Cardiff City, United Kingdom
HIDUP dalam kesederhanaan amatlah
ditekankan dalam Islam. Ianya dibawah konteks tidak membazir. Perkara itulah
yang selalu diterapkan pada seorang anak muda yang bernama Noah Hayyan. Seorang
anak muda berdarah campuran Belanda dan Melayu. Noah Hayyan atau lebih dikenali
dengan nama Noah merupakan anak kelahiran United Kingdom. Dia dilahirkan
sewaktu bondanya berada ditahun akhir dalam ijazah falsafah diuniveristi
terkemuka United Kingdom. Jelas dan nyata bondanya merupakan darah tulen
Belanda yang telah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam sewaktu berumur
lapan belas tahun. Walidnya pula merupakan darah melayu tulen berkulit sawo
matang.
“It’s time to go, Ayesha.” Ana Ayesha yang merupakan satu-satunya adik
Noah yang berumur dua belas tahun. Noah berumur lima belas tahun itu memegang
tangan Ayesha turun dari bas. Sekarang mereka sudah pun berada dihadapan
Cardiff University iaitu dimana bondanya, Prof. Narsha bekerja sebagai seorang
pensyarah. Begitu juga dengan walid mereka berdua, Prof. Ameer.
Bangunan-bangunan yang tersergam indah
dengan reka bentuk yang tersendiri tu benar-benar menarik minat orang ramai.
“Where is bonda and walid?”
Noah hanya mengjongket bahu tanda tidak
tahu. Wajah mereka dua beradik lebih kepada muka orang eropah. Wajah kemelayuan
tidak ada pada wajah mereka berdua. Sebab itu ramai yang terkejut bila mereka
berdua boleh berkomunikasi fasih dalam bahasa melayu. Tambah-tambah pelajar
walidnya yang berbangsa Melayu berasal dari Malaysia dan melanjutkan pelajaran
ke Cardiff Universtiy. Ya, bahasa ibunda walidnya tidak mungkin dilupakan.
Setakat ni, Noah sendiri mampu menguasai beberapa bahasa.
Ayesha menggenggam erat lengan Noah
menampakkan mereka seperti pasangan kekasih. Noah yang memilik ketinggian 175
itu mendorong adiknya berjalan dahulu disekitar Cardiff University yang sangat
besar dan luas. Suasana yang cantik tu membuatkan kaki Noah dan Ayesha ingin
berjalan lagi mengelilingi kawasan itu.
Dalam perjalanan main pusing-pusing di
kawasan Cardiff University gunakan nombor sebelas atau lebih spesifik
menggunakan kaki mereka, seorang gadis kelihatan tercari-cari sesuatu dan gadis
itu menuju ke arah Ayesha dan Noah.
“Excuse me.”
“Yeah..”
“Err.. i cannot speak well in English but i hope you really understand my
worst english.”
Noah hanya mendiamkan diri melihat gadis
itu yang kelihatan mengah. Mungkin berlari cari sesuatu dan berputus asa dengan
bertanya kepada orang lain. Bak kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan.
Tapi ni dah lebih dari sesat. Baiklah tanyakan. Hmm. Terdesak.
Ayesha yang menjawab persoalan gadis
itu. “Oh. Okay. You slange seem like you are not from here. So where do you
live?”
Memang laa aku bukan orang sini. Nama
pun tak reti cakap bahasa inggeris. Muka aku nampak macam orang nepal kah?
Errr. Bisik hati gadis itu sambil menggarukan kepalanya.
“Ohh.. I was from Malaysia.”
Noah mengangguk dan Ayesha tersenyum.
“Ohh. Awak dari Malaysia?”
You say what? kau boleh cakap melayu.
Acisss. Peliks. Sekali lagi dia menggarukan kepalanya yang jelas tak gatal
langsung. Agaknya jadi tabiat kot. kalau tak buat macam tu memang tak boleh.
“Err. Yeah. Tapi awak dari mana?”
“From this state. So, apa awak nak tanya, err...?” Ayesha tak tahu nak
panggil apa pada gadis dihadapannya itu.
“Adellia Qisya. Panggil Adel je.”
Adellia Qisya? Hmm.. Weird. Bicara hati
Noah dalam diam. Memang dalam diam pun. nama pun cakap dalam hati. Hoho.
“Ohh. Miss Adel. Awak cari apa eh?”
