila. This is my son.. Noah Hayyan.”
Noah hanya tersenyum apabila
diperkenalkan. “Ohh. Ni laa Noah Hayyan.. Manis budaknya..” Ucap Puan Sheila
yang berasal dari Malaysia. Dia merupakan kenalan lama bondanya.
Mereka bersembang seketika sebelum Dr.
Narsha dan Noah meminta diri. Sambil berjalan, sambil bersembang. Ternyata Noah
dan bondanya mendapat perhatian.
“hmm. Bonda.. you look so beautiful in this suite. Hehehe.” Puji Noah.
Dr. Narsha berasa lega mendengar gelak
dan gurauan Noah. Sudah lama mereka tidak begitu.
“Oh ya? Thanks my dear son..” Bahu Noah ditepuk. “Hmm. Oh.. before bonda
terlupa.. Hmm.. About your study tu.. I already ask my friend... kita pergi
yang swasta punya. Pasal duit, Noah jangan risau. Bonda ada simpanan untuk
studi Noah dengan arwah Ameer dulu.. hmm...”
Noah rasa terharu mendengarnya.
Tangannya laju memeluk bahu bondanya yang sedikit rendah darinya. “Hmm... bonda
tak kisah ke?”
“Laa. apa pulak. Noah kan anak bonda.. so i will do anything for my
son..” Noah tersenyum dan senang mendengarnya. Dia berjalan seiring dengan
bondanya.
“What do you want to eat? Bonda belanja hari ni..”
“Seriously? By the way bonda, where is Ayesha?”
“I’m here!”
Ayesha melambaikan tangannya. Telinga
lintah! Bisik hati Noah lalu tersenyum. Adiknya terus berlari lalu memeluk
tubuhnya. Noah mengaduh sakit. “Ohh.. opps. Sorry.. akhi..”
Dr. Narsha tersengih saja. Sudah lama
dia tidak melihat perkara itu terjadi dalam rumah
tangganya. Hari ni, ia
berubah. Tanpa sedar, dari jauh mereka diperhatikan oleh Dr. Amirul. Ingin
hatinya untuk turut sama serta tapi apakan daya. Kerana Noah, dia tidak
melangkah kaki ke sana. Teringin sekali dia untuk mendekati mereka untuk menyertai
rasa bahagia itu tapi dia tak mampu. Sudahnya, dia berpaling dan berjalan masuk
ke dalam pejabatnya.
DI RESTORAN makanan halal, disudut
ditepi tingkap, Noah, Dr. Narsha bersama Ayesha menikmati makan tengahari
disitu. Saling bertukar cerita tapi yang banyak ceritanya sudah tentu Ayesha.
Dia banyak menceritakan perihal temannya disekolah. Ya, Ayesha semakin
membesar. Noah dapat merasakan bahagia dikala itu. dia bersyukur tidak sudah
kepada yang Maha Esa.
“Hmm. Tu laa akhi.. Ayesha menyampah sikit laa dengan Erico tu.
sikit-sikit kacau Ayesha..”
“Eleeh.. dia kacau means dia suka Ayesha laa tuu..”
Ayesha mencebik. “Akhi.. orang serius
ni..”
“Alaaa. Hehehe. Nak gurau pun tak boleh..”
“Bwerkk..”
Dr. Narsha hanya menggeleng dan
tersenyum. makanan suapan demi suapan masuk ke dalam mulutnya. Terasa berselera
sekali apabila dapat makan bersama anak-anaknya.
“Ermm. So, akhi.. decide nak further mana?” Soal Ayesha.. “Umm. before
that, are you okay? Dah sihat? Umm. bondaa.. akhi macam mana?”
Noah garu kepala. “Aihh... too much
question. Kejap tanya akhi kejap tanya bonda.. mana satu nak jawab ni..”
“Ha.. akhi is right... ask one by one my dear...”
Ayesha tersengih. “Oh.. okay. Hehe. So,
how are you, my akhi?”
“Yes. i’m fine.. alhamdulillah... see my body yaa.” Noah menunjukkan
ototnya dan
dadanya yang tegap. Ayesha menjeling menyampah.
“Oh please. If you’re okay, alhamdulillah. Hmm.. then now, how about
your study?”
Noah tersenyum. dia memandang Dr.
