Ayesha membuka laman web iaitu blog milik akhinya. dia tersenyum sendiri apabila membaca apa yang tertulis disitu. Sungguh ianya benar apa yang diceritakan dalam blog milik akhinya. semuanya berkisahkan rentetan hidup akhinya. Rasa macam nak menangis pun ada apabila membacanya.
“Akhi.. yang video kita buat berdua tu takde ke?”
“Adaaa... tapi akhi tak bawak masuk dalam komputer riba lagi. tu.. ambik kamera and usb dia kat dalam almari tu. Esha reti tak transfer?”
Ayesha mengangguk. Lagi pula dia sangat pintar dalam bahagian berkaitan dengan IT dan multimeldia ni.
“Hmmm.. nak bawak masuk blog tak?”
Noah yang sedang berkemas mengangkat wajahnya. Hampir terlupa tentang itu. “Ohh. Jadi Esha baca entry yang akhi tulis laa ni ye?”
Ayesha tersengih. “Sorryy.”
“No.. it’s okay..”
“Eh.. tapi ramai jugak follower.. orang komen belambak. Diaorang sedih sebab akhi tak balas. Hahaha. Dah tu, they’re waiting for your new song or new cover song...”
“Hmmm... nanti-nanti je laa. Esha upload video tu. lagipun, video cover song jugakkan..”
“Youtube atau blog?”
“Ikut Esha laaa..”
Ayesha terus melaksanakan tugasnya. Dia membawa masuk ke dalam youtube tapi dipromote melalui blog. Ada sedikit hasil ayatnya tertera dibawah link videonya.
Assalamualaikum! Pasti ada yang tertanya-tanya ke mana perginya pemilik blog ini.. Yang pastinya, dia ada disini. Sihat-sihat saja.. Dia punya banyak halangan sebelum ini. Jadi, sekarang ni dia punya sedikit masa.
Tentu saja kamu semua teringin melihat wajahnya yang kacak persis mutiara dilautan. Saya yakin siapa yang melihat wajahnya, pasti terpesona. Dia punya keindahan wajah yang luar biasa umpama nur terhias diwajahnya. Dia punya banyak ilmu tapi makin rendah dirinya. Dia punya banyak masalah namun tidak ditayang dan tidak terjelas diwajahnya. Dia seorang yang kuat dan tabah. Yang itu sangat jelas tentang dirinya. Aku pasti siapa yang berjumpanya, pasti akan jatuh hati. Dia ini kalau pada mulanya, pasti dilihatnya sangat sombong. Cuba kalau ada yang menegur, pasti terus kenal dan senang dengannya.
Kalau pasal tidak balas komen juga ya, ingin aku jelaskan disini, dia tidak sombong atau apa. Cuma dia tidak punya waktu untuk membalasnya. Namun katanya, dia amat bersyukur kerana kamu semua ibarat teman-teman maya yang banyak beri sokongan. Komentar-komentar kamu semua umpama nasihat diblognya itu membuatkannya bersemangat. Tapi sayang, tidak semua komen dia bisa nampak. Maafkannya sekali lagi. Dia ucapkan kepada kamu semua “Terima Kasih”. Muslim atau non muslim yang sudi memperhambakan telinga sendiri untuk mendengar sedikit alunan suaranya terima kasih juga ya. Aku harap kamu semua terus menyokong dan mendukungnya.
Ya, mungkin tidak dapat melihat wajahnya. Menurut pendapatku, mungkin saja dia tidak mahu orang mendukung kerana keindahan wajah yang dia miliki. Mungkin dia tidak bersependapat sebegitu. Namun ini pendapatku. Ya.. itu saja.
Maafkan aku kerana ini bukan hasil tulisannya. Ini bahasa aku. Kalau ada yang tertanya-tanya siapakah aku..? Perlu atau tidak aku beritahu.. Mungkin tidak ya. Aku pasti kamu akan kenal sendiri siapa aku. Yang penting, aku bukan pacarnya. Aku adalah orang yang sentiasa mengenalinya, sentiasa dekat dengannya.
Akhir kata, Wassalam.
Setelah yakin dengan ayat yang dia tulis, Ayesha menekan publish bermakna semua orang akan dapat melihat hasil tulisannya itu. Dia tersenyum sendiri. dia memandang akhinya yang sedang memasukkan baju ke dalam beg pula.