“Err. Cari mak saya.. Ni dia gambarnya.”
Ayesha melihat gambar yang ditunjuk. Sah
memang tak pernah tengok. “Ermm. I’m sorry miss. Kita orang memang tak pernah
nampak.”
“Ehhh... Er.. awak yang disebelah?”
Noah sedar dirinya ditanya itu memandang
wajah gadis itu. “Hmm. No. I don’t see her. Sorry..”
Sepintas lalu gadis yang bernama Adel
itu mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu meninggalkan Ayesha
dan Noah dalam keadaan tergesa-gesa.
“What’s wrong with her? Nampak macam missing je.” Ayesha bersuara kepada
abangnya sebaik sahaja Adel berlalu.
Noah hanya mengjongket bahu saja. “Tak
tahu laa. Ayesha. Wait. Bonda and walid dah ada kat depan kita.”
Prof. Narsha dan Prof. Ameer sedang
melambaikan tangan ke arah anak perempuan dan anak lelaki kesayangan mereka.
Ayesha berlari-lari anak menuju ke arah bonda dan walidnya. Sebaik sahaja
sampai terus dipeluk tubuh langsing Prof.Narsha. Noah relaks berjalan sambil
tersenyum. tangan walidnya dicium. Pipi bondanya dikuncup.
“Sorry my baby.. bonda lambat..” Prof. Narsha memegang pipi Ayesha.
Ayesha tersenyum. “It’s okay, bonda. I
know that you’re busy. I also got my brother, Noah to accompany me to here...”
Ayesha tersenyum kepada abang kesayangannya itu.
Baginya, Noah sangat memahaminya.
Walaupun kedua-dua ibu bapa mereka sibuk dan jarang ada dirumah, Ayesha tidak
berasa sunyi dengan adanya Noah sebagai penghibur. Noah yang pandai bermain
dengan alat-alat muzik seperti gitar dan piano itu sangat menggembirakannya.
Noah selalu menggunakan piano dan bermain lagu Cat Steven atau sekarang
dikenali dengan nama Islamnya, Yusuf Islam. Lagu-lagu yang bersifat ketuhanan
itu membuatkan jiwanya tenang sentiasa.
Dari luarannya, Noah nampak sombong
kerana bibir yang jarang mengukirkan senyuman. Entah kenapa. Tiada nokhtahnya
disitu. Pelik bukan? biasalah. Orang lain-lain. Nak buat macam mana. bibir dia.
dia nak senyum ke tak nak, dia punya hal.
Sebaik sahaja memboloskan diri ke dalam
kereta, Prof. Narsha membuka cerita mengapa dia dan suaminya lambat tadi.
“Ayesha.. Noah..”
“Yes bonda!” Lagak menjawab soalan seperti askar je. Dua-dua muka minta
penampar stail memang tak boleh belah. Serius nak gila.
“Err. Kalau ye pun nak jawab panggilan bonda, jangan laa serius sangat.
walid yang dengar ni pun gigil tangan bawak kereta. Haiyoo.” Prof. Ameer bersuara
nada lawak.
Ayesha dan Noah tersengih tersenyum
lembu. Eh, kambing ke mana? dah outdated kot. asyik kambing je, lembu pun nak
jugak dapat nama, kan.
“Hmm.. Actually, the reason why we’re late because...”
“Because of what, bonda?” Soal Noah merasakan bondanya terlalu mengambil
masa yang lama untuk menyatakan kenapa lambat. Dia tak minta pun tapi dah
bondanya yang nak cakap, dia tunggu je lah. Ni macam berat je nak cakap. Mesti
ada sesuatu.
“Because, walid dapat tukar.”
Again. Posting? Ke mana pulak ni? bisik
hati Noah tidak sedap hati, sakit kepala, tak sedap badan, rasa nak demam.
Kalau berpindah daerah, anak muda bernama Noah Hayyan ni masih boleh diterima
tapi kalau pindah negara, ‘can i cekik myself, please!’ The phrase atau ayat yang
selalu timbul dibenak hati Noah kalau mereka sekeluarga berpindah negara.
“Tukar ke mana, bonda?” Soal Ayesha yang nampak terlebih hyperaktif dan
bersifat excited itu. Noah menjongketkan keningnya apabila melihat adiknya pula
terlebih excited.