Narsha. “Hmm.. akhi rasa nak further study dekat Belanda.. tempat lahir
bonda..”
“What’s course?”
“any course... business maybe.. or tour agency.. hmm... or kulinary
art.. Anything i want to do... but i prefer something that i can go travel over
the world.” Jelas matlamatnya. Dr. Narsha sangkakan anaknya mahu buat bidang
kedoktoran. Tidak mengapa. Apa sahaja kehendak anaknya, kalau baik dimatanya,
dia akan mengizinkan. Dia akan menyokong anaknya dari belakang.
“Err. you like to travel?”
Noah mengangguk. “Is it okay for you,
bonda?”
“I’m okay with that if you’re happy doing that things.”
“That’s great.. boleh pergi rumah granda. Hehehe.” Ayesha teringat
datuknya yang tinggal di Belanda. Pekan kecil di Belanda. Ayah kepada Dr.
Narsha bekerja sebagai seorang farmasi yang kini sudah lama membasuh tangan
dalam bidang itu dan akhirnya membuka sebuah kafe yang sangat indah.
Ya, sudah lama dia tidak pulang ke sana.
dan jelas sekali dia sangat merindui ayah dan ibunya. “Hmmm... do you want to
go there, once?” Soal Dr. Narsha.
“Really, bonda?”
“Yeah. Holiday was around the corner. So, i’ve made a plan. Why not
we’re going to visit your granda and granny... i really miss them so much.”
Luah Dr. Narsha yang sangat merindui kedua orang tuanya.
Noah tiada masalah tentang hal itu. Dia
tidak kisah asalkan dia bersama dengan bonda dan adik perempuannya.
NOAH meminta supaya bondanya ke rumah
lama untuk mengambil barang-barangnya. Banyak barang yang ditinggalkan disitu.
Antaranya komputer riba, kameranya. Benda itu sangat penting untuknya. Lagi
pula, dia menggunakan gadget itu untuk mengupdate karya suka-sukanya diblog dan
youtube. Sekian lama dia tidak mengupdate apa-apa. Dia perlu mencari masa yang
sesuai. Dr. Narsha mengambil peluang itu untuk meninjau keadaan rumah yang
berselerak selepas kejadian tersebut. kesan darah Noah masih ada disitu lagi.
Ruang tamu adalah tempat yang paling
ketara seleraknya. Mungkin dia patut memanggil orang untuk kemaskan rumah
tersebut. lagi pula itu rumah miliknya. Dia membeli rumah itu. daripada
membiarkan rumah itu kosong, adalah lebih baik kalau dia jadikan rumah itu sebagai
homestay. Lagipun tempat itu banyak tempat pelancongan. Fikir Dr. Narsha.
Ayesha berada dibilik membantu Noah
untuk mengemas barang. Dalam hati, Noah sedikit tidak selesa untuk berpindah ke
rumah baru. Setelah selesai berkemas, mereka turun ke bawah. Dr. Narsha
menunggu mereka diluar.
Dalam kereta, Dr. Narsha bersuara
memecahkan kesunyian. “Hmmm. Bonda ingat nak jadikan rumah tu as a homestay. At
least, ada side income.. right?”
“Oh. That’s great.. hmm. Lagi pula, tempat tu memang banyak tempat menarik
yang jadi tarikan pelancong tak? Great idea, bonda.. hehehe.”
“Yeah... Hmmm... Bonda..” Noah bersuara lagi.
“Hmm...”
“Walid tak kisah ke?”
Dr. Narsha diam seketika. Segala tindak
tanduknya tanpa pengetahuan suaminya. “Hmm. Entah laa..biar bonda slow talk
dengan dia. whatever pun, you’re my son.. he have to know that things.”
Noah mengangguk perlahan.
***
“AKU TAK KIRAA!” Jelas kedengaran pekikan suara Dr. Amirul dari tingkat
bawah.
Noah yang mendengar dari sebalik pintu
bilik memasang telinga. Dia begitu jelas mendengar perbualan antara bonda dan
walidnya.
“Hmm. Kalau macam ni laa jadinya, baik aku duduk jauh-jauh. Takde
gunanya kalau aku tetap terus tinggal disini kalau hanya menambah luka...”