“Ya Akhi..”
“Ya.. ada apa Esha?” Soal Noah tanpa mengangkat wajahnya.
Ayesha tersenyum. “Esha tulis sesuatu diblog akhi. Harapnya akhi tak marah ye?”
“Kalau benda itu yang baik-baik saja, in shaa Allah.. hmm... Esha dah cas betri iPhone akhi?”
“Ya.. sedang... tengah menunggu sampai penuh.”
Noah mengangguk dalam melaksanakan kerjanya.
Ayesha menunggu dihadapan komputer riba. Baru sekejap saja video bersama ayat-ayatnya itu dibawa masuk, ada orang yang masuk dan mula mengomen. Ayesha tersenyum membaca komennya.
“Subhanallah.. indah sungguh wajah kamu ya adik.”
“Suara yang kamu miliki sedap sangat. siapa kamu sebenarnya? Kakaknya? Tapi kelihatan seperti kamu muda lagi ya.”
“Siapa kamu ya? Indah sekali bahasa kamu.”
“Apakah itu abang kamu? Kalau benar itu abang kamu, maka kamu sangat beruntung. Senang saya membaca hasil tulisan kamu. Indah bahasanya. Aku seolah-olah dapat menggambarkan bagaimana bentuk, peribadi dan rupa ‘abang kamu’ ya.”
“You’re so geogerous.”
“I think that he is your brother and you’re his sister, right? Anyway, your voice was too
nice and great.”
“I like your voice and that guy named Eyankey.”
“Eyankey have a beautiful voice ever.”
“Aaa. Seriously.. i love to hear it.. i want to hear your voice again and again. More and more. I think you both should be a singer.. maybe..”
“Writer too because your word really great. Thumbs up for you both.”
Memang popular sungguh Noah. Ayesha yang sengaja membaca kuat-kuat itu membuatkan Noah tersenyum mendengarnya. “Seronok la tu ye orang puji dia?”
“akhi ni.. mana adaaa. Hishh..”
Noah tergelak. “Hahaha. Yelaa tu... Eh.. tapi kan Esha... akhi tertarik pada satu komen ni tau... ada dekat youtube. Lagu bersama cover.”
Ayesha mula mencari tapi tiada. Barangkali terlalu banyak komen. Hampir beratus ribu komen. “Takde laa akhi..”
“Kalau takde, takpe laaa.”
“Eh, akhi tak bukak twitter ke? Or facebook?”
“Twitter? I don’t have it.. facebook? I’m already closed the account.”
Dia terfikir sesuatu. “Ehh.. Esha.. Esha ada facebookkan?”
“Ye...”
“Try cari nama Soffiyya Yuki..?”
Tanpa berlengah Ayesha terus mencari. “Ehh. Ada laa akhii..” Memang kena pada masanya. Selesai sudah Noah mengemas barangnya. Dia terus melompat atas katil dan menerap disebelah Ayesha mengadap komputer ribanya.
“Allah...”
“Why akhi?”
“Ya... ni memang dia.. begitu mudah untuk mencari dia..”
“Sebab she is one in a million. Susah nak cari nama macam dia..”
Noah terdiam. Benar kata Ayesha itu. Dia menyuruh Ayesha ‘add’ Soffiyya. Ternyata sekejap saja Ayesha diterima sebagai rakan facebook. Lantas, Noah mengarahkan Ayesha untuk membuka gambar. Satu persatu gambar terpapar diskrin komputer riba milik Noah.
Tanpa sedar bibir Noah mengukirkan senyuman. Soffiyya nampak segar dan ceria dalam gambar. Dia yakin Soffiyya pastinya merasa bahagia sekarang. Ayesha melihat wajah akhinya. Terubat juga rindu akhi ye.. Bisik hati kecil Ayesha.
Ada sesuatu yang bermain difikiran Noah. Noah terus menyelongkar facebook Soffiyya. Ya, sekarang Soffiyya tengah online. Adakah ini peluangnya untuk bertanyakan khabar Soffiyya disana? Dia teragak-agak. Tidak apa-apa kalau menggunakan nama facebook adiknya.
“Ehh. Akhi.. dia post entry yang Esha tulis publish tadi aaaa.”