Dengan satu nafas saja Prof. Narsha
menjawab. “We’re moving up to Malaysia...” Perlahan tapi cukup jelas
dipendengaran Noah dan Ayesha.
“Malaysiaa??”
Prof. Narsha dapat mengagak anak
sulongnya pasti terkejut mendengarnya. Baginya Ayesha tiada masalah sangat tapi
dengan anak sulongnya itu agak susah juga. Dia sememangnya sedia maklum yang
Noah lebih selesa dan sudah melekap di United Kingdom. Dan jelas berat untuk
Noah menerimanya bahawa mereka sekeluarga ke Malaysia.
“Yeahh... Kenapa Noah?”
“Tapi... kenapa bonda? Tak boleh ke kita duduk je kat sini. I’d really
don’t like to move anywhere except in this state. Only this state. You already
know that was i am, right bonda?”
“But we have too. Walid dapat posting dekat USM.”
“What’s USM?”
“Univerisiti Sains Malaysia.”
Oh! Damn. I hope this thing will not
happen. This is a dream.. only a dreamm.. “Ayesha. Could you please pinch my
hand?”
“Serious?” Noah mengangguk terlebih semangat waja dengan muka serius
gila bapak tak boleh belah langsung.
Ayesha memang terlalu lurus dan akur
dengan permintaan abangnya itu. Dengan senang hati tangannya dibuat seperti
tangan ketam bersiap sedia untuk menyepit apa yang ada dihadapan mata. Lengan
berotot Noah dicubit serta dipulas sehingga meninggalkan kesan merah ditangan
Noah.
Auchhh!! My skinn!! Terjerit kecil Noah
disebabkan cubitan berperisa ketam oleh Ayesha. Ayesha tersengih menayangkan
gigi arnabnya itu.
“Errr. Fine. sakit. And, this is not a dream. This is not dream. It’s
reality. Yeahh.. reality... ohh.. Malaysia? Seriously Malaysia? Apa yang ada
kat Malaysia?” Noah bertanya kepada diri sendiri.
“Is he crazy? Seriously? Uhh.. My brother, Noah is so crazy look silly.”
Ayesha buat muka dan berkata separuh berbisik. Suara yang sedaya upaya
diperlahankan supaya tidak ada siapa yang mendengarnya. Mulutnya sampai muncung
like itik tonggek bila berkata-kata.
Prof. Narsha dan Prof. Ameer
berpandangan sesama sendiri lalu mengjongket bahu menandakan tidak faham dengan
perangai pelik anak lelaki mereka, kemudian kembali memandang ke hadapan. Prof.
Ameer fokus memandu dan Prof. Narsha mengadap buku hasil penulisan Dr. Zakir
Naik.
***
Bute Park, Cardiff City
Dhiyaa Aqashaa berjalan menikmati
indahnya suasana pagi yang dingin di Cardiff City. Untuk kali kedua dia melawat
Cardiff City yang sangat menarik perhatiannya. Kecantikan itu sentiasa dalam
bayangannya sehingga terbawa-bawa walaupun sudah pulang dari Malaysia. Tak
salah dia, musim salji dah masuk. Cuaca pun semakin dingin menusuk hingga ke
tulang hitam. Mujur dia memakai jaket yang dapat mengurangkan kesejukan yang
tahap ketul ais batu tu.
Sana sini tersengih. Jalan seorang diri.
Walaupun berumur lima belas tahu, dia tidak kekok untuk berjalan seorang diri
dibumi asing. Lagi pula, dia keluar jalan-jalan kerana bosan tinggal di rumah
pakciknya. Tiada jalan-jalan bila duduk di Cardiff kerana tiada sepupunya dirumah.
sepupunya mengikuti kem sekolah yang berpusat dimana, dia sendiri tidak pasti.
Jadi, dia ambil peluang jalan disekitar Cardiff City. Memang indah berjalan
melihat bangunan Cathays Park. Bangunan yang tersergam indah itu membuatkan dia
teruja. Begitu uniknya pemikiran manusia sehingga boleh membina bangunan yang
indah seperti itu. Cathays Park bangunan indah yang penuh keilmuan. Dia
kemudiannya bergerak ke Bute Park dengan menaiki kenderaan awam di sana.