Noah rasa kehadirannya kembali ke dalam
keluarga itu hanya menyusahkan orang disekeliling. Mungkinkah dia tidak
ditakdirkan untuk menetap dalam rumah itu? di bawah satu bumbung? Bersama
dengan orang yang mempunyai pertalian darah dengannya? apakah dia tidak layak
berbuat sedemikian? Apakah bukan takdirnya untuk berterusan bersama dengan
insan yang tersayang. Noah mengeluh sendirian. Dia duduk bersandar pada dinding
bilik bersebelahan dengan pintu. Dia bersila juga disitu. Matanya merenung
dinding dihadapannya. Tenungannya itu seolah-olah menembusi dinding
dihadapannya. Otaknya sedang ligat memikirkan sesuatu. Ya, dia perlu lakukan
sesuatu.
Sudahnya, gitar dipetik. Hatinya
berbunyi sayu seiring dengan alunan petikan gitar itu. “Apakah aku harus pergi
dari sini lagi? meninggalkan orang yang aku sayang? Ya Allahh... tunjukkan aku
jalan yang sebenarnya.. aku tak tahu apa yang patut dan harus aku lakukan
sekarang ini. Jika benar aku memang tidak ditakdirkan bersama dengan keluarga
ku sendiri, adalah lebih baik aku mengangkat kaki ke luar saja dari sini...
Atau... Arghhh...” Noah menolak gitarnya ke tepi.
Dia memeluk lututnya. Mukanya
dibenamkan. Fikirannya jadi serabut diwaktu ini. Dia tidak tahu apa yang harus
dia lakukan. Dia bingung. Dia buntu.
Suara riuh rendah dan pekikan sudah tidak
lagi kedengaran. Kini kedengaran enjin kereta berderum kuat. Dan perlahan-lahan
bunyi itu hilang. Dia yakin bunyi enjin itu adalah enjin kereta walidnya. Noah
mendiamkan diri saja.
Tokk! Tokk! Tokk!
Astaghfirullah..
Noah menggosok dadanya kerana terkejut.
hampir saja dia terbunuh dirinya sendiri. Pintu bilik terbuka tanpa dipinta.
Wajahnya bondanya muncul disebalik daun pintu yang terbuka. Bengkak sekali mata
bondanya. Yang jelas sekarang bondanya baru lepas menangis. Dia yakin tentang
itu.
“Noah.. what are you doing sit down here?”
“Eh.. nothing bonda..”
Dr. Narsha mencuba untuk mengukirkan
senyuman dibibibirnya. Dia yakin anaknya pasti mendengar perbualan dan
pertelagahan diantara dia dan suaminya ditingkat bawah tadi. Melihat wajah Noah
membuatkan hatinya pilu. Dia tak kisah kalau suaminya mencaci makinya asalkan
jangan Noah merasainya.
“Bonda.... hmm..” Noah bangkit dan berdiri berhadapan dengan bondanya.
Tubuh bondanya dibawa ke dalam pelukan. Dia tahu itu yang diperlukan oleh
bondanya disaat ini. Dr. Narsha memerlukan orang untuk menenangkannya. Sebaik
berada dalam pelukan Noah, terus saja air mata Noah mengalir. Mengalir deras
membasahi pipi dan baju dibahagian dada bidangnya Noah. Noah menggosok
perlahan-lahan belakang bondanya.
“Sabar ye bonda.. Noah tahu he’d hurt you a lot. Don’t worry, bonda.
Allah itu Maha Pengasih.. Maha Penyayang.” Dr. Narsha angguk dalam pelukan.
Sungguh, Noah seorang anak yang baik.
Bagaimana mungkin aku tinggalkan rumah
ini kerana disaat ini sudah jelas bonda masih memerlukan aku. apa perlu aku
bertahan? Argghh.. bonda yang sedang bertahan dikala ini.. apa yang bonda lalui
lebih teruk dari apa yang aku alami. Aku tidak boleh menyerah... aku perlu
berada disisi bonda by hook or by crook. Noah tekad didalam hatinya dengan
bersungguh-sungguh.
DIA tidak pernah berputus doa buat sang
sahabat yang disyaki hilang entah ke mana. Sang sahabat yang banyak membantunya
sewaktu dia tersungkur dahulu. Kalau tidak kerana sang sahabat itulah tidak
mungkin dia bisa seperti sekarang. mampu berhadapan dengan orang ramai yang
pelbagai kerenah. Segala fitnah yang ditaburkan ke atas ayahnya juga telah
hilang di tiup angin. Soffiyya reda tentang hal itu.