“Manaaa...??”
“Bukak laa wall diaaa. Haishh...” Ayesha menunjukkan kepada Noah. Noah terus membuka.
The Best Blogger Writer Ever. Love his and her voice!
Noah tersenyum. Ya Allahh.... without realise.. she is following me.. follow without know for the who i am because i didn’t publish about me. Bisik hati Noah. Dia hampir menangis tetapi tidak dihadapan Ayesha. Sudah banyak kali dia mengalirkan air mata dihadapan adiknya yang satu. Adakah ini berita yang menggembirakannya?
Ternyata, Allah itu Maha Permudahkan.
JANE berada disebelah Soffiyya yang sedang mengadap komputer ribanya. “Eh weii. Sejak bila mat salleh add kau ni?”
“Sapa?”
“Aishh.. kau ni.. tu laaa. Ikut suka hati je approve orang.. kawan berlambak kat facebook sampai nak cecah empat ribu.. tapi majoriti kau tak kenal kannn.. hot stuff laa kononnya kann..”
“Eii kau ni.. sejak bilaaa.. cepat laa. mana anak mat salleh tadi..”
“Nii haaaaaa... Anna Ayesha. Ha’aa laa. muka stok comel gila laa weyh. Mata membiru gitu....”
“Dia stay mana wey? Sejak bilaa dia teringin nak add kau? Hahaha.” Jane sengaja menyakat Soffiyya.
Soffiyya tersengih saja. “Dia stay Cardiff...”
“Cardiff... Eh waitt a minute! Kau bukak gambar dia kejap weii. Aku rasa familiar dengan muka budak ni...”
“Pulak... kejap..”
Sekejap saja, gambar-gambar milik Ayesha terpapar diskrin komputer riba milik Soffiyya.
“Kau tekan family album tu..”
Soffiyya hanya menurut apa yang dikatakan oleh Jane. “Ya Allahh... ni auntie dengan uncle aku. Nii.. ni.. budak ni laaa. Eshaa.. Adik Noahhhhh...”
Soffiyya sentap. Matanya terbuntang luas. mulutnya hampir melopong. Hujung lengan baju Jane ditarik. “Kau biar betul, Jane.... Takkan laaa..”
“Subhanallah.. Betul.. Aku tak tipuuu.. Ni laa adik dia. ya, aku tak berapa ingat nama penuh dia. Tapi aku ingat nama Ayesha. Haa. Kat dalam rumah diaorang panggil dia Esha. Yang ni haa.. Betullah. Uncle aku nama Amirul.. bini dia aku tak ingat nama apa..”
Tengah asyik melihat gambar yang hampir mencecah tiga ratus itu, ada beberapa gambar yang membuatkan hatinya gembira tapi dalam pada masa yang sama hatinya menangis rindu.
“Ni.. kan Noah... Eh.. mana satu Noah ni wei?” Soal Jane yang tidak dapat mengenali Noah dengan lelaki yang berdiri disebelahnya.
“Aku rasa ni twins dia... dia pernah cakap kat aku yang dia ada kembar tapi dah meninggal..”
“Innalillah.. Teruknya aku. sepupu sendiri pun aku tak tahu weii...”
Soffiyya menggosok belakang Jane. Jane yang dulunya musuh tapi sekarang menjadi sahabat karibnya. Satu persatu gambar Noah dan kembarnya juga Ayesha. Nampak macam keluarga bahagia.
“Seriously.. comel gilaa Noah... ya Allah.. adik dia ni...seronok betul diaorang main salji kann..”
Soffiyya mengangguk lalu tersenyum. Baru hari ini dia mengenali keluarga Noah. Keluarga yang lengkap. Ibu Noah yang berasal dari Belanda dan merupakan darah tulen Belanda itu memang memilik wajah yang indah. sama seperti Noah, kembarnya dan adiknya. Banyak ikut ibunya dari ayahnya. Tiada apa yang boleh dikatakan melainkan hanya ucapan syukur.
“Eh.. adik dia tengah online la wei. Try laa tanya.. sapa diaa..”
Soffiyya memang ada ura-ura untuk buat hal itu. baru je tekan nama Anna Ayesha itu, ada chatbox yang muncul. Nama Anna Ayesha.