Beberapa gambar diambil. Esok merupakan
hari terakhir dia berada di bumi Cardiff. Rasa ralat kerana dia ingin menunggu
salji turun. Hobi yang pelik memang dia ketagih main dengan salji. Indah.
Bebola putih itu membuatkan dia geram.
SENGAJA mahu mengambil masa untuk
tenangkan fikiran. Noah ambil keputusan untuk keluar menikmati udara dingin di
Bute Park. Memang itulah satu-satunya tempat kegemarannya kalau berjalan di
sekitar Cardiff City. Wajah Noah yang seakan-akan Greyson Chance itu memasukkan
tangan ke dalam poket winter-jacket warna kelabu. Di kiri dan kanannya jalan
mula dihiasi lampu-lampu yang banyak memandangkan hari natal akan tiba tidak
lama lagi. suasana nampak meriah tapi tidak semeriah hatinya apabila
mengenangkan dia akan berpindah ke Malaysia, meninggalkan bumi Cardiff yang
banyak menyimpan kenangan indah.
Sebaik sahaja sampai di Bute Park, dia
berjalan disekeliling taman itu. Tidak lupa dalam backpack sentiasa ada kamera
digital dan juga instant camera.
Letih berjalan, Noah melabuhkan punggung
di atas kerusi kayu yang tersedia disitu. Di sisinya ada banyak pepohon yang
kosong dengan daun memandangkan musim salji telah tiba tapi pelik. Saljinya
belum juga turun. Tidak mengapa. Fenomena pelik, mungkin.
Dia duduk disitu termenung. Jauh.
Pindah Malaysia? Tinggalkan this united?
Aku bermimpi ke? Serious? Hmm. Ya, kaki ini memang sudah lama tidak jejak ke
Malaysia. Waktu aku kecik-kecik dulu ada laa. tapi masih bayi. Ayesha? She’d
never goes there. Huhh... Berat hati ni. Ya Allah... jika ni yang terbaik
untukku, aku redha.. tapii.. hmm.. Ayat tergantung. Tidak mampu dia habiskan.
Sedang asyik termenung, ada seorang
gadis bertudung berjalan dihadapannya. Betudung krim berjaket merah. Noah
mengjongketkan keningnya. Bibir memang sentiasa lekang dengan senyuman. Mata
yang redup itu memandang gadis bertudung.
Syok buat self-camera. Hmm. Bisik hati
Noah. Dia tidak nampak wajah perempuan. Hanya belakang gadis itu je yang
kelihatan. “Shorty.” Satu perkataan meniti dibibir merah merekah anak muda itu
apabila mata memerhatikan dan meneliti perempuan itu dari belakang.
Ya Allah!! Terkejut Noah sehinggakan
terbangun dia dari kerusi kayu apabila melihat gadis itu tersepak ranting kayu
yang tak jauh dari tempat gadis itu berjalan. Mana taknya, syok sangat usha
anak gadis orang. kan. Terkejut jugak.
“Auuu.. Sakitnyaaa..” Kedengaran sayup-sayup suara gadis bertudung itu mengaduh
sakit. Camera dan terpelanting entah ke mana.
Noah memandang kiri dan kanan. Takde
orang lain hanya dia disitu. Terpaksa juga dia bantu gadis shorty itu atas rasa
tanggungjawab.
Dia berlari anak mendekati gadis itu.
Dia bertinggung dihadapan gadis itu. Gadis itu memegang lututnya. Disebalik
seluar skinny jeans warna putih itu memang jelas ada cecair merah melekat pada
seluar jeans itu warna putih itu dibahagian lutut. Gadis itu menundukkan
wajahnya memandang lutut yang sudah berdarah itu.
“Err. miss are you okay?” Soal Noah. Risau juga. Walaupun tiada
pertalian.
“It’s hurt...”
Noah memikirkan sebentar sebelum
berkata-kata. “Hmm. Let me see, then.”
Gadis itu perlahan-lahan mengangguk
kepalanya. “Before that, if you don’t mind.. let me slide your pants.”
“Awak nak slide seluar saya?”
Tudiaa. Keluar habis bahasa melayu.
“Err. so you’re malaysian?” Soal Noah. Perlahan-lahan gadis itu mengangguk.
“Hmm.. jadi awak boleh cakap dalam malaysia. Err. bahasa melayu maksud
saya.”
“Yeah.. saya nak selak awak punya hujung kaki seluar sampai ke lutut.