Soffiyya nekad didalam hatinya yang dia
perlu bertemu dengan Noah. Dia tak kira walau apa pun.. Noah harus ditemui. Dia
perlu mengucapkan terima kasih kepada Noah. Dan juga mengucap sayang pada Noah.
Tapi sayang... semua itu terlambat disebabkan dirinya sendiri. semuanya
salahnya.
“Hey... Yuki.. kau menangis ke?”
Jane yang datang bersama dengan dua
botol air mineral itu menegur. Jane pulang untuk bercuti dalam jangka masa yang
agak lama juga. Soffiyya segera menyeka air matanya. Jane duduk diatas kerusi
bawah pokok. Soffiyya didekatinya.
“Yuki... kau ada masalah ke?” Jane bertanya. “Atau kau teringatkan
diaa?” Dia yang dimaksudkan itu adalah Noah. Tidak yang lain sebagai jawapan
melainkan air mata yang kian mengalir deras.
“Hey... syhhh...syhhh..” Jane membawa Soffiyya ke dalam pelukan.
“Yuki.... lepaskan tangisan kau sampai kau rasa lega.... Kau jangan pendam..
aku tahu dalam hati kau masih rindukan Noah... tak perlu kau menafikan semua tu
sebab semua orang boleh nampak Yuki.”
Semakin kuat tangisan Soffiyya. Ya, baru
lepas joging bermandikan peluh. Sekarang bermandikan air mata pula. mujur
kawasan yang mereka duduk itu tak ramai orang. jadi senang sikit nak buat
apa-apa pun.
Setelah rasa sedikit lega, Soffiyya
mengangkat wajahnya. Dia memandang tasik dihadapannya. Air mata diseka. “Jane...”
“Hmm...”
“Betul ke Noah memang tak pernah balik rumah dia?”
“Apa yang aku tau, memang ya dia tak boleh rumah. Aku sendiri yang cakap
dengan mak dia.. Aku pergi dah rumah dia. tak tahu laa sekarang ni dia ada atau
tidak lagi.”
Soffiyya mengangguk faham. Hatinya
semakin hari semakin sarat dengan rasa rindu, rasa bersalah. Bermacam-macam
rasa tentang perhubungannya dengan Noah yang tergantung. Walaupun hanya sebuah
persahabatan bukannya percintaan, itu sangat bermakna buat Soffiyya. Baginya,
Noah adalah orang yang luar paling rapat dengannya. Noah diibaratkan sebagai
malaikat pelindung baginya. Namun sekarang, angel itu sudah pergi entah ke
mana.
“Agak-agak Noah masih hidup tak lagi?”
“Haishh. Yuki. Apa yang kau cakap kan ni.. Aku yakin dia masih hidup
Cuma kita je yang tak tahu keberadaan dia di mana. please... jangan fikir macam
tuu..”
“Aku.. a..ku bukannya apaa.. Sampai bila aku nak tunggu..”
“Jadi kau menunggu dia untuk balik ke Malaysia..”
Soffiyya menunduk. “Itu yang aku
harapkan. To me, it’s hard to find him at Cardiff. Ya, firasat aku mengatakan
dia ada di Cardiff. Tapi entah laa. aku berharap dia pulang ke Malaysia
berjumpa dengan aku...”
Jane mengangguk faham. “Tapi all things
yang kau cakapkan tu.. mungkin disebabkan miracle perkara tu akan berlaku. tapi
takkan nak tunggu keajaiban tanpa berusaha dear? No... kita perlu cari diaa..”
“Tapi dimanaaa?”
“Cardiff.”
“Okeyy.. next week cuti semester. Duit kau masih ada lagi kan?”
Soffiyya mengangguk. Dia memang banyak
duit simpanan. Duit dia kerja dengan ibunya di cafe sendiri dan juga duit dia
kerja kat luar. Almaklomlah kehidupan diuniversiti memerlukan banyak wang.
Biasiswa kadang-kadang tidak mencukupi.
“Hmmm. Beli tiket ke Cardiff. We need to do so. Kita pergi rumah dia.
biar kau cakap sendiri.” Tekad Jane. Soffiyya hanya menurut.