Salam diberi penuh sopan.
Assalamualaikum. How are you?
Waalaikumsalam.. I’m fine..
Alhamdulillah.. Sis Yuki...
“See. Dia sebut nama Yuki. Aku rasa dia kenal kau laa Fiyya.”
Soffiyya semakin lebar senyumannya.
Can you make a video call?
“Wey. Dia nak buat video call.. macam mana ni?” Soffiyya tak keruan.
Jane memberi kata putus menyuruh Soffiyya buat video call.
Yeah..
Sekejap saja menunggu. Wajah Ayesha sudah terpapar diskrin komputer ribanya. Ya, memang betul Ayesha mempunyai keindahan wajah yang mempesonakan. Kulitnya putih kemerahan. Ini baru melalui video call. barangkali kalau berjumpa berhadapan,
subhanallah. Indahnya ciptaan-Nya.
Ayesha mengucapkan salam kepada Soffiyya.
“Hai Sis Yuki.. Anyway.. your name is unique.”
“Unique...? Thanks you... Hmm.. what are you doing?”
“Just helping someone for something.”
“Ohh.. hmm.”
“Kak yuki dari Malaysia ye?”
“OH yeah.. your malay so beautiful... kamu bercakap dalam rumah pakai bahasa melayu ke?”
“Hahaha. Yeah.. how did you know..?”
“Just guess. Hmmm.. i want to asking you.. why did you add me as your friend? How did you find my name..?”
“Someone told me to do so.. so alhamdulillah... i have found you..”
Soffiyya terdiam seketika. Dia teragak-agak hendak bertanya. Jane yang berada disebelahnya sibuk dengan novel. Malas nak ambil bahagian. Bagi Jane, biarlah Soffiyya menguruskannya. Dia risau kalau dia ada sebelah nanti akan mengganggu.
“Hm.. Sis... i think i should show you something..”
“What?” Soal Soffiyya ingin tahu. mereka sembang lagak sudah berkenalan lama. ayesha juga nampak tidak kekok bersembang dengannya.
“Wait a minute..”
Ayesha hilang dari skrin. Skrin dibiarkan begitu.
NOAH duduk didapur untuk menghilangkan dahaga. Bik Lena keluar entah ke mana. pergi membeli bahan mentah barangkali. Noah turun ke bawah sementara dia membiarkan adiknya dengan komputer ribanya. Hatinya senang melihat Soffiyya gembira. Dalam gambar itu cukup memberi gambaran yang jelas kepadanya tentang bagaimana keadaan Soffiyya. Dia lagi bersyukur apabila Soffiyya sudah dapat berjalan seperti biasa. Melihat kebahagian itu, hatinya tidak lagi gelisah dan bersalah.
Dia tak tahu apa yang adiknya buat didalam biliknya. Kata adiknya nak usha gambar si Soffiyya. Jadi dia biarkan saja. Dia menyuruh adiknya ‘save’ semua gambar yang ada Soffiyya didalamnya ke dalam komputernya. Bukannya apa. Sekurang-kurangnya ada juga gambarnya bersama. Almaklomlah, gambar mereka banyak hilang. Ada pun gambar didalam kamera yang ditinggalkan kepada Soffiyya waktu dia hendak pulang mengambil hadiah itu.
Sebut pasal hadiah, dia tak pasti sama ada Soffiyya tahu atau tidak hadiah itu tersimpan di mana. hadiah pertama dia buat sang sahabat. Dia mengeluh sendirian. “Takpe Noah. At least kau jumpa dia dalam facebook tu... dapat jugak kau tahu keadaan dia dari semasa ke semasa nanti.”
Noah tersenyum sendiri. Dia kembali meneguk air. Baru nak masuk ke kerongkong, ia keluar semula dek tersedak. Semuanya gara-gara jeritan Ayesha dari tingkat atas.
“Uhuhhkk.. uhukk! This kid really.. uhuk! Uhukk!”
“Akhi.. come.. here.. follow me noww!”
“Ada apa ni Esha kalut sangat ni? hantu? Lipas? Kangroo? Kucing?”
“Hishh. Bukan laaa.”
“Amboi nak marah orang pulak. Hampir akhi mati tersedak sebab Esha tau..”