Senang nak tengok
keadaan lutut awak ni macam mana.” Balas Noah. “Erm. Jangan
risau. Saya takkan ambil kesempatan kat awak. Trust me. Believe in Allah.” Noah
menyambung apabila melihat wajah tidak rela gadis itu. Yela, siapa rela
auratnya diperlihatkan pada bukan muhrimnya. Tapi dalam kes ni, terpaksa. Dalam
erti kata lain darurat.
Sebaik mengeluarkan ayat “Saya takkan
ambil kesempatan kat awak. Trust me. Believe in Allah.” Baru lah gadis itu
menyerahkan kaki yang terluka itu kepada Noah untuk melihatnya namun masih ada
sedikit keraguan pada wajah gadis itu.
Noah yang sememangnya sangat peka
terhadap perkara sebegini, mengeluarkan kotak first aid dalam backpacknya.
Hujung kaki seluar diselak hingga ke lutut. Agak teruk juga lukanya. Tapi takde
la sampai kena jahit bagai. “Ada air or whatsoever asal nama dia air? Ada tak?”
“Err.. kejap.” Gadis itu membuka beg sandangnya dan mengeluarkan sebotol
air mineral yang belum dibuka lagi.
Apa dia nak buat dengan botol air tu?
bisik hati gadis tu pelik.
“Arghhh. pedihhnyaa!” Jerit gadis itu perlahan sebaik sahaja air mineral
yang diberi kepada lelaki asing dihadapannya dituang ke atas tempat luka
dilututnya untuk membasuh darah.
“Relaks okay. Breath in.” Noah lap menggunakan tisu yang ada didalam
kotak first aid itu, kemudian dia menyapu iodin untuk mencuci kotoran. Manalah
tahu ada bakteri masuk kot celah seluar panjang gadis itu. Selesai hal tu, dia
membalut luka tu.
Noah mengangkat wajahnya memandang gadis
itu. Memang dia tak pandang wajah gadis itu memandangkan sibuk uruskan luka
pada lutut gadis bertudung dihadapannya. Tapi sebaik sahaja matanya bertaut
pada wajah gadis itu..... Dup dap. Dup dap. Jantung berdegup kencang bagai
sebaik sahaja mata Noah bertentangan dengan mata gadis itu. Subhanallah.
Indahnya ciptaan-Mu ya Allah. Bisik hati Noah.
Di saat itu, hujan salji turun. Bebola
kecil berwarna putih seperti aiskrim berperisa vanilla turun dari langit di
bumi Cardiff. Bola dingin itu jatuh dari langit lalu melekat di pohon-pohon
yang keguguran daun. Jalan-jalan di Bute Park mula bertukar warna menjadi
putih. Bebola putih itu juga turun mengenai rambut Noah dan gadis itu. Gadis
itu cepat-cepat melarikan pandangan matanya. Begitu juga Noah. Tapi ada sesuatu
pada wajah itu membuatkan Noah senyum herot. Dia mengeluarkan sapu tangan
jahitan khas dari neneknya di Belanda lalu menyapu kotoran pada wajahnya
perempuan tu.
“Ehh?” Terkejut gadis bertudung krim apabila sapu tangan Noah menyentuh
hidungnya yang bersalut tanah itu.
“Thiss.. hmm.. simpan je laa. in rush.” Balas Noah apabila melihat jam
tangannya. Lapar sebenarnya.
Gadis itu teragak-agak untuk
menyambutnya. Malu. Dah laa bertentang mana... huishh.. bisik hati gadis itu.
Noah mengemas kotak first aid lalu
dibawa masuk kembali ke dalam backpacknya. Dia hendak beredar. Gadis itu hanya
memandangnya berlalu dari situ.
Entah kenapa Noah rasa hendak menoleh ke
belakang. Ya Allah.. dia tak boleh bangun rupanya. Bisik hati Noah sebaik
sahaja menoleh ke belakang. Dia melihat gadis itu sedang berusaha untuk bangun.
Dia berpatah balik.
“Err. miss. Let me help you.” Noah memaut lengan gadis itu untuk
membantunya bangun.
“Err. thanks you.” Ucap gadis itu apabila dia dapat berdiri stabil. Tapi
sayang. setapak jalan, hampir terjatuh kembali tapi lengannya sempat dipaut
Noah.