MALAM itu, Noah membuka jendelanya. Dia duduk
dengan kaki berjuntai ke bawah. Matanya memandang langit yang Maha Esa. Bibirnya
mengukirkan senyuman. Bulan yang menyinari langit pada malam itu sangat cantik.
Cahayanya mampu menerangi kegelapan malam.
Apa aku nak buat sekarang ni? I need to
do something because i have to do so. Noah berbicara dalam hatinya. Rasa ingin
belajar membuak-buak dalam dirinya. Esok dia dah mula bersekolah. Terpaksa jua
dia gagahkan kaki ke sekolah swasta untuk masa setahun saja. Lepas tu, dengan
keputusan yang dia dapat tu, dia akan sambung belajar. Kalau boleh dalam bidang
pelancongan. Dalam pada masa yang sama dia akan buat benda lain.
“Akhi...” Sayup-sayup suara Ayesha kedengaran.
“Eh... Esha buat apa kat dalam bilik akhi?”
“Saja nak sembang dengan akhi...”
“Tak mengantuk ke ni?”
Ayesha yang merupakan adik Noah
menggeleng tanda belum mengantuk lagi. “Hmm..
sekolah tadi macam mana?”
“Everything is okay! Hihihi. Akhi... Akhi nak pergi sekolah dah kan
esok..”
“Yeah.. i have to go there. At least, when i stay at there, kurang sikit
benci walid dengan akhi..”
“Hmmm.. maybe... by the way.. nak ke luar tak malam ni?”
“Go out there? What’s for?”
“To achieve some fresh night air.”
Ada-ada je idea Ayesha. Dia ingin
meluangkan masa bersama akhinya. Terasa singkat masa untuk mereka berdua. Noah
mencapai sweaternya lalu disarung ke tubuhnya. Ayesha kembali ke bilik untuk
memakai tudung dan sweater. Malam itu, mereka adik beradik keluar jalan-jalan. Walaupun
risiko bahaya itu agak tinggi, tapi mereka ke luar juga. Mereka menyerahkan
kepada Allah Maha Pelindung.
“Akhi...”
“Hmm..”
“Gambar dalam DSLR akhi tu... siapa?”
Noah diam sebentar memikirkan siapa. “Ohh...
itu Soffiyya Yuki..”
“She must be someone special to you, right?”
Noah mengangguk tanpa berselindung. “Seriouslyyy??
Then where is she? Seem like she was not from Cardiff or somewhere...
Malaysiaaa?”
Noah memberi respon dengan senyuman. “Yeah...
That’s it.”
“She was so beautiful.. And i admire her smile.. really bright... Hihi.”
“Hmm. See. Yeah, she was so beautiful... dia yang banyak tolong akhi..
tahu tak, masa akhi dekat sana, keluarga dia ambik akhi tauu.”
‘Bukan akhi tinggal dengan auntie ke?”
Noah menggeleng. “Yeah. Just for awhile.
Lepas tu, akhi pindah ke rumah dia... Their treat to me like emm. I like it.. and
i miss it...” Dari nada ceria bertukar menjadi syahdu. Ayesha menggosok lengan
akhinya.
“Did you miss her?”
“Yes, i do. But apa yang akhi boleh buat untuk dia.. Nothing... it end
up like errghh..”
“Hmm. I think tak lagi; sebab masa akhi was not in the house, someone
come here.. she wa looking for you.. But her name... Ermm.. Ahh.. Jane.. she
looked so sad when bonda said that you was not around and you’d never come back
here.”
Noah terkejut. melopong mulutnya selepas
mendengar apa yang keluar dari mulut Ayesha.
“Seriouslyyy...? Jane come here...? How did she?”
“Akhi kenal dengan dia?”
“Yeah. She was our cousin dear. Dia laa anak kepada adik walid.”
“Hmmm. No wonder.”
Ya Allah... bermakna sekarang, diaorang
tengah cari aku.. Ya Allah... diaorang tak lupakan aku... Ya Allah.. Ya
Rahman... Noah memanjatkan rasa syukur. Berita itu sudah cukup membuatkan
hatinya lega. Sinar kembali menerangi dirinya. Rasa sedikit bahagia mula
perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam kalbunya.
No comments:
Post a Comment