Ayesha tersengih. “Akhi.. i have something for you.. My present. Hehee.” Ayesha sempat mencapai kain lap untuk menutup mata Noah.
“Hmmm.. apa lagi ni? hadiah apa ni?”
“Hehehe. Ada laa. tunduk sikit nak ikat mata akhi..”
Noah hanya menurut. Dia faham sangat dengan sikap Ayesha yang kebudak-budakan itu. memang budak-budak pun. “Okey.. sekarang ikut Esha.. be careful. Nanti jatuh tergolek. Elok ada dalam sekolah nanti, ada dekat ICU pulak.”
Noah tergelak saja. Dia menurut kehendak Ayesha. Ayesha tersenyum kerana dari reaksi akhinya, akhinya nampak seperti tidak syak apa-apa berkaitan dengan Soffiyya.
Setapak demi setapak naik ke tingkat atas dan masuk ke biliknya. Noah didudukkan diatas kerusi. “Eh.. Esha.. ada apa ni?”
“Hehehe. Sekejap laa...”
Soffiyya yang duduk menunggu dihadapan skrin itu hampir terkejut. dia menutup mulutnya. Dia kenal wajah itu. walaupun mata lelaki itu tertutup dengan kain. Air mata mula bertakung. Jane yang melihatnya buat tak peduli. Bukan tak peduli ke apa, baginya dalam saat ini Soffiyya perlukan masa untuk bersendirian. Jane tersenyum lalu kembali mengadap novel yang baru dibelinya.
Air mata yang bertakung itu akhirnya mengalir membasahi pipinya.
Noah blurr. “Akhi bukak laa sendiri. Esha turun bawah dulu tau..”
“Eh.. Esha.. Eshaaaa..”
“Bye-bye my beloved brother. Enjoy your present.” Ayesha berlalu tanpa mempedulikan panggilan akhinya. pintu bilik akhinya ditutup rapat. Bibirnya tersenyum.
Noah terkial-kial membuka ikatan yang menutupi matanya. Sebaik sahaja di buka Noah menggosok matanya. “Hmm... Esha.. Esha.. sakit mata akhi...”
Dia memandang keliling dan kembali memandang apa yang ada dihadapannya. Video call? Bisik hati Noah. Seorang perempuan bertudung sedang menutup mulutnya. Ada air mata yang mengalir dipipi perempuan itu. Noah sentap. Dia mengesyaki sesuatu.
“N..Noahh...” Suara yang amat dia kenali. Noah memandang terkejut pada skrin komputer ribanya.
“Yuki? Yuki..? Awak ke tu?” Soal Noah yang seakan-akan menjadi excited. Dia seperti cacing kepanasan.
Soffiyya mengangguk perlahan. “S..saya ingat awak.. hilangg...?”
“Ya Allah... Awak.. S..saya tak sangka boleh jumpa awak kat sini...”
“Ye.. saya pun tak sangkaa... Takdir..Noah.”
Melihat air mata Soffiyya, ingin sekali dia seka. Tidak sanggup melihat air mata itu mengalir kerananya. “Hmm.. i’m sorry... i’m sorry for the last time i did to you..”
“It’s okay Noah.. semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.. Ya Allah.. saya rasa bahagia sangat dapat berjumpa dengan awak.” Soffiyya menyeka air matanya dengan hujung bajunya.
Noah mengangguk. “Hmm..”
“Awak ada dekat mana ni?”
“Rumah saya laaa.. hmm.. thanks for still waiting for me.”
“Bukan awak takde kat rumah awak ke Noah?”
“Yeah.. panjang cerita diaa... It’s okay.. nanti ada masa saya cerita kat awak..”
Soffiyya mengangguk.
Hari itu, begitu panjang perbualan mereka sehingga Jane terpaksa menghentikannya memandangkan betri komputer hendak habis dan Jane terpaksa pulang untuk menyelesaikan satu hal dirumahnya itu. Hari itu menjadi saksi pertemuan kembali dua sahabat yang terpisah. Soffiyya mengikat janji bahawa dia akan ke Cardiff untuk berjumpa dengan Noah. Noah pula tidak berani berjanji kerana takut apa-apa yang akan terjadi.
#This is not the last chapter. Anyway, thanks for reading :)
No comments:
Post a Comment