Noah dan gadis itu duduk di atas kerusi
kayu berdekatan dengan tempat gadis itu terjatuh iaitu ditempat Noah duduk
tadi.
“Thanks again...”
“You’re the most welcome.”
“Hmm... sorry menyusahkan awak.”
Noah menggeleng. “It’s okay miss. Small
matter.” Balas Noah lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu.
Tapi jarak yang agak jauh. Gadis bertudung krim dihujung kerusi kayu sebelah
kiri dan Noah dihujung kerusi kayu yang sama tapi disebelah kanan.
“Errmm.. bukan tadi awak nak pergi ke?” Soal gadis itu.
“Yeahh. Tapi keadaan awak tu... hmm. Better call family awak. Suruh
ambil awak kat sini.”
“Tapi telefon saya.. err saya tak bawak phone..”
Errr. You have no phone? Okay.. mungkin.
Hmm.. bisik hati Noah lalu mengeluarkan telefon bimbitnya kepada gadis
bertudung krim itu.
Sebaik sahaja selesai berbicara dalam
telefon dengan kakak pupunya, dia menyerahkan kembali telefon Noah.
“Hmm... So nama awak Dhiyaa?”
“Yeap.. Dhiyaa Aqashaa. And awak? If you don’t mind.”
“Hmm. Saya Noah. Noah Hayyan. Orang selalu panggil Noah je.”
Noah yang berasal dari nama nabi Nuh.
Hmm.. melayu ke? Or okey. Orang asing. Bisik hati Dhiyaa iaitu gadis yang
bertudung krim tadi. “Awak pandai berbahasa Malaysia?”
“Yeah.. because of my father was from Malaysia and my mother was from
Belanda.”
Nganga sekejap. “Woww! That’s great..
Pernah lepak Malaysia?”
“Noo...”
Dhiyaa mengangguk. “Oh.. okay...
Alright...”
Baru je nak bertanya, pakcik kakak pupu
dia sudah sampai. Sekejapnya. Baru nak have a talk dengan mamat asing ni.. heheh.
Putih bersih wajahnya. Hati nakal Dhiyaa berbisik.
“Err. Kak Ema.”
“Hmm.. sorry. Tadi akak memang kat kawasan ni pun.. Dhiyaa okey tak ni?
and.. err who is he?” perlahan je Kak Ema atau Emalina itu berbisik ditelinga
Dhiyaa iaitu adik sepupunya bila bertanya tentang lelaki yang duduk disebelah
Dhiyaa itu.
“Hmm. I’ll tell you later.. Ermm.. Noah.. Saya balik dulu.. thanks for
helping me.”
Noah mengangguk. Dia hanya memerhatikan
gadis bertudung krim yang bernama Dhiyaa Aqasha itu berlalu Kak Ema.
Dia memerhatikan sekeliling. Lama. Tapi
matanya menangkap satu benda. Dia bangun lalu mendekati benda itu. “It’s DSLR.
Too big and nice, but who is the owner of thiss thing?” Noah memerhati
sekeliling.
Ada kesan jatuh pada kamera DSLR itu.
Noah menekan butang buka untuk melihat siapakah pemilik gambar tersebut. mana
tahu melalui gambar tu dia tahu pemiliknya.
“Ahhh? What?? She is the shorty girl. Chibiko.” Bahasa Jepun keluar dah.
Chibiko yang membawa maksud pendek. Ya,
perempuan tu pendek pada pandangannya. Biasalah tu. matanya selalu tengok
perempuan tinggi-tinggi. Dia baru mengangkat wajahnya melihat disana, memang
takde gadis bertudung krim tu. dah lama dah. Lebih kurang sepuluh minit yang
lalu.
Nak tak nak, Noah ambil kamera itu
dibawa pulang ke rumahnya.
#Helloo. good morning. This story saje buat main-II je ^.^ hehe. Love writing when cek ada idea ^^
-Please jangan copy/paste this story even though this story is not amazing like what you did. (Amaran keras!)
Sis, serious lah sis post habis novel dear snow tu... pasalnya masa saya baca tu sis stop and kata nak bukukan... masa tahun 2013 saya baca... till now saya tunggu and dpt tahu sis tak bukukan... so kata mana saya nak baca full version of Dear Snow ni.... please sis, saya tunggu lama nak tahu ending dia macam mana....
ReplyDelete